Anda di halaman 1dari 102

DIA

Yang Menjual Agamanya


Penulis:
Dr. Abd. al-Muhsin ibn Muhammad al-Qasim

Penterjemah:
Abu Qutaibah bin Jamil

Suntingan, atur huruf dan grafik:


Abu Usamah bin Jamil

Semakan:
Luqmanulhakim bin Hussain, Bashasunnahar bin Puasa
& Mohd Khafiz bin Abdul Basir
Dia Yang Menjual Agamanya 2

ÉΟŠÏm§9$# Ç≈uΗ÷q§ 9$# «!$# ÉΟó¡Î0

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam,


selawat dan salam ke atas nabi kita Muhammad , ahli
keluarga baginda dan para sahabat seluruhnya.
Selanjutnya…

Sihir merupakan salah satu pemusnah kehidupan


beragama. Ia adalah satu unsur yang menghancurkan
masyarakat dan memecahbelahkan institusi
kekeluargaan. Ia juga merupakan faktor yang
menyebabkan sebilangan manusia jauh daripada tuhan
dan tidak redha kepada ketentuan Allah ke atas diri
mereka atau orang lain. Ia menyemarakkan api hasad
di dalam jiwa mereka terhadap orang lain lalu mereka
mencari jalan penyelesaian yang palsu. Lantaran itu,
muncullah di hadapan mereka satu golongan yang
mahu merosakkan aqidah mereka iaitu para bomoh
sihir, tukang ramal dan pawang benda ghaib.
Dia Yang Menjual Agamanya 3

Risalah yang diberi tajuk "Dia Yang Menjual


Agamanya" ini merupakan peringatan buat kaum
muslimin tentang bahaya perbuatan sihir, ramalan masa
depan dan individu yang melakukannya. Ia merupakan
satu amaran kepada individu yang telah mencemarkan
aqidahnya dan berusaha untuk mengenakan sihir
kepada orang lain. Ia juga merupakan penghibur jiwa
bagi mangsa sihir yang telah dizalimi.

Saya memohon kepada Allah agar


mengurniakan manfaat melalui risalah ini, menjauhkan
kaum muslimin daripada kejahatan para bomoh sihir
serta kelompok pemutar belit dan mengembalikan
perancangan musuh ke atas diri mereka.

 
 
    

Dr. Abd al-Muhsin ibn Muhammad al-Qasim


Imam dan khatib di Masjid an-Nabawi as-Syarif
Dia Yang Menjual Agamanya 4

 Pengertian Sihir

Dari sudut bahasa, kalimah sihir (menurut


Bahasa Arab) bermaksud setiap perkara yang
puncanya tersembunyi, halus dan teliti.

Menurut istilah pula, sihir tidak dapat diberikan


satu pengertian yang menyeluruh memandangkan ia
merangkumi bentuk dan kaedah yang berbeza-beza.

Di dalam kitab Adhwa' al-Bayan dinyatakan:

"Ketahuilah bahawa (kalimah) sihir


dari sudut istilah tidak dapat ditetapkan
baginya satu pengertian yang menyeluruh
dan khas kerana ia merangkumi pelbagai
bentuk dan kaedah yang termasuk di dalam
pengertiannya. Tidak ditemui satu titik
persamaan di antara jenis-jenis sihir ini yang
boleh dianggap mewakili semua (bentuk
sihir) dan menafikan (perkara yang bukan
daripada kelompoknya). Lantaran itu, para
ulama telah berbeza pandangan dalam
menetapkan pengertiannya.(1)"

(1) Adhwa' al-Bayan 4/ 444


Dia Yang Menjual Agamanya 5

Sihir merupakan satu bentuk perasapan,


penyusunan, simpulan dan gerakan yang dilakukan oleh
bomoh sihir setelah kekufurannya kepada Allah untuk
mendekatkan diri kepada syaitan supaya tindakannya
itu memberi kesan kepada mangsa sihir dengan izin
Allah.

Ibnu al-Qayyim telah berkata(2): "Sihir terbentuk


daripada tindakan roh-roh yang jahat (jin dan syaitan)
dan tindak balas tabi'i (seumpama tubuh mangsa)
terhadapnya."

 Sejarah Sihir

Tidak pernah wujud suatu umat melainkan ia


telah diutuskan dengan seorang rasul yang menyeru
mereka supaya beribadah kepada Allah  yang Esa
dan melarang mereka daripada perbuatan syirik. Allah
 berfirman:
〈 ∩⊄⊆∪ փɋtΡ $pκÏù Ÿξyz ωÎ) >π¨Βé& ôÏiΒ βÎ)uρ 
Dan tidak ada satu umat melainkan telah
diutuskan kepadanya pembawa peringatan [Fathir:
24]

(2) Zad al-Ma`ad 4/125


Dia Yang Menjual Agamanya 6

Setiap umat telah diutuskan kepada mereka


seorang rasul, yang sering dicerca pula oleh kaumnya.
Mereka menuduhnya melakukan sihir. Ini menunjukkan
bahawa setiap umat mengetahui tentang sihir dan ia
tersebar di atas muka bumi sepanjang peredaran
zaman, seiring perubahan generasi dan sejajar
pertukaran kurun. Allah  mengatakan:
(#θä9$s% ωÎ) @Αθß™§‘ ÏiΒ ΝÎγÎ=ö7s% ÏΒ tÏ%©!$# ’tAr& !$tΒ y7Ï9≡x‹x. 

〈 ∩∈⊄∪ îβθãΖøgxΧ ÷ρr& íÏm$y™


Demikianlah juga tidak datang kepada
generasi sebelum mereka seorang rasul melainkan
mereka itu akan mengatakan bahawa dia adalah
seorang penyihir atau orang gila [az-Zariyat: 52]

Berkata Ibnu Hajar(3): "Sihir telah wujud pada


zaman nabi Nuh kerana Allah menyatakan kepada kita
berkenaan kaum nabi Nuh yang menuduh baginda
sebagai seorang penyihir. Kisah Harut dan Marut pula
berlaku sebelum zaman nabi Nuh menurut riwayat Ibnu
Ishaq dan lain-lain."

Sihir adakalanya tersebar pengamalannya di


kalangan sesetengah kaum dan kurang masyhur pada

(3) Fath al-Bari 10/223


Dia Yang Menjual Agamanya 7

kaum yang lain. Pada zaman nabi Musa, sihir dan


bomohnya adalah sangat masyhur. Mereka telah
menentang Nabi Musa dengan sihir mereka. Menurut
Ibnu Khaldun(4): "Sihir telah mendapat sambutan yang
menggalakkan di Babilon dan Mesir pada saat-saat
pengutusan Nabi Musa 'alaihi as-salam."

Adakah sihir benar-benar wujud atau ia sekadar


khayalan?

Sihir adalah suatu hakikat yang wujud. Ia


mampu memisahkan hubungan di antara suami dan
isteri dengan izin Allah. Allah  berfirman:
Ïöyϑø9$# t÷t/ ϵÎ/ šχθè%Ìhxム$tΒ $yϑßγ÷ΨÏΒ tβθßϑ¯=yètGuŠsù 

〈 4 ϵÅ_÷ρy—uρ
Maka mereka mempelajari daripada kedua-
duanya (malaikat) apa yang mereka mampu pisahkan
melaluinya di antara seseorang individu dengan
pasangannya [al-Baqarah: 102]

Sihir juga mampu memberi kesan sakit pada


badan manusia dan memusnahkannya melalui penyakit
atau kematian. Adakalanya ia memberi kesan

(4) Muqaddimah Ibnu Khaldun, ms. 927


Dia Yang Menjual Agamanya 8

terhadap jiwa mangsa sihir. Semua ini berlaku dengan


izin Allah.

al-Qarafiy(5) mengatakan: "Sihir adalah satu


hakikat. Kadang-kadang mangsa sihir mungkin mati
atau berubah perwatakan dan tabiatnya walaupun
sihir tersebut tidak bersama mangsa secara langsung."

 Bahaya Sihir

Perkara yang paling berharga yang dimiliki


oleh seorang muslim dalam kehidupan ini adalah
agamanya. Individu yang memperoleh hidayah ialah
individu yang menjaga agamanya dan tidak
membenarkan sebarang tindakan yang boleh
merosakkan, mencacatkan atau mengotorkan
aqidahnya.

Melakukan sihir atau mengunjungi para bomoh


sihir untuk mengenakan sihir merupakan perbuatan
yang amat bahaya terhadap aqidah lantaran meminta
perbuatan sihir daripada pengamalnya merupakan
salah satu perkara yang membatalkan Islam.

(5) al-Furuq 4/129


Dia Yang Menjual Agamanya 9

Syeikh Muhammad ibn Abd al-Wahhab -


rahimahulLah- menyatakan(6):

"Yang ketujuh: -iaitu perkara ketujuh


yang membatalkan Islam- ialah sihir:
antaranya as-Sarf atau al-`Athof (ilmu
memisahkan di antara dua pasangan).
Sesiapa yang mengamalkannya (sihir) atau
redha terhadapnya, maka dia telah menjadi
kafir. Dalil bagi perkara ini:
ßøtwΥ $yϑ¯ΡÎ) Iωθà)tƒ 4®Lym >‰tnr& ôÏΒ Èβ$yϑÏk=yèム$tΒuρ 

〈 ( öàõ3s? Ÿξsù ×πoΨ÷GÏù


Sedangkan kedua-duanya tidak
mengajarkan (sesuatu) kepada seseorang
pun sehingga kedua-duanya mengatakan:
"Sesungguhnya kami hanyalah ujian
(bagimu). Oleh itu, janganlah kamu menjadi
kafir."

Oleh yang demikian, hukum bomoh sihir serta


hukum mengunjungi mereka adalah sama.

(6) Risalah Fi Nawaqidh al-Islam


Dia Yang Menjual Agamanya 10

Sesiapa yang telah melakukan perbuatan sihir,


maka dia telah melakukan perbuatan syirik. Nabi 
telah bersabda: ((Sesiapa yang telah melakukan sihir,
maka dia telah melakukan perbuatan syirik)). Berkata
pengarang kitab Fath al-Majid(7): "Ini merupakan nas
yang jelas menunjukkan bahawa tukang sihir adalah
seorang musyrik."

Sihir merupakan perbuatan yang telah


diharamkan dalam semua ajaran para rasul. Allah 
mengatakan:
〈 ∩∉∪ 4’tAr& ß]ø‹ym ãÏm$¡¡9$# ßxÎ=øムŸωuρ 
Dan tidak akan berjaya tukang sihir itu arah
mana sahaja dia datang [Taha: 69]

Sihir merupakan salah satu perkara yang


memusnahkan agama seseorang. Nabi  bersabda:
((Jauhilah tujuh perkara yang memusnahkan)). Para
sahabat bertanya: "Apakah dia (tujuh perkara itu)?
Nabi  berkata: ((Syirik kepada Allah, sihir, membunuh
jiwa yang diharamkan oleh Allah pembunuhannya
melainkan dengan hak, memakan harta riba, memakan
harta anak yatim, lari dari medan peperangan serta

(7) Fath al-Majid, ms. 231


Dia Yang Menjual Agamanya 11

menuduh perempuan yang suci, beriman dan bebas


dari maksiat dengan tuduhan zina)). Muttafaq ‘alaihi.

Sihir menghimpunkan semua perbuatan yang


boleh menghancurkan agama iaitu memohon
pertolongan daripada jin dan syaitan, menggantung
tangkal dan kalung pelindung, meletakkan perasaan
takut kepada selain daripada Allah, menolak tawakkal
kepada Allah, merosakkan kehidupan manusia dan
kemaslahatan mereka serta menyanggah nas-nas
syariat dalam perkara tersebut. Berkata Allah :
çνθãã÷Š$#uρ $yγÅs≈n=ô¹Î) y‰÷èt/ ÇÚö‘F{#$ †Îû (#ρ߉šøè? Ÿωuρ 

〈 ∩∈∉∪ tÏΖÅ¡ósßϑø9$# š∅ÏiΒ Ò=ƒÌs% «!$# |MuΗ÷qu‘ ¨βÎ) 4 $·èyϑsÛuρ $]ùöθyz


Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di
muka bumi setelah pembaikiannya, dan berdoalah
kepadaNya dengan rasa takut (seandainya tidak
diterima) dan harap (supaya dikabulkan),
sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-
orang yang melakukan kebaikan [al-A'raf: 56]
Dia Yang Menjual Agamanya 12

 Dia yang menjual agama

Sesungguhnya orang yang mengamalkan sihir


telah menjual agamanya dan dirinya kepada syaitan.
Syaitan tidak merasa redha melainkan setelah berlaku
perhambaan kepadanya.

Allah  berfirman:
ï∅ÏΒ ÍοtÅzFψ$# ’Îû …çµs9 $tΒ çµ1u)tIô©$# Çyϑs9 (#θßϑÎ=tã ô‰s)s9uρ 

〈 4 9,≈n=yz
Demi sesungguhnya mereka telah mengetahui
bahawa sesiapa yang menukarnya (kitab Allah)
dengan sihir itu, maka tiadalah baginya di akhirat
kelak keuntungan [al-Baqarah: 102]

Bomoh sihir tidak akan dapat menjayakan


sihirnya melainkan setelah murtad daripada agama
sama ada dengan mempersembahkan korban kepada
jin, memohon bantuan daripadanya, menghina kalam
Allah atau perkara-perkara lain yang merosakkan
agama.

Syeikh al-Islam mengatakan mengenai mereka:


Dia Yang Menjual Agamanya 13

"Mereka menulis kalam Allah padanya


dengan menggunakan najis. Kadang-kadang
mereka menyongsangkan susunan kalam
Allah sama ada pada huruf surah al-Fatihah,
huruf surah (   ) atau huruf surah-surah
lain. Mereka menggunakan darah atau
bahan yang lain. Adakalanya bahan
tersebut bukan najis. Adakalanya mereka
menulis perkara lain yang diredhai oleh
syaitan dan adakalanya mereka hanya
melafazkan perkara-perkara tersebut.(8)"

Sesiapa yang menjual dirinya kepada syaitan,


maka dia telah menjauhkan diri daripada akhlak yang
mulia dan amalan-amalan yang terpuji. Selanjutnya,
dia akan menjadi seorang yang tertutup pemikirannya,
suka melakukan kekejian, berpaling daripada
kebaikan, menentang agama, mempersendakannya,
pemarah terhadap keluarganya dan pendendam
kepada masyarakatnya. Dalam usahanya untuk
memuaskan hatinya yang busuk dan kecenderungannya
yang keji, dia mungkin melakukan tindakan-tindakan
yang bodoh dan membawa kepada syirik.

(8) al-Fatawa 19/35


Dia Yang Menjual Agamanya 14

Syeikh al-Islam berkata:

"Kesudahan cerita mereka ialah


munculnya perasaan ragu terhadap tuhan
dan tenggelam dalam penyembahan
kepada toghut dan syaitan. Mereka hanya
menghasilkan emas tiruan dan melakukan
kerosakan di muka bumi. Sebahagian kecil
sahaja daripada mereka yang mencapai
sebahagian matlamat yang sebenarnya
hanya menjauhkan mereka daripada Allah.
Sebahagian besar daripada mereka
terhalang daripada matlamat dan hanya
memperolehi dosa. Mereka melakukan
kekufuran, kefasikan dan maksiat. Mereka
tidak memperolehi apa-apa melainkan
mereka hanya menyebarkan pendustaan dan
mengangan-angankan kuasa. Mereka hanya
menjadi pendengar kepada tipudaya dan
memakan harta yang haram. Hanya
kehinaan yang ditimpakan ke atas
mereka.(9)"

Allah  telah mencipta Adam daripada tanah


dan mencipta jin daripada api. Firman Allah :

(9) Dar'u Ta'arudh al-'Aqli wa an-Naqli 5/63


Dia Yang Menjual Agamanya 15

5βθãΖó¡¨Β :*uΗxq ôÏiΒ 9≅≈|Áù=|¹ ÏΒ z≈|¡ΣM}$# $oΨø)n=yz ô‰s)s9uρ 

〈 ∩⊄∠∪ ÏΘθßϑ¡¡9$# Í‘$¯Ρ ÏΒ ã≅ö6s% ÏΒ çµ≈uΖø)n=yz ¨β!$pgø:$#uρ ∩⊄∉∪


Dan sesungguhnya Kami telah mencipta
manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, (yang
berasal) dari lumpur hitam yang dibentuk. Dan jin pula,
Kami telah ciptakannya sebelumnya dari api yang
membakar [al-Hijr: 26-27]

Allah mengangkat kedudukan zuriat Adam


melebihi golongan jin. Allah  berfirman:
Ìóst7ø9$#uρ Îh)y9ø9$# ’Îû öΝßγ≈oΨù=uΗxquρ tΠyŠ#u ûÍ_t/ $oΨøΒ§x. ô‰s)s9uρ 

$oΨø)n=yz ô£ϑÏiΒ 9)DÏVŸ2 4’n?tã óΟßγ≈uΖù=Òsùuρ ÏM≈t7ÍhŠ©Ü9$# š∅ÏiΒ Νßγ≈oΨø%y—u‘uρ

〈 ∩∠⊃∪ WξŠÅÒøs?
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan
zuriat Adam, dan Kami telah membawa mereka di
darat dan di laut (memudah pengangkutan), dan Kami
telah kurniakan rezeki (kepada) mereka dengan yang
baik-baik, dan Kami lebihkan mereka di atas
kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan,
Dia Yang Menjual Agamanya 16

dengan (suatu) kelebihan (yang sempurna) [al-Isra':


70]

Bomoh sihir pula tetap mahu menghina dirinya


di hadapan makhluk yang lebih rendah kedudukannya
daripada dirinya.

Syeikh al-Islam menyebut(10): "Mereka -iaitu


para jin- mengetahui bahawa manusia lebih mulia dan
lebih hebat kedudukannya daripada mereka. Apabila
manusia tunduk di hadapan mereka dan memohon
bantuan daripada mereka, hal tersebut seperti seorang
pembesar yang tunduk kepada orang bawahan
supaya menunaikan hajatnya." Bagaimanalah seorang
bomoh sihir boleh tunduk kepada syaitan dan menjadi
hamba kepadanya?

 Kenapa syaitan membantu bomoh sihir?

Sesungguhnya syaitan merupakan musuh utama


manusia. Dia menyukarkan manusia untuk melalui jalan
yang lurus. Syaitan menggunakan pelbagai sudut dan
cara. Tujuannya adalah supaya manusia menyembah
selain daripada Allah. Firman Allah :

(10) Fatawa Syeikh al-Islam 19/ 34


Dia Yang Menjual Agamanya 17

ãΝßγ÷ΨÏΒ x8yŠ$t7Ïã ωÎ) ∩∇⊄∪ tÏèuΗødr& öΝßγ¨ΖtƒÈθøî_{ y7Ï?¨“ÏèÎ6sù tΑ$s% 

〈 ∩∇⊂∪ šÅÁn=ø⇐ßϑø9$#
Iblis berkata: "Demi keagungan Engkau, aku
akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-
hambaMu yang diikhlaskan di kalangan mereka [Sod:
82-83]

Sihir tidak akan dapat dilakukan oleh bomoh


sihir kecuali setelah berlakunya perhambaan kepada
syaitan dan murtad daripada agama. Allah 
berfirman:
〈 ( öàõ3s? Ÿξsù ×πoΨ÷GÏù ßøtwΥ $yϑ¯ΡÎ) Iωθà)tƒ 4®Lym >‰tnr& ôÏΒ Èβ$yϑÏk=yèム$tΒuρ 
Sedangkan kedua-duanya tidak mengajarkan
(sesuatu) kepada seseorang pun sehingga kedua-
duanya mengatakan: "Sesungguhnya kami hanyalah
ujian (bagimu). Oleh itu, janganlah kamu menjadi
kafir." [al-Baqarah: 102]

Apabila seseorang hamba keluar daripada


agama, maka syaitan telah berjaya melemparkannya
ke dalam neraka. Inilah tujuan syaitan melakukan tipu
daya terhadap zuriat Adam.
Dia Yang Menjual Agamanya 18

Berkata Syeikh al-Islam: "Matlamatnya (syaitan)


adalah supaya seseorang insan menyembah salah satu
syaitan, berpuasa kerananya, bersolat dan
mempersembahkan korban kepadanya untuk
mendapatkan habuan dunia. Kerosakan hal tersebut
adalah lebih besar daripada kebaikannya dan
dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.(11)"

Syaitan membantu bomoh sihir supaya dia


dapat menyakiti hamba-hamba Allah,
memecahbelahkan di antara mereka dengan isteri-isteri
dan harta benda mereka, merosakkan kehidupan
mereka, menimpakan mudarat ke atas mereka dan
mewujudkan suasana perpecahan dan kerosakan di
kalangan mereka.

Allah  berfirman:
Ïöyϑø9$# t÷t/ ϵÎ/ šχθè%Ìhxム$tΒ $yϑßγ÷ΨÏΒ tβθßϑ¯=yètGuŠsù 

〈 4 ϵÅ_÷ρy—uρ
Maka mereka mempelajari daripada kedua-
duanya (malaikat) apa yang mereka mampu pisahkan
melaluinya di antara seseorang individu dengan
pasangannya [al-Baqarah: 102]

(11) Dar'u Ta'arudh al-'Aqli wa an-Naqli 5/ 65


Dia Yang Menjual Agamanya 19

Syaitan membantu bomoh sihir supaya dia


dapat memesongkan para hamba daripada beribadah
kepada Tuhan pencipta alam dan supaya mereka
bergantung harap kepada selain tuhan yang terdiri
daripada syaitan dan golongan penyembahnya seperti
para bomoh sihir, tukang ramal dan pawang benda
ghaib.

 Tipu daya para bomoh sihir

Para bomoh sihir merupakan khadam kepada


syaitan. Syaitan pula meminta golongan
penyembahnya yang telah terjebak ke dalam lembah
syirik ini agar menyesatkan hamba-hamba Allah yang
lain. Para bomoh sihir ini akan menyuruh pelanggan
mereka agar melakukan sembelihan kepada selain
Allah seperti menyembelih ayam di tempat perkumuhan
atau menyembelih kambing di kawasan kubur.

Adakalanya mereka akan menyuruh pelanggan


menggantungkan tangkal-tangkal berunsur syirik pada
badan atau meletakkannya di bawah bantal ketika
hendak tidur. Melalui perbuatan tersebut, para bomoh
sihir akan berjaya menjerumuskan pengunjung mereka
ke dalam lembah syirik.
Dia Yang Menjual Agamanya 20

Nabi  mengatakan: ((Sesiapa yang


menggantung tangkal, maka dia telah melakukan
perbuatan syirik)). Riwayat Ahmad.

Ini merupakan salah satu perancangan mereka


untuk menjerumuskan para hamba Allah ke dalam
lembah syirik.

Di antara bentuk penipuan bomoh sihir ialah


mereka akan menggambarkan kepada pelanggan
bahawa mereka mengetahui penyakit atau
penderitaan yang menimpanya. Mereka akan
memberitahunya dengan bentuk penyakit yang
kebiasaannya menimpa semua orang. Mereka
mengatakan sebagai contoh: "kadang-kadang kepala
awak merasa sakit," "kadang-kadang bahagian
belakang badan awak merasa sakit," "adakalanya
awak akan ditimpa rasa dukacita dan sedih," "awak
akan berhadapan dengan sedikit masalah dan awak
akan berjaya menyelesaikannya," "akan berlaku
sesuatu yang menggembirakan awak" dan ungkapan-
ungkapan lain yang mengandungi perkara-perkara
yang berlaku kepada setiap manusia. Tujuan mereka
adalah supaya pelanggan akan terpengaruh dengan
mereka lalu mereka dapat menguasainya.
Dia Yang Menjual Agamanya 21

Antara bentuk penipuan mereka ialah mereka


akan menulis di atas kertas-kertas sihir beberapa ayat
al-Quran untuk menggambarkan kepada orang ramai
bahawa mereka tidak memohon bantuan jin dan
mereka sebenarnya memohon daripada Allah. Mereka
melakukannya untuk memperdaya golongan manusia
yang kurang cerdik.

Oleh yang demikian, janganlah anda menjadi


mangsa kepada pasukan syaitan dan tenteranya.
Bergantunglah kepada Allah dan jangan sekali-kali
takut kepada selainNya. Janganlah meletakkan
harapan pada yang lain daripadaNya.

 Tanda-tanda bomoh sihir dan pemutar belit

Setiap bomoh sihir, pemutar belit atau tukang


ramal mempunyai tanda-tanda yang mereka gunakan
untuk diri mereka dengan tujuan memperdaya
golongan manusia yang cetek pemikiran. Sekiranya
pesakit melihat wujudnya tanda tersebut, maka dia
hendaklah mengingati bahaya mereka dan lari
daripada mereka untuk menyelamatkan agamanya.
Antara tanda-tanda tersebut yang kebiasaannya wujud
pada mereka semua ialah:
Dia Yang Menjual Agamanya 22

1- Bomoh sihir bertanya pelanggan tentang namanya,


nama ibunya dan umurnya.
Ini adalah tanda yang paling jelas bagi bomoh
sihir. Hal ini kerana dia berurusan dengan para syaitan
(yang merupakan jin). Jin dinasabkan berdasarkan
keturunan ibu dan bukan berdasarkan keturunan bapa.

2- Dia akan meminta sesuatu yang berkaitan dengan


mangsa yang hendak disihir.
Sebagai contoh pakaian dalam, helaian rambut,
beberapa kerat kuku atau gambar foto. Golongan
yang paling banyak melakukan sihir melalui gambar
foto ialah para pembantu rumah wanita. Mereka
meminta gambar dengan alasan sebagai kenangan
bersama keluarga majikan atau alasan-alasan lain
untuk mendapatkan gambar tersebut. Sekiranya anda
menemui gambar anda atau keluarga anda pada
pembantu rumah wanita, maka koyakkannya.
Ini juga di antara hikmah di sebalik
pengharaman mengambil gambar. Inilah juga faedah
beriltizam dengan syariat dengan meninggalkan
perbuatan mengambil gambar.
Nabi  bersabda: ((Sesungguhnya Allah
melaknat orang yang mengadakan bentuk gambar)).
Riwayat al-Bukhariy.
Dia Yang Menjual Agamanya 23

Oleh itu, janganlah anda menyimpan gambar


anda, isteri atau anak-anak tanpa sebarang
kepentingan supaya anda tidak termasuk dalam
golongan yang menerima ancaman dosa. Berkata Nabi
: ((Setiap orang yang mengadakan bentuk gambar
akan berada di dalam neraka)). Muttafaq 'alaihi.
Janganlah anda menyimpannya supaya anda
berada jauh daripada mudarat para bomoh sihir dan
pelaku fitnah.

3- Penggunaan bara, beberapa jenis kemenyan atau


luban (getah sejenis pokok). Ia diletakkan dalam bekas
pembakar kerana asapnya menarik perhatian syaitan
supaya datang dan bekerja untuk mereka.

4- Bekerja pada waktu malam. Inilah waktu yang


sering digunakan untuk melakukan sihir.
Ibnu al-Qayyim berkata: "Penguasaan sihir dan
kesannya yang hebat hanya berlaku pada waktu
malam dan tidak pada waktu siang. Sihir pada malam
hari menurut mereka adalah sihir yang kuat
kesannya.(12)" Sekiranya sihir tersebut tidak dapat
dilakukan pada waktu malam, mereka akan memadam
lampu dan melakukannya di dalam bilik yang gelap.

(12) Badai' al-Fawaid 2/ 445


Dia Yang Menjual Agamanya 24

5- Menyebut kalimah-kalimah yang tidak dapat


difahami seperti dengungan dan kumat-kamit pada
bibir yang menyebabkan pendengar sukar
memahaminya.

6- Mencampuradukkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-


hadis Nabi dengan dengungan-dengungan yang laju
ketika proses rawatan. Tindakan tersebut bertujuan
untuk mengaburi orang ramai bahawa dia bukanlah
seorang bomoh sihir. Dia mahu menunjukkan bahawa
dia menggunakan al-Quran. Perbuatan
menggabungkan al-Quran bersama huruf-huruf yang
bercerai-berai tersebut adalah satu kaedah
mendekatkan diri kepada syaitan.

7- Meminta haiwan tertentu dengan sifat-sifat yang


tertentu.

8- Menggunakan kitab-kitab sihir yang mengandungi


simbol-simbol dan kotak-kotak. Kadang-kadang dia
meletakkannya di sebelahnya jika dia yakin terhadap
kepercayaan pesakit.

9- Menulis mantera, simbol-simbol, huruf-huruf yang


bercerai-berai, nombor-nombor, kotak-kotak, bulatan
dan gambarajah.
Dia Yang Menjual Agamanya 25

10- Memberikan pesakit pelindung yang berbentuk


segitiga atau segiempat, sama ada ia diperbuat
daripada besi dan tembaga atau ia dibalut dengan
kulit. Di dalamnya terdapat ayat-ayat memohon
pertolongan yang berbentuk syirik, nombor-nombor
atau huruf-huruf. Bomoh sihir mungkin menyuruh pesakit
supaya mengalungkannya di tengkuk, lengan atau
meletakkannya di bawah bantal. Dia akan berpesan
supaya pesakit tidak mengabaikannya dan menakutkan
pesakit dengan akibat yang buruk seperti sakit dan
sebagainya jika pesakit meninggalkannya.

11- Memberikan pesakit kertas-kertas yang


mengandungi talasim (huruf dan nombor seperti
mantera) dan bahan perasap supaya dia
membakarnya dan mengasapkan dengannya sesuatu.

12- Menulis untuk pesakit huruf-huruf yang bercerai-


berai pada kotak-kotak beserta nombor-nombor. Dia
akan menyuruh pesakit supaya mencelupnya ke dalam
air dan meminum air tersebut atau mandi dengannya.

Inilah sebahagian daripada tanda-tanda


bomoh sihir. Oleh itu, berhati-hatilah terhadap perkara
yang boleh merosakkan aqidah anda dan jauhilah
golongan ini. Sesungguhnya sesiapa yang
Dia Yang Menjual Agamanya 26

meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan


menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

 Bagaimanakah cara sihir berlaku?

Sihir berlaku melalui pelbagai cara. Ia adalah


seperti berikut:

Melalui makanan; bahan sihir diletakkan di


dalam makanan lalu dimakan oleh mangsa tanpa
menyedarinya. Lalu, ia akan memberi kesan dengan
izin Allah. Adakalanya ia tidak memberi kesan dengan
perintah Allah.

Melalui minuman; mangsa meminum bahan sihir


yang terdapat pada air manis, teh dan sebagainya.
Sihir melalui makanan dan minuman diletakkan
bersamanya bahan lembut yang melekat pada dinding
bahagian dalam perut mangsa. Sekiranya mangsa
tidak menghapuskan sihir bentuk ini dengan
mengeluarkannya, perutnya akan menjadi busuk dan
dia akan dijangkiti barah.

Melalui percikan; bahan sihir dipercikkan pada


satu bahagian tanah. Apabila mangsa memijaknya, ia
akan memberi kesan padanya dengan izin Allah.
Dia Yang Menjual Agamanya 27

Adakalanya ia tidak berkesan lantaran pemeliharaan


Allah terhadap hamba tersebut.

Melalui simpulan; bomoh sihir akan mengambil


sesuatu yang berkaitan dengan mangsa seperti rambut
atau bahagian tertentu daripada pakaiannya.
Kemudian, dia akan menyimpulnya dengan benang dan
menghembuskan padanya hembusannya yang keji.
Nabi  telahpun disihir dengan cara ini iaitu melalui
sikat dan lebihan pada sikat, iaitu: rambut yang
tersangkut padanya. Ia disimpulkan dengan sihir,
disembunyikan pada kulit pucuk tamar dan
dilemparkan ke dalam telaga seperti yang dinyatakan
dalam Sohih al-Bukhariy dan Muslim.

Melalui utusan; bomoh sihir mendekatkan diri


kepada para syaitan melalui pelbagai perbuatan syirik
yang keji. Syaitan akan menunaikan hajatnya selepas
kekufurannya terhadap Allah dengan memasuki salah
seorang mangsa untuk menyakitinya. Adakalanya Allah
melindungi mangsa daripadanya.

Melalui penulisan; bomoh sihir hanya menulis


talasim (huruf dan nombor seperti mantera) dan kotak-
kotak tanpa mengambil sesuatu yang berkaitan dengan
mangsa. Kaedah ini dengan izin Allah kesannya
Dia Yang Menjual Agamanya 28

terhadap mangsa adalah lemah kerana sihir


memerlukan sesuatu yang berkaitan dengan mangsa.

 Kezaliman bomoh sihir

Seorang bomoh sihir akan melakukan pelbagai


perbuatan zalim dan melampau melalui sihirnya.

Berapa ramaikah insan yang terjerumus ke


dalam perbuatan syirik kerana bomoh sihir
menyuruhnya menyembelih untuk selain Allah,
menggantungkan tangkal atau mempercayai berita
ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapapun melainkan
Allah?

Sebahagian bomoh sihir melakukan perbuatan-


perbuatan yang keji dengan pelanggannya khususnya
golongan wanita yang menemuinya.

Bomoh sihir juga telah merosakkan banyak


rumahtangga yang bahagia. Berapa ramaikah suami
isteri yang saling menyintai dan mengasihi telah
dipisahkan olehnya? Sebilangan anak-anak telah
menjadi rosak akibat perpisahan kedua ibubapa dan
mereka telah merasai kepahitan dalam hidup
disebabkan olehnya.
Dia Yang Menjual Agamanya 29

Berapa ramaikah insan yang ditimpa dengan


kesedihan akibat perbuatan bomoh sihir? Berapa
ramaikah individu yang sihat menjadi sakit akibat
tindakannya? Berapa banyakkah keluarga bahagia
yang dia rosakkan kerukunannya? Berapa ramaikah
orang miskin yang menanggung hutang dan bebanan
kerana mengharapkan penyembuhan daripada bomoh
sihir yang kejam?

Berapa banyakkah kezaliman bomoh sihir


terhadap orang lain apabila dia mengambil harta
mereka dengan cara yang batil? Alasannya adalah
rawatan dan dakwaan mengetahui perkara ghaib.

Sesungguhnya bomoh sihir adalah seorang yang


dengki terhadap masyarakat. Dia tidak akan merasa
tenang melainkan dengan cara melakukan kerosakan di
dalamnya. Dia tidak akan merasa gembira dengan
kebahagiaan orang lain. Dia tidak akan merasa suka
dengan kekayaan para hartawan atau kemuliaan
orang-orang yang terhormat.

Sesungguhnya mudarat seorang bomoh sihir


semuanya ditujukan kepada masyarakat. Tiada
kebaikan sama sekali pada seorang bomoh sihir.
Pernahkah masyarakat melihat pada bomoh sihir
perbuatan menyumbang kebaikan, membantu orang
Dia Yang Menjual Agamanya 30

miskin, membela anak-anak yatim atau menjaga


kebajikan para balu? Semua perbuatannya adalah
untuk membawa mudarat kepada masyarakat,
menjerumuskan anggotanya ke dalam lembah syirik
dan menimpakan bala, kesusahan, kesedihan dan
hutang-piutang ke atas diri mereka.

 Bomoh sihir yang zalim

Bomoh sihir adalah manusia yang paling keji


jiwanya, paling buruk tabiatnya, paling hina
perbuatannya dan paling gelap hatinya.

Berkata Ibnu al-Qayyim: "Sihir tidak bertindak


kecuali bersama jiwa-jiwa yang keji yang sesuai
dengan jin-jin tersebut.(13)"

Katanya lagi: "Hati yang gelap adalah sarang


syaitan, rumah dan tempat kepulangan mereka.(14)"

Bomoh sihir adalah manusia yang paling bodoh,


paling pendek akalnya dan paling rosak pemikirannya.
Dia mengutamakan dunia daripada akhirat semata-
mata untuk menunaikan angan-angannya dalam

(13) I'lam al-Muwaqqi'in 3/233


(14) Badai' al-Fawaid 2/544
Dia Yang Menjual Agamanya 31

kehidupan. Dia melakukan satu perbuatan yang dia


tahu bahawa kesudahannya adalah di neraka.

Berkata Ibnu al-Qayyim:

"Jarang sekali berlaku sihir tanpa


satu bentuk penyembahan terhadap syaitan
dan perbuatan mendekatkan diri kepadanya
sama ada dengan melakukan sembelihan
sambil menyebut namanya atau melakukan
sembelihan kerananya lantas ia termasuk
dalam sembelihan untuk selain Allah. Ia juga
berlaku dengan perkara-perkara lain yang
tergolong dalam perbuatan syirik dan
fasik.(15)"

Bomoh sihir adalah hampir dengan syaitan dan


menyerupainya dalam soal mendatangkan mudarat
kepada makhluk.

Berkata al-Alusiy: "Para syaitan tidak menolong


kecuali golongan jahat yang menyerupai mereka
dalam soal kekejian dan najis sama ada dari segi
perkataan, perbuatan atau kepercayaan.(16)"

(15) Badai' al-Fawaid 2/164


(16) Ruh al-Ma'ani 1/338
Dia Yang Menjual Agamanya 32

Bomoh sihir memiliki sifat yang paling hina yang


ada pada manusia iaitu menipu. Dia menipu orang
yang mengunjunginya dengan berita-berita palsu. Ini
seperti yang dinyatakan oleh RasululLah : ((Maka dia
menipu bersamanya (satu berita) dengan seratus
penipuan)). Muttafaq 'alaihi.

Bomoh sihir berbangga ke atas orang lain


dengan sifat takabbur. Ia adalah sifat yang
mengeluarkan iblis daripada syurga. Firman Allah  :
〈 ∩∠⊆∪ tÍÏ≈s3ø9$# zÏΒ tβ%x.uρ u)y9õ3tFó™$# }§ŠÎ=ö/Î) HωÎ) 
Kecuali Iblis, dia telah meninggikan diri dan
dia telah termasuk dalam golongan orang kafir [Sod:
74]

Bomoh sihir yang anda lihat berjalan dengan


megah dan memalingkan muka dengan kesombongan
terhadap manusia merupakan makhluk yang paling
hina dan takut terhadap syaitan.

Berkata Allah :
ÇdÅgø:$# zÏiΒ 5Α%y`ÌÎ/ tβρèŒθãètƒ ħΡM}$# zÏiΒ ×Α%y`Í‘ tβ%x. …絯Ρr&uρ 

〈 ∩∉∪ $Z)yδu‘ öΝèδρߊ#t“sù


Dia Yang Menjual Agamanya 33

Dan bahawasanya telah ada beberapa orang


lelaki daripada kalangan manusia yang berlindung
dengan beberapa orang lelaki daripada kalangan jin,
maka mereka (jin-jin) tersebut telah menambahkan
pada diri mereka (manusia) dosa dan kesalahan [al-
Jin: 6]

Sesiapa yang menghina dirinya di hadapan


syaitan, maka dia berhak untuk dihina dan
diperkecilkan kedudukannya.

 Apa yang bomoh sihir perolehi daripada sihirnya?

Bomoh sihir melakukan sihir untuk mendapatkan


martabat yang palsu. Untuk mendapatkannya dia
menukarkannya dengan kehinaan dirinya kerana
terpedaya dengan permainan syaitan.

Berkata Syeikh al-Islam:

"Engkau mendapati golongan yang


terlibat dengan sihir, seruan bintang dan
pemujaannya lalu mereka berbicara
dengannya dan sujud kepadanya,
sebenarnya tujuan setiap orang daripada
mereka adalah harta dan kedudukan. Dia
menjadi kufur dan menyekutukan Allah untuk
Dia Yang Menjual Agamanya 34

mendapatkan kedudukan dan harta yang


diangankannya. Tidak akan terhasil baginya
kecuali mudarat dan tiada manfaat untuknya
seperti yang dibuktikan melalui penelitian
terhadap realiti kehidupan.(17)"

Bomoh sihir melakukan sihir dan menjerumuskan


dirinya ke dalam lumpur kesyirikan kerana keinginan
mendapatkan harta.

Apabila Firaun meminta daripada para bomoh


sihirnya untuk menentang Musa dengan sihir, mereka
meminta daripadanya harta. Allah memberitahu
tentang para bomoh sihir tersebut bahawa mereka
berkata:
öΝyètΡ tΑ$s% ∩⊇⊇⊂∪ tÎ7Î=≈tóø9$# ßøtwΥ $¨Ζà2 βÎ) #·ô_V{ $uΖs9 5χÎ) 

〈 ∩⊇⊇⊆∪ tÎ/§s)ßϑø9$# zÏϑs9 öΝä3¯ΡÎ)uρ


Sesungguhnya (adakah) untuk kami suatu upah
sekiranya kami-lah yang menjadi pemenang? Berkata
(Firaun): Ya, dan sesungguhnya kalian semua akan
termasuk di kalangan orang yang didekatkan
(kedudukan denganku) [al-A'raf: 113-114]

(17) Fatawa Syeikh al-Islam 29/ 384


Dia Yang Menjual Agamanya 35

Firaun menjanjikan mereka dengan harta. Dia


juga menjanjikan mereka dengan kedudukan yang
hampir dengannya. Hal ini kerana para bomoh sihir
menyukai harta dan kemasyhuran.

Bomoh sihir melakukan perbuatan sihir kerana


dia tahu bahawa dia telah menjadi hamba syaitan dan
syaitan telah banyak memudaratkan dirinya serta
merosakkan banyak kebaikan yang bermanfaat. Oleh
itu, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk
memudaratkan orang lain.

Berkata Syeikh al-Islam:

"Syaitan sendiri adalah keji. Apabila


pengamal jampian, sumpah seru dan pemilik
kitab-kitab seruan sihir mendekatkan diri
kepadanya dengan perbuatan kufur dan
syirik yang para syaitan sukai, maka ia
seumpama rasuah dan sogokan untuk
mereka. Selanjutnya para syaitan tersebut
akan menunaikan sebahagian kehendaknya.
Keadaan ini seumpama orang yang
memberikan wang kepada orang lain untuk
membunuh bagi pihaknya, menolongnya
Dia Yang Menjual Agamanya 36

dalam satu perbuatan keji atau


melakukannya bersamanya. "
(18)

 Adakah bomoh sihir hidup gembira?

Bomoh sihir hidup dalam keadaan celaka. Dia


kehilangan kebahagiaan dalam hidup dan kemanisan
beragama. Dia benci mendengar al-Quran dan takut
terhadap azan.

Allah  berfirman:
%Z3Ψ|Ê Zπt±ŠÏètΒ …ã&s! ¨βÎ*sù “Ìò2ÏŒ tã uÚtôãr& ôtΒuρ 

〈 ∩⊇⊄⊆∪ 4‘yϑôãr& Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# uΘöθtƒ …çνãà±øtwΥuρ


Dan sesiapa yang berpaling daripada
mengingatiKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan
yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada
hari kiamat dalam keadaan buta [Taha: 124]

Bomoh sihir menghabiskan masanya jauh


daripada orang ramai. Dia tidak bergaul dengan
mereka atau menghubungi mereka kecuali sekiranya
dia diminta melakukan demikian untuk mengenakan sihir
dan menimpakan mudarat kepada manusia.

(18) Fatawa Syeikh al-Islam 19/ 34


Dia Yang Menjual Agamanya 37

Syeikh al-Islam menghuraikan sifat bomoh sihir


dengan katanya: "Dia memakai pakaian berlumur najis,
mendampingi anjing-anjing, mendatangi kawasan
perkumuhan, sampah sarap, kubur dan tempat
pembuangan sampah. Baunya amat busuk. Dia tidak
menyucikan dirinya dengan kaedah syara' dan tidak
pula membersihkannya.(19)"

Bomoh sihir hidup dalam keadaan tertekan. Dia


tidak dapat tidur dengan tenang pada waktu malam
dan tidak dapat bangun dengan gembira pada
siangnya. Dia menggunakan malamnya untuk
perasapan dan membaca wirid-wirid syaitan serta
mantera syirik di tempat yang gelap. Kemudian, dia
akan tidur pada waktu siang dalam keadaan resah.

Inilah keadaan bomoh sihir yang keparat.


Firman Allah:
〈 ∩⊆∉∪ ω‹Î7yèù=Ïj9 5Ο≈¯=sàÎ/ y7•/u‘ $tΒuρ 
Dan Tuhanmu tidak sekali-kali menzalimi para
hamba [Fussilat: 46]

Allah  berkata juga:

(19) Fatawa Syeikh al-Islam 11/ 215


Dia Yang Menjual Agamanya 38

$u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû #Y‰ƒÏ‰x© $\/#x‹tã öΝßγç/Éj‹tãé'sù (#ρãxx. tÏ%©!$# $¨Βr'sù 

〈 ∩∈∉∪ tÎ)ÅÇ≈¯Ρ ÏiΒ Οßγs9 $tΒuρ ÍοtÅzFψ$#uρ


Adapun orang-orang yang kafir, maka akan
Aku seksa mereka dengan seksaan yang sangat hebat
di dunia dan di akhirat, dan tiadalah bagi mereka
seorangpun dari kalangan penolong [ali-Imran: 56]

Setiap perbuatan yang dilakukan oleh bomoh


sihir, kecelakaannya akan kembali kepadanya dan
kepada orang yang meminta melakukannya.

Allah  berfirman:
〈 4 Ï&Î#÷δr'Î/ ωÎ) à⋅ÄhR¡¡9$# ãõ3yϑø9$# ß,‹Ïts† Ÿωuρ 
Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa
selain orang yang merencanakannya sendiri [Fathir:
43]

Ke mana sahaja seorang bomoh sihir


memalingkan wajahnya, sesungguhnya telah tertulis
pada dirinya kecelakaan dan kerugian.
Dia Yang Menjual Agamanya 39

Allah  berfirman:
〈 ∩∉∪ 4’tAr& ß]ø‹ym ãÏm$¡¡9$# ßxÎ=øムŸωuρ 
Dan tidak akan berjaya tukang sihir itu arah
mana sahaja dia datang [Taha: 69]

Berkata al-Qurtubiy: "Maknanya dia tidak akan


berjaya dan tidak dapat melepaskan diri ke mana
sahaja dia tuju di bumi ini.(20)"

Amalan kebaikan seorang bomoh sihir


semuanya gugur di sisi Allah akibat kekufurannya
kepada Allah.

Allah  berfirman:
|Mø.u)õ°r& ÷È⌡s9 šÎ=ö6s% ÏΒ tÏ%©!$# ’n<Î)uρ y7ø‹s9Î) zÇrρé& ô‰s)s9uρ 

〈 ∩∉∈∪ zƒÎ)Å£≈sƒø:$# zÏΒ £tΡθä3tGs9uρ y7è=uΗxå £sÜt6ósu‹s9


Dan sesungguhnya telah diwahyukan
kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu:
"Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan
terhapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk dalam
golongan yang rugi [az-Zumar: 65]

(20) al-Jami' li Ahkam al-Quran 11/ 149


Dia Yang Menjual Agamanya 40

Apa lagi yang diharapkan oleh orang yang


mengunjunginya sedangkan bomoh sihir telah dijanjikan
dengan neraka? Siapa lagi yang ingin hasratnya
ditunaikan oleh bomoh sihir sedangkan dia adalah
makhluk yang paling hina?

 Balasan kepada seorang bomoh sihir

Lantaran dahsyatnya bahaya para bomoh sihir


ke atas inidividu dan masyarakat, hukum mengatakan
bahawa mereka mesti dipancung untuk menyelamatkan
masyarakat daripada kejahatan mereka.

Di dalam Sohih al-Bukhariy diriwayatkan


daripada Bajalah ibn 'Abdah katanya: "Umar ibn al-
Khattab menulis kepada semua pegawainya supaya
membunuh semua bomoh sihir lelaki dan wanita."

Telah diriwayatkan dengan sahih daripada


Hafsah bahawa dia menyuruh supaya dibunuh seorang
hamba perempuan yang menyihirnya lalu perempuan
tersebut pun dibunuh.

Inilah balasan di dunia terhadap orang yang


kufur kepada Allah dan menyakiti hamba-hambaNya.
Adapun di akhirat, maka Allah  telah mengatakan:
Dia Yang Menjual Agamanya 41

ï∅ÏΒ ÍοtÅzFψ$# ’Îû …çµs9 $tΒ çµ1u)tIô©$# Çyϑs9 (#θßϑÎ=tã ô‰s)s9uρ 

〈 4 9,≈n=yz
Demi sesungguhnya mereka telah mengetahui
bahawa sesiapa yang menukarnya (kitab Allah)
dengan sihir itu, maka tiadalah baginya di akhirat
kelak keuntungan [al-Baqarah: 102]

Maknanya: dia tidak mempunyai peluang atau


bahagian di akhirat, sebaliknya yang diperolehi
adalah celaan dan kecelakaan.

 Golongan yang terdedah kepada sihir

Orang yang hampir dirinya kepada Allah akan


dijauhkan daripada segala bentuk mudarat dan
kejahatan. Orang yang dekat dengan Tuhannya dan
banyak mengingatiNya berada dalam kubu yang
kebal terhadap kejahatan syaitan manusia dan syaitan
jin.
Dia Yang Menjual Agamanya 42

Allah  berfirman:
y7În/tÎ/ 4†s∀x.uρ 4 Ö≈sÜù=ß™ óΟÎγøŠn=tæ šs9 }§øŠs9 “ÏŠ$t6Ïã ¨βÎ) 

〈 ∩∉∈∪ Wξ‹Å2uρ
Sesungguhnya hamba-hambaKu itu, tiadalah
bagi kamu ke atas mereka suatu penguasaan, dan
cukuplah Tuhanmu sebagai Wakil [al-Isra': 65]

Jika seseorang hamba jauh daripada


mengingati Allah atau sedikit ibadahnya kepada
Pemiliknya, maka keadaan tersebut memudahkan
syaitan untuk menguasainya.

Sihir berkesan terhadap hati yang kosong


daripada amal ketaatan dan zikir.

Berkata Ibnu al-Qayyim: "Seringkali ia -iaitu


sihir- berkesan ke atas wanita, kanak-kanak, golongan
jahil, penduduk pedalaman, orang yang kurang
perhatiannya terhadap agama, tawakal dan tauhid
serta orang yang tidak mengambil berat terhadap
zikir-zikir, doa dan bacaan perlindungan yang diajar
oleh Nabi.(21)"

(21) Zad al-Ma'ad 4/ 127


Dia Yang Menjual Agamanya 43

Wanita di antara yang paling ramai terkesan


dengan sihir kerana kurangnya ibadah dan zikir
mereka. Demikian juga kanak-kanak kerana ibubapa
dan penjaga cuai untuk membacakan zikir-zikir untuk
mereka. Demikian juga golongan yang suka kepada
kefasikan, maksiat dan kemungkaran. Begitu juga
individu yang memenuhkan rumahnya dengan muzik.
Mereka adalah golongan yang paling ramai terkesan
dengan sihir dan 'ain kerana ia datang daripada jiwa
yang keji. Mereka pula menjauhkan diri daripada
Tuhan yang Maha Merahmati dan mendekatkan diri
kepada maksiat. Keadaan ini memudahkan kesan sihir
berlaku berbanding dengan individu yang berlindung
dengan Allah dan hatinya penuh dengan ingatan
kepadaNya. Syaitan takut terhadap golongan seperti
ini.

Allah taala menyatakan bahawa iblis berkata:


ãΝßγ÷ΨÏΒ x8yŠ$t7Ïã ωÎ) ∩∇⊄∪ tÏèuΗødr& öΝßγ¨ΖtƒÈθøî_{ y7Ï?¨“ÏèÎ6sù tΑ$s% 

〈 ∩∇⊂∪ šÅÁn=ø⇐ßϑø9$#
Iblis berkata: "Demi keagungan Engkau, aku
akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-
hambaMu yang diikhlaskan di kalangan mereka [Sod:
82-83]
Dia Yang Menjual Agamanya 44

 Wanita dan para bomoh sihir

Individu yang memiliki akal yang sempurna


akan menjauhkan diri daripada mengunjungi para
pendusta. Di kalangan wanita, ada yang tidak sabar
terhadap ketentuan taqdir apabila cita-cita yang
diinginkannya tidak tercapai. Dia berusaha untuk
menjayakannya walaupun dengan cara yang tidak
diredhai oleh Allah. Lantaran itu, dia bergantung
kepada bomoh sihir yang menipunya, berdua-duaan
dengannya dan adakalanya merosakkan maruahnya.
Bomoh sihir menyuruhnya supaya datang semula pada
waktu yang lain untuk melangsaikan hasratnya. Bomoh
sihir mungkin menyihirnya lalu wanita tersebut kembali
kepadanya supaya bomoh sihir dapat mengambil
wangnya dan merosakkan maruahnya.

Berkata al-Qurtubiy: "Golongan yang selalu


dipermainkan olehnya (bomoh sihir) adalah wanita
khususnya ketika waktu haid.(22)"

Golongan yang paling ramai menjadi bahan


bakar di neraka pula adalah wanita. Berkata Nabi :
((Aku telah diperlihatkan akan neraka. Penghuninya
yang paling ramai adalah wanita)). Muttafaq 'alaih.

(22) al-Jami' li Ahkam al-Quran 2/ 35


Dia Yang Menjual Agamanya 45

Hendaklah para wanita takut kepada Allah.


Taqwa kepada Allah adalah jalan yang mendatangkan
kebahagiaan dan kegembiraan.

Allah  berfirman:
Ÿω ß]ø‹ym ôÏΒ çµø%ã—ötƒuρ ∩⊄∪ %[`tøƒxΧ …ã&©! ≅yèøgs† ©!$# È,−Gtƒ tΒuρ 

〈 4 Ü=Å¡tFøts†
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar,
dan Dia akan mengurniakannya rezeki dari arah yang
tidak disangka [at-Talaq: 2-3]

Hendaklah mereka redha terhadap perkara


yang telah tertulis di sisi Allah. Janganlah mereka
menjual agama pada para bomoh sihir dan pendusta
untuk memenuhi kecenderungan dan cita-cita. Sekiranya
mereka mengimpikan sesuatu perkara, hendaklah
mereka bergantung kepada Allah dengan berdoa dan
mengulangi permintaan kepadaNya . Dia-lah yang
mendatangkan manfaat dan menolak mudarat. Firman
Allah :
Dia Yang Menjual Agamanya 46

( uθèδ ωÎ) ÿ…ã&s! y#Ï©%Ÿ2 Ÿξsù 9h)ÛØÎ/ ª!$# y7ó¡|¡ôϑtƒ βÎ)uρ 

〈 4 Ï&Î#ôÒxÏ9 ¨Š!#u‘ Ÿξsù 9)öDsƒ¿2 x8÷ŠÌムχÎ)uρ


Jika Allah menimpakan engkau suatu mudarat,
maka tiada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia,
dan jika Allah menghendaki untuk engkau suatu
kebaikan, maka tiada yang dapat menolak
kurniaanNya [Yunus: 107]

 Perlindungan daripada sihir sebelum ia berlaku

Perlindungan daripada sihir adalah dengan


cara berikut:

1- Tawakkal kepada Allah; Orang mukmin


menggantungkan harapan pada tuhannya dan
menyerahkan semua urusan kepadaNya. Dia
mengetahui bahawa tiada musibah yang boleh
menimpa kecuali dengan izin Allah. Nabi  bersabda:
((Ketahuilah bahawa sekiranya umat ini berhimpun
untuk memberi engkau manfaat dengan sesuatu,
nescaya mereka tidak akan dapat memberi manfaat
kepada engkau melainkan dengan perkara yang telah
ditulis oleh Allah untukmu. Sekiranya mereka berhimpun
untuk memudaratkan engkau dengan sesuatu, nescaya
Dia Yang Menjual Agamanya 47

mereka tidak akan dapat memudaratkan engkau


melainkan dengan perkara yang telah ditulis oleh Allah
menimpamu. Pena-pena telah diangkat dan kertas-
kertas telah pun kering (takdir telah ditetapkan))).
Riwayat at-Tirmiziy
Bukan semua sihir memberi kesan terhadap
mangsa. Berapa ramai bomoh sihir yang melakukan
sihir tetapi ia tidak memberi kesan terhadap mangsa?
Allah  berfirman:
〈 4 «!$# ÈβøŒÎ*Î/ ωÎ) >‰ymr& ôÏΒ ϵÎ/ tÍh‘!$ŸÒÎ/ Νèδ $tΒuρ 
Dan mereka itu (ahli sihir) tidak dapat memberi
mudarat dengannya (sihir) terhadap seseorang, kecuali
dengan izin Allah [al-Baqarah: 102]
Bilakah pula syaitan mempunyai kuasa sendiri
untuk memusnahkan alam?!!

2- Banyak mengingati Allah melalui bacaan al-Quran,


istighfar, tasbih dan zikir-zikir yang lain. Ia adalah kubu
yang kuat dengan izin Allah daripada kejahatan.
Setiap kali manusia menjauhkan diri daripada Allah,
tidak bergantung denganNya dan tidak merujuk
kepadaNya, musibah mereka akan semakin besar. Bala
mereka akan bertambah banyak dan syaitan manusia
atau syaitan jin akan menemui jalan untuk menganggu
mereka.
Dia Yang Menjual Agamanya 48

Berkata Ibnu al-Qayyim: "Sekiranya hati hanya


mengharapkan Allah, bersemarak dengan ingatan
terhadapNya, mengamalkan wirid daripada doa, zikir
dan bacaan perlindungan yang tidak diabaikan, yang
hati turut hadir ketika lidah membacanya, maka ini
adalah unsur yang paling kuat untuk menghalang kesan
sihir daripada menimpa. Ia juga merupakan rawatan
yang paling berkesan apabila sihir telah menimpa.(23)"

3- Menjauhkan diri daripada maksiat khususnya


mendengar muzik-muzik. Muzik adalah faktor yang
paling kuat untuk membawa syaitan ke dalam rumah
dan jiwa. Syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran
dan zikir kepada Allah.

4- Melazimi solat subuh berjemaah bersama kaum


muslimin di masjid. Nabi  bersabda: ((Sesiapa
bersolat subuh, maka dia berada dalam perlindungan
Allah)). Riwayat Muslim.
Sesiapa yang berada dalam perlindungan
Allah, maka syaitan tidak dapat menguasainya.

5- Membaca surah al-Baqarah di dalam rumah. Nabi 


bersabda: ((Bacalah surah al-Baqarah. Sesungguhnya

(23) Zad al-Ma'ad 4/ 127


Dia Yang Menjual Agamanya 49

pengamalannya adalah suatu barakah (kebaikan yang


melimpah), peninggalannya menyebabkan kekesalan
dan seterusnya al-Batholah (pengamal kebatilan) tidak
mampu berhadapan dengannya)). Tafsiran al-batholah
ialah para bomoh sihir. Diriwayatkan oleh Muslim.
Berkata Nabi  lagi: ((Sesungguhnya syaitan
lari daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah
al-Baqarah)). Riwayat Muslim.

6- Melazimi bacaan dua surah pelindung (al-Falaq dan


an-Nas) pada waktu pagi dan petang. Nabi  telah
berpesan kepada 'Uqbah ibn 'Amir supaya membaca
kedua-duanya. Kata baginda padanya: ((Berlindunglah
dengan kedua-duanya. Tidak mungkin seorang yang
memohon perlindungan dapat berlindung dengan
sesuatu yang sama (kedudukan) dengan kedua-
duanya)). Riwayat Abu Daud.
Berkata Ibnu al-Qayyim: "Keperluan seorang
hamba terhadap perlindungan melalui dua surah
tersebut lebih besar daripada keperluannya terhadap
udara, makanan, minuman dan pakaian.(24)"

7- Banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah


yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang
diciptakan olehNya. Dibaca pada waktu malam, siang

(24) Badai' al-Fawaid 2/ 426


Dia Yang Menjual Agamanya 50

dan ketika mengunjungi sesuatu tempat sama ada


dalam bangunan, di padang pasir, udara atau lautan.
Nabi  bersabda: ((Sesiapa yang mengunjungi
sesuatu tempat lalu membaca:
 ! " $# % '& "( )
( *"*+  ( ,  )
( (-(. 0/ 1
"Aku berlindung dengan kalam Allah yang
sempurna dari kejahatan (yang dilakukan oleh) makhluk
yang Dia ciptakan," maka tiada yang dapat memberi
mudarat kepadanya sehingga dia meninggalkan tempat
tersebut)).

8- Membaca dua ayat terakhir daripada Surah al-


Baqarah pada awal malam. Ayatnya:
4 tβθãΖÏΒ÷σßϑø9$#uρ ϵÎn/§‘ ÏΒ Ïµø‹s9Î) tΑÌ“Ρé& !$yϑÎ/ ãΑθß™§9$# ztΒ#u 

7‰ymr& š÷t/ ä−ÌhxçΡ Ÿω Ï&Î#ß™â‘uρ ϵÎ7çFä.uρ ϵÏFs3Íׯ≈n=tΒuρ «!$$Î/ ztΒ#u <≅ä.

šø‹s9Î)uρ $oΨ−/u‘ y7tΡ#tøäî ( $oΨ÷èsÛr&uρ $uΖ÷èÏϑy™ (#θä9$s%uρ 4 Ï&Î#ß™•‘ ÏiΒ

ôMt6|¡x. $tΒ $yγs9 4 $yγyèó™ãρ ωÎ) $²¡øtΡ ª!$# ß#Ïk=s3ムŸω ∩⊄∇∈∪ ç)DÅÁyϑø9$#

$oΨ−/u‘ 4 $tΡù'sÜ÷zr& ÷ρr& !$uΖŠÅ¡®Σ βÎ) !$tΡõ‹Ï{#xσè? Ÿω $oΨ−/u‘ 3 ôMt6|¡tFø.$# $tΒ $pκön=tãuρ
Dia Yang Menjual Agamanya 51

4 $uΖÎ=ö6s% ÏΒ šÏ%©!$# ’n?tã …çµtFù=yϑym $yϑx. #\ô¹Î) !$uΖøŠn=tã ö≅Ïϑóss? Ÿωuρ

$oΨs9 öÏøî$#uρ $¨Ψtã ß#ôã$#uρ ( ϵÎ/ $oΨs9 sπs%$sÛ Ÿω $tΒ $oΨù=Ïdϑysè? Ÿωuρ $uΖ−/u‘

〈 šÍÏ≈x6ø9$# ÏΘöθs)ø9$# ’n?tã $tΡöÝÁΡ$$sù $uΖ9s9öθtΒ |MΡr& 4 !$uΖôϑymö‘$#uρ


Rasul itu telah beriman dengan segala yang
diturunkan kepadanya daripada Tuhannya. Demikian
juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman
kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya dan
para rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak
membezakan di antara seseorang rasul dengan rasul-
rasulNya yang lain." Mereka berkata lagi: "Kami
dengar dan kami taat. (Kami memohon) keampunanMu
wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat
kembali." Allah tidak memberatkan seseorang
melainkan dengan sesuatu yang terdaya dilakukan
olehnya. Dia mendapat pahala (kerana kebaikan) yang
diusahakan olehnya dan dia juga menanggung dosa
(kerana kejahatan) yang dilakukannya. (Mereka
berdoa dengan mengatakan): "Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau menghukum kami jika kami terlupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah
Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat
seperti yang telah Engkau bebankan kepada orang-
orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
Dia Yang Menjual Agamanya 52

kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami sesuatu


yang kami tidak terdaya memikulnya, dan maafkanlah
kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami.
Maka, bantulah kami untuk mencapai kemenangan ke
atas kaum yang kafir
Nabi  berkata: ((Sesiapa membaca dua ayat
daripada akhir Surah al-Baqarah pada waktu malam,
kedua-duanya adalah cukup baginya (sebagai
pelindung) )).

9- Membaca ayat al-Kursi sebelum tidur. Nabi 


bersabda: ((Sesiapa yang membacanya ketika hendak
berbaring di atas tilamnya, maka dia sentiasa
mempunyai penjaga yang disediakan oleh Allah dan
syaitan tidak akan mendekatinya sehingga dia bangun
pada waktu pagi)). Riwayat al-Bukhariy.

10- Memakan tujuh biji tamar 'Ajwah Madinah pada


waktu subuh. 'Ajwah ialah sejenis tamar di Madinah.
RasululLah  berkata: ((Sesiapa yang
memulakan pagi dengan tujuh biji tamar 'Ajwah, maka
dia tidak akan dimudaratkan pada hari itu oleh racun
atau sihir)). Muttafaq 'alaihi.

11- Melazimi zikir pagi dan petang.


Dia Yang Menjual Agamanya 53

Bacaan ayat al-Kursi

4 ×ΠöθtΡ Ÿωuρ ×πuΖÅ™ …çνä‹è{ù's? Ÿω 4 ãΠθ•‹s)ø9$# Hy∏ø9$# uθèδ ωÎ) tµ≈s9Î) Iω ª!$# 

ÿ…çνy‰ΨÏã ßìxô±o„ “Ï%©!$# #sŒ tΒ 3 ÇÚö‘F{$# ’Îû $tΒuρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû $tΒ …絩9

tβθäÜŠÅsムŸωuρ ( öΝßγxù=yz $tΒuρ óΟÎγƒÏ‰÷ƒr& š÷t/ $tΒ ãΝn=÷ètƒ 4 ϵÏΡøŒÎ*Î/ ωÎ)

uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# 絕‹Å™öä. yìÅ™uρ 4 u!$x© $yϑÎ/ ωÎ) ÿϵÏϑù=Ïã ôÏiΒ &óy´Î/

〈 ∩⊄∈∈∪ ÞΟŠÏàyèø9$# H’Í?yèø9$# uθèδuρ 4 $uΚßγÝàøÏm …çνߊθä↔tƒ Ÿωuρ (


Allah (itu), tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, yang hidup kekal dan terus mentadbir
(sekelian mahklukNya), Dia tidak ditimpa rasa
mengantuk dan tidak pula tidur. (Menjadi)
kepunyaanNya segala yang berada di langit dan
segala yang berada di bumi. Tiada yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah melainkan dengan
keizinanNya. (Allah) mengetahui segala yang berada di
hadapan mereka dan yang berada di belakang
mereka, dan mereka tidak mengetahui sedikit pun dari
ilmuNya Allah melainkan apa yang dikehendaki
olehNya. Luasnya Kursi Allah meliputi semua langit dan
bumi. Allah tidak merasa berat di dalam memelihara
Dia Yang Menjual Agamanya 54

kedua-duanya dan Dia-lah yang Maha Tinggi lagi Maha


Agung [al-Baqarah: 255]

Bacaan dua ayat terakhir daripada Surah al-


Baqarah:

4 tβθãΖÏΒ÷σßϑø9$#uρ ϵÎn/§‘ ÏΒ Ïµø‹s9Î) tΑÌ“Ρé& !$yϑÎ/ ãΑθß™§9$# ztΒ#u 

7‰ymr& š÷t/ ä−ÌhxçΡ Ÿω Ï&Î#ß™â‘uρ ϵÎ7çFä.uρ ϵÏFs3Íׯ≈n=tΒuρ «!$$Î/ ztΒ#u <≅ä.

šø‹s9Î)uρ $oΨ−/u‘ y7tΡ#tøäî ( $oΨ÷èsÛr&uρ $uΖ÷èÏϑy™ (#θä9$s%uρ 4 Ï&Î#ß™•‘ ÏiΒ

ôMt6|¡x. $tΒ $yγs9 4 $yγyèó™ãρ ωÎ) $²¡øtΡ ª!$# ß#Ïk=s3ムŸω ∩⊄∇∈∪ ç)DÅÁyϑø9$#

$oΨ−/u‘ 4 $tΡù'sÜ÷zr& ÷ρr& !$uΖŠÅ¡®Σ βÎ) !$tΡõ‹Ï{#xσè? Ÿω $oΨ−/u‘ 3 ôMt6|¡tFø.$# $tΒ $pκön=tãuρ

4 $uΖÎ=ö6s% ÏΒ šÏ%©!$# ’n?tã …çµtFù=yϑym $yϑx. #\ô¹Î) !$uΖøŠn=tã ö≅Ïϑóss? Ÿωuρ

$oΨs9 öÏøî$#uρ $¨Ψtã ß#ôã$#uρ ( ϵÎ/ $oΨs9 sπs%$sÛ Ÿω $tΒ $oΨù=Ïdϑysè? Ÿωuρ $uΖ−/u‘

〈 šÍÏ≈x6ø9$# ÏΘöθs)ø9$# ’n?tã $tΡöÝÁΡ$$sù $uΖ9s9öθtΒ |MΡr& 4 !$uΖôϑymö‘$#uρ


Dia Yang Menjual Agamanya 55

Rasul itu telah beriman dengan segala yang


diturunkan kepadanya daripada Tuhannya. Demikian
juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman
kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya dan
para rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak
membezakan di antara seseorang rasul dengan rasul-
rasulNya yang lain." Mereka berkata lagi: "Kami
dengar dan kami taat. (Kami memohon) keampunanMu
wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat
kembali." Allah tidak memberatkan seseorang
melainkan dengan sesuatu yang terdaya dilakukan
olehnya. Dia mendapat pahala (kerana kebaikan) yang
diusahakan olehnya dan dia juga menanggung dosa
(kerana kejahatan) yang dilakukannya. (Mereka
berdoa dengan mengatakan): "Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau menghukum kami jika kami terlupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah
Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat
seperti yang telah Engkau bebankan kepada orang-
orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami sesuatu
yang kami tidak terdaya memikulnya, dan maafkanlah
kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami.
Maka, bantulah kami untuk mencapai kemenangan ke
atas kaum yang kafir
Dia Yang Menjual Agamanya 56

Bacaan dua surah perlindungan:

2$  '3$   24.


Îh)Ÿ° ÏΒuρ ∩⊄∪ t,n=y{ $tΒ Îh)Ÿ° ÏΒ ∩⊇∪ È,n=xø9$# Éb>tÎ/ èŒθããr& ö≅è% 

Ìhx© ÏΒuρ ∩⊆∪ ωs)ãèø9$# †Îû ÏM≈sV≈¤¨Ζ9$# Ìhx© ÏΒuρ ∩⊂∪ |=s%uρ #sŒÎ) @,Å™%yñ

〈 ∩∈∪ y‰|¡ym #sŒÎ) >‰Å™%tn


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku
berlindung dengan (Allah), Tuhan yang menguasai waktu
subuh, daripada kejahatan sekelian makhlukNya, dan
daripada keburukan waktu malam apabila ia telah
gelap-gelita, dan daripada kejahatan para tukang sihir
wanita yang menghembus pada simpulan-simpulan (tali),
dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila
dia (menyalakan) kedengkiannya"
Dia Yang Menjual Agamanya 57

2$  '3$   24.


Ĩ$¨Ψ9$# ϵ≈s9Î) ∩⊄∪ Ĩ$¨Ψ9$# Å7Î=tΒ ∩⊇∪ Ĩ$¨Ψ9$# Éb>tÎ/ èŒθããr& ö≅è% 

Í‘ρ߉߹ †Îû â¨Èθó™uθム“Ï%©!$# ∩⊆∪ Ĩ$¨Ψsƒø:$# Ĩ#uθó™uθø9$# Ìhx© ÏΒ ∩⊂∪

〈 ∩∉∪ Ĩ$¨Ψ9$#uρ Ïπ¨ΨÉfø9$# zÏΒ ∩∈∪ ÄZ$¨Ψ9$#


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku
berlindung dengan (Allah), Tuhan (yang memelihara dan
menguasai) sekelian manusia, Yang memerintah sekelian
manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian
manusia, daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang
sikapnya tersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke
dalam hati manusia. (Pembisik dan penghasut itu) dari
kalangan jin dan manusia"

Membaca:

51 (4
*   1
 6( 4
*  7(8 9
:
( ;& =< > 7(8 6?7& % ( ( @&  5 " $A B
1 C 9 D(E , (,  2( 4
& .(
21 ( >
((Dengan nama Allah yang tiada mudarat
bersama namaNya oleh sesuatu di bumi atau di langit.
Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)).
Dia Yang Menjual Agamanya 58

Berkata Nabi : ((Sesiapa yang membacanya


tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu
petang, maka tiada sesuatupun yang akan
memudaratkannya)). Riwayat Abu Daud.

Membaca:

 ! " $# % '& "( )


( *"*+  ( ,  )
( (-(. 0/ 1
((Aku berlindung dengan kalam Allah yang
sempurna dari kejahatan (yang dilakukan oleh) makhluk
yang Dia ciptakan)).
Nabi  bersabda: ((Sesiapa yang mengunjungi
sesuatu tempat lalu membacanya, maka tiada yang
dapat memberi mudarat kepadanya sehingga dia
meninggalkan tempat tersebut)). Riwayat Muslim.

Membaca:

GF "* 9 'F & H I/ '& "(


 GF "* 
 JF K&% H I/ '& "( )
( *"*+  ( ,  )
( (-(. 0/ 1
((Aku berlindung dengan kalam Allah yang
sempurna dari kejahatan syaitan dan binatang yang
berbisa, dan dari bencana 'ain (pandangan mata yang
menimpakan penyakit) )).
Dia Yang Menjual Agamanya 59

Berkata Ibnu 'Abbas : "Sesungguhnya Nabi 


membacakan perlindungan untuk Hasan dan Husain dan
bersabda: ((Sesungguhnya bapa kamu berdua
(maksudnya Nabi Ibrahim) telah melindungi dengannya
(bacaan tersebut) Ismail dan Ishaq))." Riwayat al-
Bukhariy.

Membaca:

'& "( Q$L M( 8 9


$N . '* 1 O1
 P+C 9 7& +( , ) ( *"*+  ( ,  ) ( (-(. 0/ 1
R1 $1 S&C S" $# % '& "(
 6( 4 *  ' "( T/ U( &C " $# % '& "(
 Q$.
 ;0
 ! " $# %
'( +S(8 $# % '& "(
 QV&"( R 1 $1 X& C " $# % '& "(
 Q: ( ;& W>  7& 8( ;0 " $# % '& "(
 QV&8(
'& ; C $F &X
 .( Y1 $1 K> C Z;( [ 9, \( YF ;( [ H I/ $# % '& "(
 Q;( V* 
( &, 
((Aku berlindung dengan kalam Allah yang
sempurna yang tertakluk dengannya insan yang baik
dan insan yang jahat, daripada kejahatan apa yang
Dia jadikan, yang Dia cambahkan dan yang Dia
ciptakan, dan daripada kejahatan apa yang turun dari
langit dan apa yang naik kepadanya, dan daripada
kejahatan apa yang tertanam di bumi dan apa yang
keluar daripadanya, dan daripada kejahatan fitnah
pada waktu malam dan siang, dan daripada kejahatan
setiap yang berkunjung kecuali pengunjung yang
berkunjung dengan kebaikan, wahai Tuhan ar-Rahman)).
Dia Yang Menjual Agamanya 60

Membaca:

2( &](  > ^
( $&  > _
A ;  1
 `
1 > I,  a ( &  1 9, \(  (\ 9 
b  7 (4
& 
((Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan yang
berhak disembah melainkan Dia, padaNya aku
bertawakal, dan Dia-lah tuhan yang memiliki 'arasy
yang agung)).
Dibaca sebanyak tujuh kali.

Abu Bakar  telah bertanya kepada RasululLah:


"Wahai Rasul Allah, ajarlah aku dengan sesuatu
yang aku boleh membacanya pada waktu pagi
dan pada waktu petang." RasululLah  berkata:
"Bacalah:
H S/I _ * ; Q(:;& =< >
 ) ( 
4 *  $ [( 8 c( d Ve
* 
f
( &g > 2 ( 2* V1 , 
Q(I( $& %(
 J( K&e
*  $# % '& "( h
 (. 0/ 1 Q`& 9, \(  (\ 9, J>  1 V %&  Q1-("
 6F 7& %
2F (4
& "1 (\ i1 $* M1 
&  Qj61@ 74k>   l  $( +>  J> 

((Ya Allah, Tuhan yang mengetahui segala yang


ghaib dan yang nyata, Tuhan yang mencipta semua
langit dan bumi, Pemerintah segala sesuatu dan
Pemiliknya, Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang
berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung
denganMu daripada kejahatan syaitan serta sekutu-
sekutunya, dan aku berlindung daripada berusaha untuk
Dia Yang Menjual Agamanya 61

melakukan kejahatan ke atas diriku atau aku


mendorongnya terhadap seorang muslim))."
Baginda berkata: ((Bacalah ia ketika engkau
memulakan pagi, ketika engkau memulakan petang dan
ketika engkau menghampiri tempat tidur)). Riwayat at-
Tirmiziy dan dia menilainya hasan sohih.

Membaca:

H I/   1
 1 & 
 > 1 
1h> 1 > 1 Q1 h
 C($% 9 i1  &
 
b  9, \(  (\ 9
$L C( 6F 7& %
(( (Aku bersaksi bahawa) tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sekutu
bagiNya. Hanya bagiNya segala kekuasaan dan hanya
bagiNya segala pujian. Dia Maha Berkuasa ke atas
segala-galanya)).
Nabi  bersabda: ((Sesiapa yang membacanya
seratus kali sehari, maka baginya ganjaran seperti
memerdekakan sepuluh orang hamba. Dituliskan
baginya seratus kebaikan dan dihapuskan
daripadanya seratus kesalahan serta dia terpelihara
daripada syaitan pada hari itu sehingga petang. Tiada
seorang pun yang dapat melakukan sesuatu yang lebih
baik daripada apa yang dilakukannya kecuali jika
orang itu beramal dengan sesuatu yang lebih banyak)).
Muttafaq 'alaihi.
Dia Yang Menjual Agamanya 62

Mengabaikan zikir pagi dan petang adalah di


antara sebab utama penguasaan syaitan ke atas
manusia dan ia adalah sebab kepada berlakunya 'ain
(pandangan mata yang menimpakan penyakit).

Berkata Ibnu al-Qayyim(25): "Kebanyakan


penguasaan roh-roh yang keji ke atas mangsanya
adalah kerana kurangnya penghayatan agama,
rosaknya hati mereka serta jauhnya lidah mereka
daripada zikir, bacaan perlindungan dan pendinding
yang diajar oleh Nabi dan yang menguatkan
keimanan."

 Bagaimana anda membacakan zikir untuk kanak-


kanak dan wanita?

Zikir pagi dan petang adalah doa yang


menjadi pendinding bagi seorang individu daripada
kejahatan manusia dan jin. Tidak disyaratkan ketika
membacanya supaya disertai dengan hembusan
sebaliknya seseorang boleh membacanya tanpa
melakukan hembusan.

(25) Zad al-Ma'ad 4/ 69


Dia Yang Menjual Agamanya 63

Apabila anda membaca wirid anda pada


waktu pagi dan petang antaranya bacaan-bacaan
pelindung dan doa yang diajar oleh Nabi seperti:
 ! " $# % '& "( )
( *"*+  ( ,  )
( (-(. 0/ 1
((Aku berlindung dengan kalam Allah yang
sempurna dari kejahatan (yang dilakukan oleh)
makhluk yang Dia ciptakan)), bacakan juga wirid
tersebut untuk anak-anak dan anggota keluarga
walaupun anda berada jauh dari mereka atau sedang
bermusafir. Bacalah:
 ! " $# % '& "( )
( *"*+  ( ,  )
( (-(.      
((Aku lindungi kalian dengan kalam Allah
yang sempurna dari kejahatan (yang dilakukan oleh)
makhluk yang Dia ciptakan)) sebanyak tiga kali.

Bacakan bacaan-bacaan perlindungan untuk


mereka. Nabi  telah melakukannya pada Hasan dan
Husain. Bacalah dengan cara berikut:
... f
 
0(\ F @( m $# % '& "(
  ! " $# % '& "( ( k>  _
# $ .(      
((Aku lindungi kalian dengan (Allah), Tuhan yang
menguasai waktu subuh, daripada kejahatan sekelian
makhlukNya, dan daripada keburukan waktu
malam…sehingga akhir surah))
Dia Yang Menjual Agamanya 64

... o
( *  ( (\ o
( *  h
( (" o
( *  _
# $ .(      
((Aku lindungi kalian dengan (Allah), Tuhan (yang
memelihara dan menguasai) sekelian manusia, Yang
memerintah sekelian manusia, Tuhan yang berhak
disembah oleh sekelian manusia …sehingga akhir surah))
GF "* 9 'F & H I/ '& "(
 GF "* 
 JF K&% H I/ '& "( )
( *"*+  ( ,  )
( (-(.      
((Aku lindungi kalian dengan kalam Allah yang
sempurna dari kejahatan syaitan dan binatang yang
berbisa, dan dari bencana 'ain (pandangan mata yang
menimpakan penyakit) )).

Demikianlah juga dengan bacaan-bacaan yang


lain. [Perhatikan bahawa kalimah 0/ & S1 (Aku berlindung)
telah digantikan dengan 2& I/ E/ S&( / (Aku lindungi kalian).
Begitu juga dilakukan pada semua bacaan – pent.]

Tidak disyaratkan menghembus pada mereka


atau berdekatan dengan mereka kerana wirid adalah
doa. Anda boleh berdoa memohon daripada tuhan
supaya menjaga mereka walaupun anda berjauhan
dengan mereka.
Dia Yang Menjual Agamanya 65

 Rawatan sihir setelah ia berlaku

Allah telah mensyariatkan untuk mangsa sihir


rawatan yang dibenarkan supaya dia dapat
mengubati dirinya daripada sihir. Antaranya:

1- Mengeluarkannya daripada tempatnya sama ada


dengan mengosongkan perut daripadanya sekiranya ia
adalah makanan atau minuman atau dengan
mengetahui tempatnya sekiranya ia adalah sihir
berbentuk simpulan atau penulisan.

Berkata Ibnu al-Qayyim:

"Telah diriwayatkan daripada Nabi 


mengenainya -iaitu mengenai rawatan sihir-
dua kaedah:
Yang pertama -iaitu yang paling elok-:
Mengeluarkannya dan menghapuskannya
seperti riwayat yang sohih daripada Nabi
 bahawa baginda bertanya kepada
Allah  berkenaannya, maka baginda
ditunjukkan tempatnya…
Dia Yang Menjual Agamanya 66

Yang kedua: Mengeluarkannya dari


bahagian (tubuh) yang dirasakan kesan
sihir padanya.(26)"

Kaedah mengetahui tempat sihir pula:

Sama ada melalui pemberitahuan jin yang


menjaga sihir di dalam badan mangsa setelah
dibacakan ayat al-Quran ke atasnya. Setelah dia
memberitahu tentang tempat sihir, maka ia dikeluarkan.
Atau melalui kurniaan Allah kepada mangsa
dengan menunjukkannya di dalam mimpi lalu mangsa
mengetahui tempatnya melalui mimpi.

2- Membaca ayat al-Quran ke atas mangsa khususnya


al-Fatihah yang merupakan surah yang paling agung,
ayat al-Kursi yang merupakan ayat yang paling
agung, ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dan ayat-
ayat berkaitan sihir yang terdapat pada surah al-A'raf
iaitu ayat:

(26) Zad al-Ma'ad 4/ 124


Dia Yang Menjual Agamanya 67

}‘Ïδ #sŒÎ*sù ( š‚$|Átã È,ø9r& ÷βr& #y›θãΒ 4’n<Î) !$uΖøŠym÷ρr&uρ * 

∩⊇⊇∇∪ tβθè=yϑ÷ètƒ (#θçΡ%x. $tΒ Ÿ≅sÜt/uρ ‘,ptø:$# yìs%uθsù ∩⊇⊇∠∪ tβθä3Ïùù'tƒ $tΒ ß#s)ù=s?

〈 ∩⊇⊇∪ tÌÉó≈|¹ (#θç7n=s)Ρ$#uρ y7Ï9$uΖèδ (#θç7Î=äósù


Dan kami wahyukan kepada Musa:
"Lemparkanlah tongkatmu!" lalu tiba-tiba tongkat itu
menelan apa yang mereka perdayakan. Maka,
ternyatalah kebenaran dan terbatallah apa yang
selalu mereka amalkan. Maka mereka telah ditewaskan
di sana dan berubahlah mereka menjadi golongan
yang hina [al-A'raf: 117-119]

Ayat-ayat pada surah Yunus:


u!%y` $£ϑn=sù ∩∠∪ 5ΟŠÎ=tæ @Ås≈y™ Èe≅ä3Î/ ’ÎΤθçGø`$# ãβöθtãöÏù tΑ$s%uρ 

(#öθs)ø9r& !$£ϑn=sù ∩∇⊃∪ šχθà)ù=•Β ΟçFΡr& !$tΒ (#θà)ø9r& #y›θ•Β Οßγs9 tΑ$s% äοtys¡¡9$#

Ÿω ©!$# ¨βÎ) ( ÿ…ã&é#ÏÜö6ãŠy™ ©!$# ¨βÎ) ( ãósÅb¡9$# ϵÎ/ ΟçGø⁄Å_ $tΒ 4y›θãΒ tΑ$s%

öθs9uρ ϵÏG≈yϑÎ=s3Î/ ¨,ysø9$# ª!$# ‘,Ïtä†uρ ∩∇⊇∪ tωšøßϑø9$# Ÿ≅uΗxå ßxÎ=óÁãƒ

〈 ∩∇⊄∪ tβθãΒÌôfãΚø9$# oνÌŸ2


Dia Yang Menjual Agamanya 68

Firaun berkata: "Bawalah kepadaku semua


ahli sihir yang alim (mahir)." Maka, apabila ahli-ahli
sihir itu datang, Musa berkata kepada mereka:
"Lemparkanlah apa yang hendak kamu lemparkan."
Maka, apabila mereka telah melempar, Musa berkata:
Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir. Sesungguhnya
Allah akan memusnahkannya. Sesungguhnya Allah tidak
akan membenarkan tindakan golongan yang
melakukan kerosakan. Dan Allah akan mengukuhkan
kebenaran dengan ketetapanNya, walaupun ia dibenci
oleh golongan yang melakukan dosa

Ayat-ayat pada surah Taha:


∩∉∈∪ 4’s+ø9r& ôtΒ tΑ¨ρr& tβθä3¯Ρ βr& !$¨ΒÎ)uρ u’Å+ù=è? βr& !$¨ΒÎ) #y›θßϑ≈tƒ (#θä9$s% 

$pκ¨Ξr& ÷Λ¿εÌósÅ™ ÏΒ Ïµø‹s9Î) ã≅§‹sƒä† öΝßγ–ŠÅÁÏãuρ öΝçλé;$t7Ïm #sŒÎ*sù ( (#θà)ø9r& ö≅t/ tΑ$s%

ô#y‚s? Ÿω $uΖù=è% ∩∉∠∪ 4y›θ•Β Zπx‹Åz ϵšøtΡ ’Îû }§y_÷ρr'sù ∩∉∉∪ 4tëó¡n@

( (#þθãèuΖ|¹ $tΒ ô#s)ù=s? y7ÏΨŠÏϑtƒ ’Îû $tΒ È,ø9r&uρ ∩∉∇∪ 4’n?ôãF{$# |MΡr& š¨ΡÎ)

〈 4’tAr& ß]ø‹ym ãÏm$¡¡9$# ßxÎ=øムŸωuρ ( 9Ås≈y™ ߉ø‹x. (#θãèoΨ|¹ $yϑ¯ΡÎ)


Mereka berkata: "Wahai Musa, sama ada engkau
yang melempar (dahulu) atau kami yang menjadi orang
yang pertama melempar? Berkata Musa: "Bahkan
Dia Yang Menjual Agamanya 69

kalian lemparkanlah!" Lalu, tiba-tiba tali-tali dan


tongkat-tongkat mereka terbayang kepada Musa
seakan-akan ia merayap pantas akibat sihir mereka.
Lantas Musa merasa takut dalam hatinya. Kami
berkata: "Janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu-
lah yang paling tinggi (menang), dan lemparkanlah
apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan
menelan apa yang mereka buat, sesungguhnya apa
yang mereka buat itu adalah tipu daya tukang sihir
(belaka), dan tidak akan berjaya tukang sihir itu ke
mana sahaja dia pergi [Taha: 65-69]
Membaca dua surah perlindungan (an-Nas dan
al-Falaq).
Berkata Ibnu Katsir:

"Cara yang paling bermanfaat untuk


membuang sihir ialah ayat yang diturunkan
oleh Allah ke atas rasulNya untuk
membuangnya iaitu dua surah perlindungan.
Di dalam hadis dinyatakan bahawa tidak
mungkin seorang yang memohon
perlindungan dapat berlindung dengan
sesuatu yang sama kedudukannya dengan
kedua-duanya. Demikian juga bacaan ayat
al-Kursi. Sesungguhnya ia dapat menghalau
syaitan. Aisyah radhiyalLahu 'anha berkata:
((Apabila Nabi mengadu sakit, baginda
Dia Yang Menjual Agamanya 70

akan membaca ke atas dirinya dua surah


perlindungan dan menghembus dirinya.
Ketika sakit baginda bertambah kuat, daku-
lah yang membaca ke atasnya dan daku
menyapu untuk baginda dengan tangan
baginda kerana mengharapkan keberkatan
darinya)). Muttafaq 'alaihi.(27)"

Berkata Ibnu al-Qayyim(28): "Beliau -iaitu Syeikh


al-Islam- merawat dengan ayat al-Kursi. Beliau
menyuruh orang yang dimasuki jin dan orang yang
merawatnya supaya selalu membacanya dan membaca
dua surah perlindungan."

3- Berdoa dan bersungguh-sungguh mengharap pada


Allah agar dirungkaikan sihir. Aisyah radhiyalLahu
'anha menceritakan mengenai sihir yang dialami Nabi
: ((Baginda terbayang bahawa baginda telah
melakukan sesuatu sedangkan baginda tidak
melakukannya, sehinggalah pada suatu hari atau suatu
malam, RasululLah  pun berdoa. Kemudian, baginda
berdoa lagi. Kemudian, baginda berdoa lagi. Maka,
Allah pun memperkenankan doa baginda)). Riwayat
Muslim.

(27) Tafsir Ibnu Katsir 1/ 217


(28) Zad al-Ma'ad 4/ 69
Dia Yang Menjual Agamanya 71

Orang yang berdoa hendaklah mengulangi


permintaan dan beriltizam dengan adab doa seperti
menghadap qiblat dan memilih waktu-waktu yang
mustajab. Antaranya ialah waktu sepertiga akhir
malam. Sesungguhnya Allah menyebut pada waktu
tersebut: ((Siapa yang mahu berdoa kepadaKu, lalu
Aku memperkenankannya?. Siapa yang mahu meminta
kepadaKu, lalu Aku kurniakannya?. Siapa yang mahu
memohon pengampunan daripadaKu, lalu Aku
ampunkannya?)). Riwayat Muslim.
Nabi  juga berkata: ((Sesungguhnya pada
waktu malam itu ada satu saat yang sekiranya
seseorang lelaki muslim memohon daripada Allah suatu
kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat, nescaya
Allah akan memberikannya. Ia wujud pada setiap
malam)). Riwayat Muslim.

4- Melazimi istighfar dan memperbanyakkannya.


Sesungguhnya ia adalah sebab yang paling kuat untuk
merungkai kesulitan. Allah  berfirman:
È≅Å™öム∩⊇⊃∪ #Y‘$¤xî šχ%x. …絯ΡÎ) öΝä3−/u‘ (#ρãÏøótFó™$# àMù=à)sù 

ö/ä3©9 ≅yèøgs†uρ tÏΖt/uρ 5Α≡uθøΒr'Î/ /ä.÷ŠÏ‰ôϑãƒuρ ∩⊇⊇∪ #Y‘#u‘ô‰ÏiΒ /ä3ø‹n=tæ u!$yϑ¡¡9$#

〈 ∩⊇⊄∪ #\≈pκ÷Ξr& ö/ä3©9 ≅yèøgs†uρ ;M≈¨Ζy_


Dia Yang Menjual Agamanya 72

Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka:


"Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya
Dia adalah yang Maha Pengampun, nescaya Dia akan
menghantarkan awan (membawa hujan) kepada kalian
dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-
anak kalian, dan mengadakan untuk kalian kebun-
kebun, dan mengadakan (pula di dalamnya) untuk
kalian sungai-sungai [Nuh: 10-12]

5- Berjampi dengan doa-doa dan bacaan


perlindungan yang disyariatkan, antaranya:

Doa:
9, \( 6< kS(% 9 Q7& 8(*eS  `
 & q
( %& 
Qo
 W>  > f
( ( 0>  Qo
( *  _* ; 2* V1 p 
st@ ;1 d( g1C 9 6j k(% Qr 6b k(< %
((Wahai Allah, Tuhan sekelian manusia,
hilangkanlah derita, sembuhkanlah, Engkaulah
penyembuh, tiada penyembuhan melainkan
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak
meninggalkan kesakitan)). Muttafaq 'alaihi.

Di antaranya ialah jampi yang dibaca oleh


Jibril ke atas Nabi  iaitu:

&  v
F S>k H I/ $# % '& "(
 Qh
 &C0( u& 1C 6F 7& % H I/ '& "( Qh &(;&  
(  2( 4
& .(
h
 &(;&   (  2( 4
& .( Qh
 &k( e
& C  QF @(  'F &
Dia Yang Menjual Agamanya 73

((Dengan nama Allah aku menjampi engkau


daripada setiap sesuatu yang menyakiti engkau, dan
daripada kejahatan setiap jiwa atau 'ain yang
mendengki. Allah menyembuhkan engkau. Dengan nama
Allah aku menjampi engkau)). Riwayat Muslim.

 Saya menemui bahan sihir, apa yang perlu saya


lakukan?

Sihir dilakukan melalui kaedah yang pelbagai.

1- Jika ia berbentuk makanan atau minuman,


maka mudaratnya dihilangkan dengan izin
Allah melalui perkumuhan. Apabila mangsa
mengeluarkan sihir, kesakitan akan hilang
daripadanya dengan izin Allah. Kadangkala,
sihir yang dimakan atau diminum akan keluar
melalui air kencing atau tahi. Lalu pesakit akan
sembuh dengan izin Allah.
2- Sekiranya sihir berbentuk tulisan di atas kertas,
maka kertas ini dicelupkan ke dalam bekas
yang mengandungi air sehingga kesan tulisan
hilang. Kemudian kertas tersebut dikoyak-
koyakkan dan dibuang di sebarang tempat. Air
tersebut pula dicurahkan di sebarang tempat.
3- Sekiranya sihir berbentuk simpulan, maka
simpulan tersebut dirungkaikan. Bersama setiap
Dia Yang Menjual Agamanya 74

kali rungkaian, dibaca dua surah perlindungan


dan dihembus ke atasnya. Apabila semuanya
telah dirungkaikan maka benang tersebut
diputus-putuskan kemudian dibuang di
sebarang tempat.

Bahan sihir tidak dibakar dengan api.

 Pelanggan sihir yang zalim

Sesiapa yang meminta bomoh sihir supaya


melakukan sihir untuknya, maka dia telah
menggadaikan agama untuk dunianya. Dia telah
mendedahkan dirinya kepada kemurkaan Allah dengan
melakukan salah satu perkara yang membatalkan Islam
iaitu redha terhadap sihir.

Berkata as-Syeikh Muhammad ibn Abd al-


Wahhab –rahimahulLah-: "Sesiapa yang melakukannya
-iaitu sihir- atau redha terhadapnya, maka dia telah
kufur.(29)"

Individu yang mengunjungi para bomoh sihir


untuk memudaratkan orang lain telah sampai kepada
kemuncak sifat hasad. Dia mendengki orang lain di atas

(29) Risalah fi Nawaqidh al-Islam


Dia Yang Menjual Agamanya 75

nikmat yang telah dilimpahkan oleh Allah kepadanya.


Dia telah merosakkan akhiratnya dengan mengikut
hawa nafsu dan sikap tidak redha terhadap qadha'
dan qadar.

Individu yang mengunjungi para bomoh sihir


telah melakukan kesalahan yang menyesatkan.
Perbuatannya merupakan penderhakaan kepada
Pencipta dan kezaliman terhadap para hamba.

Orang yang berusaha untuk memudaratkan


orang lain tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.
Sesungguhnya Allah mengangkat martabat orang yang
dizalimi di atas orang yang zalim. Adakalanya Allah
menunaikan cita-cita orang yang disihir.

Berkata Syeikh al-Islam(30): "Kebenciannnya


-iaitu orang yang hasad- terhadap nikmat Allah buat
hambaNya adalah satu penyakit. Sesungguhnya nikmat
tersebut atau nikmat yang lebih besar daripadanya
mungkin kembali kepada orang yang didengki.
Mungkin juga terhasil sesuatu yang menyerupai nikmat
tersebut kepada orang lain yang sepertinya."

(30) Fatawa Syeikh al-Islam 10/ 112


Dia Yang Menjual Agamanya 76

Tunggulah wahai orang yang zalim, kecelakaan


sihirmu akan kembali kepadamu! Mungkin juga Allah
membiarkan orang lain pula menyihir engkau.

w]. @ 9\ wx 9


V8  C 9\ C '" "

Tiada tangan melainkan tangan Allah lebih tinggi


darinya
Tiada penzalim melainkan dia juga akan ditimpa
kezaliman penzalim lain

Allah  berfirman:
〈 4 Ï&Î#÷δr'Î/ ωÎ) à⋅ÄhR¡¡9$# ãõ3yϑø9$# ß,‹Ïts† Ÿωuρ 
Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa
selain orang yang merencanakannya sendiri [Fathir:
43]

Berkata Ibnu Katsir(31): "Maknanya: balasan


buruk perbuatan tersebut tidak akan kembali kecuali ke
atas diri mereka sendiri dan bukan orang lain."

Muhammad ibn Ka'ab al-Qurazhiy menyatakan:


"Tiga perkara; sesiapa yang melakukannya tidak akan
selamat sehinggalah ia kembali menimpa dirinya;

(31) Tafsir Ibnu Katsir 6/ 559


Dia Yang Menjual Agamanya 77

sesiapa yang merancang kejahatan, sesiapa yang


menzalimi atau sesiapa yang memungkiri perjanjian.
Kebenaran hal ini dinyatakan dalam al-Quran."

Doa mangsa sihir yang dizalimi sentiasa


berlegar ke atas engkau siang dan malam. Allah telah
berjanji untuk mengabulkan doa orang yang dizalimi.

Nabi  menyebut: ((Tiga doa yang


diperkenankan. Tiada keraguan padanya. Doa orang
dizalimi, doa orang bermusafir dan doa bapa
terhadap anaknya)). Riwayat at-Tirmiziy.

Jika engkau boleh merancang kejahatan


terhadap makhluk, sesungguhnya engkau tidak akan
dapat merancang kejahatan terhadap al-Khaliq
(Pencipta). Berkata Allah :
〈 4 #·õ3tΒ äíu)ó r& ª!$# È≅è% 
Katakanlah: Allah lebih cepat perancangan
balasnya [Yunus: 21]

Oleh itu, jauhilah kezaliman terhadap golongan


yang tidak bersalah. Sesungguhnya mereka mempunyai
pelindung yang mempertahankan mereka. Allah 
berfirman:
Dia Yang Menjual Agamanya 78

〈 3 (#þθãΖtΒ#u tÏ%©!$# Çtã ßìÏù≡y‰ãƒ ©!$# 5χÎ) 


Sesungguhnya Allah mempertahankan orang
yang beriman [al-Haj: 38]

Balasan kezaliman amat buruk. Pelakunya


dijanjikan dengan azab yang dahsyat. Firman Allah :
〈 ∩⊇∪ #Z)DÎ7Ÿ2 $\/#x‹tã çµø%É‹çΡ öΝà6ΖÏiΒ ΝÎ=ôàtƒ tΒuρ 
Sesiapa yang melakukan kezaliman di
kalangan kalian, Kami akan rasakannya dengan azab
yang besar [al-Furqan: 19]

Janganlah engkau menjadi mangsa syaitan


dengan bertindak keluar daripada agamamu. Ingatlah
bahawa dunia ini hanya sementara. Engkau akan
dibaringkan di dalam kubur yang gelap seorang diri.
Engkau akan berdiri di hadapan hakim yang adil yang
akan memberi bahagian engkau kepada mangsa sihir
sebagai balasan terhadap perbuatan engkau
menyihirnya.

Nyatakanlah taubatmu wahai pengunjung para


bomoh sihir. Rungkaikanlah simpulan sihirmu ke atas
orang yang engkau sihirkan sebelum tibanya giliran
engkau!!.
Dia Yang Menjual Agamanya 79

 Mangsa sihir yang dizalimi

Sekiranya seseorang hamba jujur dengan


Tuhannya, diwujudkan baginya musuh di kalangan
syaitan jin dan syaitan manusia.

Allah  berfirman:
ħΡM}$# tÏÜ≈u‹x© #xρ߉tã @cÉ<tΡ Èe≅ä3Ï9 $oΨù=yèy_ y7Ï9≡x‹x.uρ 

〈 #Y‘ρáYäî ÉΑöθs)ø9$# t∃ã÷zã— <Ù÷èt/ 4’n<Î) öΝßγàÒ÷èt/ ÇrθムÇdÉfø9$#uρ


Demikian juga, Kami telah jadikan bagi setiap
nabi itu musuh (yang terdiri) daripada para syaitan
(dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin. Sebahagian
mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain
kata-kata yang indah untuk penipuan [al-An'am: 112]

Begitu jugalah keadaan pengikut para nabi.


Mereka berhadapan dengan apa yang telah menimpa
para nabi. Apabila Allah hendak mengangkat
kedudukan seseorang hamba, Dia akan mengujinya.

Nabi  menyatakan: ((Barangsiapa yang Allah


menghendaki baginya kebaikan, Allah menimpakan
ujian daripadaNya)). Riwayat al-Bukhariy.
Dia Yang Menjual Agamanya 80

Janganlah bersedih wahai mangsa sihir di atas


derita sihir yang menimpa engkau. RasululLah  sendiri
telah disihir. Allah menguji hambaNya yang beriman
untuk mendekatkannya kepadaNya.

Ibnu al-Qayyim mencatatkan(32): "Sesungguhnya


Dia  hampir dengan pesakit sebagai suatu rahmat
daripadaNya, kebaikan untuknya dan seruan
mendekatkan diri kepadaNya disebabkan kesedihan
hatinya lantaran sakit yang menimpanya.
Sesungguhnya Dia hampir dengan orang yang hatinya
ditimpa kedukaan."

Janganlah engkau marah terhadap apa yang


menimpa engkau. Janganlah engkau hilang sabar
terhadap apa yang Allah telah tulis ke atas engkau.
Mungkin ia adalah salah satu sebab kepada
peninggian darjat. Allah  berfirman:
βr& #|¤tãuρ ( öΝà6©9 ×)öDyz uθèδuρ $\↔ø‹x© (#θèδtõ3s? βr& #|¤tãuρ 

〈 3 öΝä3©9 @)Ÿ° uθèδuρ $\↔ø‹x© (#θ™6Åsè?


 Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan
perkara tersebut sebenarnya adalah kebaikan untuk
kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu

(32) Syifa' al-'Alil, ms. 507


Dia Yang Menjual Agamanya 81

sedangkan perkara tersebut sebenarnya adalah


keburukan untuk kamu [al-Baqarah: 216]

Sekiranya engkau kehilangan sesuatu daripada


kelebihan dunia, sesungguhnya apa yang ada di sisi
Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang
yang beriman dan bertawakkal kepada tuhan mereka.

Syeikh al-Islam menyebut: "Orang yang dizalimi


dan didengki jika dia bersabar dan bertaqwa kepada
Allah, maka disediakan baginya balasan yang
baik.(33)" Oleh itu, banyakkanlah menyebut:
V&"( s$&! 7& ( q
& /!& 
7& +(&y
( "1 7& 8( 7& ($& M(  2* V1 ,  QJ&1 M( ; ( & (\ *\(
 ( p ( *\(
((Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan
kepadaNya kita akan kembali. Wahai Allah, berilah
ganjaran untukku di atas musibahku ini dan gantikanlah
bagiku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya)).

Ummu Salamah radhiyalLahu 'anha mendengar


RasululLah  mengatakan: ((Tidak ada seorang
muslim yang ditimpa musibah lalu dia menyebut apa
yang telah diperintahkan oleh Allah iaitu:
V&"( s$&! 7& ( q
& /!& 
7& +(&y
( "1 7& 8( 7& ($& M(  2* V1 ,  QJ&1 M( ; ( & (\ *\(
 ( p ( *\(

(33) Fatawa Syeikh al-Islam 17/ 22


Dia Yang Menjual Agamanya 82

melainkan Allah akan menggantikan baginya


dengan yang lebih baik)).
Ummu Salamah berkata: Apabila Abu Salamah
meninggal dunia, aku berkata: "Siapakah orang Islam
yang lebih baik daripada Abu Salamah? Rumah
pertama yang berhijrah kepada RasululLah." Kemudian,
aku membacanya. Lalu Allah menggantikannya untukku
dengan RasululLah. Riwayat Muslim.

Segala kedukaan dunia meskipun ia


berpanjangan ke atas seorang muslim, pada akhirnya
ia akan berlalu pergi. Kemudian, ia akan digantikan
dengan nikmat yang berkekalan yang menyebabkan
seseorang hamba melupakan segala kedukaan yang
pernah menimpanya.

Nabi  bersabda: ((Dibawa pula seorang


mukmin yang paling menderita dan teruji lalu
dikatakan: "Masukkanlah dia ke dalam syurga
sebentar." Maka dia pun dimasukkan ke dalamnya
sebentar. Kemudian, dia disoal: "Wahai fulan,
pernahkah engkau ditimpa penderitaan dan ujian?" Dia
menjawab: "Tidak pernah aku ditimpa penderitaan
atau ujian sama sekali")). Riwayat Ibnu Majah.

Yakinlah bahawa si zalim yang mengunjungi


bomoh sihir yang menyebabkan sihir pada engkau
Dia Yang Menjual Agamanya 83

tidak akan terlepas daripada Allah. Tuhanmu


menyimpan balasan untuknya. Firman Allah  :
〈 ∩⊇∠∪ t,Î#Ï≈xî È,ù=sƒø:$# Çtã $¨Ζä. $tΒuρ 
Dan Kami bukanlah lalai berkenaan (keadaan)
ciptaan Kami [al-Mukminun: 17]

Engkau -wahai mangsa sihir- menemui Tuhanmu


dalam keadaan engkau dizalimi adalah lebih baik
daripada engkau menemuinya dalam keadaan engkau
menzalimi. Kembalilah pada Allah dan banyakkan
istighfar serta doa. Sesungguhnya bantuan Allah
adalah hampir. Janganlah engkau berputus asa
terhadap rahmat Allah. Janganlah engkau berhenti
daripada melakukan usaha untuk merungkai sihir
dengan membaca doa dan mengambil ubat yang
dibenarkan. Janganlah engkau menyerah kalah
terhadap kejahatan dan pelakunya. Sesungguhnya tipu
daya syaitan itu adalah lemah. Allah adalah pelindung
orang mukmin dan orang kafir itu tiada pelindung bagi
mereka.
Dia Yang Menjual Agamanya 84

Allah  berfirman:
Ÿω tÍÏ≈s3ø9$# ¨βr&uρ (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# ’n<öθtΒ ©!$# ¨βr'Î/ y7Ï9≡sŒ 

〈 ∩⊇⊇∪ öΝçλm; 4’n<öθtΒ


Yang demikian itu adalah kerana Allah
merupakan pelindung bagi golongan yang beriman,
dan golongan yang kafir itu tiada pelindung bagi
mereka [Muhammad: 11]

Allah  bersifat dengan kekuatan dan


keperkasaan. Apa jua yang dilakukan oleh si zalim
terhadap engkau, maka Allah adalah lebih
mengatasinya. Allah menangguhkan balasan
terhadapnya sehingga apabila Allah menghukumnya,
maka dia tidak akan terlepas langsung.

Berkata Allah :
〈 4 šχθßϑÎ=≈©à9$# ã≅yϑ÷ètƒ $£ϑtã ¸ξÏ≈xî ©!$# 5t|¡óss? Ÿωuρ 
Janganlah engkau menyangka bahawa Allah
lalai terhadap apa yang dilakukan oleh golongan yang
zalim [Ibrahim: 42]
Dia Yang Menjual Agamanya 85

 Siapakah al-Kahin (tukang ramal)?

al-Kahin (tukang ramal) ialah orang yang


mendakwa bahawa dia mengetahui peristiwa yang
akan berlaku pada masa depan. Sebagai contoh, dia
mendakwa bahawa dia mengetahui bilakah kematian si
fulan?, di kawasan mana?, adakah si fulan akan hidup
bahagia atau tidak? dan perkara-perkara sedemikian
yang berkaitan dengan masa depan.

Tukang ramal ini mendakwa berkenaan sesuatu


yang para malaikat dan rasul sendiri tidak
mengetahuinya kerana ilmu ghaib adalah perkara
yang khusus diketahui oleh Allah sahaja.

Allah  berfirman:
ª!$# ωÎ) |=ø‹tóø9$# ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû tΒ ÞΟn=÷ètƒ ω ≅è% 

〈 ∩∉∈∪ šχθèWyèö7ムtβ$−ƒr& tβρâ[ßêô±o„ $tΒuρ 4


Katakanlah: "Tiada seorang pun di langit dan
di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali
Allah," dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan
dibangkitkan [an-Naml: 65]
Dia Yang Menjual Agamanya 86

Allah mengatakan tentang diriNya:


〈 Íοy‰≈pꤶ9$#uρ É=ø‹tóø9$# ÞΟÎ=≈tã 
Dia yang mengetahui tentang yang ghaib dan
yang nyata [at-Taghabun: 18]

Bintang horoskop penentu nasib yang didakwa


wujud oleh mereka juga adalah salah satu daripada
bentuk ramalan masa depan.

 Hakikat tukang ramal

Nabi  telah memberitahu tentang hakikat


tukang ramal dengan ucapan yang ringkas dan besar
maknanya ketika disoal berkenaan mereka. Kata
baginda: ((Mereka tidak memiliki apa-apa)). Riwayat
al-Bukhariy.

Syeikh al-Islam berkata: "Para peramal bintang


dan pengamal jampian itu pada mereka terdapat
banyak bentuk kejahilan, kesesatan, penipuan dan
perkara mustahil sehingga tidak dapat dihitung
melainkan oleh Allah.(34)"

(34) Dar'u Ta'arudh al-'Aqli wa an-Naqli 5/ 6


Dia Yang Menjual Agamanya 87

Mafatih al-Ghaib (kunci perkara ghaib)


semuanya di tangan Tuhan yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa dan manusia sememangnya mengetahui
tentang pendustaan tukang ramal dan sifat tidak jujur
mereka. Namun kelemahan iman dan penguasaan
syaitan mendorong mereka ke arah mengingkari tuhan.

Syeikh al-Islam mengatakan(35): "Golongan khas


dan awam telah mengetahui melalui pengalaman dan
kenyataan yang mutawatir (tersebar) bahawa hukum-
hukum yang diputuskan oleh para peramal bintang itu
pendustaan di dalamnya adalah lebih berkali ganda
daripada kebenaran."

 Helah-helah tukang ramal

Sekiranya seseorang bertanyakan kepada


tukang ramal tentang urusan masa depan, mereka akan
memberitahunya dengan perkara-perkara umum yang
berlaku ke atas setiap manusia. Sebagai contoh mereka
akan mengatakan: "Engkau akan ditimpa kesedihan
kemudian ia akan hilang." Hal ini kerana mereka
mengetahui bahawa kesedihan tidak akan
berpanjangan sebaliknya ia akan hilang dengan
rahmat Allah.

(35) Fatawa Syeikh al-Islam 35/ 172


Dia Yang Menjual Agamanya 88

Mereka mungkin juga mengatakan: "Engkau


akan memperolehi rezeki pada masa depan." Hal ini
kerana mereka mengetahui bahawa Allah telah
menjamin rezeki untuk setiap makhluk.

Mereka mungkin pula mengatakan: "Engkau


akan mendengar berita yang akan menggembirakan
engkau dalam hidup." Hal ini kerana mereka
mengetahui bahawa di dalam kehidupan terdapat suka
dan duka serta ceria dan lara. Demikian juga perkara-
perkara umum yang lain yang dijadikan bahan pelaris
kepada orang yang leka terhadap penipuan mereka.

 Pendustaan tukang ramal

Nabi  telah memberitahu bahawa tukang


ramal menipu berdasarkan satu cerita dengan seratus
penipuan. Baginda  mengatakan: ((Maka para
penyambar berita itu menyampaikannya kepada
bomoh sihir atau tukang ramal lalu mereka melakukan
pendustaan bersamanya (satu berita) dengan seratus
pendustaan)). Muttafaq 'alaihi.

Seandainya anda mempunyai seorang sahabat


yang menipu sebanyak lima kali di dalam satu cerita,
anda tentu akan memulau dan menjauhinya. Hal ini
kerana dia telah memperkecilkan akal anda dengan
Dia Yang Menjual Agamanya 89

melakukan penipuan yang banyak. Bagaimana pula


keadaan tukang ramal yang menipu seratus penipuan
dan bukan lima penipuan? Bukankah dia lebih berhak
untuk ditinggalkan, diberi amaran berkaitannya dan
dijauhi perbuatannya?

 Bukti penipuan mereka

Seandainya tukang ramal mengetahui


berkenaan perkara ghaib seperti yang didakwa,
tentulah dia akan mengetahui waktu kematiannya
supaya dia dapat bertaubat dan meninggalkan
kekufuran terhadap tuhannya agar dia tidak kekal di
dalam neraka. Sekiranya jin yang mereka dakwa
bahawa ia memberitahu mereka perkara ghaib tidak
mengetahui tentang kewafatan nabi Sulaiman  kecuali
selepas serangga-serangga memakan tongkat
baginda, bagaimana pula dia boleh mengetahui
perkara ghaib? Allah  menyatakan:
ωÎ) ÿϵÏ?öθtΒ 4’n?tã öΝçλ°;yŠ $tΒ |Nöθyϑø9$# ϵø‹n=tã $uΖøŠŸÒs% $£ϑn=sù 

(#θçΡ%x. öθ©9 βr& HÅgø:$# ÏMuΖ¨jt7s? §yz $£ϑn=sù ( …çµs?r'|¡ΨÏΒ ã≅à2ù's? ÇÚö‘F{$# èπ−/!#yŠ

〈 ∩⊇⊆∪ ÈÎγßϑø9$# É>#x‹yèø9$# ’Îû (#θèVÎ6s9 $tΒ |=ø‹tóø9$# tβθßϑn=ôètƒ


Dia Yang Menjual Agamanya 90

Maka apabila Kami telah memutuskan


kematian Sulaiman, tiada yang menandakan kepada
mereka tentang kematiannya itu kecuali serangga yang
memakan tongkatnya. Maka, apabila dia telah
tersungkur, tahulah jin itu bahawa seandainya mereka
mengetahui tentang perkara ghaib, tentulah mereka
tidak terus berada dalam seksaan yang menghina
[Saba': 14]

 Hukum mengunjungi tukang ramal

Tukang ramal berdusta terhadap Allah dalam


dakwaannya bahawa dia berkongsi dengan tuhan
dalam soal ilmu ghaib. Lantaran itu, telah dinyatakan
amaran yang keras kepada orang yang
mengunjunginya. Nabi  menyatakan: ((Barangsiapa
yang mendatangi al-‘arraf (pawang yang mendakwa
mengetahui perkara yang terlindung) atau al-kahin
(tukang ramal) lalu dia bertanya kepadanya tentang
sesuatu, kemudian dia membenarkannya, maka dia
telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan
kepada Muhammad)). Riwayat empat penulis sunan
serta al-Hakim dan dia menilainya sahih.
Dia Yang Menjual Agamanya 91

 Pengakuan seorang tukang ramal

Biar sejauh mana seorang penipu meneruskan


penipuannya, maka perbuatannya akan terbongkar
walaupun dalam jangka waktu yang lama.

Nabi  bersabda: ((Kejujuran itu suatu yang


menenangkan dan sesungguhnya penipuan itu suatu
yang menggelisahkan)). Riwayat at-Tirmiziy.

Tukang ramal mendakwa berkongsi dengan


Allah dalam soal ilmu ghaib. Nabi  telah memberitahu
bahawa sesiapa yang mendakwa sesuatu yang dia
tidak miliki, maka Allah akan membuka keaibannya.

Berkata Nabi : ((Orang yang mencari


kepuasan dengan mendakwa apa yang tidak
dikurniakan kepadanya adalah seperti orang yang
memakai dua pakaian palsu (melakukan dua
penipuan)-)). Riwayat al-Bukhariy.

Seorang tukang ramal pada zaman Syeikh al-


Islam Ibn Taimiyah telah mengaku berkenaan
penipuannya kepada orang ramai. Kata Syeikh al-
Islam(36): "Demikianlah keadaan para peramal bintang

(36) Fatawa Syeikh al-Islam 35/ 172


Dia Yang Menjual Agamanya 92

sehingga aku berbicara dengan mereka di Damsyik.


Telah hadir bersamaku pemimpin-pemimpin mereka.
Aku telah menerangkan tentang kerosakan pekerjaan
mereka dengan dalil-dalil akal yang mereka iktiraf
tentang kebenarannya. Berkata salah seorang
pemimpin mereka: Demi Allah, sesungguhnya kami
menipu seratus penipuan untuk kami berkata benar
dalam satu perkataan."

Sekiranya para tukang ramal mengakui bukan


sahaja dengan penipuan bahkan dengan banyak dan
berterusannya penipuan mereka, mengapakah mereka
perlu dikunjungi? Sedangkan seseorang tidak akan
memperolehi daripada mereka melainkan pendustaan,
tekaan dalam soal ilmu ghaib dan dakwaan berkongsi
dengan Allah dalam soal tersebut.

 Siapakah al-'Arraf (pawang benda ghaib)?

al-'Arraf (pawang benda ghaib) ialah orang


yang mendakwa mengetahui perkara yang terlindung
dari pandangan. Sebagai contoh, dia mendakwa
bahawa dia mengetahui apa yang terdapat di
belakang dinding?, apa yang dilakukan oleh fulan
sekarang? sedangkan dia berada di tempat lain dan
lain-lain dakwaan lagi.
Dia Yang Menjual Agamanya 93

 Apakah hukum mengunjungi al-'Arraf (pawang


benda ghaib)?

Terdapat ancaman yang keras yang


menyatakan berkenaan kekufuran orang yang
mengunjungi mereka. Nabi  menyatakan:
((Barangsiapa yang mendatangi al-‘Arraf (pawang
yang mendakwa mengetahui perkara yang terlindung)
atau al-Kahin (tukang ramal) lalu dia bertanyakannya
tentang sesuatu, kemudian dia membenarkannya, maka
dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan
kepada Muhammad)). Riwayat empat penulis sunan
serta al-Hakim dan dia menilainya sahih.

 Siapakah tukang ramal bintang, bomoh garisan


tanah, bomoh penggoncang batu, dan tukang tilik
tapak tangan serta pinggan?

al-Munajjim (tukang ramal bintang) ialah orang


yang menggunakan perkiraan berkaitan bintang
sebagai kaedah untuk mencapai matlamatnya yang
haram iaitu ramalan perkara ghaib.

ar-Rammal (bomoh garisan tanah) ialah orang


yang melukis garisan di atas pasir di bumi dan dia
mendakwa mengetahui ilmu ghaib melalui cara
tersebut.
Dia Yang Menjual Agamanya 94

Bomoh penggoncang batu ialah orang yang


melagakan sebiji batu dengan batu yang lain dan
menggoleknya ke tanah dengan dakwaan bahawa dia
mengetahui perkara yang ghaib melalui cara tersebut.

Tukang tilik tapak tangan dan pinggan ialah


orang yang mengkumat-kamitkan sesuatu dengan laju
ketika menilik tapak tangan dan pinggan dengan
lafaz-lafaz yang tidak difahami. Dia mendakwa
mengetahui masa depan melalu cara tersebut.

Ramalan bintang, ramalan pasir, goncangan


batu dan tilikan tapak tangan serta pinggan adalah
kaedah-kaedah yang digunakan oleh al-Kahin (tukang
ramal) dan al-'Arraf (pawang benda ghaib). Mereka
mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan ilmu masa
depan padahal mereka adalah pendusta dalam soal
ini.

Bomoh atau pawang yang meramal bintang,


meramal pasir, menggoncang batu atau menilik tapak
tangan adalah termasuk dalam kelompok al-Kahin
(tukang ramal) atau al-'Arraf (pawang benda ghaib).
Adakalanya pemutar belit melakukan perbuatan ini
dengan meniru tukang ramal dan al-'Arraf (pawang
benda ghaib). Dia meniru sambil mendakwa bahawa
dia adalah tukang ramal atau al-'Arraf (pawang
Dia Yang Menjual Agamanya 95

benda ghaib) dengan tujuan mengambil harta manusia


dengan cara yang salah.

 Siapakah al-Musya'wiz (Pemutar belit)?

al-Musya'wiz (pemutar belit) ialah orang yang


mendakwa bahawa dia adalah bomoh sihir atau
tukang ramal sedangkan dia adalah penipu dalam soal
tersebut. Tujuannya melakukan demikian adalah untuk
mengambil harta manusia melalui penipuan ke atas
mereka. Dia mendakwa bahawa dia melakukan sihir,
merawat melalui sihir atau mengetahui tentang masa
depan sedangkan dia bukanlah seperti dakwaannya.
Dia tidak mahir melakukan perbuatan tersebut. Dia
hanya meniru perbuatan dan gerak geri mereka.

 Perbezaan di antara bomoh sihir, tukang ramal,


pawang benda ghaib dan pemutar belit

Bomoh sihir ialah orang yang melakukan sihir


lalu ia berkesan dengan izin Allah pada mangsa.

Tukang ramal ialah orang yang mendakwa


mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa
depan seperti memberitahu bahawa fulan akan mati
selepas dua bulan dan sebagainya.
Dia Yang Menjual Agamanya 96

al-'Arraf (pawang benda ghaib) ialah orang


yang mendakwa mengetahui perkara-perkara yang
wujud tetapi terlindung daripada pandangan. Ia tidak
berkait dengan masa depan. Contohnya dia
memberitahu bahawa si fulan pada waktu sekarang
berada di dalam keretanya dan dia ketika itu berada
di tempat lain. Dia tidak mendakwa mengetahui masa
depan.

al-Musya'wiz (pemutar belit) ialah penipu yang


tidak mengetahui sihir, ramalan atau khabar berkenaan
benda yang terlindung. Dia hanya mendakwa
mengetahuinya untuk mengambil harta manusia dengan
cara yang salah dan melariskan perbuatannya kepada
golongan yang lalai.

 Kembali kepada taubat

Sesiapa yang telah mengetuk pintu para bomoh


sihir, sesiapa yang merosakkan dirinya dengan
melanggani tukang ramal dan sesiapa yang dipujuk
oleh dirinya supaya menimpakan mudarat kepada
orang lain, maka hendaklah dia meninggalkan dosa-
dosa tersebut yang merosakkan agama. Hendaklah dia
menyesali kejahatan-kejahatan yang mencelakakan
dirinya yang telah dilakukan olehnya. Janganlah dia
kembali kepada kehinaan yang keji tersebut.
Dia Yang Menjual Agamanya 97

Hilangkanlah mudarat dengan merungkai sihir


daripada orang yang telah dia sakiti. Kembalilah pada
Allah dengan taubat nasuha di atas jenayah yang
besar tersebut. Banyakkan bertaubat, istighfar,
melakukan ibadat sunat dan amalan soleh.

Allah  berfirman:
§ΝèO $[sÎ=≈|¹ Ÿ≅ÏΗxåuρ ztΒ#uuρ z>$s? yϑÏj9 Ö‘$¤tós9 ’ÎoΤÎ)uρ 

〈 ∩∇⊄∪ 3“y‰tF÷δ$#
Sesungguhnya Aku adalah Yang Maha
Mengampun terhadap orang yang bertaubat, beriman
beramal soleh kemudian dia tetap berada di jalan
hidayah [Taha: 82]

Apabila para ahli sihir Firaun bertaubat dan


beriman kepada tuhan mereka, Allah menerima taubat
mereka dan mengangkat martabat mereka. Mereka
telah menjadi pengikut nabi Musa -'alaihi as-salam-.

Ikutlah jalan golongan yang bertaubat dan


jauhilah jalan golongan yang celaka di kalangan para
bomoh sihir dan golongan pemutar belit.

Kita memohon kepada Allah agar melindungi


kaum muslimin daripada amalan para penyihir yang
Dia Yang Menjual Agamanya 98

merosakkan. Kita memohon kepada Allah agar


merungkaikan kesusahan mangsa sihir mereka dan
menggantikan baginya dengan kebaikan yang lebih
besar daripada musibah tersebut.

2@

 
    

Dia Yang Menjual Agamanya 99

Kandungan

Tajuk m/s
Pengertian sihir 4
Sejarah sihir 5
Adakah sihir benar-benar wujud atau ia sekadar
7
khayalan?
Bahaya sihir 8
Dia yang menjual agama 12
Kenapa syaitan membantu bomoh sihir? 16
Tipu daya para bomoh sihir 19
Tanda-tanda bomoh sihir dan pemutar belit 21
Bagaimanakah cara sihir berlaku? 26
Kezaliman bomoh sihir 28
Bomoh sihir yang zalim 30
Apa yang bomoh sihir perolehi daripada sihirnya? 33
Adakah bomoh sihir hidup gembira? 36
Balasan kepada seorang bomoh sihir 40
Golongan yang terdedah kepada sihir 41
Wanita dan para bomoh sihir 44
Perlindungan daripada sihir sebelum ia berlaku 46
Bagaimana anda membacakan zikir untuk kanak-
62
kanak dan wanita?
Dia Yang Menjual Agamanya 100

Rawatan sihir setelah ia berlaku 64


Kaedah mengetahui tempat sihir 66
Saya menemui bahan sihir, apa yang perlu saya
73
lakukan?
Pelanggan sihir yang zalim 74
Mangsa sihir yang dizalimi 79
Siapakah al-Kahin (tukang ramal)? 85
Hakikat tukang ramal 86
Helah-helah tukang ramal 87
Pendustaan tukang ramal 88
Bukti penipuan mereka 89
Hukum mengunjungi tukang ramal 90
Pengakuan seorang tukang ramal 91
Siapakah al-'Arraf (pawang benda ghaib)? 92
Apakah hukum mengunjungi al-'Arraf (pawang
93
benda ghaib)?
Siapakah tukang ramal bintang, bomoh garisan
tanah, bomoh penggoncang batu, dan tukang tilik 93
tapak tangan serta pinggan?
Siapakah al-Musya'wiz (Pemutar belit)? 95
Perbezaan di antara bomoh sihir, tukang ramal,
95
pawang benda ghaib dan pemutar belit
Kembali kepada taubat 96

Anda mungkin juga menyukai