Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A – ESEI LARAS SAINS

1 .Nuklear seringkali dikaitkan dengan kesan negatif iaitu sebagai alat pemusnah yang
membawa ( kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Namun, perkembangan
positif yang telah dicapai oleh dunia sains kini telah menunjukkan bahawa tenaga
nuklear amat penting dalam pembangunan sesebuah negara.
Jelaskan bagaimana tenaga nuklear berperanan dalam pembangunan sesebuah
negara yang membangun.

Pendahuluan:
• Perkembangan sains nuklear telah memenuhi peranannya yang penting dalam bidang perubatan,
penjanaan tenaga, perindustrian, pertanian, pertahanan dan sebagainya.

Isi:
1 Nuklear sebagai sumber tenaga untuk pembangunan sesebuah negara.
• Penjanaan tenaga nuklear dapat menjimatkan tapak binaan kerana tidak mengambil ruang
yang besar.
• Sumber tenaga nuklear dijadikan sumber tenaga alternatif kepada sumber tenaga
tradisional yang semakin berkurangan.

2 Tenaga nuklear berperanan penting dalam pembangunan fizikal


• Teknologi nuklear digunakan dalam kerja-kerja binaan dan pembuatan seperti tapak-
tapak pembinaan, bangunan, jalan raya dan landasan kereta api dengan menggunakan
sinaran tertentu daripada tenaga nuklear.
• Teknologi penyurihan bahan sinaran radioaktif dapat mengenal pasti kebocoran paip di
bawah tanah.

3 Tenaga nuklear berperanan penting dalam


bidang pertanian.
• Usaha-usaha MARDI dan PUSPATI telah berjaya dalam kejuruteraan genetiknya serta
dapat menghasilkan pelbagai jenis tanaman yang dapat meningkatkan hasil pertanian.
• Sinaran gama digunakan untuk mengurangkan ancaman serangga perosak dan mengawetkan
bahan makanan.

4 Tenaga nuklear berperanan dalam bidang perubatan.


• Teknologi nuklear digunakan untuk mengesan dan merawat beberapa jenis penyakit yang
berbahaya. Misalnya, kobalt-60 mengeluarkan sinaran gama untuk merawat penyakit
barah.
• Sinaran radioaktif juga digunakan bagi tujuan pensterilan peralatan perubatan dan bilik
pembedahan serta sebagainya.
Penutup:
• Tenaga dan teknologi nuklear berperanan besar kepada manusia jika digunakan secara terkawal
bagi tujuan kebaikan
2. Meskipun penciptaan peralatan komunikasi satelit dikatakan mempunyai keistimewaan
dan kebaikan tertentu, namun penciptaan peralatan itu sebenarnya menimbulkan
masalah dalam kehidupa manusia.
Ulaskan pernyataan tersebut.
Kebaikan:

1 Memudahkan komunikasi.

• Penciptaan alat-alat komunikasi satelit


• memudahkan perhubungan untuk menghantar maklumat dengan cepat dan secara langsung
seperti telefon, telefaks dan sebagainya.
• Siaran televisyen dapat dipancarkan melalui satelit seperti Cable News
Network (CNN), Al-Jazeera dan British Broadcasting (BBC) dapat dinikmati oleh
masyarakat dunia.

2 Melancarkan urusan perniagaan dan


perdagangan.
• Urusan perdagangan dan perniagaan dapat dilakukan dengan lancar sama ada di dalam
mahupun luar negera.
• Komunikasi satelit yang cepat membolehkan ahli-ahli perniagaan merancang strategi dalam
urusan perniagaan mereka.

Keburukan:
3 Penyebaran dakyah dan ideologi politik.
• Pihak-pihak yang menguasai peralatan komunikasi satelit menyebarkan maklumat
dan ideologi politik yang sukar dikawal.
• Kebesaran dan keegoan kuasa Amerika Syarikat disiarkan melalui alat-alat komunikasi
satelit yang dimiliki oleh mereka dengan memutarbelitkan maklumat untuk siaran
ke negara-negara lain demi kepentingan mereka.

4 Pengintipan dan penggeledahan strategi pertahanan.


• Pihak musuh negara atau mereka yang menjadi musuh kepada pemilik alat-alat
satelit boleh melakukan pengintipan dan penggeledahan strategi pertahanan bagi
mencetuskan sengketa. Misalnya, Amerika Syarikat mengintip strategi pertahanan Iraq
dalam Perang Teluk menyebabkan keruntuhan negara dan ramai yang menjadi korban.

Penutup:
• Penciptaan alat-alat komunikasi satelit banyak membawa keistimewaan dan kebaikan
kepada
manusia.
• Namun, penyalahgunaan alat-alat ini telah mendatangkan kesan buruk dalam kehidupan
manusia pada hari ini.
3.Malaysia banyak mengimport bahan makanan dari luar negara. Jelaskan faktor-faktor
yang mewujudkan keadaan ini dan huraikan bagaimana Malaysia boleh mengurangkan
pergantungan kepada bahan makanan yang diimport.

Pendahuluan:
• Negara kita masih banyak bergantung kepada import makanan dari negara luar.
• Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pergantungan kepada import makanan.
• Pelbagai cara wajar dilakukan untuk mengurangkan import makanan.

I si:
Faktor-faktor:
1 Kuantiti makanan tidak cukup.
• Bahan makanan seperti beras tidak cukup.
• Tanah-tanih, bentuk muka bumi tidak sesuai untuk sesetengah tanaman.
• Ciri-ciri iklim yang tidak sesuai untuk sesetengah tanaman.

2 Mempelbagaikan bahan makanan.


• Pelbagai bahan makanan yang tiada atau kurang di negara kita seperti epal,
anggur, susu, gandum, keju, oren dan sebagainya.

Cara-cara:
3 Meningkatkan penyelidikan.
• Meningkatkan penyelidikan dalam sektor pertanian.
• Peningkatan penyelidikan dalam pengeluaran penternakan.

4 Teknologi yang canggih.


• Penggunaan teknologi untuk menghasilkan bahan makanan yang banyak dan
berkualiti.
• Penanaman secara hidroponik, aeroponik dan penggunaan jentera.

Penutup:
• Terdapat berbagai-bagai faktor yang menyebabkan negara kita bergantung kepada
import bahan makanan
Pelbagai usaha digiatkan untuk mengurangkan pergantungan kepada import bahan makanan
4. "Penemuan dan penjanaan sumber tenaga alternatif telah banyak member! faedah kepada
kehidupan manusia. Namun begitu, penghasilannya menyebabkan sesebuah negara
menghadapi risiko".
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut?
I

Pendahuluan:
• Sumber tenaga alternatif ialah sumber-sumber tenaga tradisional, iaitu sumber tenaga
yang |
berasaskan kayu-kayan, minyak dan arang batu. I
• Namun begitu sumber tenaga alternatif ini juga boleh menimbulkan risiko kepada
sesebuah
negara yang menjananya.

Isi:
Faedah:

1 Mengatasi krisis tenaga.


• Dapat menambah sumber tenaga sedia ada.
• Mempelbagaikan sumber tenaga untuk menghadapi krisis tenaga.
j
2 Sumber tenaga yang tidak pupus (boleh
diperbaharui)
• Sumber tenaga alternatif tidak akan pupus selagi ada matahari di alam ini.
• Terdapat jaminan penggunaan yang lebih lama.

3 Menghasilkan faedah-faedah sampingan.


• Sumber tenaga nuklear menghasilkan bahan sampingan sinar gama yang berguna untuk
2 rawatan kanser.
• Tenaga hidro elektrik mewujudkan persekitaran baru untuk rekreasi dan
penternakan ikan.

Risiko
4 Menjejaskan ekologi dan kesihatan.
• Pembinaan kawasan empangan untuk tenaga hidro elektrik akan menjejaskan
ekologi kawasan tersebut.
• Kebocoran loji nuklear akan membebaskan bahan radioaktif yang boleh mencemari alam
sekitar dan mengancam kesihatan manusia.

Penutup:

• Sumber tenaga alternatif lebih banyak memberi faedah berbanding risiko terhadap
persekitaran fizikal dan kehidupan manusia.
• Penggunaan secara terkawal tenaga nuklear untuk mengelakkan risiko.
5. Kebelakangan ini, peranan ahli-ahli teknologi makanan seolah-olah telah berubah
daripada menghasilkan makanan yang berkhasiat dan mencegah penyakit kepada
penghasilan makanan bagi tujuan komersial semata-mata.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?

Pendahuluan:
• Teknologi makanan merupakan satu bidang yang merangkumi kajian membuat dan
menghasilkan
pelbagai jenis makanan.
• Ahli-ahli teknologi makanan ialah pakar yang berperanan untuk menjalankan penyelidikan
dan
penghasilan makanan bagi tujuan komersial, baik dan berkhasiat kepada manusia.

Isi:
1 Sikap ingin mengejar keuntungan yang maksimum bagi tujuan komersial.
• Ahli-ahli teknologi makanan ingin mengejar keuntungan yang maksimum, maka mereka
kurang memberikan penekanan kepada penghasilan makanan yang berkhasiat dan
selamat.
• Mereka lebih mementingkan wang daripada memenuhi tanggungjawab dan moral kepada
manusia.

2 Ahli-ahli teknologi lebih cenderung mencipta makanan bagi tujuan komersial.


• Makanan ringan membanjiri pasaran pada hari ini hasil daripada ciptaan ahli-ahli teknologi
makanan bagi tujuan komersial.
• Makanan ringan ini boleh mengancam kesihatan manusia terutamanya kanak-kanak
kerana di dalamnya terdapat bahan-bahan perisa dan pewarna tiruan yang berbahaya.

3 Berlakunya penyelewengan dalam penciptaan


jenis-jenis makanan yang baharu.
• Penghasilan jenis-jenis makanan yang baharu pada hari ini melibatkan penggunaan bahan
pengawetyang berlebihan seperti asid borik dan asid benzoik di dalam mi dan bebola
ikan.
• Kadar penggunaan bahan-bahan kimia yang melebihi tahap yang dibenarkan akan
membahayakan kesihatan manusia seperti keracunan makanan dan penyakit kanser.

4 Kajian dan penyelidikan makanan turut membantu menjaga kesihatan dan mengelakkan
penyakit.
• Hasil kajian menunjukkan susu tepung berkalsium penting untuk meningkatkan
kandungan kalsium tambahan dalam badan bagi pertumbuhan tulang dan gigi kanak-
kanak.
• Pengambilan susu tepung berkalsium dalam kalangan orang dewasa dapat mencegah
penyakit osteoporosis.

Penutup:
• Makanan yang dicipta pada hari ini lebih banyak mendatangkan kesan buruk kerana
penciptaan makanan dan minuman itu lebih bermotifkan keuntungan daripada memikirkan
aspek kesihatan terhadap manusia.
6. Malaysia telah mengorak langkah untuk memperkembang industri bioteknologi dan
teknologi genetic dalam usaha memajukan negara. Aplikasi bioteknologi dan teknologi
genetik terhadap tumbuhan,haiwan dan manusia semakin penting dalam kehidupan
manusia.
Jelaskan kesan-kesan perkembangan industri bioteknologi dan teknologi genetik dalam
kehidupan
manusia.

Pendahuluan:
• Kini industri bioteknologi dan teknologi genetic semakin berkembang di negara ini.
• Aplikasi bioteknologi dan teknologi genetic mendatangkan pelbagai kesan positif dan di
kesan-kesan negatif.
Isi:
1 Merevolusikan bidang pertanian.
• Bioteknologi dapat menghasilkan baka- baka tanaman yang baik dan berkualiti
membolehkan pembiakan secara besar- besaran dilakukan.
• Kaedah kultur tisu dan mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang baik serta
mempercepat pembiakan tanaman. Hal ini dapat mempertingkatkan produktiviti
pertanian.

2 Meningkatkan taraf kesihatan manusia.


• Genetik seseorang boleh diubahsuai untuk mengelakkan warisan yang berpenyakit
genetik.
• Teknologi genetik boleh mengubah seseorang yang berpenyakit jiwa kepada generasi yang
normal dengan pengubahsuaian maklumat pada kromosom dalam gen induk.

3 Membantu usaha pengenalan diri seseorang.


• Teknologi genetik dapat membantu pihak forensik dan polis untuk mengenal pasti
identiti mangsa kemalangan maut dan dalam kes-kes jenayah melalui ujian terhadap tisu,
rambut serta tulang mayat.
• Ujian DNA juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti penjenayah dan perogol
supaya lebih mudah untuk mendapatkan bukti untuk mensabitkan kesalahan jenayah.

4 Teknologi boleh disalahgunakan.


• Aktiviti pengklonan manusia boleh dijalankan oleh segelintir saintis untuk menjadikan bahan
komersial, hamba seks dan sebagainya.
• Manusia tidak perlu berkahwin untuk mendapatkan zuriat kerana penghasilan bayi
tabung uji mudah didapati dan hilangnya fungsi hubungan seks sebagai lambang cinta
suci dan fitrah manusia.
Penutup:
• Industri bioteknologi dan teknologi genetic banyak membantu dalam kehidupan manusia
pada hari ini.

Namun, kemajuan ini tidak harus disalahgunakan dalam mengejar pembangunan.


7.Pencapaian yang cemerlang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
merupakan satu kejayaan Malaysia untuk mencapai satu tahap pembangunan ekonomi
yang tinggi. Tindakan kerajaan menambahkan peruntukan dalam setiap Rancangan
Lima Tahun menunjukkan betapa pentingnya peranan R&D dalam usaha membangunkan
negara.
Dengan berdasarkan kepada pernyataan di atas, jelaskan sumbangan R&D dalam
memajukan sektor pertanian di negara ini.

Pendahuluan:
• Penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengutamakan penyelidikan untuk dilaksanakan
bagi memperoleh hasil pengeluaran yang optimum.
• R&D telah memberikan sumbangan yang besar dalam usaha untuk memajukan sektor
pertanian
di negara ini.

Isi:
1 Sumbangan R&D melalui bidang bioteknologi.
• Bioteknogi melibatkan kajian tentang baka baru tanaman dan ternakan tertentu bagi
meningkatkan kuantiti dan kualiti tanaman serta ternakan. Usaha ini dijalankan oleh
pihak RRI, PORIM, MARDI dan sebagainya.

2 Penciptaan alat-alat berteknologi canggih.


• R&D telah menyumbang kepada penciptaan peralatan pertanian berteknologi canggih
dan telah membolehkan kerja-kerja bertani dilakukan dengan mudah dan cepat.

3 Industri berasaskan pertanian.


• R&D turut menyumbang untuk membentuk industri berasaskan pertanian dengan pelbagai
produk melalui kajian pemprosesan bahan mentah pertanian.
• Teknik-teknik pembungkusan makanan dan pengawetan supaya bahan makanan tahan
lebih lama untuk pasaran.

4 R&D membentuk industri agro pelancongan.
• R&D juga memberikan sumbangan dalam usaha membentuk pertanian untuk pelancongan.
• Penyelidikan juga dijalankan dalam bidang pertanian bagi meningkatkan pendapatan
negara menerusi aktiviti pelancongan yang digabungkan dengan kegiatan pertanian.

Penutup:
• R&D memberikan sumbangan yang besar dalam usaha untuk memperkembang dan
memajukan
sektor pertanian.
8. Kini, terdapat lebih 8000 spesies tumbuhan herba telah ditemui di hutan Malaysia dan
mempunyai nilai perubatan. Spesies tumbuhan ini telah lama digunakan dalam perubatan tradisional
Melayu, Cina, India, dan Orang Asli untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Malahan, pakar-pakar
perubatan kini turut mengesyorkan penggunaan ubat-ubatan herba untuk mengubati sesuatu
penyakit. Jelaskan bagaimana perubatan herba dapat diperluas di Malaysia.

Pendahuluan:

• Dalam hutan di Malaysia terdapat banyak spesies flora dan fauna yang bernilai untuk
tujuan perubatan.
• Amalan perubatan tradisional yang menggunakan herba telah lama digunakan sejak zaman
silam dan harus diperluas pada zaman moden ini.
Isi:

1 Spesies tumbuhan herba harus dilindungi.


• Tumbuhan hutan yang mempunyai nilai perubatan harus dilindungi dan dikekalkan
dengan mengadakan hutan simpan dan taman herba.
• Tumbuhan yang berpotensi untuk ubat- ubatan herba hendaklah dibiakkan dan
dipelihara.

2 Pemesatan penyelidikan tentang perubatan


tradisional.
• Selama ini ksberkesanan ubat-ubatan herba hanya mengikut kepercayaan dan kurang
dijalankan kajian saintifik terhadapnya.
• Kajian-kajian terhadap herba perlu dijalankan, dianalisis dan hasilnya boleh dimanfaatkan
untuk rawatan kepada penyakit-penyakit tertentu.

3 Penggunaan teknologi moden untuk produk ubatan herba.


• Ubat-ubatan herba perlu dihasilkan dengan menggunakan teknologi moden
• Ubat-ubatan herba ini perlu dihasilkan dalam bentuk cecair, kapsul pil atau tablet supaya
lebih mudah untuk pengambilan ubat.

4 Penggunaan bioteknologi untuk pembiakan herba.


• Usaha perlu dipergiat untuk membiakkan herba-herba terpilih untuk rawatan sesuatu
penyakit.
• Kaedah kultur sel dan pengklonan amat penting untuk menghasilkan spesies tumbuhan
herba secara besar-besaran dan dapat menjamin ubat tradisional tidak pupus.

Penutup:
• Kepelbagaian biologi dalam hutan di Malaysia harus diterokai di samping penyelidikan
kepada rawatan herba diperluas.

• Rawatan herba menjadi alternatif untuk merawat sesuatu penyakit.


9. Penyakit kanser ialah penyakit yang semakin serius berlaku setelah dunia bertambah
maju dan telah membawa maut kepada penghidapnya.
Jelaskan punca-punca penyakit kanser yang berkaitan dengan kemajuan dan
pembangunan dunia pada hari ini.

Pendahuluan:

Penyakit kanser disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak normal pada bahagian kulit atau
bahagian tisu badan.
Penyakit ini lebih banyak dihidapi oleh masyarakat di negara-negara maju daripada
negara membangun.

ISI

1. Amalan makanan dan pemakanan seseorang.


• Makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi berupaya menyebabkan kanser
payudara.
• Amalan makanan yang kurang lemak dan menggantikan protein seperti di Jepun
dipercayai dapat mengurangkan kadar penghidap kanser ini.

2. Pencemaran alam sekitar.

• Industri yang membebaskan bahan klorofluorokarbon (CFC) menyebabkan


lapisan ozon semakin tipis.
• Ozon yang tipis telah membenarkan lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke bumi
dan akan menyebabkan kejadian kanser kulit terutamanya kepada para peladang dan kelasi
kapal.

3. Bahan kimia industri.dan cat boleh mengakibatkan kanser pundi kencing.


• Pembangunan industri ini amat perlu untuk membangunkan negara, tetapi menimbulkan
risiko penyakit kanser kepada pekerja- pekerja.

4. Faktor kerjaya dan usia seseorang.


• Wanita zaman moden lebih mengutamakan kerjaya dan berkahwin lewat.
• Wanita yang tidak mempunyai anak atau mendapat anak pertama pada lewat umur
30-an mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit kanser payudara dan
kanser serviks.

Penutup:
Penyakit kanser boleh membawa maut jika langkah pencegahan dan rawatan awal tidak diambil
walaupun terdapat pelbagai kaedah rawatan.
10 Fenomena El Nino bukanlah satu-satunya faktor yang mencetuskan krisis air yang berlaku di
Sebahagian besar negeri terutamanya di kawasan Lembah Klang.
Jelaskan sebab-sebab lain yang mengakibatkan krisis itu dan langkah yang
sesuai untuk menanganinya.

Pendahuluan:

Kemarau panjang yang disebabkan oleh fenomena El Nino bukanlah satu-satu penyebab
krisis air di Lembah Klang. Terdapat sebab-sebab lain yang menyumbang kepada masalah itu
dan pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut.

Isi:
Sebab-sebab:
1 Pencemaran sumber air.
• Bekalan air di kawasan tertentu terpaksa dihentikan kerana air telah tercemar dengan
bahan kimia pertanian, bahan toksik industri dan sebagainya.
• Sumber air menjadi tidak selamat untuk digunakan.
• Loji memproses air dari sungai yang terlibat terpaksa ditutup.

2 Penebangan hutan untuk pembangunan.


• Penebangan hutan dan proses meratakan bukit boleh menyebabkan aliran permukaan
air hujan lebih cepat dan menyebabkan hakisan.
• Kandungan simpanan air bawah tanah berkurangan dan kesan yang buruk kepada
kelembapan bumi.
• Kawasan tadahan hujan menjadi musnah akibat hakisan dan kekurangan air.

Cara-cara menangani:
3 Pentadbiran dan pengurusan yang lebih sistematik.
• Penggubalan dasar air negara. Penubuhan Majlis Air Negara untuk menyelaraskan
pentadbiran dan pengagihan air di seluruh negara.
• Pembekalan air tidak terhad pada sempadan negeri sahaja. Tindakan yang segera perlu
dilakukan apabila timbul masalah kekurangan air di sesebuah tempat.

4 Mengadakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D).


• Penghasilan teknologi yang canggih untuk mendapatkan sumber-sumber air dan
mempercekap pemprosesan air.
• Sumber air permukaan semakin berkurangan, tetapi permintaan semakin meningkat.
• Sumber air lain perlu dicari seperti air bawah tanah, sulingan air laut dan sebagainya.

Penutup:
• Masalah kekurangan bekalan air bukan sekadar akibat kemarau panjang, tetapi juga adalah
masalah
sikap manusia yang tidak menguruskannya dengan baik dan sistematik.
• Pelbagai usaha haruslah dijalankan untuk menangani masalah kekurangan air di sesuatu
kawasan