Anda di halaman 1dari 17

Permainan tradisional di Malaysia

(wau)

NAMA: NOR AISHAH BINTI


MOHAMAD
SOFI.
KELAS: 3 UNGGUL
No i/c: 930102 – 02 - 5120
GURU: puan HAYATI BINTI JANTAN
Penghargaan
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin
pertolonganNya,dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007.Saya Nor Aishah Binti Mohamad
Sofi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak.

Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa tercinta yang
sentiasa memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang
proses menyiapkan kerja kursus ini.Terima kasih juga saya ucapkan kepada
guru sejarah saya iaitu Puan Hayati.Tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau
mustahil saya dapat melengkapkan kajian ini.Kepada rakan – rakan
saya,ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga atas segala
cadangan,tunjuk ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama.

Akhir kata,saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Objektif kajian
Saya merangkumi objektif – objektif kajian yang berikut:

1. Kajian ini dilakuakan secara amnya ialah untuk mengenal pasti


sumber – sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya
membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan
tepat.

2. Kajian ini dapat menambahkan pengetahuan saya tentang permainan


tradisional kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

3. Kajian ini dilakukan bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran


Peperiksaan Penilaian Menengah Rebdah (PMR).

4. Kajian ini dapat menyedarkan orang Melayu betapa pentingnya


permainan tradisional dikalangan masyarakat Melayu di Negara kita
kerana ia melambangkan setiap kaum dan setiap adat tradisi tersendiri.
Kaedah kajian
Saya mengunakan kaedah – kaedah yang berikut:

1) Temu bual
a) Saya mengumpul maklumat tentang permainan tradisional dengan
menemubual ahli keluarga saya.

2) Penyelidikan Perpustakaan.
a) Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan
permainan tradisional negara kita.

3) Pemerhatian
a) Pengajaran guru sejarah dan penerangaan guru pernilai.

4) Penyelidikan
a) Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat
tempat kajian.
Permainan tradisional wau

Pendahuluan
Permainan wau atau lebih dikenali layang – layang suatu ketika dahulu
lebih popular di kawasan pendalaman seperti kawasan pantai dan
kawasan lapang seperti padang, sawah padi dan sebagainya.Kini
permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum
termasuk mereka yang tinggal di bandar.

Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan diperingkat antarabangsa


seperti di Pasir Gudang Kite Festivel International Guests yang diadakan
pada setiap tahun.Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan
terutama peserta dari luar negara.
Sejarah wau malaysia
Kedatangan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh asal
– usulnya.Walaubangaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang
– layang di Malaysia berasal dari negara China.Ini kerana rekabentuk dan
kerektor mempunyai persamaan dengan layang – layang tradisional dari
Negara China.Layng – layang pada masa dahulu mengunakan daun kayu
yang lebar.Kemungkinan evolusi layang – layang di Malaysia juga turut
menyerap unsur – unsur kebudayaan dari Negara China.

MITOS PERMAINAN WAU.

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘semagat padi’ yang berasal dari
Utara Semenanjung Malaysia iaitu di Negeri Kedah.Diceritakan bahawa
ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani
di sebuah kaki bukit dengan menenem huma.Ketika mereka sedang
menenam padi,mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu
dipeliharanya bayi tersebut sehingga dewasa.Oleh kerana suminya ingin
mengucap syukur dan terlalu menyayangi anak gadis itu maka beliau
membawakan makan ke tempat anak gadis itu bermain iaitu di buluh
padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa


cemburu.Disebabkan persaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak
gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mat angin
barat.Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang di usahakan tidak
menjadi.Menurut Tuk Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak
gadis mereka adalah ‘semangat padi’ dan menasihatkan petani tersebut
sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah
lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan mengunakan tali
jerami.
Latar belakang wau
Selain wau, nama lain adalah layang – layang .Perkataan
Thailandmemandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang – layang pula digunakan di kebanyakan negeri –
negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti
Selangor, Melaka dan Johor.Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun
Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermailayang –
layang bersama permuda – permuda serta kerabat DiRaja. Dan tidak pula
disebut bermain wau.
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil
daripada busur yang diikat pada wau.Apabila dinaikan ke udara, daun
ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi ‘wau’,
‘wau’, ‘wau’ secara berirama.
Permainan layang – layang atau wau amat digemari oleh penduduk –
penduduk kampung.permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun
yang lau.Wau masih digemari dan dimainkan wau adalah buluh yang
diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk
rangka.Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang
dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta
keindahan naiknya.
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang – layang suatu ketika
dahulu lebih popular di kawasan pendalaman seperti di kawasan pantai
dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh
pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan
bandar.Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat
antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivel International Guests
yang diadakan pada setiap tahun.Sambutan festival ini juga
memberangsangkan terutama peserta dari luar negara.
Pertua dan pantang larang
pemilihan buluh.
Mencari dan menebang buluh.
1. Rumpun buluh mestilah dikawasan yang tinggi dan lapang,
bukan di dalam semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok – eloknya di
tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana
buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang
serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naikadalah baik
kerana mempunyai semangat yang kuat menurut
kepercayaan orang tua – tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk
menebang buluh di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pasti penebang
menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan
selawat terlebih dahulu.
8. Adalah lebih baik buluh yabg sudah ditebang dipotong di
situ juga.
9. Petua orang tua – tua di Kelantan pula semasa membawa
balik buluh yang sudah ditebang,akan meningalkan pesan
kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku
tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah ahk
aku, mu tok sah ikut akulah, mu meke hok mu”.
Penyimpanan buluh
Buluhakan disimpan dahulu sekurang – kurangnya setahun sebelum
diraut menjadi rangka wau.Biasanya tempat penyimpanan mestilah
tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.

Antara petua yang digunapakai untuk memastikan


buluh tersebut tahan dan kuat ialah:
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di
atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut Buluh.
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian – bahagian yang
tidak diperlukan seperti ruas dan kulit.Selain itu, tujuaannya adalah
untuk memberi keseimbangan pada berat bahagian sayap
wau.Pisau khas di gunakan untuk meraut dan mestilah benar –
benar tajambagi memastikan kerja – kerja tersebut dapat dijalankan
dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti:-


1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter
denagn kadar lembut sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua – dua diraut sehingga 1.5
sentimeter dan semakin halus di hujung bialh tersebut iaitu
sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu
diraut sehingga 0.5 sentimeter.

Proses Memasang Tanah wau.


Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’
akan dipasang pada wau.Tujuannya supaya wau tersebut tahan
lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyel dan tidak
ditembusi angin.Pemasangan melibatkan beberapa langkah:-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan
dua sentimeter dari bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam
bentuk “v”.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan mengunakan gam
kanji.

MENGUKUR, MELUKIS DAN MENYOBEK CORAK.


Ukuran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang
menjadi wau tersebut unik dan istimewa.Antara langkah – langkah
yang terlibat:-
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat
dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung
sayapdengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang
tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak
dilukismestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong mengunakan pisau tajam dan corak ini
menjadi corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna
emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak.Gam
perlu dicampurkan dengan air terlebih dahulu untuk elakkan
daripada berkedut.Kertas bercorak akan diletakkan di atas
kain lembap.Kertas berwarna diletakkan perlahan – lahan ke
atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan
mengunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali
lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap
sepenuhnya.
6. Tampal ukuran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya
menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskinikan dengan menyapu
gam mengunakan berus lukisan.Bagi wau hiasan akan ditampal
kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu
kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.Berlainan pula
dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah mengunakan
kertas yang tidak menyerap air.Selain itu, belakang wau
reesebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya
mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan
wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses MEMBUAT SERTA MEMASANG JAMBUL ATAU


RAMBU.
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor
atau sayap wau.Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong
dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.

Proses membuat serta memasang belalai.


Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang
pada kepala wau.Wau tradisional mempunyai keunikannya yang
tersendiri.Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia
adalah identiti budaya bangsa Melayu da juga sebuah negara.Kini
permainan wau mulai popular dikalangan masyarakat bandar dan
tidak lagi terhad diluar bandar sahaja.Bukan itu sahaja, permainan
wau ini juga telah dimodebnkan dan mula memasukki peringkat
antarabangsa.Selain wau, layang – layang juga amat diminati
sebagai salah satu aktiviti pada waktu lapang.

Cara bermain wau.


Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu
seorang akn memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru
anjung yang memegang tali.Apabila angin bertiup maa tali akan
ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik
talinya sehingga wau tersebut tinggi di udara.Kilauan cahaya
metahari akan menambah cantik lagi wau yang dihiasi derwarna –
warni.

Pada masa kini walaupun wau masih mendapat tempat


dikalangan mesyarakat Melayu tetapi layang – layang juga tidak
kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan
juga antarabangsa.Pelbagai bentuk dan corak layang – layang
telah dicipta, ada layang – layang yang berbenyuk orang, kapal
berangkai dan ada yang dimainkan dengan mengunakan dua utas
tali.Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang – layang masih
mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari – haru
sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Kawasan yang sesuai


Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti tepi
pantai, di kawasan sawah padi atau di padang.Kawasan tepi pantai
merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan
wau.Kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan
yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau
tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaukan wau.


Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat,maka
kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.

Daya.
Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.Wau akan
mengudur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan
yang tinggi.Hal ini akan mewujudkan daya seretan.Permainan wau
tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali
sahaja.Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah
diterbangkan dan dikawal.Terdapat dua cara melancarkan atau
menaikan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak
jauh.Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

Teknik menaikkan wau jarak dekat.


Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan.Hanya
seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini.Permainan
berdiri membelakangkan angin.Sebelah tangan permain akan
memegang badan wau dan dihadapankan ke arah angin.Sebelah
lagi tangan memegang gelung tali.Wau dilepaskan perlahan – lahan
sehingga wau naik tinggi ke udara.

Mengawal penerbangan.
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan permain perlu
mengawal penerbangan wau.Mengawal penerbangan wau penting
untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau
putus.Terdapat dua kemungkinan tiupan angin,iaitu angin bertiup
lemah dan angin bertiup kuat.Apabila angin bertiup lemah. Pemain
mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke
tanah.

Teknik menurunkan wau.


Menurunkan wau memerlikan dua permain, iaitu seorang penarik
tali dan seorang lagi penggulung tali.Penarik tali ialah orang yang
menarik tali wau manakala penggulung tali ialah orang yang
menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali.Permainan
wau juga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak
lawan.Ia memerlikan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang
tinggi.Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.

Membuat wau
Perbuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja –
kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang kestabilan
kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil
masa dua minggu juntuk siap.Rangka buluh tulang belakang wau lebih
besar daripada kepaknya,kemudian diikat dengan menggunakan benang
mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas
nipis dan lutsinar dengan berlainan warna.Lapisan pertama menggunakan
kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan
bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkeh
yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan


kepak, akan dihiasi dengan rambu – ranbu halus yang berwarna warni
menambah cantik lagi rupanya.Busul akan direngangkan di bahagian
belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila
diterbangkan diudara.Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang
yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering.Ia berbentuk seperti
alat memanah.Tali teraju diikat di antara bahu kepak dan tulang belakang
sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau. – Teraju tiga.

Rumusan.
1. selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur
sebagai seorang warganegara malaysia kerana keunikan da
kepelbagaian budaya da adat resam yang terdapat di negara yang
tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat
mengenali dengan lebih mendalam tentang permainan
tradisional orang melayu.Bak kata perpatah, tak kenal maka tak
cinta.Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati
permainan tradisional oarang melayu.Saya akan cuba untuk
bermainan permainan bagi mengekalkan tradisi yang begitu unik
dan indah.Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali
dan memahami cara permainan tradisional dengan begitu
mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan
hormat – menghormati antara kaum.Semangat muhibah yang
wujud membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu – padu
ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk
membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat
berbangga sebagai rakyat Malaysia.

2. Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara


yang berjaya memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya
yang berbilang kaum.Namun itu bukan sesuatu perkara yang
mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang singkat.Oleh
itu, usaha memupuk telah dimulakan sejak negara belum
merdeka lagi.Setelah melebihi separuh abad, usaha itu masih
boleh dilihat dengan jelas hasilnya.Tetapi kita masih perlu
melakukan sesuatu untuk memastikan perpaduan ini
berterusan.Antara langkah – langkahnya ialah kita perlu
menjaga dan mempertahankan meruah bangsa dan
negara.Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang
menetap di negara ini.Dalam masa yang sama, perpaduan akan
wujud jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat
dan kerjasama.

Selain itu, kita perlu peka terhadap isu – isu semasa tentang
Dunia terutamanya yang berkaitan dengan bangsa dan
negara.Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap bangsa,
maka masyarakat akan mencontohi kita dan menunjukkan rasa
bersemangat untuk setia kepada negara.
Dalam masa yang sama,perpaduan akan wujud jika kita
sentiasa bekerjasama dan tolong – menolong antara satu sama
lain.Ia akan bersemangat kekitaan pada diri bangsa Malaysia.
Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang –
undang negara untuk hidup aman dan damai dalam masyarakat
luar kerana tahap disiplin kita yang tinggi.

Jenis koleksi wau tradisional


Permainan wau.
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang
– layang di negeri – negeri sebelah pantai barat semenanjung.Sebagai
permaianan masa lapang bagi rakyat biasa dan golongan istana.Sejak zaman
– berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang
Melayu.Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan
langit.

Jenis wau.
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta.Wau burung, wau pari, wau
katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang
kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari orang melayu
ialah wau bulan.Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya
adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna –
warni.Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi.

Anda mungkin juga menyukai