Anda di halaman 1dari 13

BAHASA MELAYU KLASIK

Sejarah menunjukkan Bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang bermula


daripada Bahasa Melayu Purba. Bahasa Melayu Purba kemudiannya dikenali
sebagai Bahasa Melayu Kuno setelah unsur-unsur bahasa asing iaitu Bahasa
Sanskrit meresapi Bahasa Melayu Purba. Pengaruh Hindu dan Buddha yang amat
kuat menyebabkan Bahasa Melayu Purba mengalami perubahan.

Namun begitu, evolusi yang berlaku dalam Bahasa Melayu tidak berhenti setakat itu.
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara membawa 1001 perubahan kepada struktur
masyarakat Melayu sehinggalah kepada sistem Bahasa Melayu sendiri. Pada kira-
kira abad ke 13, Bahasa Melayu Kuno berevolusi sekali lagi menjadi Bahasa Melayu
Klasik. Hal ini terjadi apabila pengaruh agama Islam semakin kukuh dan mantap di
Asia Tenggara.

Bahasa Melayu Klasik mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding Bahasa
Melayu Kuno. Perbezaan itu merangkumi kosa kata, struktur ayat sehinggalah
sistem tulisan. Bukti kewujudan Bahasa Melayu Klasik dapat dilihat melalui
penemuan beberapa buah batu bersurat. Tiga buah batu bersurat ini merupakan
bukti yang amat penting serta bermakna kerana inilah bukti catatan terakhir
perkembangan Bahasa Melayu kerana selepas abad ke 14, kesusasteraan Bahasa
Melayu dalam bentuk tulisan mengambil alih bukti catatan.

Tiga batu bersurat yang dijumpai tersebut adalah seperti berikut:

 Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) Masihi yang ditulis


dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu Kuno serta beberapa baris
sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa pada batu
bersurat abad ke-7.
 Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) Masihi yang masih menggunakan
abjad Iindia dan buat kali pertamanya terdapat penggunaan perkataan Arab
seperti kalimah Nabi, Allah dan Rahmat.
 Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 1303-1387 Masihi yang
ditulis dengan tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arab telah mula
digunakan dalam Bahasa Melayu pada zaman itu.
Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik mempunyai perbezaan yang begitu ketara berbanding


dengan Bahasa Melayu Kuno. Hal ini kerana Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-
ciri yang khusus serta mempunyai sistem tulisan yang tersendiri yang jauh berbeza
jika dibandingkan dengan Bahasa Melayu Kuno. Revolusi yang berlaku ini berkait
rapat dengan pengaruh Agama Islam yang semakin kukuh di Asia Tenggara.

Berikut adalah senarai ciri-ciri Bahasa Melayu KLasik:

 Ayat yang panjang


 Ayat pasif dan sonsang adalah lazim digunakan
 Menggunakan gaya bahasa istana
 Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, eden kesmaran
(mabuk berasmara), sahaya (saya), masyghul (bersedih)
 Banyak menggunakan pangkal ayat seperti sebermulanya, alkisah, hatta,
adapun.
 Partikel pun dan lah banyak digunakan.
 Menggunakan aksara jawi, yang berasal daripada aksara Arab yang dipinjam,
dan ditambah beberapa huruf.
 Menerima perbagai jenis kosa kata Arab dan parsi dalam pelbagai bidang
bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan, pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawur dan kata-kata
umum.
 Frasa dan ayat pengaruh arab, terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu
seperti ketahuilah olehmu (daripada terjemahan I’lamL), maka kemudian
daripada itu (daripada amma ba’du) atau pada ayat sunat berbuka atas tamar
dan lain-lain.
 Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam
bidang ilmu kalam, tasawur, ilmu aqa’id al-iman dan lain-lain. Hal ini berbeza
antara zaman Melayu Kuno dengan pengaruh Agama Hindu
Bahasa Melayu Klasik mencapai zaman kegemilangannya apabila pemerintah
kerajaan Melayu yang beragama Hindu memeluk Islam seterusnya mulai mendalami
agama Islam. Pada masa yang sama, mereka iaitu masyarakat Melayu mulai
mempelajari Bahasa Arab dan Parsi daripada pedagang-pedagang Islam
sebagaimana yang berlaku ketika pedagang India menguasai Alam Melayu ketika
Bahasa Melayu Kuno mulai bertapak.

Pengaruh agama Islam serta pedagang-pedagang Arab ini menyebabkan unsur-


unsur asing menyerap masuk kedalam bahasa Melayu Kuno. Penyerapan budaya
asing inilah menyebabkan bahasa Melayu Kuno berevolusi kepada bahasa Melayu
Klasik. Antara kerajaan-kerajaan yang memainkan peranan yang penting dalam
revolusi Bahasa Melayu Klasik ini ialah kerajaan Melaka, kerajaan Acheh dan
kerajaan Johor-Riau.

Pada zaman kegemilangan Bahasa Melayu Klasik ini, catatan pada batu bersurat
tidak lagi dipraktikkan. Catatan pada batu-batu bersurat ini digantikan dengan hasil
tulisan yang dikarang oleh penulis-penulis.

Antara penulis-penulis yang masyhur adalah seperti berikut:

 Hamzah al-Fansuri
 Shamsuddin al-Ssumaterani
 Sheikh Nuruddin al-Raniri
 Abdul Rauf al-Singkel
Berikut merupakan hasil karya yang terkenal pada zaman tersebut:

 Hikayat Raja-raja Pasai


 Hikayat Muhammad Ali Hahafiah
 Hikayat Amir Hamzah
 Bustannnus Salatin
 Sulalatus Salatin
 Sejarah Melayu
 Hikayat Iskandar Zulkarnain
 Hikayat Hang Tuah
 Undang-undang Laut Melaka
 Tajus Salatin
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
pengaruh bahasa asing, pengaruh sistem tulisan dan pengaruh agama.

BAHASA
MELAYU KLASIK

PENGARUH PENGARUH
BAHASA ASING AGAMA

1.1 PENGARUH BAHASA ASING : BAHASA JAWA

Sebagaimana bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik juga tidak terkecuali
mendapat pengaruh bahasa asing. Jika bahasa Melayu Kuno menyerap unsur-unsur
bahasa Sanskrit, bahasa Melayu Klasik pula menyerap unsur-unsur bahasa Jawa.

Antara faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi ialah bahasa Melayu Klasik dan
bahasa Jawa merupakan bahasa serumpun yang lahir daripada keluarga Nusantara.
Selain itu, tersebarnya kisah-kisah panji di Alam Melayu serta keinginan masyarakat
Melayu untuk bersosialisasi dengan negara luar adalah antara faktor-faktornya.

Cerita panji merupakan cerita yang berasal daripada Jawa, di mana cerita ini
mengisahkan watak wira dan wirawati yang digambarkan mempunyai kuasa yang
ajaib atau kuasa sakti yang luar biasa sifatnya. Cerita ini mempunyai versi yang
pelbagai serta tersebar luar di sekitar Nusantara dan juga di Kemboja. Perpindahan
atau migrasi orang-orang Jawa ke Tanah Melayu ketika zaman Kesultanan Melayu
Melaka turut membawa budaya dan cerita panji mereka. Petempatan orang Jawa
yang dikesan pada zaman itu terletak di Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walau
bagaimanapun, penghijrahan secara besar-besaran berlaku sekitar awal abad ke 19.
Tumpuan bagi kawasan yang mereka duduki ialah Negeri-negeri Selat, Selangor
dan Johor. Pertembungan bahasa yang digunakan oleh penduduk asal dengan
orang-orang Jawa ini memungkinkan berlakunya penyerapan unsur-unsur bahasa
Jawa ke dalam bahasa Melayu Klasik.
Berikut merupakan antara perkataan Jawa yang digunakan:

Bahasa Jawa Maksud


Andong Kereta
Batok Tempurung
Berangasan Mudah naik marah
Wedana Ketua daerah
Adipati raja

Suku bangsa Jawa yang menetap di beberpaa bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa
Tengah dan Jawa Timur di Indonesia menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa
komunikasi. Bahasa Jawa terbahagi kepada dua: iaitu Jawa Ngeko dan Jawa
Kromo.

BAHASA
JAWA

JAWA JAWA
KROMO NGOKO
Jawa Ngoko secara tidak langsung terbahagi kepada dua: iaitu Ngoko Kasar dan
Ngoko Halus. Ngoko Halus merupakan gabungan bahasa Ngoko dan Kromo. Jawa
Kromo juga turut terbahagi kepada dua: iaitu Kromo Madhhya dan Kromo Inggil
yang turut dikenali sebagai Kromo Halus. Kromo Madhya agak berbeza jika
dibandingkan dengan Kromo yang digunakan oleh penduduk di bandar dengan
Kromo yang dituturkan di kampung-kampung.

Bahasa Jawa pada ketika itu sudahpun mempunyai sistem tulisannya yang
tersendiri. Sistem tulisan ini dikembangkan daripada huruf Pallava dan huruf Pegon
yang telah diubahsuai daripada sistem tulisan Arab.
Bahasa Jawa mempunyai loghat yang pelbagai mengikut kesal sosialnya yang
tersendiri. Dalam bahasa Melayu Moden, bahasa Istana masih dapat difahami oleh
mereka yang tidak menggunakan bahasa Istana. Berbeza dengan bahasa Melayu
Moden, dalam bahasa Jawa, loghat yang digunakan oleh mereka yang menuturkan
bahasa Istana adalah sukar difahami oleh orang Jawa sendiri. Antara loghat Jawa
yang lain pula ialah Ngoko Andhap, Madhya, Madhyantara dan Kromo Inggil.

Berikut pula merupakan senarai loghat bahasa Jawa dengan daerah disenaraikan
seperti yang berikut:

1) Bahasa Jawa bahagian Barat


 Loghat Banten
 Loghat Indramayu-Cirebon
 Loghat Tegal
 Loghat Banyumas
 Loghat Bumiayu

2) Bahasa Jawa bahagian Tengah


 Loghat Pekalongan
 Loghat Kedu
 Loghat Bugelen
 Loghat Semarang
 Loghat Pantai Utara Timur
 Loghat Blora
 Loghat Surakarta
 Loghat Yogyakarta

3) Bahasa Jawa bahagian Timur


 Loghat Madiun
 Loghat Pantura Jawa Timur
 Loghat Surabaya
 Loghat Malang
 Loghat Tengger
 Loghat Banyuwangi
1.1.1 SISTEM TULISAN JAWA

Bahasa Jawa mempunyai dua sistem tulisan yang berbeza. Sistem tulisan berikut
ialah aksara Jawa dan huruf Pegon. Aksara Jawa berkembang terlebih dahulu, yang
mengambil ciri-ciri aksara Pallava. Huruf Pegon pula telah dimodifikasi daripada
huruf Arab yang mempunyai beberapa huruf tambahan.

SISTEM
TULISAN

AKSARA TULISAN
JAWA PEGON
A) AKSARA JAWA

Ketika zaman bahasa Melayu Klasik digunakan, aksara yang digunakan untuk
menulis bahasa Jawa dikenali sebagai Hanacaraka atau Carakan. Aksara ini
menyerap ciri-ciri yang terdapat di dalam sistem tulisan Pallava. Berikut merupakan
huruf-huruf dasar yang dapat disenaraikan.
Susunan aksara di atas, jika diucapkan membawa sesuatu yang bermakna atau
kalimat:

 Hana caraka – bermaksud terdapat pengawal


 Data sawala – bermaksud berbeza pendapat
 Padha jayanya – bermaksud sama hebatnya
 Maga bathanga – bermaksud keduanya mati

Walau bagaimanapun, ada pendapat yang mengatakan aksara di atas membawa


makna yang berbeza. Berdasarkan tafsiran Pakubuwono IX, iaitu Raja Kesultanan
Surakarta, aksara di atas membawa makna seperti yang berikut:

 Ha-na-ca-ra-ka: ada utusan, iaitu ‘utusan’ hidup bernafas yang mempunyai


kewajipan untuk menyatukan jiwa dengan jasad manusia. Maksudnya ada
yang mempercayai, ada yang dipercayakan dan ada yang dipercayai untuk
bekerja. Ketiga-tiga unsur ini ialah tuhan, manusia dan kewajipan manusia.
 Da-ta-sa-wa-la: Manusia, setelah diciptakan apabila sampai saatnya untuk
‘dipanggil’, tidak boleh sekali-kali ‘mengelak’. Maknanya manusia harus
bersedia untuk melaksanakan, menerima dan menjalankan kehendak
tuhannya
 Pa-dha-ja-ya-nya: menyatukannya zat pemberi hidup dengan yang diberi
hidup. Maksud ‘padha’ ialah sama atau sesuai, cocok, tunggal batin yang
tercermin dalam perbuatan berdasarkan keluhuran dan keutamaan. ‘jaya’
bermaksud menang, unggul, sungguh-sungguh dan bukan sekadar menang.
 Ma-ga-ba-tha-nga: menerima segala yang diperintahkan dan yang dialrang
oleh tuhan yang maha kuasa. Maksudnya, manusia harus pasrah, meskipun
manusia diberi hak untuk ‘mewiradat’, berusaha untuk menanggunginya.
B) HURUF PEGON

Huruf Pegon berasal daripada aksara Arab yang telah diubahsuai. Huruf ini
digunakan untuk menulis bahasa Jawa. Ada yang mengatakan bahawa perkataan
pegon ini sebenarnya berasal daripada bahasa Jawa , pégo yang membawa makna
menyimpang. Hal ini kerana penggunaan sistem tulisan Arab bagi menulis bahasa
Jawa merupakan sesuatu perkara yang agak menghairankan serta tidak lazim.
Huruf Pegon ini digunakan secara meluas dalam kalangan orang Jawa Muslim yang
berpegang kuat terhadap ajaran agama Islam, terutamanya di pusat pengajian
agama. Pada mulanya, tulisan ini digunakan sepenuhnya untuk menulis ulasan pada
al-Quran. Namun begitu, setelah beberapa lama, naskhah dan manuskrip turut
ditulis menggunakan sistem tulisan Pegon.

Sistem tulisan Pegon agak berbeza jika dibandingkan dengan sistem tulisan Jawi.
Hal ini kerana tulisan Jawi pada kebiasaannya ditulis gondol, manakala tulisan
Pegon pula kerap ditambah dengan vokal. Bahasa Jawa yang mempunyai vokal
yang lebih banyak berbanding dengan bahasa Melayu menyebabkan vokal perlu
ditulis bagi mengelakkan kekeliruan berlaku ketika membaca hasil penulisan yang
telah dikarang.

1.2 PENGARUH AGAMA: AGAMA ISLAM

Agama Islam mulai bertapak di Alam Melayu sekitar abad ke 11, menerusi Sumatera
iaitu ketika pemerintah Pasai memeluk agama Islam. Terdapat tiga pendapat
mengenai kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Pendapat pertama mengatakan
Islam datang dari Ttanah Arab dan Parsi. Pendapat kedua pula mengatakan Islam
datang dari India. Pendapat ketiga pula menyatakan Islam datang dari Cina.

Proses penyebaran agama Islam seterusnya dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam


di Kepulauan Melayu melalui beberapa cara. Cara-cara berikut adalah:
PERKAHWINAN

PENYEBARAN
PERDAGANGAN
ISLAM

PENAKLUKAN

Pada abad ke 14, Kerajaan Melayu Melaka pula mengambil alih peranan sebagai
pusat penyebaran Islam di Nusantara. Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan
penjajah Barat menyebabkan pusat penyebaran Islam ini diambil alih oleh
Kesultanan Acheh di Sumatera. Pada lewat abad ke 15, hampir keseluruhan
penduduk di Kepulauan Melayu sudahpun memeluk agama Islam kecuali beberapa
tempat seperti di Pulau Bali, Filipina dan beberapa buah kawasan di Borneo,
Sulawesi dan Jawa Barat. Berikut merupakan senarai kerajaan yang pernah wujud
pada zaman tersebut:

(a) Sumatera
 Kesultanan Jambi
 Kesultanan Langkat
 Kesultanan Pagar Ruyung
 Kesultanan Riau-Lingga
 Kesultanan Inderagini
 Kesultanan Deli
 Kesultanan Asahan
 Kesultanan Kota Pinang
 Kesultanan Aceh
 Kesultanan Pasai
 Kesultanan Palembang
 Kesultanan Perlak
(b) Jawa
 Kesultanan Banten
 Kesultanan Demak
 Kesultanan Mataram
 Kesultanan Sumedang Larang
 Kesultanan Carebon
 Kesultanan Yogyakarta
 Kesultanan Pakualam
(c) Semenanjung Tanah Melayu
 Kerajaan Naning
 Kesultanan Kedah
 Kesultanan Patani
 Kesultanan Melaka
 Kesultanan Johor
 Kesultanan Pahang
(d) Borneo
 Kesultanan Banjar
 Kesultanan Brunei
 Kesultanan Kutai
 Kesultanan Sambas
 Kesultanan Tanjung Pura
 Kesultanan Pontianak
(e) Sulawesi
 Kerajaan Luwuk
 Kerajaan Wajo
 Kesultanan Buton
 Kesultanan Soppeng
 Kesultanan Gowa
(f) Kesultanan Ternate
 Kesultanan Tidore
 Kesultanan Jailolo
 Kesultanan Bacan
 Kesultanan Hitu
(g) Nusa Tanggara
 Kesultanan Samawa
 Kesultanan Bima
 Kesultanan Dompu
(h) Filipina
 Kerajaan Maguindanao
 Kerajaan Sulu
 Kerajaan Manila