Anda di halaman 1dari 14

043b.

fm Page 1 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

UNDANG-UNDANG
MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 43

AKTA HOSPITAL
PERSENDIRIAN 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG - UNDANG , MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG - UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

2
AKTA HOSPITAL PERSENDIRIAN 1971

Tarikh Perkenan Diraja… … … … 30 Ogos 1971

Tarikh penyiaran dalam Warta … … 2 September 1971

C ETAKAN S EMULA YANG TERDAHULU


Cetakan Semula Yang Pertama … … 1993
Cetakan Semula Yang Kedua … … 1999

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH


MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR
2006

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

Hospital Persendirian 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 43

AKTA HOSPITAL PERSENDIRIAN 1971

SUSUNAN SEKSYEN

Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
3. Lesen
4. Daftar
5. Jenis hospital berlesen
6. Pembatalan dan penggantungan lesen
7. Pemeriksaan
8. Rumah yang sedia ada
9. Kuasa mengecualikan sesuatu institusi
10. Penalti
11. Peraturan
12. Kecualian
13. Pemansuhan
JADUAL

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 43

AKTA HOSPITAL PERSENDIRIAN 1971

Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan


pendaftaran dan pemeriksaan hospital, rumah rawatan dan rumah
bersalin persendirian dan berkenaan dengan maksud yang
berkaitan dengannya.

[Seluruh Malaysia—1 Oktober 1972,


P.U.(B)383/1972]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri


Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang
berikut:

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hospital Persendirian


1971.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna


yang lain—
“hospital berlesen” ertinya sesuatu hospital persendirian yang
ada mempunyai lesen yang berkuat kuasa pada masa itu;
“hospital persendirian” ertinya sesuatu premis, selain hospital
atau institusi Kerajaan, di mana dua orang pesakit atau lebih
dipelihara pada satu ketika dan termasuklah sesuatu rumah
bersalin persendirian dan sesuatu rumah rawatan persendirian;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas kesihatan;

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 43

“penyakit berjangkit” ertinya sesuatu penyakit yang pada masa


itu dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini;
“pesakit” ertinya seseorang yang pada masa itu dijaga di sesuatu
premis bagi maksud mendapatkan apa-apa rawatan perubatan yang
dibayar atau akan dibayar, dan termasuklah seseorang yang
mendapatkan rawatan perubatan dengan percuma dan yang dijaga di
sesuatu premis bagi maksud itu yang disediakan oleh majikannya;
“rumah bersalin” ertinya sesuatu premis yang digunakan atau
dicadangkan untuk digunakan bagi melayan perempuan hamil atau
perempuan selepas sahaja melahirkan anak dan termasuklah
sesuatu hospital yang digunakan bagi maksud atau dicadangkan
untuk digunakan bagi maksud sedemikian;
“rumah rawatan” ertinya sesuatu premis, selain rumah bersalin,
yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan bagi melayan
dan mengadakan rawatan kepada orang yang mengidap atau
sedang pulih daripada sesuatu penyakit, bencana atau keuzuran dan
termasuklah sesuatu hospital yang digunakan bagi tujuan atau
dicadangkan untuk digunakan bagi tujuan sedemikian.

Lesen

3. (1) Tiada sesuatu premis boleh digunakan sebagai hospital


persendirian kecuali dengan kuasa dan mengikut terma-terma atau
syarat-syarat sesuatu lesen yang dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah.

(2) Permohonan untuk dikeluarkan sesuatu lesen di bawah


Akta ini hendaklah dialamatkan kepada Ketua Pengarah dalam
borang yang ditetapkan.

(3) Suatu lesen yang sepatutnya hendaklah dikeluarkan oleh


Ketua Pengarah bagi hospital persendirian apabila bayaran yang
ditetapkan dibayar.

(4) Pada mengeluarkan lesen itu, Ketua Pengarah boleh


mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang
difikirkannya patut.

Daftar

4. (1) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya suatu


daftar disimpan dan disenggarakan bagi semua hospital berlesen.

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

Hospital Persendirian 7

(2) Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah


yang menyatakan bahawa sesuatu hospital persendirian telah
didaftarkan atau telah tidak didaftarkan ataupun telah didaftarkan
tetapi lesennya telah dibatalkan atau digantung boleh diterima
sebagai keterangan dan perakuan itu menjadi bukti yang cukup
mengenai perkara yang disebutkan dalamnya melainkan jika
dibuktikan sebaliknya.

Jenis hospital berlesen

5. Tiap-tiap hospital berlesen hendaklah daripada salah satu


jenis yang berikut, iaitu:
(a) hospital bersalin;
(b) hospital perubatan;
(c) hospital bedah;
(d) hospital penyakit jiwa;
(e) hospital pesakit sedang pulih;
(f) hospital kanak-kanak;
(g) hospital yang diberikan lesen bagi mana-mana dua
maksud atau lebih yang tersebut di atas;
(h) apa-apa jenis hospital berlesen yang lain yang
diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan
dalam Warta sebagai termasuk di bawah seksyen ini.

Pembatalan dan penggantungan lesen

6. (1) Jika sesuatu hospital berlesen diuruskan, disenggarakan,


dijalankan atau digunakan dengan cara yang pada pendapat Ketua
Pengarah mendatangkan mudarat kepada kepentingan awam atau
yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana peraturan yang
dibuat di bawahnya, dia boleh memerintahkan supaya lesen itu
dibatalkan atau digantung tertakluk kepada apa-apa syarat
sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan:

Dengan syarat bahawa sebelum Ketua Pengarah membuat


sesuatu perintah di bawah subseksyen ini, dia hendaklah
memberitahu dengan bertulis kepada orang atau badan yang

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 43

bertanggungjawab atas pengurusan hospital berlesen itu tentang


cadangannya hendak berbuat demikian dan orang atau badan itu
boleh menghantar representasi kepada Ketua Pengarah dalam
sesuatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan menyatakan sebab
mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan atau digantung.

(2) Seseorang yang tidak berpuas hati dengan perintah Ketua


Pengarah di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepada Menteri
dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan dan
keputusan Menteri itu sama ada mengesahkan, mengubah atau
membatalkan perintah Ketua Pengarah di bawah subseksyen ini
adalah terakhir dan muktamad dan tidak boleh tertakluk kepada
rayuan atau kajian semula dalam mana-mana mahkamah.

Pemeriksaan

7. (1) Ketua Pengarah atau sesiapa yang diberi kuasa olehnya


boleh, pada bila-bila masa, melawat dan memeriksa mana-mana
hospital berlesen dan semua premis yang digunakan bagi maksudnya
atau yang berhubungan dengannya.

(2) Apabila Ketua Pengarah atau seseorang yang diberi kuasa


olehnya menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, hendaklah
menjadi kewajipan tiap-tiap orang yang menjadi pegawai atau
pekerja sesuatu hospital berlesen—

(a) memberikan kepadanya segala maklumat yang


munasabah yang dikehendaki olehnya berkenaan
dengan hospital itu atau pengurusannya atau apa-apa
perkara yang berhubungan dengannya;

(b) mengemukakan apa-apa suratan, buku atau rekod


dalam simpanannya atau di bawah kawalannya
berhubung dengan hal ehwal hospital itu, dengan
syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini
boleh disifatkan memberi kuasa kepada pegawai atau
orang itu untuk memeriksa sesuatu rekod perubatan
berhubung dengan seseorang pesakit dalam hospital
persendirian.

(3) Sesiapa yang enggan membenarkan seseorang pegawai


atau seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) memasuki atau
memeriksa sesuatu premis itu atau memeriksa sesuatu rekod
yang disebut dalam subseksyen (2) atau menghalang seseorang

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

Hospital Persendirian 9

pegawai atau orang itu daripada menjalankan kuasanya di bawah


seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Rumah yang sedia ada

8. Sesiapa yang menguruskan, menyenggarakan atau menjalankan


sesuatu rumah bersalin atau sesuatu rumah rawatan pada tarikh
Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, dalam tempoh satu tahun
dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, memohon kepada Ketua
Pengarah mengikut borang yang ditetapkan supaya suatu lesen
yang sepatutnya dikeluarkan di bawah Akta ini.

Kuasa mengecualikan sesuatu institusi

9. (1) Menteri boleh mengecualikan sesuatu hospital, rumah


rawatan atau rumah bersalin persendirian daripada kuat kuasa
mana-mana atau semua peruntukan Akta ini.

(2) Pengecualian yang diberikan di bawah seksyen ini boleh


ditarik balik pada bila-bila masa dan hendaklah terhenti daripada
berkuat kuasa apabila habis tempoh satu tahun dari tarikh
pengecualian itu diberikan, tetapi bagaimanapun, dengan tidak
menyentuh kuasa Menteri memberikan pengecualian selanjutnya.

(3) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini terakhir dan


muktamad dan tidak boleh tertakluk kepada rayuan atau kajian
semula dalam mana-mana mahkamah.

Penalti

10. Sesiapa yang melanggar mana-mana daripada peruntukan


Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya,
apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada
satu ribu ringgit.

Peraturan

11. Menteri boleh membuat apa-apa peraturan sebagaimana


yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan Akta ini dengan
sepenuhnya dan dengan tidak menghadkan keluasan makna
peruntukan di atas peraturan itu boleh dibuat bagi semua atau
mana-mana daripada maksud yang berikut:

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 43

(a) menetapkan apa-apa jua yang hendak ditetapkan atau


yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini;

(b) mengatur atau melarang orang yang mengidap atau


yang disyaki mengidap sesuatu penyakit berjangkit
daripada diterima masuk ke dalam hospital persendirian;

(c) menetapkan borang, bayaran, rekod bagi maksud Akta


ini;

(d) menetapkan rekod yang dikehendaki disimpan


mengenai pesakit yang diterima masuk dan mengenai
orang yang diambil bekerja dalam hospital, rumah
bersalin atau rumah rawatan persendirian dan, bagi
sesuatu rumah bersalin, mengenai apa-apa keguguran
atau anak yang lahir mati di rumah itu, dan mengenai
kanak-kanak yang lahir dalamnya dan mengenai
kanak-kanak yang lahir sedemikian yang dipindahkan
dari rumah itu kepada jagaan dan peliharaan sesiapa
jua selain jagaan dan peliharaan ibu bapa, penjaga
atau saudara maranya;

(e) menghendaki supaya pemberitahuan diberikan


mengenai kelahiran atau kematian yang berlaku dalam
hospital persendirian;

(f) menghendaki supaya standard minimum mengenai


tapak bangunan, binaan, tempat tinggal, kebersihan,
bekalan air, penerangan, kakitangan dan kelengkapan
tidak boleh sekali-kali kurang daripada standard yang
ditetapkan oleh mana-mana undang-undang kecil
yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan;

(g) mengadakan kemudahan memadamkan api;

(h) mengadakan kemudahan yang cukup untuk lepas lari


sekiranya berlaku kebakaran;

(i) menetapkan supaya dilitup jalan lepas lari dalam


sesuatu bangunan yang digunakan sebagai hospital
persendirian;

(j) mengatur atau melarang daripada dijalankan apa-apa


kelas pembedahan tertentu dalam hospital bersalin
persendirian.

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

Hospital Persendirian 11

Kecualian

12. Akta ini tidaklah terpakai bagi sesuatu rumah bersalin atau
rumah rawatan yang disenggarakan atau dikawal oleh Kerajaan atau
bagi sesuatu premis yang digunakan untuk melayan orang sakit
atau orang yang hampir hendak mati, yang diberikan lesen di
bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa
pada masa itu.

Pemansuhan

13. Ordinan No. 69 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971 [P.U.(A)


39/1971] dengan ini dimansuhkan.

JADUAL

[Seksyen 2]

Penyakit-Penyakit Berjangkit

Anthrax

Batuk kokol

Cacar air (varisela)

Cacar nanah

Demam andulan

Demam bentan

Demam campak (termasuk campak Rubela)

Demam denggi

Demam kuning

Demam merah

Demam nifas
Difteria

Disenteri (ameba dan basilus)

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 43


Erisipelas

Infeksi hepatitis

Infeksi leptospiren

Infeksi salmonela

Keguguran septik

Keracunan makanan

Kusta

Malaria

Mata bayi bernanah

Peleg (mangga atau paru-paru)

Penyakit kulit bayi

Penyakit poliomilitis (penyakit polio)

Penyakit tetanus bayi

Penyakit untut

Puru

Rabies (penyakit anjing gila)

Radang otak

Radang selaput saraf

Taifas (Belukar dan Bandar)

Taifoid

Taun

Tibi

Trakoma

dan apa-apa penyakit lain yang diisytiharkan oleh Menteri, melalui


pemberitahuan dalam Warta, sebagai termasuk dalam ungkapan yang tersebut
itu.

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

13

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 43

AKTA HOSPITAL PERSENDIRIAN 1971

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa


yang meminda dari
Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 29-08-1975
1975

Adam Haida & Co


http://peguam.org
043b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 6:27 PM

http://perjanjian.org

14

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 43

AKTA HOSPITAL PERSENDIRIAN 1971

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa


dari

10 Akta 160 29-08-1975

Adam Haida & Co


http://peguam.org