Anda di halaman 1dari 4

Belia merupakan generasi yang akan menggerakkan perubahan dan mencorakkan hala

tuju perjalanan negara. Sehubungan itu, belia pada hari ini perlu diperkukuh dengan
kemantapan budaya dan ketinggian nilai-nilai kehidupan agar generasi yang terbentuk
pada masa hadapan mampu untuk menghadapi cabaran sezaman. Walaupun begitu,
persoalan budayalah yang sebenarnya begitu rumit untuk dihadapi. Hal ini demikian
memandangkan budaya bukanlah sekadar terhenti di wacana-wacana ilmiah sahaja,
tetapi apa yang dapat kita lihat di dalam amalan kehidupan masyarakat. Persoalan
budaya tidak wajar dihiaskan dengan polemik yang tidak berkesudahan, tetapi perlu
ditangani oleh langkah-langkah proaktif dan dasar yang berkesan. Lebih penting, para
pemimpin di setiap lapisan dan lapangan perlu untuk memainkan peranan
mencetuskan penjelmaan nilai yang mampu memperkasa masyarakat. Dalam
membangunkan budaya, persoalan kepimpinan melalui teladan merupakan kaedah
yang paling mudah untuk mengajak masyarakat berubah ke arah kebaikan.

Serangan budaya Barat memanglah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi. Dengan
kemenangan aliran demokrasi-liberal- kapitalisma sebagaimana yang pernah
dilontarkan oleh Francis Fukuyama hampir dua dekad lalu , proses globalisasi menjadi
ancaman terhadap budaya setempat. Kapitalisma yang menjadikan tujuan mengaut
keuntungan semata-mata sebagai terasnya kini tersembunyi di dalam pelbagai bentuk ,
daripada pemakaian, kecanggihan alat komunikasi, gaya bertutur, muzik, siri realiti
televisyen hingglah kepada percambahan pusat-pusat hiburan tanpa memikirkan
kesannya kepada budaya masyarakat setempat. . Pada hari ini barulah kita menyedari
bahawa globalisasi bukan sahaja terhenti kepada perihal ekonomi dan dasar
perdagangan semata-mata, tetapi globalisasi juga wajar dilihat dalam kontek
pensejagatan nilai-nilai Amerika ( globalisation of American values).

Dalam konteks Malaysia, kita tidak dapat menyangkal hakikat bahawa generasi belia di
negara sedang berhadapan dengan cabaran kebudayaan yang begitu penting. Pada hari
ini, generasi belia berhadapan dengan pelbagai bentuk budaya yang bersifat destruktif
dan tidak menguntungkan negara. Hal ini terzahir daripada pelbagai salah laku dan
masalah sosial yang berpunca daripada budaya hedonisme, sensate dan permisif. Lebih
malang lagi, generasi remaja dan belialah yang paling teruk terdedah kepada serangan
budaya ini. Generasi muda lebih cenderung menghabiskan masa berpestaan dan
berhiburan, menghadiri konsert, berpacaran dan bergaul secara bebas daripada
melakukan aktiviti aktiviti yang lebih bermanfaat seperti menggiatkan diri dalam
pertubuhan-pertubuhan belia. Lihat sahaja bagaimana generasi muda kita menyambut
kedatangan tahun baru, hari kemerdekaan malah ada segelintir pihak yang meraikan
perayaan Halloween pada bulan oktober lalu! Amat malang kerana semua ini
melunturkan semangat generasi muda dari menyumbang tenaga untuk kebaikan
masyarakat dan mereka juga menjadi tidak prihatin terhadap persoalan-persoalan
kemasyrakatan yang berlaku di sekeliling mereka setiap hari.

Negara kita sudah mula membicarakan soal kebudayaan kebangsaaan seawal tahun
1971 lagi, menerusi kongress Kebudayaan Kebangsaan yang telah menetapkan tiga
komponen utama yang akan mencirikan budaya kebangsaaan, iaitu kebudayaan
penduduk asal rantau ini, kebudayaan luar yang sesuai dan wajar dengan realiti
setempat dan Islam sebagai pembentuk elemen utama keperibadian budaya
kebangsaan. Dari segi dasar, kita sudah mempunyai garis-garis besar haluan
pemerkasaan budaya negara. Sungguhpun begitu, yang perlu diberi perhatian pada hari
ini adalah soal menerjemahkan dasar ini melalui langkah-langkah yang akan
memberikan hasil dan menyegarkan pelaksanaannya. Pendek kata, bagaimana
menjelmakan semangat daripada dasar ini?

Memang sewajarnya kita merasa gusar, prihatin dan gelisah dengan segala wabak sosial
ini. Hal ini demikian kerana sekiranya tidak ada usaha-usaha terancang dan
perancangan budaya ( cultural planning), generasi pada masa hadapan akan lemeh dan
tidak mampu menghadapi perubahan sezaman. Kita wajar menjadikan cetusan pemikir
Islam Almarhum Malik Bennabi yang telah mengungkapkan perihal kebolehjajahan
umat sebagai sindrom colonializibility sebagai amaran kepada kita. Menurut beliau,
punca kita mudah terjajah bukanlah disebabkan hebatnya budaya yang menjajah itu,
tetapi segalanya bermula apabila kita sendiri sudah melupakan asas-asas jati diri kita
sendiri yang terdiri daripada agama, pegangan nilai dan budaya. Hanya apabila kita
sudah tidak yakin lagi dengan kekuatan sendiri, barulah penjajahan budaya dan
pemikiran lebih mudah berlaku. Kunci penjajahan minda dan budaya adalah kelemahan
diri sendiri yang dimiliki!
Begitu juga dengan gejala cultural schizophrenia, iaitu rasa rendah diri terhadap
kekuatan budaya sendiri dan merasakan segalanya yang datang dari dunia Barat itu
adalah terbaik, melambangkan ketinggian tamadun dan mampu membawa kemajuan
negara. Generasi belia di negara pada hari ini perlu kembali merasakan bahawa
masyarakat timur mampu untuk maju ke hadapan dengan menjadikan nilai-nilainya
sendiri sebagai asas.Tidak ada salahnya kita mengambil nilai-nilai yang positif dari
Barat asal sahaja nilai-nilai tersebut mampu disesuaikan dengan aspirasi agama dan
budaya setempat.

Kita sewajarnya mengambil iktibar daripada Polemik Kebudayaan yang pernah


tercentus di Indonesia seketika dahulu. Pengarang besar Indonesia, Sutan Takdir
Alisjahbana yang pernah menjadi pengagum besar budaya barat dan berpegang bahawa
rakyat Indonesia hanya akan maju apabila menjadikan Barat sebagai acuan
kemajuannya.tetapi kekaguman beliau akhirnya berubah apabila akhirnya beliau
mendapati bahawa yang terhasil daripada keghairahan mengikuti acuan kemajuan barat
hanyalah generasi “kepalang tanggung”, iaitu generasi yang sudah tercabut dari akar
budaya tradisi sendiri, tetapi tidak pula mencapai tingkat kemajuan seperti yang
diharapkan.

Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah memahami bahawa budaya


merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah semata-mata
dibataskan kepada stereotaipnya- muzik tradisional, tarian asli, dan sebagainya. Tetapi
budaya perlulah ditanggapi sebagai gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran peribadi
dan perilaku kita dalam kehidupan sehari-hari. Hanya apabila kita memahami erti,
tujuan dan peranan budaya barulah kita mampu merangka langkah-langkah berkesan
dalam menyuburkannya di tengah-tengah masyarakat. Budaya sebagai jelmaan nilai
merupakan asas penting dalam konteks masyarakat malaysia. Hal ini demikian
memandangkan sebagai masyarakat Timur, kita ditekankan tentang kepentingan nilai-
nilai budaya yang memancarkan kepatuhan terhadap agama dan adat resam tempatan.
Sebagai contoh, masyarakat perlu sentiasa ditegaskan dengan kepentingan moral dan
kesusilaan dalam segenap aspek. Dalam menghadapi pengaruh budaya barat yang
begitu ketara, seperti gaya berpakaian misalnya, masyarakat perlu sentiasa ditekankan
bahawa perlu ada garis yang jelas antara masyarakat tempatan dan masyaralkat barat.
Kita tidak mahu adanya pemikiran bahawa demi mengejar kemajuan , setiap yang
didatangkan dari barat itulah yang terkini dan paling baik untuk semua.

Dengan lahirnya Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjelang tahun 1971 membuktikan


bahawa persoalan budaya sememangnya sudah menjadi salah satu perkara yang
dititikberatkan oleh kerajaan. Ruang inilah yang perlu dimanfaatkan oleh generasi belia
di negara ini dengan sebaik-baiknya. Para pemimpin belia perlu merangka strategi bagi
menyedarkan masyarakat bahawa kita perlu terus mempertahankan budaya tempatan
sebagai satu cara membina kekuatan generasi yang akan meneruskan kesinambungan
negara pada masa hadapan. Hal ini dapat dilakukan dengan memperbanyak
penganjuran akktyiviti aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu,
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan
mengetengahkan seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan
pengaruh budaya setempat. Selain itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri budaya
setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya diperluaskan sehingga masyarakat
merasai kesannya.

Asas paling penting yang perlu terlebih dahulu dititik beratkan dalam usaha kita
membangunkan budaya adalah kekuatan ilmu. Dengan adanya kekuatan ilmulah
sesebuah bangsa dapat membina kekuatan menyaring dan mampu menghadapi
serangan budaya yang berlaku saban hari menerusi media massa dengan
berjaya.Budaya ilmu akan membentuk rakyat yang memiliki pemikiran yang kritikal,
menajamkan rasa prihatin dan membina keyakinan terhadap nilai-nilai mulia warisan
masyarakat timur yang perlu dipertahankan. Di samping itu, para pemimpin belia
perlulah memikirkan strategi untuk melibatkan generasi belia dengan pelbagai kegiatan
yang bermanfaat. Dengan pembabitan lebih ramai belia ke dalam aktiviti-aktiviti sosial,
suka rela dan kemasyrakatan, ciri-ciri kepimpinan dan nilai-nilai budaya yang positif
dapat dijelmakan ke dalam bentuk perbuatan.

Anda mungkin juga menyukai