Anda di halaman 1dari 1

Adnan Bin Ismail

582 – A Kg. Kebor Air, Manir,


21200 Kuala Terengganu,
Terengganu.
______________________________________________________________________
Setiausaha Unit Peperiksaan,
IPG Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. 2 SEPTEMBER 2010

Tuan,

Kebenaran Mengambil Transkrip Peperiksaan

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Adnan Bin Ismail mewakilkan Siti Norlida Binti Yazid daripada opsyen PSV untuk
mengambil transkrip peperiksaan saya pada sem yang lepas..

3. Saya tidak dapat pulang ke maktab kerana terdapat kesukaran untuk ke sana. Untuk
pengetahuan pihak SUP, saya kini telah mula mengajar di salah sebuah sekolah di Selangor.
Saya merupakan guru pelatih lepasan KPLI (PSV) di IPG Kampus Tuanku Bainun ini. Oleh itu,
adalah sangat sukar bagi saya untuk ke Pulau Pinang mengambil transkrip tersebut. Saya hanya
mewakilkan Siti Norlida sahaja untuk mengambilnya.

4. Saya dengan ini memohon jasa baik pihak SUP untuk menyerahkan transkrip tersebut
kerana saya memerlukan keputusan tersebut untuk dilengkapkan bersama- sama dengan borang
lain dan diberikan kepada PPD.

5. Jasa daripada pihak SUP saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

_________________

ADNAN BIN ISMAIL

Anda mungkin juga menyukai