Anda di halaman 1dari 9

Layang-layang

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar
Untuk kegunaan lain, sila lihat: Layang-layang (nyahkekaburan).

Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti
menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari
perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu,
Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan
selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan
menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-
layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga
dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara,
daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga
diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi
keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Sejarah wau
o 1.1 Di Malaysia
o 1.2 Mitos permainan wau
 2 Jenis wau
 3 Cara bermain
 4 Menghasilkan wau
 5 Perincian wau
o 5.1 Teknik pembuatan wau tradisional
 5.1.1 Petua dan pantang larang pemilihan buluh
 5.1.2 Penyimpanan buluh
 5.1.3 Meraut buluh
 5.1.4 Membuat bingkai
 5.1.5 Mengukur, melukis dan menyobek corak
 5.1.6 Memasang jambul atau rambu
 5.1.7 Memasang belalai
 5.1.8 Memasang busur
 6 Rujukan
 7 Pautan luar

[sunting] Sejarah wau


[sunting] Di Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan. tarikh serta asal-
usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia
berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.[perlu rujukan] Kemungkinan
evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara
China memandangkan hubungan Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman Greek lagi.

Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien (Fujian). Kata
untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia.

[sunting] Mitos permainan wau

Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan yang
dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada tulang belakang
daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau dimainkan di
tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya, dan anak itu pun
menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau".

Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia bermula apabila Dewi Dewa
Dani bersalinkan Dewa Muda. Bidan Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda ke laut. Maka
Mak si Dewa Dewa yang sedang bertapa di kayangan merasa tidak selesa duduk di kayangan,
lalu dia turun ke Medan Kulum Laman Yang Rata, dan dilihatnya tembuni Dewa Muda
terapung-apung di Sungai Nil. Tembuni itu dipulihkan menjadi seorang dewa yang dinamakan
Awang si Jambul Lebat dan selaput tembuni Dewa Muda itulah dijadikan “rangka” Wau untuk
Dewa Muda.

Untuk menyiapkan Wau itu, Mak si Dewa Dewa mengambil panau Dewa Muda untuk dijadikan
bunga Wau, tangan Dewa Muda untuk sayap Wau, laras kaki Dewa Muda dijadikan tangan dan
badan wau serta rambut Dewa Muda dijadikan jambul Wau. Bila Wau ini dinaikkan, maka
busurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam. Dari bunyi busur itulah wujudnya
nama "Wau". Mengikut asal usul ini juga, wau yang tidak ada busur atau busurnya tidak
berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam dipanggil "layang-layang".

Mengikut asal usul yang lain pula, wau wujud dari semangat padi. Pada satu hari, seorang petani
bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa dengan seorang anak perempuan yang
cantik, lalu dipelihara oleh mereka. Si suami tiap-tiap hari membawakan minuman dan makanan
kepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di rumah padi, yang akhirnya menimbulkan
perasaan cemburu di hati isteri. Anak perempuan itu dipukul oleh si isteri lantas melarikan diri
dari rumah petani tersebut menghala angina barat.

Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak berbuah dan diserang penyakit.
Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi. Untuk memohon
maaf, petani itu harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan sekarang ini dan dinaikkan
setelah menuai.

Mengikut asal usul yang lain, Wau Bulan lahir sebagai lambang penyatuan kembali Empayar
Srivijaya oleh Dewa Muda. Setelah kemangkatan pembina Empayar Srivijaya iaitu Sri Maharaja
Sri Jayanaga, maka empayar yang meliputi seluruh Asia Tenggara ini mulai berpecah diperintah
secara berasingan dari negara induk Srivijaya iaitu Medang Bhumi.

Di awal abad ke-8 muncul seorang tokoh, iaitu cucu Sri Maharaja Sri Jayanaga yang bernama
Jaya Sinha. Beliau mempunyai berbagai gelaran, antaranya Sabjaya atau Sanjaya Putera, Inu
Dewa, Seri Panji, Mahisa Kelana Seri Panji, Raden Inu Kertapati atau Raden Asmarajaya dan
Hyang Kamajaya, tetapi dia lebih terkenal dalam cerita-cerita tradisi sebagai Dewa Muda. Dewa
Muda telah mengadakan beberapa serangan untuk menyatukan kembali Empayar Srivijaya.

Sebelum Dewa Muda mengadakan serangan, dia telah lama bertapa dan apabila selesai, dia
pulang dari gua tempatnya bertapa dengan membawa rangka atau ‘lembaga’ wau bulan yang
baginya merupakan peta penyerangan dan penaklukan kembali Empayar Srivijaya atau Asia
Tenggara itu.Dewa Muda menakluk kembali empayar yang agung itu kira-kira pada tahun 713
hingga 779 Masihi. Setelah mendapat kemenangan, Wau Bulan yang menjadi lambang Empayar
Srivijaya dikenali sebagai ‘Sejagat Tanah Jawa’.

Kepala dan tengkuk wau bulan yang berbentuk garuda itu melambangkan raja segala burung
yang sebenarnya seorang wali. Namanya ialah Riah, dalam Bahasa Arab disebut ‘Nabi Mahlail
Alaihissalam’ antara 313 rasul dan dalam Bible, beliau disebut dengan nama ‘Mahalelselt’.
Dalam cerita-cerita tradisi dia digelar ‘Burung Petala Indera’. Jadi, kepala Wau Bulan ini
melambangkan roh dan semangat Empayar Srivijaya, dan memberi erti asas kebudayaan dan
asas peradaban dalam empayar ini.

Dikisahkan bahawa busur wau ini memiliki dua belas bahasa, dua belas ragam yang
melambangkan negeri atau daerah yang disatukan kembali dengan negara pusat Empayar
Srivijaya. Dua belas negeri tersebut ialah Filipina, Vietnam, Segenting, Kemboja-Laos-Thailand
Tengah dan Utara, Burma, Burma Barat dan Benggala Timur menganjur ke Kepulauan
Andaman, Pulau Irian dan Pulau Sulawesi. Sementara dua belas ragam bererti dua belas suku
terdapat di dua belas daerah/negeri tersebut tadi.

Bulatan bulan pada Wau Bulan melambangkan negeri-negeri daratan yang dinamakan
Nusarantang-kawasan yang bersambung. Bintang yang terletak di antara bulatan bulan sabit
penuh dilambangkan sebagai ‘negara pusat’ atau ‘kawasan pusat pemerimtahan’ yang dinamakan
‘Nusa Kencana-Kawasan Emas dan bulan sabit penuh yang menjadi bahagian bawah wau ini
dilambangkan dengan negeri-negeri kepulauan yang dinamakan Nusantara-Kawasan yang
dirantai oleh laut-laut.

Wau Bulan ini memiliki tiga teraju yang melambangkan tiga bahagian empayar Srivijaya dan
tiga teraju ini diikat oleh satu tali, yang melambangkan Empayar Srivijaya ini diperintah oleh
satu pentadbiran pusat.

Dalam asal usul yang lain pula, wau dinyatakan berasal dari Kembayat Negara di zaman Siti
Zubaidah dan wau ini bernama Wau Lenggang Kembayat. Wau inilah yang dinaikkan oleh
Pembina Empayar Srivijaya iaitu Dewa Muda. Bentuknya tidaklah seperti Wau Bulan seperti
yang dinyatakan dalam asal usul di atas. Wau Lenggang Kembayat ini bentukya seperti Wau
Ikan yang wujudnya sekarang ini.

Banyak lagi terdapat asal usul wau, tetapi hampir semuanya menyerupai asal usul yang telah
dicatat.

[sunting] Jenis wau

Wau bulan.

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya wau burung, wau pari, wau katak, wau
bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat
dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.

1. Wau barat
2. Wau bayan
3. Wau bulan
4. Wau burung
5. Wau jala budi
6. Wau katak
7. Wau kucing
8. Wau lenggang kebayan
9. Wau merak
10. Wau pari
11. Wau sewah
[sunting] Cara bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan
seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan
ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau
tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias
berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tetapi
layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan
juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang
yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas
tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia,
terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

[sunting] Menghasilkan wau


Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk
dijadikan rangka, mengimbangkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut
mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar
daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta
jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan
berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan
warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih
yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan
rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan
diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila
diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam
dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di
antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju
Tiga.

[sunting] Perincian wau


Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau,
busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

[sunting] Teknik pembuatan wau tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam
daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan
sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran
kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan
dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan
lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan
menyimpan buluh tersebut.

[sunting] Petua dan pantang larang pemilihan buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau
dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai
banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di
waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang,
akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal
ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make
hok sini”.

[sunting] Penyimpanan buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau.
Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah
manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.


2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

[sunting] Meraut buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan
kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian
sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan
kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan
sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin
halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di
bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan
ia dibentuk.

Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula
dengan kertas pasir.

[sunting] Membuat bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap,
rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau
yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua
keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah
diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Rangka bingkai wau kemudian akan diikat:

1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian
tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu.
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang.
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut
seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap.
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh
yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau.
Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala
wau.
7. Langkah terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada
kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau.
Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan
tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah:

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.


2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka
bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

[sunting] Mengukur, melukis dan menyobek corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik
dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat:

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan
satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak
dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas
bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam
di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan
daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna
diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan
menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan
warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi
wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu
kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.

Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak
menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek
hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai
sehingga lapan warna.

[sunting] Memasang jambul atau rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Jambu biasanya diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu.

[sunting] Memasang belalai

Belalai menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.

[sunting] Memasang busur


Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada
empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi
yang dikehendaki.
3. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter
dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
4. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau
dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang
nilon

Anda mungkin juga menyukai