Anda di halaman 1dari 1

"Hari anda tidak akan bersemangat tanpa memulakannya dengan sarapan. Ayuh!

ikuti 10 panduan sarapan pagi yang ringkas untuk mengaktifkan tubuh


sepanjang hari:

penuhkan meja makan dengan makanan ringkas yang berkhasiat termasuklah


bijirin sarapan pagi, jus buahan, yogurt, keju, buah-buahan, mentega kacang
dan juga roti...ingat, bukan kanak-kanak sahaja yang perlu memilih apa untuk
dimakan
sediakan bahan-bahan untuk sandwich yang ringkas dan mudah seperti tuna
dengan mayonis atau telur dan mayonis pada malam sebelumnya...pasti anda
tidak tergesa-gesa keesokan paginya

kisar buah-buahan bersama susu atau yogurt untuk sarapan pagi yang sempurna

tidak perlu makanan berat seperti pasta, makanan bergoreng, ayam panggang
atau hirisan daging yang melazatkan

sediakan makanan yang pelbagai hanya jika anda mempunyai waktu...misalnya


terbangun awal sebelum ke tempat kerja atau ke kelas

sediakan satu hidangan sarapan yang istimewa untuk keluarga di hujung


minggu...jadikan ia suatu tradisi dan pastikan seluruh ahli keluarga
terbabit dalam mencadang dan menyiapkan menu sarapan yang istimewa itu

selalulah mencuba sesuatu yang baru, tidak terlalu tradisional dan mudah
disediakan untuk memberikan kelainan dalam hidangan sarapan

pastikan anda menyediakan sarapan yang mudah dan ringkas untuk kes-kes
seperti terlewat bangun...tetapi, jangan jadikan ia alasan untuk anda bangun
lewat

untuk lebih vitamin, mineral dan serat, tambahkan pengambilan buah-buahan


dalam menu anda
tambahkan sedikit Nestum atau bijirin sarapan pagi yang lain dalam susu,
Milo atau Horlicks...ia bukan sahaja enak bahkan memberikan lebih nutrien
untuk sarapan pagi yang lebih berkhasiat