Anda di halaman 1dari 13

Strategi ini ternyata memberi kesan yang parah kepada umat Islam.

Al Quran secara jelas menegaskan akan permusuhan penganut Keristian dan


Yahudi terhadap orang Islam sebagaimana ayat berikut:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakan lah, “Sesungguhnya petunjuk
Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah
tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” ( Al Baqarah 2:120)

Namun demikian, sebarang serangan luar tidak akan mampu untuk melemahkan umat Islam. Justeru itu serangan ditumpukan untuk
memecahbelahkan umat Islam disegi politik, pemikiran dan budaya. Maknanya, serangan secara halus ke batang tubuh umat dilancarkan secara
besar-besaran.

1. Sejak memasuki abad 21 yang setahun lagi genap satu dasawarsa, dunia Islam nampaknya belum lagi menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit
sebagai kuasa dunia yang disegani sebagaimana yang pernah dikecapinya dari Abad ke 7 hinggalah ke Abad 19. Malah satu demi satu Negara Islam
dilanda konflik samada dengan Negara Barat atau sesama sendiri.

2. Konflik yang berlaku di dunia Islam adalah akibat faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran adalah campurtangan kuasa luar untuk tujuan penjajahan
dan penaklukan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Iraq. Faktor dalaman pula ialah akibat kelemahan sistem pemerintahan kerajaan Islam sendiri
dan kelemahan para pemimpinnya. Namun kedua faktor ini adalah saling kait mengait antara satu sama lain.

3. Selepas berlakunya peristiwa serangan September 11, 2001 ke atas Twin Towers, New York, Amerika Syarikat telah melancarkan strategi ‘Hard
War’ dan ‘Soft War’ terhadap dunia Islam. ‘Hard War’ bermaksud menjajah Negara Islam melalui peperangan, sedangkan ‘Soft War’ ialah melancarkan
perang secara halus seperti penjajahan fikiran dan budaya.

4. Di sini saya akan menumpukan kepada strategi ‘Soft War’ yang dilancarkan bagi melemahkan dunia Islam. Strategi ini ternyata memberi kesan yang
parah kepada umat Islam. Al Quran secara jelas menegaskan akan permusuhan penganut Keristian dan Yahudi terhadap orang Islam sebagaimana
ayat berikut:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakan lah, “Sesungguhnya petunjuk
Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah
tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” ( Al Baqarah 2:120)

5. Namun demikian, sebarang serangan luar tidak akan mampu untuk melemahkan umat Islam. Justeru itu serangan ditumpukan untuk
memecahbelahkan umat Islam disegi politik, pemikiran dan budaya. Maknanya, serangan secara halus ke batang tubuh umat dilancarkan secara
besar-besaran.

6. Di segi politik, Richard Nixon, Mantan Presiden Amerika Syarikat telah membahagi dunia Islam kepada 4 blok iaitu Blok Turki, Blok Arab, Blok
Melayu dan Blok Indo-Pak sebagaimana di dalam bukunya, ‘Seize the Moment’. Katanya dengan memastikan pemimpin politik di 4 blok ini kita
pastikan boneka kita, maka dunia Islam akan terus dapat dikuasai. Katanya lagi, mereka hanya perlu memastikan pemimpin politik Negara Turki
adalah ‘sahabat’ bagi menguasai blok Turki, Mesir untuk kuasai Dunia Arab, Indonesia untuk kuasai Dunia Melayu dan Pakistan untuk Dunia Indo-Pak.
Demokrasi hanya diizinkan selagi mana ‘boneka’ mereka yang menang. Ini lah yang berlaku kepada HAMAS di Palestin yang mana kemenangannya
dinafikan walaupun menang besar dalam pentas demokrasi. Begitu juga di Algeria, Tunisia dan lain-lain.

7. Di segi pemikiran pula, mereka ‘mencipta’ intelektual boneka mereka sendiri yang ditaja dan didokong dengan dana yang banyak. Inteletual boneka
inilah yang berbicara mengenai Islam sedangkan intelektual yang benar-benar berilmu dikesampingkan. Malah ada yang dituduh sebagai ekstremis
sebagaimana yang berlaku kepada Sheikh Yusuf al-Qaradawi seorang ulama yang terkenal di dunia Islam.

8. Di segi budaya pula, media massa digunakan sepenuhnya untuk menyebar faham hedonisme iaitu faham yang mengagongkan hawa nafsu. Budaya
hiburan rendah dipaksakan kepada umat agar mereka leka dan lalai terhadap tanggung jawab terhadap bangsa, agama dan Negara.

9. Akibat dari strategi ‘Soft war’ ini, maka umat menjadi lemah dan berpecah belah. Pemimpin yang lemah memimpin Negara dan rakyat pula sudah
hilang semangat ‘asabiyyah’ iaitu semangat kekitaan dan cinta kepada bangsa dan Negara.

10. Ibnu Khaldun (1332 – 1406), seorang sejarawan Islam terkenal mengatakan bahawa sebaik saja semangat asabiyyah sesuatu bangsa itu sudah
luntur, maka akan hancurlah bangsa tersebut dikuasai oleh bangsa yang utuh semangat asabiyyahnya.

11. Pengajaran yang penting kepada umat Islam ialah untuk membina kekuatan dalaman umat dengan ajaran Islam yang berpandukan kepada al-
Quran dan Sunnah Nabinya. Sebuah Negara yang kuat amat bergantung kepada empat kekuatan sebagaimana yang dinukilkan oleh para pemimpin
Andalusia yang menguasai Sepanyol selama lebih 6 abad :
‘Justice of the Great' - Keadilan pemimpin yang hebat
‘Wisdom of the Wise '– Hikmah ulama yang bijaksana
‘Valor of the Brave '- Keberanian sang pejuang
‘Prayer of the Righteous '– Doa orang yang saleh

12. Semangat asabiyyah juga harus diperkasakan. Asas semangat asabiyyah ialah keutuhan bahasa, budaya dan agama.

13. Masyarakat yang utuh ialah masyarakat yang tinggi kerohaniannya. Dalam hal ini masjid mesti menjadi penjana terpenting ke arah pembinaan
tamadun khayra ummah.

14. Golongan ulama dan intelektual harus diberi tempat yang sewajarnya di dalam pemerintahan Negara agar ilmunya dapat dimanfaatkan untuk
pemerintahan yang menepati konsep ‘Baldatun taybatun wa rabbun Ghafur’

ebelakangan ini sudah seperti ada agenda tertentu yang menyentuh umat Islam di seluruh dunia
sama ada berbentuk penghinaan, pertikaian, kritikan dan sindiran. Mereka mengambil
kesempatan akibat dari kelemahan umat Islam sendiri sebagai senjata utama kekuatan mereka.
Perpecahan di kalangan umat Islam menyebabkan terserlahnya kelemahan umat Islam yang
memudahkan Barat dan Yahudi memainkan peranannya.

Penguasaan Barat dan Yahudi ke atas umat Islam kian tampak


 
mutakhir ini. Mereka bukan sahaja menjajah mentaliti, budaya
  atau gaya hidup umat Islam, malah jauh dari itu mereka telah
   menjajah fizikal umat Islam terutama negara-negara Arab yang
begitu mudah dipujuk dan dicucuk hidung. Kita sering bertanya, apakah punca kelemahan umat
Islam hari ini?. Adakah disebabkan oleh kelebihan dan kekuatan serangan daripada musuh-
musuh Islam, atau berpunca daripada kelemahan dalaman umat Islam sendiri?. Atau umat Islam
yang sudah "diBaratkan" idealogi mereka sebagai perosak dan duri dalam daging umat Islam
sendiri?.

Wajar kita fahami bahawa kelemahan dunia Islam hari ini bukanlah disebabkan hebatnya
serangan musuh atau cekapnya perancangan mereka dalam mengatur strategi untuk menguasai
umat Islam. Musuh-musuh Islam dapat menguasai umat Islam adalah kerana mereka bijak
mengambil kesempatan terhadap pelbagai masalah, kepincangan dan kelemahan dalaman umat
Islam sendiri. Justeru, umat Islam perlu bertanggungjawab di atas segala penindasan dan
penguasaan Barat dan Yahudi ke atas diri mereka kerana umat Islam sendiri secara dalamannya
telah menyediakan diri untuk ditindas dan dijajah.

Menurut Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya, "Aina al-Khalal", sebenarnya umat Islam bukan
lemah tetapi kurang kesedaran, lupa diri, tidak menggunakan seluruh kekuatan dan potensi,
tidak berdikari dan banyak bergantung kepada Barat, daya fikir yang kerdil, sempit dan beku
(jumud), budaya taqlid yang merugikan, kekuatan rohani yang pudar, tandus ilmu, bankrap
idea, muflis akhlak, ukhuwah antara umat Islam yang lemah, kerja yang tidak berkualiti dan
kurang berkualiti, serta membiarkan sahaja sumber ekonomi dieksploitasi oleh musuh-musuh
Islam.

Hakikat seperti di atas ini juga telah, sedang dan akan berlaku ke atas umat Islam di Malaysia
khususnya orang Melayu. Puas sudah diusahakan oleh pelbagai pihak untuk memajukan umat
Islam dan Melayu, namun masih ada lagi sifat kelemahan dalaman dan berkiblatkan segala dari
Barat adalah terbaik dan sempurna.

Islam hanya tinggal pada nama dan ini telah membuka ruang yang luas kepada serangan
pemikiran, budaya, politik dan ketenteraan. Serangan Barat ini boleh dikatakan sebagai dendam
terhadap kekalahan mereka di dalam siri Peperangan Salib yang memakan masa hampir dua
ratus tahun lamanya. Dari segi implikasi psikologi pula, Barat telah berjaya menyogok falsafah
dominasi nilai-nilai western dan kemenangan fahaman materialisme ke atas konsep, doktrin
serta cara hidup Islam.

Di dalam bidang pendidikan contohnya, betapa seriusnya kesan kekalahan Islam sehingga ilmu-
ilmu utama seperti kejuruteraan, psikologi, sosiologi, biologi, astronomi, fizik, kimia, matematik,
ekonomi dan perubatan yang di ajar di universiti terpisah jauh dari roh agama serta tidak ada
hubungan langsung dengan Islam. Walhal kita mengetahui bahawa pengasas dan pelopor ilmu-
ilmu ini adalah para ilmuwan Islam.

Sememangnya menjadi cita-cita Barat untuk menjadikan semua orang di dunia ini hidup serupa
dalam satu budaya, berfikiran serupa tanpa perbezaan keperibadian dan jiwa yang melibatkan
pengaruh agama, sejarah, kebudayaan, peradaban lampau, pendidikan dan nilai-nilai tradisi.
Mereka ingin melahirkan anak-anak Muslim "celupan Barat" yang berwatak sekular serta jauh
dari akhlak Islam. Cita-cita Barat ini sudah mula menambat di hati anak muda Islam dan Melayu
di negara ini dengan sogokan program hiburan yang melekakan dan serang saraf melalui dadah.

Kita tidak mahu akibat kejayaan dominasi Barat akan meranapkan umat dan agama Islam
seperti yang terjadi semasa Mustafa Kamal al-Tartuk yang memerintah Turki pada tahun 1923.
Beliau telah memusnahkan secara total sistem politik dan sosial Islam Turki lantas
menggantikannya dengan sistem sekularisme dan nasionalisme. Beliau menghapuskan semua
nilai tradisi Islam sehingga Turki tidak ubah seperti negara-negara Eropah lain

Ketika gerakan sekularisasinya sampai ke kemuncak, azan diharamkan dalam bahasa Arab dan
ditukar ke dalam bahasa Turki. Pakaian Barat diwajibkan, wanita Islam tidak dibenarkan
menutup aurat dan memakai serban, tarbus dan tudung kepala dianggap sebagai suatu
kesalahan jenayah.

Refomis dakwah Mesir, Hasan al-Banna dalam bukunya, "Rasa'il al-Imam al-Syahid", melahirkan
kebimbangannya terhadap serangan-serangan Barat yang tidak mampu ditepis oleh umat Islam.
Barat telah membawa gelombang kehidupan kebendaan kepada negara-negara Islam. Mereka
berusaha menghalang umat Islam mempunyai unsur perubahan dan kekuatan.Melalui serangan
sosial yang didukung oleh kelicikan politik, kepintaran helah serta kekuatan persenjataan, maka
mereka berhasil mencapai apa yang mereka ingini.

Kejayaan Barat dan Yahudi mendominasi umat Islam hakikatnya bertitik tolak dari kelemahan
dalaman umat Islam, sehingga ia muncul sebagai umat yang hilang punca. Umat yang lebih
menitikberatkan perselisihan remeh-temeh daripada berani membincangkan isu-isu besar dan
cabaran. Walaupun umat Islam mewakili lebih satu perempat penduduk dunia, tetapi mereka
menjadi umat yang kerdil, tiada kualiti, yang tidak mampu berperanan besar sama ada dalam
bidang ilmu pengetahuan, mahupun bidang pengeluaran, malah menjadi umat yang tidak
berupaya mempertahankan dirinya lagi.

Umat Islam kini lebih hampir kepada mati dari hidup, umat yang tidak berdaya berbuat apa-apa
selain dari berteriak, beretorik dan melolong. Negara-negara Arab tidak pandai menggunakan
kekayaan yang dikurniakan oleh Allah sehinggakan begitu mudah disedekahkan kepada pihak
musuh yang akhirnya menyembelih umat Islam sendiri.

Realiti ini telah dan sedang terjadi kepada seluruh umat Islam. Malah ia akan terus berulang
sekiranya umat Islam masih tidak mahu sedar dari kancah kejahilan, permusuhan,
persengketaan dan perpecahan yang meragut kewibawaan mereka.

Pemerintahan dan politik


Islam, Demokrasi,
Kezaliman Pemerintah dan Kebebasan Rakyat
Oleh Fathi Aris Omar [e-mel: wanparis@yahoo.com]
 
Islam adalah satu cara hidup yang lengkap. Ia berdiri atas beberapa prinsip yang tetap, tidak akan
berubah sama sekali dan juga beberapa garis panduan umum yang boleh menyerap perubahan
dan seterusnya memberikannya keanjalan untuk menyerap realiti-realiti baru kehidupan manusia.
Asas-asas Islam itu terdapat dengan nyata dalam al-Quran dan Hadith, serta kajian-kajian yang
sudah dicapai oleh tokoh-tokoh ulama (pemikir). Namun, al-Quran dan Hadith merupakan dua
sumber yang kekal dan sah sepanjang masa.
 
Dalam realiti sistem bernegara yang tidak memenuhi kriteria Islam sepenuhnya, malah ada
percubaan politik untuk mengongkongnya, realiti-realiti itu perlulah difahami dan
DIMANFAAT-kan dengan baik. Realiti politik di Malaysia ialah sistem demokrasi Barat, yang
dipelajari dari pengalaman penjajahan British.
 
Apakah Islam menolak demokrasi ini dan apakah seruan ke arah demokrasi dan kebebasan
rakyat TERKELUAR atau BERCANGGAH dengan Islam dan perjuangan Islam?
 
Soalan ini selalunya mengelirukan ramai orang Islam, khususnya mereka yang beranggapan
dirinya "pejuang Islam tulen" tetapi hanya mempelajari beberapa konsep umum yang dilihat
bercanggah dengan Islam. Negara ini dituduh sekular, demokrasi ini datangnya dari Barat, dan
malah sistemnya digubal dari pengalaman dan campur tangan "penjajah". Tanpa menafikan ada
juga kebenaran hujah-hujah konsep dan faktor sejarah tersebut, demokrasi di Malaysia
(walaupun sempit) membenarkan beberapa ruang untuk umat Islam, organisasi Islam dan aktiviti
Islam diadakan. Ruang-ruang ini mestilah dimanfaatkan dengan baik untuk meluaskan lagi
pengaruh Islam dengan pelbagai cara:
 
1. membina organisasi-organisasi (dan sumber manusia) yang dapat meletakkan Islam
sebagai satu cara hidup yang operational. Misalnya, alam bidang pendidikan, sosial,
ekonomi dan politik.
 
2. 2.      membina rangkaian kerja (dan aktivis) yang komited pada prinsip Islam dan
seterusnya beramal dengan moral dan idea-idea Islam.
 
3. memastikan RUANG-RUANG demokrasi ini terbuka lebih luas, dan menentang sebarang
bentuk percubaan secara terbuka atau tertutup, secara perlahan-lahan atau secara segera
untuk MENYEMPITKAN ruang-ruang demokrasi. Sebarang usaha menutup atau
menyempitkan ruang demokrasi bermakna tindakan-tindakan untuk melumpuhkan usaha-
usaha (1) dan (2) di atas.
 
Oleh itu, perjuangan membuka ruang demokrasi, memastikan demokrasi (dan sistem-sistemnya)
terus bersifat demokratik dan tidak diperalatkan oleh orang-orang berkuasa adalah TIDAK
bercanggah dengan Islam. Malah, perjuangan sedemikian masih dalam lingkungan dan definisi
perjuangan Islam kerana ia MEMBANTU proses-proses (atau usaha-usaha) pengislaman atau
penyebaran dakwah melalui organisasi-organisasi Islam dalam pelbagai bidang, khususnya parti
politik, perniagaan, pendidikan, dan sosial.
 
Usaha ini bolehlah diibaratkan "mengambil wudhu' untuk mendirikan solat wajib 5 waktu
sehari". Wudhu' (mengambil air sembahyang) umumnya tidaklah wajib tetapi menjadi wajib
kerana tidaklah sempurna tanggungjawab solat sehinggalah sah wudhu' seseorang.
 
Ada segelintir orang Islam keliru dalam aspek ini. Mereka menyangka demokrasi satu ideologi
(idea manusia) yang datang dari Barat dan bersifat liberal-sekular. Maka itu, demokrasi itu
bercanggah dengan Islam. Hujah mereka lagi, Islam berasaskan aqidah, berdasarkan al-Quran
dan hadith; sementara demokrasi berasaskan akal manusia semata-mata, khususnya manusia
yang bukan Islam. Walaupun hujah mereka itu BENAR dari segi konsep dan falsafahnya, tetapi
tidaklah benar dari segi MASLAHAT perjuangan yang lebih besar. Kebanyakan pemikir dan
ulama dari organisasi-organisasi Islam di seluruh dunia lebih "menyukai" pendekatan demokrasi
berbanding negara-negara yang tertutup demokrasinya, negara yang diperintah oleh elemen-
elemen autokrasi, regim diktator atau komunis (suatu masa dulu). Lebih-lebih lagi pemerintah-
pemerintah dalam sistem tersebut mengambil sikap bermusuh SECARA TERANG-
TERANGAN dan ganas ke atas pengamalan Islam, pemimpin Islam dan organisasi Islam.
Sehinggakan tindakan ganas, ekstrem itu tidak memungkinkan aktiviti Islam dan organisasi
Islam hidup subur atau lebih positif.
 
Demokrasi yang difikirkan sesuai dalam konteks sekarang ialah amalan demokrasi yang
MEMBENARKAN atau menggalakkan aktiviti-aktiviti umat Islam, organisasi Islam dan
pemimpin gerakan Islam ke arah Islam yang lengkap dan sempurna.Ada pun, jika demokrasi itu
bersikap keras terhadap Islam, maka demokrasi itu tidaklah serasi dengan tabie perjuangan
Islam. TETAPI, tentunya demokrasi itu akan terus diawasi agar tidak lebih merosot.
 
Sebenarnya gerakan Islam bukanlah suka atau setuju dengan falsafah demokrasi yang asal.
Tetapi umumnya mereka boleh bersetuju dengan demokrasi itu SELAGI ruang-ruang demokrasi
itu memberikan keizinan kepadanya untuk menyampaikan mesej (dakwah) Islam. Gerakan Islam
di seluruh dunia, termasuk Malaysia, memilih jalan penerangan dan amalan daripada peperangan
senjata (kecuali keadaan meminta cara seperti itu, misalnya di Palestin dan Bosnia). Mereka
percaya penerangan (dakwah) dan amalan (peribadi & institusi) akan mudah menarik orang
bukan Islam memahami Islam, dan seterusnya turut serta di bawah panji-panji politik Islam (dan
negara Islam).
 
Lagi pun, beberapa idea asas yang terkandung dalam idea-idea demokrasi itu - misalnya
ketelusan, akauntabiliti, pengasingan kuasa, perundingan, penyertaan rakyat, profesionalisme –
tidaklah dilihat bercanggah dengan Islam secara khusus. Malah ada juga hujah-hujah yang
membenarkan sifat-sifat itu wujud dalam pemikiran politik Islam.
 
Perlu ditegaskan, apabila wujud beberapa persamaan ciri dan konsep antara demokrasi dengan
Islam, ini TIDAKLAH BERMAKNA demokrasi itu sama dengan Islam.Tidak juga bermakna
demokrasi itu sebahagian dari Islam. Tidak juga bermakna adanya keadaan atau istilah
"demokrasi Islam" seperti kononnya wujud "sosialisme Islam" atau apa-apa sahaja. Bukan,
bukan begitu. Islam itu tersendiri dari segi sumbernya dan jalannya.
 
Wujudnya pertindihan nilai dan persamaan tertentu antara Islam dengan beberapa ideologi
manusia (misalnya demokrasi atau sosialisme) membuktikan manusia dari segi fitrahnya adalah
sama. Mereka yang berfikir secara serius akan sedikit sebanyak menggali fitrah mereka
(manusia) yang asal. Misalnya semua manusia inginkan keadilan, inginkan pengagihan sumber
kekayaan secara saksama, inginkan ruang-ruang kebebasan asas (bersuara, berkumpul,
berpersatuan), inginkan maruahnya dan hartanya terjaga. Walaupun pemikir-pemikir ideologi itu
gagal menggali SEMUA fitrahnya, tetapi sedikit sebanyak terjumpa juga dengan tabie atau fitrah
asalnya itu. Sebab itu, Islam sebagai agama fitrah mempunyai nilai-nilai asasi dan persamaan ini.
Islam sebagai agama fitrah lebih luas dan sempurna daripada ideologi ini kerana Islam
diwahyukan oleh Allah yang menjadikan manusia. Oleh itu, Allah mengetahui aspek-aspek yang
tidak diketahui oleh manusia. Maka, walaupun ada persamaan tetapi Islam lebih luas dari itu.
 
Perbezaan antara Islam dan ideologi Barat (termasuk demokrasi) terletak pada aspek-aspek
sumber ambilan, nilai dan perinciannya. Kemudiannya, pada model pengamalannya. Hakikatnya,
selagi wujud nilai-nilai umum Islam dalam demokrasi itu, maka tidak syak lagi, demokrasi
seperti itu wajarlah terus dipertahankan (agar jangan merosot menjadi sistem diktator atau
autokrasi pula!) dan terus dipulihkan dengan program-program Islam - dalam jangka masa yang
panjang dan dalam konteks dakwah yang berterusan.
 
Oleh itu, adalah salah atau palsu sama sekali jika ada orang Islam menuduh perjuangan
meluaskan ruang-ruang demokrasi di Malaysia (baik atas nama "reformasi" atau "Barisan
Alternatif") dianggap tidak Islam atau terkeluar dari Islam. Kritikan, teguran dan bantahan
kumpulan pro-reformasi atau pro-demokrasi itu sebenarnya untuk memastikan agar demokrasi di
Malaysia TIDAK BERTUKAR menjadi sistem autokrasi atau kediktatoran. Lebih-lebih lagi,
pemerintahan Mahathir dilihat telah merosotkan (dan merosakkan) lagi keadaan demokrasi di
Malaysia.
 
Realiti demokrasi di Malaysia, misalnya RUNTUHNYA atau RETAKNYA aspek-aspek semak
dan imbang (check & balance) cabang-cabang kehakiman, eksekutif serta legislatif; keraguan
terhadap kebebasan sistem kehakiman; tindakan polis yang ganas, memilih, memihak dan tidak
profesional; pemusatan ekonomi di tangan kroni dan pengagihan ekonomi yang tidak saksama;
sempitnya ruang muhasabah dan kritik dalam parti-parti pemerintah; pemusatan sumber
maklumat dan media massa; sempitnya ruang-ruang bergerak bebas di luar kerajaan (misalnya
yang dialami oleh NGO, parti-parti pembangkang dan juga orang perseorangan yang kritis)
BERMAKNA sempit juga ruang islah, dakwah dan reformasi yang hendak dibawa oleh
pemimpin Islam dan organisasi Islam.
 
Oleh itu, menentang kemerosotan demokrasi seperti itu dan menuntut demokrasi diberikan ruang
yang lebih luas SEBENARNYA salah satu cabang jihad dan saluran dakwah yang paling utama
buat masa kini. Tidak pernah ada pemimpin gerakan-gerakan Islam yang dihormati di Malaysia
(baik PUM, JIM, PAS atau ABIM) memutuskan isu-isu yang dihadapi oleh negara ini sebagai
isu-isu kecil, malah mereka melihatnya sebagai satu keadaan politik yang SANGAT serius dan
memerlukan pembabitan yang lebih BERTENAGA. Jauh sekali pemimpin-pemimpin dan
organisasi-organisasi ini untuk menyatakan bahawa perjuangan itu BERCANGGAH dengan
Islam atau terkeluar dari garis perjuangan Islam.
 
Hanya mereka yang buta sahaja, atau berangan-angan sahaja, atau terkeliru sahaja, atau tidak
mahu mempelajari sahaja, beranggapan usaha-usaha perjuangan pro-demokrasi atau pro-
reformasi seperti itu bercanggah dengan Islam. Hakikatnya, jika ada aktivis-aktivis Muslim atau
aktivis-aktivis dari gerakan Islam terlibat (dan bergabung) dengan NGO yang dimiliki oleh
aktivis-aktivis bukan Islam, itu menunjukkan satu TAHAP PENCAPAIAN yang positif.
Sebarang bentuk penyelewengan atau kezaliman (khususnya yang berselindung di sebalik nama
demokrasi, ala pemerintahan Dr Mahathir ini) adalah TIDAK ISLAM. Dan menentangnya
adalah JIHAD yang utama. Ulama mana yang berani menyatakan sebaliknya?
 
**
 

Perubahan peradaban manusia berlaku amat pantas. Islam yang suatu ketika
dulu begitu gemilang, kini jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi

dunia terutama dari segi ekonomi.

Image by onnufry via Flickr


Umat Islam dalam sejarah adalah kuat serta pernah menakluki dua pertiga
dunia, tetapi pada hari ini mereka ditindas, dihina dan diusir dari tanah air
sendiri selain dilabel dengan imej negatif atau pengganas. Berita keganasan,
pembunuhan dan pencerobohan dilakukan kuasa besar Barat terhadap umat
Islam bukan perkara baru kerana berlaku sejak lama dulu sehingga hari ini
penindasan itu masih berleluasa.

Keganasan dan penindasan di Palestin, Lubnan, Kosovo, Chechnya, Bosnia dan


paling hampir dengan negara kita seperti Thailand berlaku tanpa pembelaan
sewajarnya. Sehingga kini entah berapa banyak nyawa terkorban, harta musnah
dan air mata tumpah membasahi bumi. Peristiwa ini sungguh mengguris jiwa
umat Islam.

Hari ini, ramai pemimpin negara Islam lantang menyeru umat Islam bersatu bagi
menyelamatkan negara daripada penjajahan. Namun, usaha merealisasikannya
bukan saja kabur, malah tidak bersungguh-sungguh serta tidak jelas dari segi
matlamat dan kaedah yang mesti dilaksanakan.

Bagaimanakah negara Islam boleh bersatu jika segala ideologi yang


menyesatkan seperti sekularis, komunis, sosialis dan kapitalis masih digunakan
pemimpin Islam sendiri.

Ideologi bertentangan Islam patut ditolak oleh umat Islam. Jika kita lihat ketika
ini kesatuan Islam masih lemah dan keadaan menjadi lebih buruk apabila umat
Islam mengalami masalah dalaman sesama sendiri di samping masalah luaran
dengan negara Islam lain.

Negara Islam hari ini, secara umum lemah dari pelbagai segi merangkumi
politik, ekonomi dan kesatuan fikrah. Sehingga kini kesatuan dan kekuatan
umat Islam secara keseluruhan masih belum pulih. Kelemahan ini juga
menjadikan Barat semakin berani menekan dan melakukan pelbagai
penindasan serta kekejaman terhadap umat Islam.
Pemimpin negara Islam masih gagal mencapai kata sepakat menangani masalah
ini, sedangkan nyawa dan nasib umat Islam seperti di Palestin semakin
terancam. Mereka juga tidak memahami perkara awlawiyyat (keutamaan)
sehingga menyebabkan kepentingan umat dan agama Islam terabai. Kegagalan
ini juga mengakibatkan negara Islam terpaksa tunduk kepada kehendak Barat.

Kebanyakan kita mengaku sebagai umat Islam, namun setakat manakah


peranan dan tanggungjawab sebagai saudara seagama dalam usaha membantu
mereka yang ditindas dan apakah sumbangan kita untuk membantu mereka?

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang kafir, sesetengahnya
menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu
(wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang
diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan
kerosakan yang besar.” (Surah al-Anfaal, ayat 73)

Kini sudah sampai masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri
serta mencari punca di manakah silapnya. Masyarakat Islam perlu membina
kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan
disegani di seluruh dunia. Yang nyatanya, umat Islam amat lemah dari segi
ekonomi.

Pemimpin negara Islam harus bersatu dan memandang ke depan di samping


mengatur strategi efektif ke arah mencari penyelesaiannya. Antara usaha yang
mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan,
kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk
penjajahan, penindasan dan menghina umat Islam dapat dihindarkan.

Umat Islam juga perlu berperanan sebagai individu pengguna yang bijak dengan
memboikot barang syarikat Barat yang mengaut keuntungan untuk
menjatuhkan negara Islam.
Walaupun usaha ini kelihatan remeh, jika seluruh umat Islam bersatu hati
natijahnya amat besar ke arah mengurangkan sumber ekonomi Barat yang
nyata tujuannya untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap
umat Islam. Umat Islam perlu kembali kepada fitrah iaitu menghayati serta
mengamalkan al-Quran dan hadis sepenuhnya.

Dalam dunia serba moden hari ini, walaupun ada umat Islam yang kuat
imannya, tidak kurang juga yang jauh terpesong daripada landasan Islam.

Ada juga hanya Islam pada nama sedangkan segala kewajipan agama tidak
pernah ditunaikan, malah cara hidup mereka juga seperti bukan Islam. Perkara
ini perlu diambil perhatian supaya umat Islam dan generasi akan datang
menjadi umat yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT serta mantap
imannya seperti umat pada zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabat Baginda.
Firman Allah SWT bermaksud: “Kekuatan itu hanya bagi Allah, bagi Rasul-Nya
dan bagi orang beriman.” (Surah al-Munafiqun, ayat

Jika perkara ini gagal ditangani pada peringkat akar umbinya lagi, maka tidak
mustahil suatu masa nanti umat Islam menjadi umat termundur, dihina dan
diperlekeh oleh bangsa asing seperti yang terjadi kepada saudara kita di negara
disebutkan sebelum ini.

Oleh itu, sebagai manusia yang dimuliakan dengan akal fikiran dan khalifah di
muka bumi ini, jawapannya tepuk dada tanya iman dan diri sendiri siapakah
kita, apakah tujuan kita dijadikan dan ke manakah kita akan kembali suatu hari
nanti.

Apa yang kita miliki hari ini seperti kuasa, pangkat, dan kekayaan harta benda di
dunia ini adalah pinjaman dan ujian semata-mata, maka pergunakan dengan
sebaiknya ke jalan diredai kerana tanpa bekalan secukupnya kita akan kembali
kepada Allah SWT dengan keadaan papa dan hina.
Jumlah penduduk Islam diseluruh dunia ialah 1.4 billion, tetapi orang Yahudi
hanya 14 juta diseluruh dunia. Tetapi mengapa mereka mampu untuk menindas
kita. Jawapannya. Ekonomi kita amat lemah berbanding mereka. Mengapa
ekonomi kita lemah? Contohnya tidak perlu kita lihat jauh,cukuplah dengan
sifat kebanyakan orang melayu di Malaysia. Mereka semua malas untuk
berusaha berbanding dengan bangsa lain. Mereka lebih suka menyalahkan
takdir dengan mengatakan “sudah takdir”,”sudah rezeki aku setakat ini” dan
lain lain. Ini semua tidak ubah seperti menyalahkan takdir.

Ini sejajar dengan penegasan Rasulullah s.a.w. mengenai tanggungjawab setiap


umat Islam terhadap saudaranya: Orang mukmin adalah saudara kepada
mukmin yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya, membiarkannya merana
mahupun ditindas (Riwayat Muslim).

Allah turut menegaskan di dalam al-Quran: Sekiranya terdapat umat Islam yang
menagih pertolongan lantaran ditindas atau dianiaya, maka menjadi kewajipan
saudara seIslam menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk sama ada dengan
jiwa raga mahupun harta benda (Al-Anfal:72).

CAMPURTANGAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN


tidak memadai dengan pentadbiran dan politik di negara islam musuh islam cuba menghapuskan islam
dari akar umbinya.mereka cuba campurtangan dalam bidang pendidikan
objektifnya ada 2 yang paling penting pertamanya menghapuskan subjek quran dan hadis daripada
program pendidikan.kedua ialah menjahilkan anak2 muda islam ttg pentingnya pembelajaran bahasa
arab,sejarah dan tamadun serta warisan islam lampau
caranya ialah menjadikan matapelajaran agama islam sebagai matapelajaran yang tak penting dan tak
dimasukkan dalam keseluruhan markah peperiksaan.dalam erti kata lain lulus atau tak lulus subjek
pengajian islam itu tak penting kerana ianya tak akan menjejaskan markah keseluruhan
mereka juga semasa zaman penjajahan cuba menjadikan bahasa inggeris atau peranchis sebagai bahasa
pengantar di semua peringkat pengajian bermula pendidikan rendah hinggalah pendidikan tinggi
selain itu ,tumpuan hendaklah diberikan kepada perasaan cintakan tanahair daripada semangat
keagamaan dan mengambil berat ttg kegiatan seni lukis,program sukan keusahawanan dan sebagainya.
teori2 palsu seperti teori evolusi darwin dan teori seks freud mula diajarkan dan diberi penekanan yang
khusus sedangkan teori darwin kalau dinilai balik oleh saintis dan masyarakat barat terlalu kabur dan tak
layak dipanggil teori
sejarah islam pula diajar dalam bentuk yang kabur dan menekankan soal perpecahan umat islam serta
kepimpinan barat dan sebagainya.saya teringat kalau dibaca kembali buku sejarah msia saya merasakan
seolah2 hugh low atau frank swettenham seorang yang baik yang memajukan negara kita sedangkan tok
janggut dol said datuk maharajelela semuanya adalah penderhaka dan pelampau.
di mesir pihak penjajah berdepan dengan sistem pendidikan al azhar.al azhar mempunyai sistem
pendidikan yang bermula dari tahap kanak2 hinggalah ke tahap doktor falsafah(pada masa
sekarang,zaman dulu takder peringkat phd dan sebagainya).mereka sedar bukan mudah untuk
menghilangkan kepercayaan dan kethigahan masyarakat tempatan terhadap azhar
mereka menubuhkan sekolah dan univ moden yang dilengkapi dengan alat pengajian yang serba
canggih.sementara itu lulusan keluaran azhar susah nak dapat kerja dan kalau dapat kerja sekalipun
mereka dibayar dengan gaji yang sedikit berbanding dengan mereka yang berkelulusan inggeris dan
barat,mudah dapat kerja dan dibayar dengan upah yang mahal.di antara orang yang bertanggungjawab
untuk meruntuhkan sistem pendidikan islam di mesir ialah lord cromer dan dunlop(penasihat
kementerian pendidikan di mesir pada waktu itu.dunlop seorang bekas padri berkelulusan kuliah al
lahut ,institusi kristian terulung pada masa itu).sementara itu bagi subjek bahasa arab,kanak2 dididik
seolah 2 bahasa arab terpisah daripada ilmu2 islam.dalam buku2 teks peringkat sekolah dihapuskan ayat
2 quran dan hadis yang terdapat dalam buku kefahaman mereka (comprehension).dalam subjek sejarah
pula mereka diajar ttg napoleon,wilson ,frizer,dan lain2 pemimpin kristian.pengajaran ttg zamana
rennaissance di ambil berat.sedangakan pengajian ttg amru al as yang membawa islam ke mesir dan
sejarah nabi serta pejuang2 islam tidak di ambil berat.apatah lagi sejarah peperangan salib tak diajar
secara khas(perang salib membawa kesan yang besar kepada eropah).selain itu method pengajian juga
telah salah.kalau dalam bab urusan 2 kecil dibesar2kan sebaliknya masalah2 besar diketepikan.kalau bab
peperangan ali dan muawiyyah(perang siffin) atau perang jamal antara ali dan aeisyah di ambil berat
sedangkan kalau bab pembukaan islam tak perlu diberi perhatian.sebaliknya pula kalau gerakan
pemisahan islam di ajar secara khusus seperti gerakan al qaramitah, revolusi negro dan
sebagainya.selain itu mereka juga memburukkan kerajaan uthmaniah,abbasiah dan umayyah.tujuannya
ialah untuk menjahilkan generasi muda ttg islam.mereka ingin menghapuskan keperibadian dan
keagungan silam islam seolah islam tak pernah mencipta sejarah.supaya apabila ditanya orang apakah
agama awak maka dia akan menjawabnya dengan rendah diri islam.inilah yang pernah di utarakan oleh
orientalis amerika leofold fass yang memeluk islam dan menukar namanya kepada muhamad
asad:satunya2 kesan yang mampu meresapkan pendidikan sejarah kedalam pemikiran generasi muda
ialah menimbulkan rasa kekurangan dalam diri mereka dengan sejarah lampau mereka...
sementara itu dalam bidang pengajian ilmu2 biologi kimia dan sebagainya mereka telah menggubal
sistem pengajian yang menjadikan kita rasa seolah2 sains terpisah dari pada agama.seolah2 sains itu
musuh kepada agama.begitu juga dengan hasil pengkajian dan method pengkajian sesuatu perkara,kita
akan merasakan semuanya dari barat sedangkan barat mencedok dan mengubahsuainya dari ulama
silam islam.kalau kita lihat ttg sistem ujikaji dan eksperimen dalam bidang sains serta kaedah2 lain
semua ini adalah hasil kajian ulama islam pada zaman silam.
dalam bidang sosiologi dan ilmu kemanusiaan teori2 karut yahudi dan barat diajar secara mendalam
seolah2 teori2 tersebut merupaka sesuatu yang benar dan pasti.teori2 darwin,freud,dorkaim,angest
kent semuanya dibei penekanan secara khusus
sebagai contohnya teori evolusi darwin yang mendakwa bahawa manusia berasal dari beruk yang lama2
berubah dan boleh berfikir.beliau menafikan ayat quran bahawa manusia berasal dari adam dan adam
dari tanah.yahudi sedunia memainkan peranan penting dalam mendokong dan menyebarkan teori ini
dan mengangkat darwin dengan anugerah dan pengiktirafan yang pelbagai,...realitinya ramai saintis
barat pada masa sekarang yang mengatakan bahawa apa yang dikemukakan oleh darwin jauh dari
method ilmiah dan pendapatnya tidak boleh dinamakan teori.
teori darwin telah ditolak oleh ramai ulama islam termasuklah qardawi dalam sebuah kitabnya yang
saya tak ingat tajuknya.
dalam bidang ekonomi mereka memfokuskan kepada teori adam smith seorang pemikir ekonomi
eropah yang melahirkan kapitalis dan juga komunisme karl marx.sehingga anak2 muda islam yang
belajar ekonomi tak menyedari adanya sistem ekonomi dalam islam.seolah2 islam hanyalah peraturan
ibadat dan akhlak semata2.
dalam bidang undang2 pelajar lebih mempelajari undang2 peranchis dan inggeris yang diasaskan
daripada undang2 purba rom dan greek tua.sebaliknya undang2 islam dilenyapkan daripada skema
pendidikan
dalam bidang falsafah ,mereka memburukkan falsafah islam seolah2 falsafah tak wujud dalam
islam.falsafah islam hanyalah dicedok daripada peradaban yunani dan greek dahulu
inilah yang berlaku di mesir dan strategi inilah juga yang telah dilaksanakan di tunisia untuk mencabar al
zaitoun dan meruntuhkan al qurawiyyin di maghrib(al qurawiyyin merupakan institusi pengajian islam di
maghrib sebagaimana azhar di mesir dan al zeitoun di tunis)
inilah yang dihadapi oleh al azhar pada masa kini dan umat islam di merata dunia.apabila quran dan
hadis tak lagi menjadi asas pengajian untuk anak2 islam,akan lahirlah suatu generasi yang menjadi acuan
barat,tak mungkin untuk kita mencabar ketamadunan barat hanyalah dengan semangat kebangsaan
ataupun kemajuan teknologi zahiriah semata2
ingatlah semasa sebuah kereta rakyat mesir yang ingin memasuki sebuah kawasan jajahan yahudi
semasa dia melintasi kawalan keselamatan ketenteraan yahudi dia telah ditahan dan disoal oleh serang
anggota tentera:ramai lagikah angkatan tentera mesir dari kalangan ikhwan muslimin?inilah soalan yang
menjadi kebiasaan tentera israel terhadap rakyat mesir.mereka tak takut kepada senapang dan senjata
tentera mesir namun mereka lebih takut kepada yang memegang dan mengendalikan senapang dan
senjata itu.mereka sedar selagi mana islam dan iman menjadi asas kepada umat islam mereka tak akan
mampu berhadapan dengan kita........inilah sebab kenapa mereka berusaha menjauhkan quran dan
hadis serta warisan islam daripada anak2 muda islam.......
ulama menggariskan 2 kaedah penting untuk menghadapi serangan pendidikan ini pertama kaedah
pengajian harus digubal semula dan kedua nya sistem pendidikan islam khasnya tak boleh bercampur
lelaki dan perempuan.

Anda mungkin juga menyukai