Anda di halaman 1dari 13

HOKI

Pengenalan hoki
Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan oleh semua
peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSS) setiap tahun akan mengelola
kan pertandingan hoki untuk murid-murid. Hoki juga popular di sekolah-sekolah menengah, kelab, insti
tut/maktab, universiti dan persatuan-persatuan.

Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak takraw, khasnya di luar b
andar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik dan alatan bermain yang mahal berbanding deng
an bola sepak dan sepak takraw. Guru dan jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di lihat hand
al yang cukup bermotivasi untuk mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana penduduk Ma
laysia mempunyai bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai susuk badan yang sesuai. Walau bagaimana
pun ramai pengkritik berpendapat bahawa badan besar orang Eropah adalah kelebihan yang nyata, teruta
manya dari segi kekuatan. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut sa
iz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama
seperti penduduk Malaysia seperti Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan.

Pasukan Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di peringkat antara
bangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1956. Hanya sekali sahaja Malaysia ti
dak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun, pasukan wanit
a kurang berjaya, walaupun satu ketika dahulu mereka adalah yang terbaik di Asia.
SEJARAH HOKI
Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang t
elah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahu
n 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam S
ukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menu
njukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas seb
uah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggam
barkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasark
an pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki
adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki
yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (sen
i-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan denga
n hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala h
ampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu d
an bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang bera
t.
Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di
Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan
hoki sekarang barangkali mendapat namanya
daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga
mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu
hoki moden banyak terhutang budi kepada orang
Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock
sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama
hockie digunakan.

Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai
kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki
British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai
presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah
menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara
pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan
perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan
peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di
antara England dengan Ireland telah diadakan.
PADANG HOKI
Pintu Gol
Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini mengandungi
dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggi
an 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh
tepi luar garisan belakang.
Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai keteb
alan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih
.
Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (ti
dak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1
inci - 1.5 inci dicadangkan.
Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45
cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjan
gnya.
Tiang-Tiang Bendera
Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4 kaki minimu
m dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.

Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di luar gari
san-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan 25 ela.
Bulatan Jaringan
Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu gol. Gari
san 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke luar kawasan garisan 4
ela.
Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai radius. Luki
s dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi bulatan jaringan juga dipanggi
l bulatan memukul atau kawasan D.
Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk sudut pena
lti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.
Pic Segiempat Bujur
RECTANGULAR PITCH

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan
di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjan
g dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol,
kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.
Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan teng
ah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagika
n kepada empat sukuan.

Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang diluk
is 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol. Tanda ini
berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan
garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut penalti. Tand
a-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Tanda-tan
da ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai dia
meter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.
Persatuan-Persatuan Nasional Dan
Antarabangsa
Badan antarabangsa pertama adalah The International Hockey Board yang ditubuhkan
pada tahun 1900 oleh England, Ireland Jan Wales. Tidak lama kemudian Scotland, Peranci
s dan negeri-negeri Eropah juga menganggotai pertubuhan ini. Pada tahun 1924, The Inte
rnational Hockey Federation (RH) ditubuhkan dan menggantikan The Hockey Board. Kini FIH
dengan ibu pejabatnya di Brussels merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap
permainan hoki.

Permainan hoki mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan sekali la
gi pada tahun 1924. India adalah negara bukan Eropah yang menyertai pertubuhan FIH pad
a tahun 1928. Pada tahun yang sama India menyertai Sukan Olimpik di Amsterdam dan mend
apat pingat emas. India telah memenangi pingat emas di setiap Sukan Olimpik. Pasukan-p
asukan utama hari ini adalah dari negara Jerman, Australia, Belanda dan Pakistan.

Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di Tokyo pada tahun 1958 da
n didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia yang juga unggul dala
m perlawanan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia. Pasukan wanita dan Korea, Ch
ina dan Jepun adalah dalam kelas Junta dan setaraf dengan pasukan wanita dan Jerman, A
ustralia dan Belanda.
The Malaysian Hockey Federation ditubuhkan pada 1948. Dua perdana menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Raza
k dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Hari ini presidennya adalah DYMM Sultan
Azlan Shah. Beliau juga presiden Asian Hockey Federation dan timbalan presiden International Hockey
Federation.

Malaysia sangat aktif dalam hoki di peringkat tempatan dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tente
ra bergabung (affiliated) dengan The Malaysian Hockey Federation. Pertandingan-pertandingan hoki jug
a dikelolakan oleh pertubuhan nasional, pertubuhan-pertubuhan hoki negeri, bank, angkatan tentera da
n jabatan-jabatan kerajaan. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 19
56. Sejak itu, Malaysia telah melayakkan diri untuk setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1988 di
Seoul. Tidak ada sukan lain di Malaysia yang mempunyai rekod seperti ini.

Anda mungkin juga menyukai