Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada
saya untuk menyiapkannya.
Sekalung penghargaan budi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah iaitu Cik Nor Rehan binti Abdul Aziz kerana dengan tunjuk ajarnya dan panduan
serta bantuan dalam tugasan ini dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaik-
baiknya.Tanpa tunjuk ajar encik tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini dan saya
merasa beruntung kerana didikan serta tunjuk ajar daripada encik yang sentiasa memberikan
pengajaran yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya . Saya mendoakan agar encik selalu bahagia
di samping keluarga tersayang.
Saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga tercinta yang jauh di mata tetapi dekat
di hati, kerana telah memberikan kemudahan yang cukup untuk pembelajaran saya. Keluarga
saya juga merupakan pendorong semangat untuk saya terus berjaya dalam kehidupan ini.
Segala jasa baik keluarga tidak mungkin dapat dinilai apatah lagi untuk dibalas dengan
wang ringgit. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik keluarga yang saya sangat cintai.
Tidak lupa juga kawan-kawan yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar serta
nasihat yang amat berguna kepada saya dan sanggup berkongsi pengalaman pahit dan manis
bersama saya.
Akhir sekali, sebelum menutup bicara saya memohon budi baik encik agar dapat
menilai kerja kursus saya ini dengan sebaik-baiknya, saya juga ingin memohon maaf
seandainya terdapat kesilapan dan kecacatan di dalam tugasan ini kerana sebagai manusia kita
tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan serta kesalahan dan itulah fitrah manusia.
Diharap usaha yang sedikit ini, mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t disamping
ianya sebagai amal jariah yang boleh mendatangkan manfaat kepada kita semua. Setiap
pertolongan dan bantuan yang diberikan amatlah saya hargai dan diakhiri dengan jazakallahu
khairan kathira. Sekian terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai