Anda di halaman 1dari 21

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /

UNSUR-UNSUR
KOS: PENGENALAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM:

Memahami unsur-unsur kos dan pengkelasannya


serta perkaitan perakaunan kos dengan fungsi-fungsi
dijabatan perkilangan.

OBJEKTIF KHUSUS:

Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat:


1. mengkelaskan unsur-unsur kos.
2. membuat perkaitan perakaunan kos dengan fungsi-fungsi
jabatan-jabatan dalam organisasi yang berorientasikan
perkilangan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
2

UNSUR-UNSUR
KOS: PENGENALAN

INPUT

2.0 PENGENALAN

Dalam unit satu anda telah pelajari dan fahami definisi dan kepentingan perakaunan kos
serta perbezaan perakaunan kos dengan perakaunan kewangan, untuk mendalaminya lagi
apa kata jika kita lihat dari sudut unsur-unsur kos.

Penting bagi pihak pengurusan mengkelaskan unsur-unsur kos-kos mengikut jabatan,


proses, tempahan keluaran, kerja atau perakaunan kos-kos unit yang lain, supaya proses
mengawal dan membuat keputusan akan lebih cekap dan tepat dengan ini matlamat
organisasi dapat dicapai.

2.1 UNSUR-UNSUR KOS DAN PENGKELASANNYA.

Unsur-unsur kos adalah terdiri daripada beberapa unsur kos yang utama yang kita boleh
perolehi daripada jabatan-jabatan yang berbeza dan unsur-unsur kos ini dikelaskan
bergantung kepada tujuan kos diperlukan.

2.1.1 UNSUR-UNSUR KOS.

Unsur-unsur kos adalah terdiri daripada:


a. Bahan langsung
b. Buruh langsung
c. Belanja langsung
d. Overhed.
i. Pengeluaran.
ii. Pentadbiran.
iii. Jualan dan pengagihan.

2.1.1.1 BAHAN LANGSUNG.

Bahan langsung terdiri daripada bahan yang boleh diperolehi secara fizikal
daripada keluaran tertentu. Contohnya adalah bagi kilang perabot, kayu yang
digunakan untuk membuat perabot adalah merupakan bahan langsung bagi industri
tersebut.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
3

2.1.1.2 BURUH LANGSUNG.

Buruh langsung terdiri daripada buruh yang boleh dikenalpasti bekerja untuk
produk tersebut. Contohnya adalah kos buruh langsung adalah daripada upah
yang diperolehi oleh buruh tersebut untuk kerja melengkapkan bahagian meja
untuk dijadikan meja siap. Atau upah yang dibayar kepada buruh yang bekerja
dalam proses pengeluaran.

Walaubagaimana pun gaji yang dibayar kepada penyelia atau staf daripada
jabatan stor tidak boleh dikenalpasti daripada barang siap maka ia dikelaskan
sebagai buruh tidak langsung.

2.1.1.3 BELANJA LANGSUNG.

Belanja langsung adalah terlibat secara langsung dengan pengeluaran.


Contohnya kos untuk menyewa mesin untuk pengeluaran keluaran tertentu.

2.1.1.4 OVERHED PERKILANGAN/ PENGELUARAN.

Overhed pengeluaran merupakan kos bahan tak langsung, buruh tak langsung dan
belanja tak langsung. Contohnya bahan tak langsung adalah bahan yang
digunakan untuk membaiki mesin bagi pelbagai jenis keluaran, Buruh tak
langsung pula merupakan penjaga stor, penyelia kilang dan lain-lain dan belanja
tak langsung adalah susutnilai mesin, sewa kilang dan lain-lain.

2.1.2 PENGKELASAN UNSUR-UNSUR KOS.

Unsur-unsur kos boleh dikelaskan mengikut objektif kos iaitu boleh kita lihat
dalam jadual 2.1.

OBJEKTIF KOS PENGKELASAN KOS


a. Kos untuk penilaian i. Kos tempoh dan kos keluaran.
stok ii. Unsur-unsur kos perkilangan.
iii. Kos kerja dan kos proses.
b. Kos untuk pembuatan i. Gelagat kos.
keputusan ii. Kos releven dan tidak relevan.
iii. Kos dapat dihindari dan tidak dapat
dihindari. (avoidable and unavoidable cost)
iv. Kos melepas.(Sunk kos)
v. Kos peluang. (Opportunity cost)
vi. Kos marginal .
c. Kos untuk kawalan Kos dapat dikawal dan tidak dapat dikawal
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
4
Jadual 2.1 : Pengkelasan kos

2.1.2.1 KOS UNTUK PENILAIAN STOK.

Terdapat beberapa kos untuk penilaian stok iaitu:

i. Kos tempoh dan kos keluaran. (Period and product kos)

Kos tempoh – Kos yang tidak terlibat dengan penilaian stok, ia dikira
sebagai belanja dalam tempoh ia berlaku.

Kos keluaran – Merupakan kos yang tidak terlibat dengan penilaian stok
diperolehi daripada belian barangan atau pun keluaran
barangan untuk dijual.

Untuk lebih memahaminya mari kita rujuk rajah 2.1

Direkodkan sebagai
belanja dalam AUR
dalam tempoh
perakaunan semasa.
Kos perkilangan Kos keluaran

Direkodkan sebagai
belanja dalam AUR
Kos bukan perkilangan Kos tempoh dalam tempoh
perakaunan semasa.

Rajah 2.1: Kos tempoh dan kos keluaran.

ii. Unsur-unsur kos daripada perkilangan.


 Untuk pengiraan kos keluaran mengandungi 3 unsur:
a. Bahan langsung.
b. Buruh langsung.
c.Overhed perkilangan/pengeluaran.

 Walaubagaimana pun untuk penilaian stok unsur-unsur kos dikira seperti


berikut:
RM
Bahan langsung XX
Buruh langsung XX
Belanja langsung XX
Kos utama/keluaran XXX
Overhed pengeluaran XX
Jumlah kos perkilangan XXX
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
5

iii. Kos kerja dan kos proses.

 Kos kerja
1. Pengkelasan kos ini sesuai untuk perkilangan yang mengeluarkan keluaran
mengikut tempahan atau pun mengeluarkan keluaran mengikut keluaran
yang spesifik.
2. Contoh: industri pembinaan, percetakan, pembinaan kapal dan lain-lain.
3. Disebabkan tempahan pelanggan tidak sama untuk setiap keluaran maka
pengiraan kos keluaran purata untuk setiap unit keluaran adalah tidak
sesuai.
4. Kos kerja memberikan pengiraan yang lebih tepat kerana ia mengumpulkan
kos untuk setiap tempahan yang spesifik.

 Kos proses.
1. Pengkelasan kos ini sesuai untuk industri yang mengeluarkan keluaran yang
berbentuk bahan kimia, simen, minyak, cat dan textile. Yang mana ia
melibatkan pengeluaran melalui proses siri yang berturutan.
2. Jumlah kos dikira disetiap tempoh bagi setiap proses dan purata kos dikira
untuk setiap tempoh proses.

2.1.2.2 KOS UNTUK PEMBUATAN KEPUTUSAN.

Terdapat beberapa kos yang digunakan untuk membuat keputusan iaitu:

i. Gelagat kos
 Kos berubah: Kos ini berubah jumlahnya mengikut volum kegiatan tertentu
dan ia berubah secara langsung.(rujuk rajah 2.2)

 kos kos berubah Cth: tingkatkan pengeluaran


(Cth: Bahan mentah, sebanyak 10% maka bekalan bahan
komisen, mentah perlu ditingkatkan 10%
buruh langsung dll)

Operasi(Pengeluaran/jualan) Rajah 2.2: Kos


 Kos tetap: Kos yang tidak akan berubah dari segi jumlah mengikut paras
operasi.(Rujuk rajah 2.3)
Cth: tingkatkan
 kos pengeluran sebanyak
10% walaubagaimana
kos tetap pun sewa kilang tetap
(Cth: sewa, tidak berubah.
gaji dll)

Operasi(Pengeluaran/jualan)
Rajah 2.3: Kos
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
6

 Kos separa berubah: Kos ini mengandungi jumlah tetap di dalam sesuatu
julat berkenaan dan kemudian bertambah atau berkurang mengikut paras
kegiatan. (Rujuk rajah 2.4). Cth: kos telefon
mengandungi suatu
 kos jumlah tetap iaitu sewa
untuk suatu tempoh
(Cth: kos air, elektrik Kos berubah dan kos berubah untuk
talifon dll) panggilan bermeter.
Kos tetap

Rajah 2.4: Kos separa tetap


Operasi(Pengeluaran/jualan)

ii. Kos relevan dan tidak relevan (Relevant dan irrelevant cost)
 Untuk proses pembuatan keputusan kos dikelaskan kepada adakah ia relevan
untuk pembuatan keputusan tertentu atau kos tidak relevan untuk pembuatan
keputusan tertentu.
 Kos relevan merupakan kos masa depan yang boleh diubah daripada
keputusan yang diambil manakala kos tidak relevan tidak dapat diubah walau
apapun keputusan yang diambil.
 Contohnya; kalau kita mempunyai 2 pilihan sama ada untuk memilih belajar
dikolej swasta atau pun dikolej awam kos yuran merupakan kos relevan
kerana kos yuran ini mempengaruhi kita dalam membuat pemilihan.
Manakala kos untuk pakaian dan makan merupakan kos tidak relevan kerana
dikolej mana pun kita belajar kos pakaian dan makanan adalah sama.

iii. kos dapat dihindari dan kos tidak dapat dihindari (Avoidable and unavoidable
cost)
 Ia mempunyai persamaan dengan kos relevan dan tidak relevan.
 Kos dapat dihindari - Kos yang dapat diselamatkan sekiranya tidak
memilih pilihan tertentu.
 Kos tidak dapat dihindari - Kos yang tidak dapat diselamatkan sekiranya
memilih pilihan tertentu.
 Contoh; Kita mempunyai stok lama digudang sebanyak RM100 dan baru-
baru ini kita menerima tempahan pada harga RM250 yang melibatkan stok
lama tersebut maka kita sekarang ini mempunyai 2 pilihan untuk menerima
tempahan atau tidak

Tidak menerima Menerima


tempahan tempahan
Bahan 100 100 (kos tidak dapat dihindari)
Kos kerja - 200 (Kos dapat dihindari)
Hasil - (250)
_____ _____
Kerugian 100 50
===== =====
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
7
Kesimpulannya; sekiranya kita menerima tempahan kita akan mempunyai
kerugian sebanyak RM50 dan sekiranya kita tidak menerima tempahan
kita akan mempunyai stok lama yang mungkin akan dilupuskan bernilai
RM100.

iv. Kos melepas (sunk kos).


 Kos nilai faedah yang terpaksa dilepaskan kerana keputusan yang lain dibuat.
 Contoh: 3 tahun belajar di Politeknik untuk mendapatkan diploma bagi
pelajar akan menimbulkan kos melepas, mungkin kalau mereka bekerja di
kilang/firma, mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi sekiranya
dalam tempoh ini mereka mengganggur beliau tidak mengalami kos
melepas.

v. Kos peluang (Opportunity cost)


 kos yang dilepaskan apabila memilih satu pilihan tindakan daripada beberapa
pilihan.
 Contoh: Jika seseorang itu mempunyai 2 pilihan iaitu sama ada pergi melihat
wayang atau pergi melihat teater dan sekiranya beliau mengambil keputusan
untuk melihat teater maka beliau telah melepaskan peluang untuk melihat
wayang.

vi. Kos sut/marginal.


 Dari segi perakaunan, kos sut adalah kos berubah satu unit keluaran atau
perkhidmatan iaitu kos yang boleh dielakkan jika unit tidak dikeluarkan atau
disediakan.

2.1.2.3 KOS UNTUK KAWALAN

Kos boleh kawal dan kos tidak boleh kawal.


 Kos boleh kawal
 Kos yang dipengaruhi oleh tindakan atau keputusan pengurus.
 Contohnya; Kos gaji pekerja ditambah atau dikurangkan.

 Kos tidak boleh kawal


 Kos yang tidak dipengarauhi oleh tindakan atau keputusan pengurus.
 Contohnya; Kenaikan harga bahan mentah disebabkan inflasi.

Unsur-unsur kos:
Fakta Bahan Langsung
Kunci Buruh Langsung
Belanja Langsung
Overhed
Pengeluaran
Pentadbiran
Jualan dan pengagihan.

UNSUR-UNSUR KOS:
PENGENALAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
8

AKTIVITI 2A

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.


SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2.1 Maklumat di bawah adalah dikumpul bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001 bagi
syarikat perkilangan Wau Bulan Sdn Bhd.:

Butiran RM
Jualan 200 000
Inventori pada awal tahun:
o Barang siap 5 000
o Kerja dalam proses 2 000

Belian bahan 100 000


Inventori bahan:
o Awal tahun 4 000
o Akhir tahun 3 000
Buruh langsung 50 000
Inventori akhir tahun:
o Kerja dalam proses 5 000
o Barang siap 8 000
Lain-lain perbelanjaan pada tahun
tersebut:
o Belanja jualan 10% daripada
jualan
o Belanja pentadbiran 5%
daripada jualan.
o Overhed
pengeluaran/pengilangan 60%
daripada buruh langsung.

Sediakan penyata kos bagi Syarikat Perkilangan Wau Bulan Sdn. Bhd. bagi tahun
berakhir pada 31 Dis 2001.

UNSUR-UNSUR KOS:
PENGENALAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
9

MAKLUMBALAS
2A

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam
aktiviti 2A
2.1 Penyata kos bagi Syarikat Perkilangan Wau Bulan Sdn. Bhd. bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001.
RM RM
Bahan langsung;
Inventory awal 4 000
Belian bahan 100 000
________
104 000

Tolak: Inventory bahan akhir (3 000)


________ 101 000

Buruh langsung 50 000


________
Kos utama/kos keluaran 151 000

Overhed perkilangan/pengeluaran
@ 60% daripada kos buruh 30 000
________
Kos perkilangan/pengeluaran kasar 181 000

Tambah: Kerja dalam proses 2 000


________
183 000

Tolak: Kerja dalam proses akhir (5 000)


________
Kos perkilangan 178 000

Tambah; Overhed pentadbiran @ 5% daripada jualan 10 000


Overhed jualan @ 10% daripada jualan 20 000
_________
Jumlah kos jualan 208 000
========

UNSUR-UNSUR KOS:
PENGENALAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
10

INPUT

2.2 Fungsi jabatan-jabatan dalam organisasi yang berorientasikan perkilangan


dan perkaitannya dalam perakaunan kos.

Maklumat perakaunan diperlukan di dalam sesuatu organisasi untuk proses pembuatan


keputusan. Yang mana faktor ini mempengaruhi pembentukkan struktur organisasi dan
ia juga mempengaruhi pembentukkan jabatan perakaunan. Contoh struktur organisasi
boleh anda rujuk di dalam Carta 2-1

C a rta 2 -1 : C on toh s tru k tu r org a n is a s i s y a rik a t p e rk ila n g a n

Ja b a ta n
P e n g u ru sa n Uta m a

J a b a ta n Ja b a ta n Ja b a ta n Ja b a ta n Ja b a ta n
P e n g el u a ra n P e m b a n g u n a n d a n P e n ye li d i k a n Ju a la n P e rs o n e l P e r a ka u n a n
Carta 2-1: Contoh struktur organisasi syarikat pengilangan.

Jabatan perakaunan memainkan peranan yang penting bagi organisasi perkilangan yang
mana ia merekodkan berkaitan bahan, buruh dan overhed yang diperolehi daripada
pelbagai jabatan, yang merupakan sumber bagi jabatan lain untuk mendapatkan
maklumat bagi tujuan perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan. Perakaunan
kos berada di dalam jabatan perakaunan seperti di dalam contoh Carta 2-2.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
11

C a rta 2 -2 : C o n to h ja b a ta n p e ra k a u n a n b a g i s y a rik a t p e rk ila n g a n .

J a b a ta n
P e ra k a u n a n

J a b a ta n J a b a ta n J a b a ta n J a b a ta n J a b a ta n
B e la n ja w a n S i s te m d a n p ro s e d u r P e ra k a u n a n k o s P e ra k a u n a n K e w a n g a n P e n g a u d it a n
d a n P e ra k a u n a n p e n g u ru s a n
Carta 2-2: Contoh jabatan perakaunan bagi syarikat perkilangan.

Jabatan perakaunan dibahagikan kepada beberapa komponen yang tertentu seperti di


dalam Carta 2-3, ini adalah untuk mempastikan ia lebih cekap dan laporan yang cepat
diperolehi. Ini kerana perakaunan kos memerlukan pelaporan yang lebih kerap
berbanding dengan perakaunan kewangan untuk memudahkan proses perancangan,
kawalan dan pembuatan keputusan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

C a r t a 2 - 3 : C o n t o h ja b a t a n p e r a k a u n a n k o s d a n
p e r a k a u n a n p e n g u r u s a n d i s e b u a h s y a r ik a t p e r k ila n g a n .

J a b a ta n
p e ra k a u n a n k o s
d a n p e ra k a u n a n p e n g u ru s a n

J a b a ta n J a b a ta n J a b a ta n J a b a ta n
P e ra k a u n a n K o s P e ra k a u n a n P e n g u ru s a n A n a lis a L a p o ra n
Carta2-3: Contoh jabatan perakaunan kos dan perakaunan pengurusan di sebuah
syarikat pengilangan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
12
Jabatan perakaunan kos secara tidak langsung mempunyai perkaitan dengan jabatan-
jabatan lain. Dalam jadual 2.2 disediakan contoh perkaitan antara jabatan perakaunan
kos dengan jabatan-jabatan lain.

Jabatan-jabatan Perkaitan dengan jabatan perakaunan kos

1 Jabatan pengeluaran bertanggung Jabatan Pengeluaran akan mendapatkan


jawab untuk merekabentuk, maklumat yang telah dianalisis oleh
merancang dan mengeluarkan Jabatan Perakaunan Kos berkaitan bahan
produk langsung, buruh langsung dan overhed
yang merupakan sumber kepada proses
tersebut.

2 Jabatan Personel bertanggung jawab Jabatan Perakaunan Kos akan mengumpul


berkaitan kecekapan pekerja, pusing maklumat daripada pelbagai jabatan yang
ganti pekerja, menyediakan kadar berkaitan dan menganalisa perkara-perkara
gaji dan kaedah bonus. tersebut untuk diserahkan kepada Jabatan
Personel.

3 Jabatan Pemasaran memerlukan Jabatan Perakaunan Kos akan menganalisa


harga yang boleh bersaing untuk kos keluaran dan kos pengilangan dengan
menarik pelanggan. jumlah keluaran dan seterusnya
menetapkan berapa harga jualan yang
sesuai untuk sesuatu produk.

4 Jabatan Jualan tentukan dasar-dasar Jabatan Perakaunan Kos menganalisa kos-


jualan berdasarkan kos produk yang kos produk untuk memudahkan jabatan
membantu jabatan menentukan jualan membuat keputusan keluaran mana
keluaran mana yang menguntungkan yang menguntungkan dan yang mana tidak
dan yang tidak menguntungkan. menguntungkan dan dasar-dasar jualan
yang sesuai.

Jadual 2.2: Perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan-jabatan lain.


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
13

UNSUR-UNSUR KOS:
PENGENALAN

AKTIVITI 2B

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA……..


SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2.2 Anda dikehendaki menyediakan perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan –
jabatan yang wujud dalam sesuatu organisasi mengikut pendapat anda.

Contohnya organisasi kilang perabot:


Jabatan-jabatan yang mungkin - Jabatan perakaunan kos
Jabatan perkhidmatan
Jabatan pemasaran
Jabatan jualan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
14

UNSUR-UNSUR KOS:
PENGENALAN

MAKLUMBALAS
2B

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2B
2.2 Cadangan jawapan bagi perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan-jabatan
lain di dalam organisasi perkilangan perabot.

Jabatan-jabatan Perkaitan dengan jabatan perakaunan kos

1 Jabatan pengeluaran perabot Jabatan Pengeluaran akan mendapatkan


bertanggung jawab untuk maklumat yang telah dianalisis oleh Jabatan
merekabentuk, merancang dan Perakaunan Kos berkaitan bahan langsung,
mengeluarkan produk buruh langsung dan overhed yang merupakan
sumber kepada proses tersebut.

2 Jabatan Personel bertanggung jawab Jabatan Perakaunan Kos akan mengumpul


berkaitan kecekapan pekerja, pusing maklumat daripada pelbagai jabatan yang
ganti pekerja, menyediakan kadar gaji berkaitan dan menganalisa perkara-perkara
dan kaedah bonus. tersebut untuk diserahkan kepada Jabatan
Personel.

3 Jabatan Pemasaran memerlukan harga Jabatan Perakaunan Kos akan menganalisa kos
yang boleh bersaing untuk menarik keluaran dan kos pengilangan dengan jumlah
pelanggan. keluaran dan seterusnya menetapkan berapa
harga jualan yang sesuai untuk sesuatu produk.

4 Jabatan Jualan tentukan dasar-dasar Jabatan Perakaunan Kos menganalisa kos-kos


jualan berdasarkan kos produk yang produk untuk memudahkan jabatan jualan
membantu jabatan menentukan membuat keputusan keluaran mana yang
keluaran mana yang menguntungkan menguntungkan dan yang mana tidak
dan yang tidak menguntungkan. menguntungkan dan dasar-dasar jualan yang
sesuai.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
15

UNSUR-UNSUR KOS:
PENGENALAN

INPUT

2.3 Perkaitan sistem pengkosan dengan organisasi kilang.

Perakaunan Kos bertanggung jawab secara langsung kepada Pengurus Am (General


manager), walaubagaimana pun ia juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan jabatan-
jabatan lain di dalam sesuatu organisasi perkilangan.

Jabatan Perakaunan Kos bertanggung jawab menyediakan akaun-akaun kos, analisa-


analisa dan penyata-penyata kos yang menjadi garis panduan kepada jabatan-jabatan lain
untuk mengesan kerugian, pembaziran dan ketidak cekapan yang berlaku dan akan
berlaku.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
16

UNSUR-UNSUR KOS:
PENGENALAN

AKTIVITI 2C

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA……..


SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2.3 Anda dikehendaki pergi ke sebuah organisasi yang berdekatan dengan politeknik
anda dan dapatkan perkaitan system pengkosan syarikat tersebut dengan jabatan-
jabatan di dalam organisasi tersebut.

Cadangan: Lakukan tugasan ini dalam bentuk kumpulan. Laporan yang


diperolehi boleh dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
17

UNSUR-UNSUR KOS:
PENGENALAN

MAKLUMBALAS
2C

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2C.

2.3 Cadangan jawapan seperti dimaklumbalas 2b dan bincangkan bersama kumpulan-


kumpulan lain daripada kelas anda.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
18

UNSUR-UNSUR KOS:
PENGENALAN

PENILAIAN
KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 2-1

Padankan contoh dan penerangan dibawah ini dengan kelas-kelas kos yang sesuai.

Contoh/penerangan Kelas-kelas kos

1. Sewa bangunan kilang Kos pentadbiran

2. Gempa bumi yang melanda Kos tetap


menyebabkan kilang ABC s/b
mempunyai banyak kos yang terpaksa
ditanggung disebabkan kerosakan
barangan dan bangunan.

3. Gaji pengarah kewangan. Kos belanja langsung

4. Kos membaiki mesin untuk pengeluaran barangan. Kos tidak boleh kawal.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
19

Soalan 2-2

Maklumat di bawah adalah dikumpul bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001 bagi Syarikat
Perkilangan Ulik Mayang Sdn Bhd.:

Butiran RM
Bahan langsung 300 000
Buruh langsung 150 000
Susut nilai bangunan kilang 20 000
Susut nilai bangunan pejabat 15 000
Susutnilai kereta staf 10 000
Belanja baiki mesin 1 000
Insuran kenderaan staf 1 500
Insuran bangunan pejabat 1 200
Insuran Kilang 1 200
Gaji:
Pengurus 25 000
Jurutera kilang 25 000

Elektrik (termasuk pejabat pentadbiran 10 000


RM 3 000.)
Pengiklanan 5 000
Promosi 6 000
Belanja pelbagai kilang 150 000
Belanja pelbagai pejabat 50 000

Dikehendaki menyediakan penyata kos untuk mendapatkan kos utama/ kos keluaran, kos
pengilangan dan jumlah kos jualan.

Soalan 2-3

Andaikan setelah keluar daripada politeknik anda telah membuka sebuah kilang perabot.
Sediakan struktur organisasi kilang perabot anda ini dan terangkan perkaitan jabatan
perakaunan kos dengan jabatan lain di dalam organisasi anda ini.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
20

UNSUR-UNSUR KOS:
PENGENALAN
MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 2-1

1. Kos tetap
2. Kos tidak boleh kawal
3. Kos pentadbiran.
4. Kos belanja langsung.

Jawapan 2-2

Penyata kos bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001 bagi Syarikat Perkilangan Ulik Mayang Sdn Bhd.:
RM RM
Bahan Langsung 300 000
Buruh Langsung 150 000
Belanja Langsung:
Belanja Baiki Mesin 1 000
-----------
Kos utama /keluaran 451 000
Overhed Pengeluar:
Susutnilai Kilang 20 000
Insuran Kilang 1 200
Gaji jurutera kilang 25 000
Elektrik 7 000
Belanja Pelbagai Kilang 150 000 203 200
____________ _________
Kos pengilangan/pengeluaran 654 200

Overhed pentadbiran:
Susutnilai pejabat 15 000
Susurnilai Kenderaan staf 10 000
Insurans kenderaan staf 1 500
Insuran bangunan pejabat 1 200
Gaji pengurus 25 000
Elektrik 3 000
Belanja Pelbagai pejabat 50 000
Overhed jualan dan pengagihan:
Iklan 5 000
Promosi 6 000 116 700
______________ ___________
Jumlah kos jualan 770 900
==========
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 2 /
21
Jawapan 2-3

Jabatan perakaunan merupakan pusat atau sumber bagi jabatan lain mendapatkan
maklumat-maklumat kos daripada jabatan perakaunan kos yang mana jabatan perakaunan
kos akan mengumpul maklumat kos yang diperolehi daripada jabatan-jabatan lain dari
pelbagai jabatan dan akan menganalisa kos-kos tersebut. Jabatan-jabatan lain akan
mendapat maklumat kos ini untuk proses perancangan, kawalan dan pembuatan
keputusan.

Contohnya;
Jabatan jualan tentukan dasar-dasar jualan berdasarkan kos produk yang membantu
jabatan menentukan keluaran mana yang menguntungkan dan yang tidak
menguntungkan. Jabatan perakaunan kos menganalisa kos-kos produk yang diperolehi
daripada jabatan stor dan jabatan pengeluaran untuk memudahkan jabatan jualan

membuat keputusan keluaran mana yang menguntungkan dan yang mana tidak
menguntungkan dan dasar-dasar jualan yang sesuai.

Contoh struktur organisasi pengilangan adalah seperti di bawah.

C a rta 2 -1 : C on toh s tru k tu r org a n is a s i s y a rik a t p e rk ila n g a n

Ja b a ta n
P e n g u ru sa n U ta m a

J a b a ta n Ja b a ta n Ja b a ta n Ja b a ta n Ja b a ta n
P e n g el u a ra n P e m b a n g u n a n d a n P e n ye li d i k a n Ju a la n P e rso n e l P e ra ka u n a n

Syabas !.

Anda mungkin juga menyukai