Anda di halaman 1dari 49

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 1

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

OBJEKTIF:

OBJEKTIF AM:

Memahami cara-cara pengiraan upah dan


menganalisis upah untuk tujuan pengkosan dan
perakaunan.

OBJEKTIF KHUSUS:

Di akhir ini anda sepatutnya dapat:

1. Mengira ganjaran upah pokok


2. Mengira ganjaran upah lebih masa
3. Mengira bonus.
4. Menerangkan kandungan penyata gaji.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 2

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

INPUT

6.1 PENGIRAAN GANJARAN UPAH

Mengapa anda semua perlu bekerja ?

Ganjaran upah merupakan sebab utama mengapa orang bekerja. Skim ganjaran upah
yang menarik juga menjadi dorongan kuat mengapa seseorang berminat untuk bekerja
di sesebuah organisasi. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan upah
kepada pekerja ialah:-

 Iklim ekonomi sesuatu industri


 Polisi kerajaan
 Keteguhan kesatuan sekerja
 Keuntungan syarikat/ firma
 Keadaan pengangguran setempat dan seluruh negara
 Pekerja yang berkemahiran sama ada senang diperolehi datau tidak
 Keadaan bekerja yang membahayakan dan tidak selesa
 Keadaan upah semasa

6.1.1 KAEDAH IMBUHAN

Pada asasnya ada tiga (3) kaedah imbuhan yang telah direka untuk meningkatkan
atau memperbaiki daya pengeluaran iaitu:-

a. Masa kedatangan
b. Bayaran ikut kerja
c. Skim premium ( akan dibincangkan di input yang berikutnya)
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 3

6.1.1.1 Masa kedatangan / kadar biasa jam bekerja (time based)

Seorang pekerja dibayar mengikut kadar masa bekerja. Premium dibayar untuk kerja
lebih masa.

Contoh 6-1

Kassim bekerja selama 40 jam dalam minggu pertama bulan Januari. Kadar sejam
ialah RM1. Apakah upah kasarnya ?

Upah kasar = 40 x RM1 = RM40

Fahamkan
betul-betul

K aedah ini sangat mudah dan kelemahannya ia tidak membezakan antara


pekerja cekap dan tidak cekap. Terdapat banyak jenis( variasi) dibawah
kaedah ini contohnya kadar harian yang tinggi (high day rate system) dan
berikut adalah maksudnya:-

i. Kadar upah harian yang tinggi diberikan kepada pekerja-pekerja yang


menjalankan kerja yang memerlukan penelitian bagi penghasilan kualiti yang
tinggi. Contohnya dalam industri pembuatan pengangkutan.

ii. Bonus ialah bayaran lebih yang diberikan selain daripada upah. Contohnya
bonus kerja sift, bonus kedatangan dan bonus kecekapan pengeluaran.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 4

6.1.1.2 Bayaran ikut hasil kerja atau kerja ikut butir (piece work)

Di sini seorang pekerja memperolehi lebih banyak pendapatan jika hasil


keluarannya lebih dan pendapatan yang sedikit jika hasil keluarannya kecil.
Seorang pekerja dibayar berasaskan output.

Contoh 6-2

Amer mengeluarkan 100 unit. Dia dibayar sebanyak RM1 seunit. Apakah upah
kasarnya ?

Upah kasar = 100 unit x RM1


= RM100

Kaedah ini meberi insentif kepada pekerja untuk meningkatkan output. Terdapat
beberapa variasi kepada kaedah ini, antaranya:-

i. Kerja ikut butir dengan kadar harian terjamin

Jika perolehan ikut butir kurang daripada kadar perolehan harian, pekerja akan
dibayar gaji yang minimum mengikut kadar perolehan harian. Bayaran minimum
yang terjamin ini boleh merupakan satu insentif kepada usaha memperbaiki kadar
pengeluaran yang rendah.

Contoh 6-3

Kadir mengeluarkan 38 unit sehari . Dia dibayar suatu kadar minimum yang
terjaamin sebanyak RM40 sehari jika output kurang daripada 40 unit sehari.
Kadar seunit ialah RM1.

Apakah upah yang akan diperolehi jika pengeluarannya kurang daripada 40 unit?
Apakah upah yang akan diperolehi jika ia mengeluarkan 45 unit sehari ?

Jawapan

Upah kasar jika ia mengeluarkan kurang daripada 40 unit ialah RM40.


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 5

Upah kasar jika ia mengeluarakan 45 unit ialah 45 x RM1 = RM45.

ii. Kadar butiran pembezaan

Di bawah kaedah ini kadar ikut butir berbeza mengikut tingkat kecekapan. Tujuan
ialah untuk menyediakan insentif bagi meningkat output agar pengeluaran yang
maksimum dicapai.

Contoh 6-4

Kelli mengeluarkan 200 unit output. Kadar yang dibayar adalah seperti berikut:
Sehingga 100 unit sehari pada kadar 50 sen seunit
101 – 150 unit sehari pada kadar 60 sen seunit
151 – 200 unit sehari pada kadar 70 sen seunit

Apakah upah kasar yang akan diperolehinya?

Jawapan

100 unit pertama = 100 x 0.50 = RM50


50 unit kedua = 50 x 0.60 = RM30
50 unit ketiga = 50 x 0.70 = RM35
--------
RM 115

NNak pilih
Bayaran ikut hasil kaedah mana?
kerja… seronok juga .
Rajin kerja dapat gaji
banyak
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 6

FAKTA
FAKTA KUNCI
KUNCI

MasaKedatangan
Kedatangan
Masa

KAEDAH IMBUHAN

Bayaran
BayaranIkut
Ikut
Kerja SkimPremium
Premium
Kerja Skim

Kerja Ikut Butir Dengan


Kadar Harian Terjamin
Kadar Butir
Pembezaan
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 7

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

AKTIVITI 6A

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM
BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 6a-1

Anda telah diberi data-data berkaitan dengan 2 orang pekerja syarikat XYZ iaitu Mira
dan Miza.
Mira Miza
Unit disiapkan seminggu 292 276
Jam kerja seminggu 48 52

Kadar upah sejam ialah RM6.00 dan masa standard untuk menyiapkan satu unit ialah
15 minit. Jam kerja biasa yang ditetapkan ialah 42 jam seminggu. Kirakan gaji pokok
untuk mereka.

Berdasarkan data di bawah, kirakan jumlah ganjaran yang diperolehi oleh


setiap pekerja berdasarkan kaedah berikut:-
a. kadar per jam
b. kadar asas seunit

Soalan 6a -2

Nama pekerja Azira Shariza Zariza

Unit dikeluarkan 300 280 240


Masa diambil (jam) 26 32 30
Kadar per jam (RM) 1.15 1.20 1.25
Kadar per unit (RM) 0.15 0.20 0.30
Masa dibenar per unit
Dalam seminit 7 9 12
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 8

Soalan 6a -3

Puan Sara merupakan peniaga tunggal yang mempunyai dua orang pembantu iaitu,
Hadija dan Hazira. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan aktiviti pekerja
tersebut untuk seminggu. Masa kerja seminggu ialah 40 jam.

Hadija Hazira
Kadar upah sejam RM3.20 RM2.75
Unit bungkusan disiapkan 180 150

Anda dikehendaki mengira jumlah upah seminggu yang diterima oleh setiap pekerja
menggunakan kaedah-kaedah berikut:-

i. kaedah jam kerja


ii. kaedah ikut butir pada kadar 75 sen seunit
iii. kaedah butiran pembezaan berasaskan kadar berikut:-
sehingga 100 unit = 60 sen seunit
101- 150 unit = 90 sen seunit
151 dan keatas = RM1.20 sen seunit.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 9

BURUH DAN
ANALISIS UPAH
MAKLUMBALAS 6A

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6a-1

Gaji pokok Mira = 42 jam x RM6 = RM252


Gaji pokok Miza = 42 jam x RM6 = RM252

Jawapan 6a-2

i. Azira Shariza Zariza


kadar perjam 1.15 1.20 1.25
masa diambil x 26 x 32 x 30
29.90 38.40 37.50

ii. Ariza Shariza Zariza


kadar per unit 0.15 0.20 0.30
masa diambil x 300 x 280 x 240
45.00 56.00 72.00
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 10

Jawapan 6a-3

HADIJA RM HAZIRA RM
i. kaedah jam 40jam x 128.00 40jam x RM2.75 110.00
kerja RM3.20
ii. kaedah ikut 180 unit x 136.00 150 unit x RM0.75 112.50
butir RM0.75
iii.kaedah butiran
sehingga 100
unit 100 x 0.60 60.00 100 x 0.60 60.00
101 – 150 50 x 0.90 45.00 50 x 0.90 45.00
151 ke atas 30 x 1.20 36.00
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 11

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

INPUT

6.1.1.3 Skim Premium ( Incentive schemes)

Apa istimewanya kaedah ini ?

Di bawah skim ini elaun masa ditetapkan untuk sesuatu kerja. Bonus dibayar
berdasarkan masa yang dijimatkan.

Masa dijimatkan = Masa yang diambil < Masa yang diperuntukan

Terdapat banyak variasi skim premium antaranya skim bonus individu, skim bonus
kumpulan dan skim perkongsian keuntungan.

Sebelum sesuatu skim atau rancangan galakan itu dibuat, keperluan-keperluan berikut
perlulah diambil perhatian.

 Rancangan mestilah diterima oleh pihak pekerja


 Penghargaan mestilah diberikan kepada pekerja yang melebihi standard, ia
mestilah fleksible
 Standard dari segi kuantiti dan kualiti
 Rangcangan tidak terlalu mahal untuk dilaksanakan.

Apakah ciri-ciri skim insentif yang baik ?

Skim tersebut mesti:-

Ω Patut mencerminkan usaha dan pencapaian pekerja .


Ω Dibayar tanpa lengah, seelok-eloknya sebaik sahaja tamat tugas/ kerja
Ω Skim perlu mudah untuk dilaksanakan / diuruskan dan membolehkan
pekerja mengira bonus mereka sendiri
Ω Tidak menghadkan pendapatan dan menjaga pendapatan daripada jatuh
jika keadaan berada di luar kawalan pekerja.
Ω Skim hanya perlu diperkenalkan dengan persetujuan dan rundingan
terlebih dahulu daripada pekerja.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 12

SKIM INSENTIF

KEBAIKAN KEBURUKAN

a. meningkatkan a. kesukaran untuk


pengeluaran menentukan tahap
b. mengurangkan kadar prestasi dan gred
pusing ganti pekerja pekerja-pekerja
dalam keadaan inflasi dengan ganjaran upah
c. memperbaiki mutu yang akan dibayar
kerja pekerja kerana b. sesetengah skim
setiap komitmen insentif terlalu
pekerja dihargai kompleks dan mahal
d. pekerja akan bekerja dilaksanakan
dengan lebih c. sesetengah pekerja
bersungguh-sungguh yang separa mahir
kerana berpeluang dalam skim bonos
mendapat ganjaran berkumpulan
upah yang lebih tinggi mendapat ganjaran
upah yang sama
dengan pekerja mahir

Rajah 6.1: Kebaikan dan keburukan Skim Insentif

Apakah Variasi skim premium yang biasa diamalkan ?

i. Skim Bonus Individu

Pekerja masih dibayar untuk jam asas yang dikerjakannya. Seorang pekerja
hanya dibayar bonus untuk sebahagian daripada masa yang dijimatkannya.

Jenis skim bonus biasa ialah:

a. Halsey : 50% daripada masa yang dijimatkan x kadar sejam


b. Halsey Weir: 33 1/3 % daripada masa yang dijimatkan x kadar sejam
c. Rowan: [ masa yang diambil / masa yang dibenarkan ] x masa yang
dijimatkan x kadar sejam
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 13

Contoh 6-5

Berikut ialah butir-butir mengenai kerja no.2550 Encik Kamil. Kadar upah
langsung ialah RM1 sejam. Masa yang dibenarkan ialah 50 jam. Masa yang
diambil ialah 40 jam. Kirakan upah pokok, upah bonus dan jumlah upah
berdasarkan :

a. skim 50% Halsey


b. skim 33 1/3 % Halsey Weir
c. skim Rowan

Jawapan

Masa yang dijimatkan = 50-40 = 10 jam


Skim 50% Halsey Skim 33 1/3% Skim Rowan
Halsey
Upah pokok 40 jam x RM1
RM40 RM40 RM40
Upah bonus 50% x 10 x RM1 33 1/3% x 10 x RM1 [40jam/ 50jam] x
RM5 RM3.33 10 x RM1
RM8
Jumlah upah RM45 RM43.33 RM48

Contoh 6-6

Berikut adalah data pengeluaran seorang pekerja dalam jangkamasa seminggu.

Unit dikeluarkan 320


Jam bekerja 32
Masa dibenarkan seunit(seminit) 6 minit
Kadar upah sejam

Kirakan jumlah upah yang diterima berdasarkan:-


a. skim 50% Halsey
b. skim 33 1/3% Halsey Weir
c. skim Rowan
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 14

Jawapan

Skim a Skim b Skim c


Upah asas 32jam x RM3
RM96 RM96 RM96
bonus 50% (38-32) x 33 1/3 % x 6 x [32/38] x 6 x RM3
RM3 RM3 RM15.16
RM9 RM6
Jumlah upah RM105 RM102 RM111.16

ii. Skim Bonus Berkumpulan

Bagi kilang-kilang yang terdapat pekerja yang bekerja secara berkumpulan, misalnya
di barisan pemasangan , bonus dibahagikan bersama di antara pekerja. Tujuan skim
bonus kumpulan ini ialah untuk menggalakkan semangat kerja kumpulan di kalangan
mereka.

Diantara kebaikan dan keburukan ialah:-

Kebaikan
 dapat membina kerjasama dalam kumpulan
 tidak perlu penyeliaan yang ketat dan kos overhed dapat dikurangkan
 operator pengeluaran terutama di bahagian pemasangan amat sesuai
menggunakan skim ini.

Keburukan

 pekerja yang cekap terpaksa menanggung beban pekerja yang tidak cekap
 pembahagian bonus sukar dijelaskan terutamanya jika masa dijadikan
asas ukuran.
 Jika jenis kerja memerlukan kemahiran, masalah akan timbul mengenai
asas digunakan untuk upah mereka yang mahir.

Contoh 6-7
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 15

Pengeluaran standard ialah 24 unit basikal kanak-kanak seminggu. Sekumpulan 10


pekerja bekerja di bahagian pemasangan tersebut. Setiap kali pengeluaran meningkat
20%, bonus RM60 akan dibahagikan sama rata oleh kumpulan tersebut. Pada hari
kesepuluh, 30 unit telah dapat dikeluarkan. Berapa banyakkah yang akan diterima
oleh setiap ahli dalam kumpulan tersebut?

Jawapan

Peratusan peningkatan = 6/24 x 100% = 25%


Bonus kumpulan = 1.25 x RM60 = RM75

Syer bonus setiap ahli ialah = RM75/10 ahli = RM7.50

Contoh 6-8

Bahagian pemasangan A mempunyai 5 orang pekerja. Pengeluaran standard untuk


perabot kayu ialah 5 unit sehari. Jika kumpulan tersebut berjaya mengeluarkan 8 unit
sehari, bonus akan diberikan sebanyak RM90 kepada kumpulan tersebut. Pada hari ke
dua dan ketiga, kumpulan tersebut telah mengeluarkan 12 unit dan 15 unit perabot
kayu. Berapakah bonus yang akan diterima pada hari kedua dan ketiga ?

Jawapan

Hari ke dua Hari Ketiga


Peratusan peningkatan [12-5]/5 x 100% = 140 % [15-5]/5 x 100% = 200%
Bonus kumpulan [2.4 x RM90] = RM216 [3 x RM90] = RM270
Syer setiap ahli RM216/5 = RM43.20 RM270 / 5 = RM54.00

ii. Skim Perkongsian Untung

Di bawah skim pengongsian untung satu perjanjian di antara majikan dan pekerja
dibuat yang menyatakan sebagai tambahan upah, mereka akan dibayar suatu kadar
untung perniagaan yang dipersetujui. Jumlah yang akan diterima oleh individu
selalunya berkaitan dengan upah atau gajinya.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 16

Contoh 6-9

Sebuah syarikat menjalankan skim pengongsian untung di bawah perjanjian kesatuan


sekerja. Perjanjian tersebut menetapkan bahawa 10% daripada baki untung selepas
cukai dan bayaran dividen akan diperuntukkan untuk skim ini. Modal saham
diterbitkan pada 31 Disember 2000 ialah 50,000 unit saham biasa pada harga RM1
seunit. Untung selepas cukai pada 31 Disember 2000 ialah RM50,000. Kadar cukai
ialah 50%. Berapakah untung yang boleh diperuntukkan bagi skim tersebut ? Dividen
setiap saham ialah 10 sen.

Jawapan

Untung selepas cukai RM50,000


(-) dividen 5,000
cukai 50% 2,500 7,500

untung belum diasingkan RM42,500


Untung untuk skim pergongsian ialah = 10% x RM42,500 = RM4,250.

FAKTA
FAKTAKUNCI
KUNCI

1. Skim premium ialah bonos yang dibayar akibat daripada


penjimatan masa kerja.
2. Skim premium yang biasa diamalkan ialah skim bonos
individu, skim bonos berkumpulan dan skim perkongsian
untung.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 17

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

AKTIVITI 6B

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM
BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 6b-1

a) Huraikan 3 ciri-ciri skim insentif yang baik.


b) Berikut adalah data pengeluaran yang diperolehi berkenaan 2 orang pekerja di
kilang Baru dalam jangkamasa seminggu.

Armin Badul
Unit dikeluarkan 320 360
Jam bekerja 32 42
Masa dibenarkan seunit 38j 48j
Kadar upah sejam (RM) 3.00 2.90

Anda dikehendaki mengira jumlah upah yang diterima oleh setiap pekerja
berdasarkan:
i) skim 50% Hasley
ii) skim 33 1/3% Halsey-Weir
iii) skim Rowan

Soalan 6b-2

a) Salim dan Sally merupakan dua orang pekerja pengeluaran di dalam sebuah
syarikat perkilangan mesin jahit. Mereka telah bersetuju menerima upah sebanyak
RM10.00 sejam untuk jangkamasa kerja selam 8 jam sehari dan 5 hari seminggu.
Syarikat telah menetapkan masa piawai untuk menyiapkan 10 unit mesin jahit adalah
5 jam.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 18

Dalam seminggu pertama bulan Januari maklumat kerja Salim dan Sally telah
direkodkan seperti berikut:-
Hari Jam masa kerja Unit siap
1 10 25
2 7 15
3 8 20
4 7 15
5 8 15
40 90
== ===

Kirakan upah kasar yang diterima oleh Salim untuk minggu yang pertama bulan
tersebut dengan menggunakan kaedah:

i) hasil kerja dengan upah mingguan yang dijanjikan


ii) bonus dengan skim premium Hasley
iii) bonus dengan skim premium Hasley -Weir

b) Apakah keperluan-keperluan yang perlu ada dalam rancangan galakan yang baik.

Soalan 6b-3

Dalam sebuah kilang membuat perabot, pekerja dikumpulan mengikut kemahiran


masing-masing untuk menyiapkan satu-satu tempahan. Upah seorang pekerja ialah
RM4.00 sejam. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pekerja. Terdapat 4
kumpulan semuanya iaitu K1, K2, K3 dan K4

Setiap pekerja bekerja selama 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Dijangkakan setiap
kumpulan mampu menyiapkan satu tempahan biasa dalam masa 65 minit, 70 minit,
70 minit dan 75 minit.

Syarikat menetapkan masa standard untuk menyiapkan satu-satu tempahan biasa


adalah 10% lebih dari purata jangkaan masa yang diambil oleh setiap kumpulan.
Dalam satu minggu, K2 telah menyiapkan 40 tempahan tersebut. Kirakan upah kasar
yang akan diterima seorang pekerja dalam kumpulan K2 mengikut skim:

a) hasil kerja dan upah mingguan yang dijanjikan dan insentif kadar RM5.50
sejam untuk masa dijimatkan.
b) Skim bonus Rowan
c) Skim bonus Hasley
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 19

Soalan 6b-4

Sebuah kilang mengeluarkan 3 komponen D1, D2 dan D3. Terdapat 4 jenis buruh
yang digredkan sebagai gred A,B,C dan D.

Gred buruh Bil. Buruh Kadar upah Jam kerja


sejam(RM)
A 6 4.00 40
B 18 3.20 42
C 4 2.80 40
D 1 1.60 44

Hasil keluaran dan masa piawai seminggu ialah:

Komponen Unit dihasilkan Masa piawai seunit(min)


D1 444 30
D2 900 54
D3 480 66

Waktu kerja biasa seminggu ialah 48 jam dan kerja lebih masa dibayar pada premium
50% atas kadar upah biasa. Pihak kilang maengamalkan skim insentif berkumpulan di
mana masa yang dijimatkan dikira sebagai peratus jam kerja dan dikongsi dalam
kumpulan sebagai sebahagian dari jam bekerja bagi setiap gred. Kadar yang dibayar
ialah 75% dari kadar jam biasa.

a) kirakan jumlah gaji dibayar dengan menunjukkan gaji pokok.


b) Berikan dua kebaikan dan dua kelemahan skim insentif berkumpulan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 20

BURUH DAN
ANALISIS UPAH
MAKLUMBALAS 6B

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6b-1

a) Ciri-ciri skim insentif yang baik:-


- patut mencerminkan usaha dan pencapaian pekerja
- dibayar tanpa lengah, seeloknya sebaik sahaja tamat
tugas/kerja
- skim perlu mudah dilaksanakan /diuruskan dan
membolehkan pekerja mengira sendiri bonus mereka
- tidak menghadkan pendapatan dan menjaga pendapatan
daripada jatuh jika keadaan di luar kawalan pekerja
- skim hanya perlu diperkenalkan dengan persetujuan dan
rundingan terlbih dahulu
b)
ARMIN RM BADUL RM
Upah asas 32 x RM3.00 96 42 x RM2.90 121.80
Bonus 50% x (38-32) 9.00 50% (48-42) 8.70
Halsey 130.50
jumlah 106
Upah asas 32 x RM3.00 96 42x RM2.90 121.80
Bonus H.W 1/3(38-32) 6.00 1/3(48-42) 5.80
jumlah 102 127.60
Upah asas 32 x RM3.00 96 42X RM2.90 121.80
Bonus 32/38(6)(3) 15.16 42/48(6)2.90 15.23
Rowan
jumlah 111.16 137.03
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 21

Jawapan 6b-2

a) i. Unit yang dikeluarkan 90 unit


masa diambil 40 jam
masa piawai untuk menghasilkan 90 unit keluaran

90/10 (5 jam) = 45 jam


masa yang dapat dijimatkan = 5 jam

kaedah kerja dengan upah mingguan yang dijanjikan:

upah asas = 45jam x RM10.00 = RM450.00

6.2 kaedah Halsey


upah asas = 40jam x RM10.00 = RM400.00
bonus = 50% x 5 jam x RM10 = 25.00

RM425.00

6.3 kaedah Halsey-Weir


upah asas = 40jam x RM10.00 =RM400.00
bonus = 1/3 x 5jam x RM10 = 16.67

RM416.67

c) –rancangan mestilah diterima oleh pihak pekerja


-penghargaan mestilah diberikan kepada pekerja yang melebihi standard, ia
mestilah fleksibel
-standard dari segi kuantiti dan kualiti
-rancangan tidak terlalu mahal untuk dilaksanakan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 22

Jawapan 6b-3

masa yang dijimatkan = masa standard – masa sebenar

masa standard untuk menyiapkan 1 unit tempahan.


Purata jangkaan masa:
(70+65+70+75)/4 = 70 minit
tambahan 10% = 7 minit
77 minit

masa standard menyiapkan 40 tempahan


40 unit x 77 minit = 3080 minit
masa dalam jam = 3080/60 = 51.33 jam

masa dijimatkan = 51.33 – 40 = 11.33 jam

a) skim hasil kerja dan upah yang dijanjikan

upah asas =RM4.00 x 40 jam = RM160.00


insentif =RM5.50 x 11.33 jam = 62.32
upah kasar RM222.32

b) skim bonus Rowan


upah asas =RM4.00 x 40 jam = RM160.00
bonus = (40/ 51.33)11.33 x RM4= 35.32
upah kasar RM195.33

c) skim bonus Halsey


upah asas = RM4.00 x 40 jam = RM160.00
bonus = 50% x 11.33 jam x RM4= 22.66
upah kasar RM182.66
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 23

Jawapan 6b-4

a)
Buruh Gaji pokok Premium ot Bonus Gaji kasar
A 6x40x4 = 960 6x2x2 =24 6x12x3 =216 1200.00
B 18x24x3.2 18x4x1.60=115.20 18x12.6x2.4=544.32 3078.72
=2419.20
C 4x40x2.8 =448 4x2x1.4 = 11.20 4x12x2.1 = 100.80 560.00
D 1x44x1.6= 1x6x80 = 4.80 1x13.2x1.2 =15.84 91.04
70.40
jumlah 3,897.60 155.20 876.96 4,929.76

b)kebaikan
- dapat membina kerjasama dalam kumpulan
- tidak perlu penyeliaan yang ketat, dengan kos overhed dapat
dikurangkan
- operator pengeluaran terutama bahagian pemasangan amat sesuai

Kelemahan
- pekerja yang baik dan cekap terpaksa menanggung beban pekrja yang
tidak cekap
- pembahagian bonus sukar dijelaskan terutamanya jika masa dijadikan
asas ukuran
- jika jenis kerja memerlukan kemahiran – masalah akan timbul
mengenai asas digunakan untuk upah mereka yang mahir.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 24

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

INPUT

6.4 KANDUNGAN PENYATA GAJI

Apakah butiran yang terkandung dalam penyata gaji ?

Mari kita lihat Rajah 6.2, dalam satu penyata/lembaran gaji atau upah ia mesti
mengandungi nama, nombor pekerja, nombor gaji, nombor cukai pendapatan ,
nombor KWSP, gaji kasar, potongan dan gaji bersih. Gaji kasar dikira dengan
merujuk kepada:-

a. kad jam: untuk mengira bayaran kadar masa dan lebih masa.
b. Kad kerja: untuk mengira kadar ikut butir dan bonus
c. Lembaran masa; untuk mengira bayaran kadar masa, bonus dan
lebih masa
d. Kad pekerja: untuk mengira kadar upah, cuti yang diambil dan
caruman KWSP.

Daripada upah kasar pekerja, potongan cukai pendapatan , caruman KWSP dan
potongan lain seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kereta akan dibuat untuk
memperolehi upah bersih. Slip gaji akan disediakan dengan menunjukkan nama
pekerja, nombor pekerja, nombor cukai pendapatan, nombor KWSP, gaji kasar,
potongan dan gaji bersih.

Pastikan kita
semua mesti
sentiasa
dapat gaji dan
slip gaji
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 25

PENYATA GAJI BULAN: JABATAN:


NAMA: NO.GAJI:
NO. K/PENGENALAN: NO..CUKAI:
NO.PEKREJA : NO. KWSP
NO. PERKESO:

PENDAPATAN POTONGAN

JAM KADAR RM RM
GAJI POKOK CUKAI PENDAPATAN
LEBIH MASA KWSP
ELAUN PINJAMAN
PERKHIDMATAN
ELAUN
PERUMAHAN
BONUS

JUMLAH POTONGAN

JUMLAH
PENDAPATAN GAJI BERSIH

Rajah 6.2: Lembaran Gaji

6.3 ANALISIS UPAH DAN TATACARA MENGAKAUNKANNYA

Apakah yang dimaksudkan analisis upah ?

Ia melibatkan penyelarasan jumlah upah kasar dengan upah yang diperuntukkan


kepada kerja atau pusat kos. Lembaran analisis upah menunjukkan perincian semua
upah mengikut kerja, pusat kos, proses, gred pekerja dan jantina. Jumlah yang
ditunjukkan oleh lembaran analisis tersebut haruslah sama dengan jumlah upah pada
senarai gaji. Sumber maklumat yang digunakan untuk menganalisis upah termasuk
lembaran masa, kad kerja, kad masa terbiar dan senarai gaji. Analisis upah
memudahkan maklumat diperolehi dengan tepat tanpa banyak menggunakan tenaga
perkeranian. Maklumat daripada lembaran analisis upah digunakan untuk tujuan
kawalan, untuk menyediakan penyata pengendalian, untuk menyediakan laporan dan
untuk menghitung jumlah yang boleh dikenakan kepada kerja atau proses. Rajah 6.3
di bawah merupakan satu contoh lembaran analisis upah yang mudah untuk pelajar
sekelian memahaminya.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 26

LEMBARAN ANALISIS UPAH


Jabatan

Minggu Berakhir……………..

No. No. kerja No. Kerja No. kerja Masa Jumlah Folio
Jam hilang upah kerja
kos

Jumlah
Rajah 6.3: Lembaran Analisis upah

6.3.1 Lapuran Lebih Masa

Lapuran ini menerangkan kerja lebih masa, bayaran premium dan sebab-sebab kerja
lebih masa.

Apa itu kerja lebih masa ?

 Lebih masa ialah masa bekerja yang lebih daripada masa kerja normal.
 Premium lebih masa ialah jumlah tambahan yang dibayar kepada pekerja
untuk kerja lebih masa.
 Premium lebih masa dikira sebagai peratusan daripada masa tambahan kerja
oleh seseorang pekerja.
 Kebenaran kerja lebih masa perlu diperolehi terdahulu sebagai langkah
kawalan.

Contoh 6 –10

Seorang operator bekerja 4 jam lebih masa dan mendapat ` masa dan setengah’.
Berapakah yang akan dibayar mengikut jam?

Jawapan = 4 jam + ( 50% + 4 jam)


= 6 jam
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 27

Contoh 6 –11

Seorang operator mesin dikilang H&H Bhd bekerja sebanyak 4 jam lebih masa. Masa
bekerja biasa untuk minggu tersebut ialah 40 jam . Kadar sejam ialah RM1. Ia dibayar
jam & setengah untuk kerja lebih masa. Tunjukkan :-
1. premium lebih masa
2. gaji kasar

Jawapan:-
1. premium lebih masa = (50% x 4 jam ) x RM 1 = RM2

2. gaji kasar :
upah masa biasa 40jam x RM 1 = RM40
+ lebih masa 4 + (50% x 4 jam ) x RM1 = 6
RM46

Bagaimanakah tatacara perakaunan untuk premium lebih masa ?

Ada tiga kaedah asas digunakan untuk premium lebih masa.

1. Apabila kerja adalah punca lebih masa

Contoh 6-12

Sara Fateha mengambil masa biasa 800 jam dan tambahan 160 jam lagi untuk
menyelesaikan kerja No.212. Kadar sejam ialah RM3.20. Kadar lebih masa ialah
masa dan setengah .

Jawapan

Bayaran masa normal 800jam x RM3.20 = RM2,560


Lebih masa ialah 160 jam x (3.20 x 1.5)= 768
RM3,328

Catatan perakaunan;
Dt Akaun Kawalan Kerja dalam proses 3,328
Kt Akaun Kawalan Upah 3,328
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 28

2. Premium dianggap sebagai butiran overhed pengeluaran

Digunakan apabila aktiviti perniagaan merupakan punca lebih masa.

Contoh 6-13

Sebuah perniagaan mempunyai kapasiti pengeluaran normal sebanyak 8000 unit


memerlukan 800 jam. Ia menerima pesanan khas untuk membuat 1600 unit lagi yang
akan memerlukan 160 jam lebih masa.

Kadar sejam ialah RM3.20 dan kadar premium lebih masa ialah masa dan setengah.

Jawapan

Bayaran masa biasa 960 x 3.20 RM 3,072


Premium lebih masa 160 x 1.60 256
RM 3,328

Catatan perakaunan;
DT. Akaun kwalan kerja dalam proses 3,072
DT. Akaun kawalan overhed pengeluaran 256
KT. Akaun kawalan upah 3,328

3. Lebih masa terjadi kerana kecuaian atau mutu hasil kerja yang kurang baik.

Jika ini berlaku, premium lebih masa dianggap sebagai kerugian.

Dengan menggunakan contoh seperti di atas.

Catatan perakaunan;
DT. Akaun kawalan kerja dalam proses 3,072
Dt. Akaun kerugian/kehilangan premium
Lebih masa 256
KT. Akaun kawalan upah 3,328
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 29

Bagaimana pula tatacara perakaunan bagi premium kerja syif ?

Ada dua kaedah digunakan:-

1. bayaran premium syif dianggap sebagai overhed pengeluaran sekiranya kerja


syif tersebut untuk tujuan peningkatan output.

2. bayaran premium syif dianggap sebagai kos buruh langsung sekiranya kerja
syif tersebut untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Saya suka kerja


syif malam sebab
dapat elaun lebih.

6.3.2 Laporan Masa Terbiar

Masa terbiar boleh disebabkan oleh beberapa perkara . Ini termasuk:-

1. kerosakan mesin
2. penungguan untuk kerja
3. ketidakcekapan
4. kekurangan bahan

Masa terbiar selalunya dicatat di dalam kad masa terbiar yang juga menunjukkan
sebab masa terbiar berlaku. Upah yang dibayar untuk masa yang tidak produktif
dikira sebagai overhed pengeluaran.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 30

Contoh 6-14

Mesin yang digunakan oleh seorang operator mesin telah rosak selama jam. Jumlah
masa bekerja ialah 44 jam termasuk 4 jam masa terbiar. Kadarnya ialah RM1 sejam.
Berapakah pendapatan kasar ?

Jawapan

Upah langsung 40jam x RM1 =RM40


Masa terbiar (overhed pengeluaran) 4jam x RM 1 = 4
RM44

Catatan perakaunan:

DT. Akaun Kawalan kerja dalam proses 40


DT. Akaun kawalan overhed pengeluaran 4
KT. Akaun kawalan upah 44

6.3.3 Kos Sampingan

Apa itu kos sampingan ?

Kos sampingan ialah faedah yang diberikan kepada pekerja oleh majikan seperti
caruman majikan kepada pekerja oleh majikan seperti KWSP, skim perubatan,
pencen dan lain-lain
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 31

Bagaimana tatacara perakaunannya?

Ada dua pendekatan mengenai kos sampingan , iaitu:-

1. sebagai overhed pengeluaran

Contoh 6-14

Upah langsung pada masa terbiar ialah RM7 sejam


Faedah sampingan ialah RM3 sejam

Jawapan

RM7 dianggap sebagai buruh langsung


RM3 sebagai overhed pengeluaran.

2. kos sampingan sebagai kos buruh langsung.

Kaedah ini lebih sesuai kerana faedah sampingan dalam memperolehi perkhidmatan
buruh merupakan bahagian penting .

Merujuk kepada contoh 4-17, RM10 dianggap kos buruh langsung.

6.3.4 Upah Rehat Dan Upah Cuti

Upah rehat dan upah cuti tidak boleh dikenakan kepada kerja dalam proses kerana
seorang pekerja menyumbang kepada pengeluaran semasa ia bekerja. Upah rehat
harus dimasukkan ke dalam overhed pengeluaran.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 32

6.3.5 Kos Penyediaan

Masa penyediaan ialah masa yang diambil untuk menyediakan mesin dan alat
bantuan sebelum operasi bermula. Masa penyediaan seterusnya berkaitan dengan kos
penyediaan. Kos penyediaan diangganp sebagai overhed pengeluaran jika terdapat
ketidaktentuan dalam operasi pengeluaran.

Contoh 6-15

Berikut adalah senarai gaji asas untuk minggu kedua Jabatan Y . Jabatan ini
mengendalikan sistem pengkosan berkelompok.

Pekerja langsung: kadar pokok sejam RM1.80


Jumlah masa hadir 960 jam
Lebih masa yang dikerjakan 120 jam
Premuim syif RM180
Bonus kumpulan RM192
Caruman KWSP majikan RM150
Potongan pekerja – cukai pendapatan RM300
KWSP RM90

Pekerja tidak langsung: kadar pokok sejam RM1.20


Jumlah masa hadir 420 jam
Lebih masa yang dikerjakan 48 jam
Premuim syif RM60
Bonus kumpulan RM84
Caruman KWSP majikan RM66
Potongan pekerja:-
Cukai pendapatan RM120
KWSP RM42

Lebih masa dibayar pada kadar masa dan setengah. Lebih masa digunakan sebagai
langkah meningkatkan keluaran. Bagaimanapun, 20% daripada lebih masa untuk
pekerja langsung dan tidak langsung berpunca daripada permintaan pelanggan untuk
menyiapkan pesanannya dengan segera. Berikut ialah pecahan masa pekerja langsung
yang diperolehi daripada tiket yang telah dipulangkan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 33

Masa produktif: 708 jam


Masa tidak produktif : kerosakan mesin 60 jam
Menunggu ketibaan bahan 48 jam
Menuggu arahan daripada penyelia 54 jam
Masa terbiar 90 jam

Kirakan upah kasar dan upah bersih untuk pekerja langsung dan tidak langsung.
Nyatakan sebab tindakan anda terhadap:
1. caruman KWSP majikan
2. pendapatan lebih masa
3. premium syif dan bonus

Jawapan

Pekerja langsung RM RM Pekerja tidak RM RM


langsung
Masa kehadiran 960 1,728 420 x 1.20 504
x 1.80
Premuim lebih masa
120 x 0.9 108 48 x 0.60 28.80
Premuim syif 180 60
Bonus 192 84
Upah kasar 2,208 Upah kasar 676.80
Potongan cukai 300 120
KWSP 90 42

Upah bersih 1,818 Upah bersih 514.80


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 34

FAKTA
FAKTA
KUNCI
KUNCI

1. Kandungan penyata gaji menunjukkan gaji pokok, lain-lain


elaun yang diterima dan pemotongan seperti KWSP, SOCSO,
Cukai pendapatan dan lain-lain.
2. Lapuran lebih masa menunjukkan kerja lebih masa, bayaran
lebih masa dan sebab-sebab kerja lebih masa.
3. Upah rehat/cuti dianggap sebagai overhed pengeluaran.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 35

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

AKTIVITI 6C

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM
BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 6C- 1

Apakah butiran yang terkandung dalam penyata gaji ?

Soalan 6C-2

Apakah yang dimaksudkan dengan kerja lebih masa dan bagaimana pengiraan
premium lebih masa(bayaran) ?

Soalan 6C-3

Bagaimanakah catatan perakaunan bagi merekodkan kerja lebih masa yang dibuat
untuk menyelesaiakan sesuatu kerja ?
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 36

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

MAKLUMBALAS 6C

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6C-1

Penyata gaji harus mengandungi butiran-butiran berikut:-


Nama pekerja Gaji pokok
Nombor pekerja elaun
Nombor gaji pontongan KWSP,SOCSO, CUKAI
Nombor cukai pendapatan dan lain-lain pemotongan
Nombor KWSP,SOCSO Gaji bersih.

Jawapan 6C-2

Kerja lebih masa ialah masa bekerja yang lebih daripada masa kerja normal. Premium
lebih masa dikira berdasarkan peratusan daripada masa tambahan kerja oleh
seseorang pekerja. Contohnya 60% daripada masa tambahan.

Jawapan 6C-3

Apabila kerja lebih masa berpunca daripada kerja, bayaran lebih masa itu akan
dicampurkan dengan gaji masa normal dan dikreditkan ke Akaun Kawalan Upah.

Dt. Akaun Kawalan Kerja dalam proses xxx


Kt. Akaun Kawalan upah xxx
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 37

BURUH DAN
ANALISIS UPAH
PENILAIAN
KENDIRI

S
ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada
masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 6-1

a) Kilang Mewah menetapkan masa dibenarkan untuk seorang pekerja menyiapkan


kerja-kerja membuat kotak kunci ialah 8 jam. Kamal telah berjaya mengambil masa
5 jam sahaja untuk menyiapkan kerja tersebut. Kadar upah yang dibayar ialah 65 sen
sejam manakala kos bahan mentah yang terlibat dalam menghasilkan seunit kotak
ialah RM4. Overhed kilang ialah 150% daripada jumlah upah langsung.

Kirakan kos pengeluaran seunit bagi kotak tersebut di bawah skim berikut:-
i. Rowan
ii. Halsey

b) Upah harian yang diterima oleh seorang operator mesin bagi 8 jam bekerja sehari
ialah RM15. Standard output dikeluarkan ditetapkan kepada 50 komponen sejam.
Sekiranya output yang dikeluarkan oleh seorang operator ialah 500 komponen,
kirakan kos upah yang sepatutnya diterima oleh operator tersebut serta kos buruh bagi
setiap 100 komponen di bawah keadaan berikut:-

i. skim Halsey
ii. skim bonus sebanyak 30 sen dibayar bagi setiap tambahan 100
komponen.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 38

Soalan 6-2

a) Kilang Modern Sdn Bhd telah mengamalkan skim bonus kumpulan kepada 20
orang pekerjanya di bahagian pemasangan. Gaji asas setiap pekerja ialah RM750.
Daripada pengalaman lepas, bagi setiap kenaikan 30% dalam pengeluaran, bonus
yang diberikan bagi kumpulan tersebut ialah RM2,000. Pengeluaran standard
ialah 2000 unit sebulan.

Skim yang telah diperkenalkan ini telah menjadikan pekerja lebih bermotivasi.
Jumlah unit pengeluaran pada pada bulan ini ialah 3500 unit.

Anda dikehendaki mengira perolehan setiap pekerja dalam bulan tersebut.

b) Jabatan Kawalan kualiti mempunyai tiga orang pekerja yang mempunyai


kemahiran kerja yang berbeza.

Pekerja Bil. Produk siap Masa dibenarkan Masa diambil


Diperiksa (unit) (jam) (jam)
Ali 150 70 50
Ah chong 90 60 40
Mutu 60 80 45

Kadar upah bagi setiap pekerja ialah RM3.50/sejam. Kadar upah lama bagi sejam
kerja ialah:
Ali RM5
Ah Chong RM6
Mutu RM7

ANDA DIKEHENDAKI:
i. Kirakan jumlah pendapatan serta kadar upah efektif bagi
setiap pekerja di bawah skim Halsey.
ii. Skim manakah yang lebih baik di antara skim baru dan
lama.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 39

Soalan 6-3

a) Bagi meanyiapkan seunit barangan ABC, Baba mengambil masa 9 jam. Kadar
upah adalah RM15 sejam. Selepas memperkenalkan skim insentif, Baba berjaya
mengeluarkan barangan dalam tempoh 7 jam sahaja. Jika kos bahan langsung adalah
RM30 dan kos overhed diserapkan pada kadar 175% atas jumlah kos prima bagi
setiap unit barangan ABC, kirakan:
i. Perolehan yang diterima oleh Baba di bawah skim Halsey & Rowan
ii. Kos seunit barangan ABC di bawah kedua-dua skim di atas.

b) Berikut adalah rekod pusingganti pekerja dan maklumat mengenai


3 orang pekerja di Syarikat F&F.
Jab. A Jab.B Jab.C
Bil. Pekrja pada awal 144 68 212
tempoh perakaunan
Tambahan pekerja dalam
tempoh perakauan 28 18 46
Bil. Pekerja berhenti dalam
tempoh perakaunan 22 14 36

Nama pekerja Hawa Esah Noi


Unit disiapkan 270 200 200
Masa dibenarkan bagi
seunit disiapkan(minit) 10 15 12
Masa yang diambil(jam) 40 38 36
Kadar perjam(RM) 1.25 1.05 1.20
Kadar per unit(RM) 0.20 0.25 0.24

Anda dikehendaki mengirakan upah yang akan diperolehi oleh 3 pekerja di atas di
bawah kaedah:-
i. Berdasarkan jam kerja
ii. Berdasarkan output yang dikeluarkan
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 40

Soalan 6-4

a) Samad merupakan seorang pekerja pengeluaran di dalam sebuah syarikat yang


mengeluarkan cip komputer. Beliau telah bersetuju untuk menerima upah sebanyak
RM5 sejam untuk jangkamasa kerja selama 8 jam sehari dan 5 hari seminggu.
Syarikat telah menetapkan masa piawai bagi menyiapkan 10 unit cip komputer adalah
5 jam.

Dalam minggu kedua bulan Februari 2000, maklumat kerja bagi Samad telah
direkodkan seperti di bawah:-

HARI JAM KERJA(JAM) UNIT SIAP


1 10 25
2 7 15
3 8 20
4 7 15
5 8 15

Kirakan upah kasar yang diterima oleh Samad untuk minggu kedua dengan
menggunakan kaedah :-
a. hasil kerja dengan upah mingguan yang dijanjikan
b. bonus dengan skim premium Halsey
c. bonus dengan skim premium Halsey – Weir
d. bonus dengan skim premium Rowan

Soalan 6-5

Syarikat Perkilangan H&H mengeluarkan 200 unit produk X setiap minggu di mana
kilang beroperasi selama 42 jam seminggu. Semua overhed pengeluaran sebanyak
RM3,200 adalah kos tetap. Permintaan daripada pelanggan telah bertambah tetapi
pihak pengurusan tetap tidak mahu menambahkan waktu bekerja lebih daripada 42
jam seminggu. Walaubagaimanapun pihak pengurusan bercadang untuk
meningkatkan pengeluaran dengan memberikan satu skim insentif kepada 4 orang
operator yang sebelum ini mereka dibayar dengan kadr-kadar berikut:-

Nama operator kadar per jam(RM)


Ahmad 2.60
Badli 2.60
Hisham 3.20
Chong 3.50
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 41

Pihak pengurusan bercadang untuk menurunkan kadar upah yang dibayar dan
memberikan bonus sebanyak RM1.00 bagi setiap unit yang dikeluarkan. Tempoh
percubaan selama 4 minggu telah ditetapkan. Kadar upah yang baru ialah seperti
berikut:-

Nama operator kadar per jam(RM)


Ahmad 1.80
Badli 1.80
Hisham 2.50
Chong 2.50

Dalam tempoh seminggu pertama pengeluaran berjumlah 236 unit. Pihak


pengurusan percaya bahawa pembayaran bonus adalah terlalu tinggi dan
membebankan kerana kenaikan dalam pengeluaran sebanyak 10% dalam pengeluaran
meningkatkan kos buruh sebanyak 22%.

Anda dikehendaki:-
a) Mengira bagaimana kenaikan dalam kos buruh sebanyak 22% itu
diperolehi.
b) Menasihatkan pihak pengurusan sama ada skim insentif tesebut
sebenarnya meningkatkan kos atau tidak. Tunjukkan pengiraan untuk
menyokong pendapat anda.

Soalan 6-6

Syarikat Haqkeem merupakan sebuah kilang pengeluaran komponen bas. Jabatan ini
mempunyai 30 orang pekerja operasi. Bayaran upah adalah RM3 sejam untuk jam
kerja asas 40 jam seminggu; dengan upah terjamin RM120 seminggu bagi setiap
pekerja. Apabila perlu, kerja lebih masa akan dibuat sehingga masa maksimum 15
jam seminggu bagi setiap pekerja dan dibayar dengan bayaran dua dan satu perdua (2
½) dari kadar biasa.

Kajian semasa yang dibuat menunjukkan masa piawai untuk menyiapkan 6 unit
keluaran adalah sejam bagi seorang pekerja. Penyelidikan yang dibuat menunjukkan
bahawa seorang pekerja masih boleh meningkatkan keluarannya kepada 8 unit sejam.
Sehubungan dengan ini skim baru butiran kerja diperkenalkan dengan bayaran
RM0.55 bagi setiap unit keluaran.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 42

Belanjawan pengeluaran tahun depan adalah berbeza-beza dari minimum 7000 unit
dan maksimum 9900 unit seminggu. Harga jualan dijangka RM10 seunit. Kos bahan
mentah ialah RM8 seunit dan jumlah kos overhed tetap adalah RM9000 seminggu.

Anda diminta untuk memberi nasihat bagi cadangan skim insentif untuk pekerja
operasi di Jabatan Pengeluaran.

Anda dikehendaki:

a. Mengira kos buruh yang akan dialami pada keluaran minimum


7000 unit dan maksimum 9900 unit di bawah kedua-dua skim baru
dan skim lama.
b. Menentukan untung yang diperolehi di bawah kedua-dua skim
c. Memberi nasihat bagi cadangan skim insentif untuk pekerja
operasi di Jabatan Pengeluaran.

BURUH DAN
ANALISIS UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 43

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6-1

a) Rowan
masa yang dijimatkan = masa dibenarkan – masa diambil
= 8-5
= 3 jam

upah untuk 5 jam x 0.65 = RM3.25


bonus = 3/8 (5)(0.65) = 1.129
jumlah upah langsung = RM4.269

Halsey
Upah untuk 5 jam x 0.65 = RM3.25
Bonus = 0.5(3)(0.65) = 0.975
Jumlah upah langsung = RM4.225

Kos pengeluaran seunit:


Halsey Rowan
Bahan mentah RM 4.00 RM4.00
Upah 4.225 4.269
Overhed 6.3375 6.4035
RM14.5625 RM14.6725
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 44

b) standard output sehari = 50 komponen x 8 jam


= 400 komponen

i) upah untuk 400 komponen = RM15.00


bonus untuk output tambahan
(500-400)/100 x 30 sen = 0.30
upah sehari = RM15.30

kos buruh bagi setiap 100 komponen = RM15.30/8


= RM 1.912

ii) upah untuk 400 komponen = RM15.00


bonus 50% dari 100 komponen
0.5 x 100 x (RM15/400) = 1.875
kos buruh sehari = RM16.875

Jawapan 6-2

a) X% kenaikan = (1500/2000) 100


X = 75%
Bonus setiap pekerja = 7500/20
= 375

perolehan setiap pekerja = RM750 + 375


= RM1,125
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 45

c) i. Kirakan jumlah pendapatan

Ali
Bonus = 0.50 (70 – 50) RM3.50 = RM35
Jumlah perolehan = (50 x RM3.50) + 35= RM210

Kadar upah efektif = 210/50 jam = RM4.20 sejam

Ah Chong
Bonus = 0.50 (60 – 40) RM3.50 = RM17.50
Jumlah perolehan = (40 x RM3.50) +17.50 = RM157.50

Kadar upah efektif = 157.50/40 jam = RM3.9375 sejam

Muthu
Bonus = 0.50 (80 – 45) RM3.50 = RM61.25
Jumlah perolehan = (45 x RM3.50) + 61.25= RM218.75

Kadar upah efektif = 218.75/ 45jam = RM4.86 sejam

ii) Perbandingan:
Skim bonus Skim lama
Ali 210.00 50 x5 = 250.00
Ah Chong 157.50 40 x 6 = 240.00
Muthu 218.75 45 x 7 = 315.00

Di bawah skim bonus , kos buruh langsung adalah lebih rendah.


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 46

Jawapan 6-3

Bahagian A
a) Perolehan di bawah skim Halsey = RM120.00
Perolehan di bawah skim Rowan = RM128.33
b) kos seunit Halsey = 30+120+262.50 =RM412.50
Rowan = 30+120+128.33 =RM435.41

Bahagian B
Upah 3 orang pekerja
Berdasarkan Hawa Esah Noi Jumlah
a. jam kerja 50.00 39.90 43.20 133.10
b. o/p dikeluarkan 54.00 50.00 48.00 152.00

Jawapan 6-4

Bahagian A
Masa untuk siap 90 unit = 90/10 x 5
TA = 45 jam
TT = 8 x 5 = 40
TS =5jam

a. E = NU.RU = 90 x 2.50 = 225


dimana RU = upah sejam/unit piawai sejam
= 5/ (10/5) = 2.50

b. Halsey upah asas = (8x5) x 5 = 200


bonus = 0.50 x 5 x 5 = 12.50
jumlah = RM212.50

c. Halsey – Weir upah asas = 200


bonus = 0.30 x 5 x 5 = 7.50
jumlah = RM207.50

d. Rowan upah asas = 200


bonus = 5/45 x 40 x 5 = 22.22

jumlah =RM222.22
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 47

Jawapan 6-5

a) upah sebelum percubaan:

Nama operator Kadar per jam(RM)


Ahmad 2.60
Badli 2.60
Hisham 3.20
Chong 3.50
11.50 perjam x 42 jam =RM499.80

upah dan bonus semasa tempoh percubaan:

Nama operator Kadar per jam(RM)


Ahmad 1.80
Badli 1.80
Hisham 2.50
Chong 2.60
8.90 sejam x 42 =RM373.80
bonus 1.00 seunit x 236 =RM236.00
JUMLAH =RM609.80

Tambahan dalam kos buruh = RM609.80 – 499.80 = RM110.00


Tambahan dalam % = [110/499.80] x 100%
= 22%

Bandingkan kos pengeluaran seunit antara skim lama dan baru:


Skim lama Skim baru
Upah dan bonus 499.80 609.80
Overhed pengeluaran 3200.00 3200.00
Jumlah kos pengeluaran 3699.80 3809.80
Jumlah keluaran (unit) 200 236
Kos penegluaran/unit RM18.50 RM16.14

Kesimpulan: walaupun kos buruh bertambah tetapi sebenarnya skim baru itu
mengurangkan kos pengeluaran seunit.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 48

Jawapan 6-6

Skim lama
7000 unit 9900 unit
upah pokok RM120 x 30 orang [9900/6]55jam x 30 orang
RM3600 RM4950
Premium o/time - 15jam x 4.5 x 30 orang
RM2025
Kos buruh RM3600 RM6975

7000 unit 9900 unit


kos bahan 56000 79200
overhed 9000 9000
68600 95175
jualan 70000 99000
untung 1400 3825

Skim baru
kos buruh 3850 5445
bahan 56000 79200
overhed 9000 9000
68850 93645
jualan 70000 99000
untung 1150 5355

c. skim baru adalah baik diamalkan jika target pengeluaran adalah 9900 unit ke atas.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 6/ 49

Anda mungkin juga menyukai