Anda di halaman 1dari 2

TIGA WAKTU DIHARAMKAN KERJAKAN SOLAT

Ada tiga waktu yang dilarang keras kaum muslimin menunaikan solat iaitu:

• Di waktu terbit matahari sehingga satu tombak.

• Di waktu matahari atas kepala (tidak ada bayang sama sekali) sehingga
condong ke sebelah barat

• Di waktu matahari akan terbenam.

Ada segolongan orang kafir yang menyembah matahari itu sebenarnya menyembah
syaitan walaupun tidak secara langsung. Namun syaitan sememangnya mahu manusia
menyembahnya dan ramai manusia yang disesatkannya hingga menjadi kafir dan musyrik.

Oleh sebab itulah dilarang keras menunaikan solat di waktu-waktu yang disebutkan tadi,
kerana tidak mahu kaum muslimin disamarkan oleh syaitan sehingga solat kaum muslimin
sama waktunya dengan orang-orang kafir yang menyembah matahari.

Larangan solat pada waktu-waktu matahari di atas kepala atau sedang tengah hari terik
kerana waktu itu api neraka sedang dinyalakan.

Syaitan banyak menggoda manusia dalam dua waktu itu. Subuh pula sering dilambat-
lambatkannya supaya orang solat dekat dengan waktu matahari terbit. Asar juga
sedemikian dilambat-lambatkannya supaya orang solat dekat dengan waktu matahari
terbenam.

Mereka yang melakukan solat dekat dengan waktu Maghrib ( matahari terbenam),
disebut oleh Rasullullah s.a.w. sebagai solat orang munafik disebabkan terlalu sedikit
mereka menyebut nama Allah s.w.t.

Abdullah bin Amr meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda: “ Waktu Zuhur itu
apabila tergelincir matahari hingga bayangan lelaki setinggi badannya, selama belum
dapat waktu Asar. Dan Asar selama belum kuning matahari.

“ Dan waktu solat Maghrib hingga selama belum hilang mega merah dan waktu solat
Isyak sehingga tengah malam yang pertengahan.

“ Dan waktu solat Subuh dari terbit fajar hingga sebelum terbit matahari. Maka apabila
terbit matahari tahanlah ( berhentilah ) daripada solat kerana terbit matahari itu di
antara dua tanduk syaitan.”

Amr bin Absah meriwayat bahawa Rasullah s.a.w. bersabda: “ Hendaklah kamu (engkau)
solat Subuh, kemudian tahanlah daripada solat sehingga terbit matahari, kerana
sesungguhnya terbit matahari itu di antara dua tanduk syaitan dan waktu sujud orang-
orang kafir kepada matahari. Kemudian sesudah itu boleh engkau solat kerana solat itu
disaksikan dan dihadiri oleh malaikat sehingga tidak ada bayangan dengan tombak( yang
ditegakkan dibumi).

“ Kemudian tahanlah daripada solat kerana sesungguhnya di waktu itu api neraka
jahanam sedang dinyalakan. Maka apabila telah ada lagi bayangan itu, bolehlah engkau
solat kerana solat itu disaksikan dan dihadiri oleh malaikat sehingga engkau solat Asar,
kemudian tahanlah daripadanya solat sehingga terbenam matahari, kerana sesungguhnya
terbenamnya matahari iaitu di antara dua tanduk syaitan dan di waktu itu orang-orang
kafir sujud kepada matahari.”

Kemudian Anas meriwayatkan Rasullah s.a.w. bersabda: “Itulah solat orang-orang


munafik, ia duduk menunggu matahari (terbenam, sehingga apabila matahari sudah ada di
antara dua tanduk syaitan, maka barulah ia berdiri solat, lalu dipatuknya (terburu-buru)
solat itu empat rakaat, ia tidak menyebut nama Allah walaupun sedikit.”

Itulah sebabnya Rasullah s.a.w. mengatakan solat itu solat munafik. Dan sudah tentulah
tidak patut dilakukan oleh orang mukmin.

Allah s.w.t. juga yang member pendengaran dan penglihatan, begitulah halnya makhluk
Allah s.w.t. yang mempunyai banyak rahsia yang tidak diketahui oleh makhluk-makhluk
lain seperti ada makhluk yang mendengar sesuatu sedangkan yang lain tidak sedemikian.

Seperti keldai dan anjing diberi penglihatan melihat syaitan pada waktu malam. Ayam
pula diberi penglihatan melihat malaikat. Sudah tentulah sikap haiwan itu berlainan.

Keldai dan anjing sikapnya ketakutan melihat syaitan. Sedangkan ayam jantan sikapnya
gembira seraya bersyukur dan memohon kurniaan Allah s.w.t. manakala keldai dan anjing
memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. setiap kali melihat syaitan.