Anda di halaman 1dari 3

1.

Internet

 Culture & Society – Festival & Celebration


http://allmalaysia.info/msiaknow/festivals,rayapuasa.asp

2. Orang sumber

 Rohayah Binti Mat Isa, 50 tahun, No 37, Jalan 3/M, Bandar Seri Putra, 43000
Bangi.

3. Buku Ilmiah

 A. Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Mohamad, 1995, Perayaan Orang Melayu,
Selangor, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

4. Majalah

 Sinar Rohani, Julai – OgosM, Muka surat 25 hingga 30


Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-kaum

yang ada di Malaysia ini seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu, Tahun Baru

Cina oleh kaum Cina, Depavalli oleh kaum India, Krismas oleh kaum India atau Cina yang

menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan mengekalkan

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di Malaysia ini sama-

sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa masing-masing.Rumah

terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung mengunjungi di antara satu sama

lain.Bersama- sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan semasa menyambut hari

perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat muhibah dan semangat bermasyarakat dapat

lahir dengan sendirinya.

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang

menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan bangsa dan

agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang berakhlak dan

berbudi pekerti mulia. Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati terhadap

kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong Konsep Satu Malaysia yang

dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.


Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan

bermuafakat di antara satu sama lain. Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan

tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut perayaan

atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana semasa musim

perayaan semua rakyat Malaysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan

ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab kepada

bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing.Justeru itu Semasa

perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni. Sebagai rakyat Malaysia kita

perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta menyayangi negara dan

bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat mengekalkan perpaduan dalam

kalangan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai