Anda di halaman 1dari 19

BAB I

PENGENALAN

“A major and continuing problem of teacher education is the evaluation of its


‘product’ namely teacher. Teacher education is analogous to industry in that it
needs to evaluate the ‘product’ and to feed that evaluative information back
into the program of preparation in order to improve the quality of the teaching
profession.”(sumber: American Association of Colleges for Teaching
Education-AACTE)

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang
dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang
memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Kita sebagai guru perlu
membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau
memerlukan ulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya,
sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin
mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghiraukan
maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga
istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor
yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru
dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

1
Walaupun penilaian menjadi satu bidang yang sangat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, masih ramai guru yang bersikap sambil lewa mahupun yang kurang mahir
dalam teknik-teknik penilaian ini. Penilaian bagi mereka hanya berfungsi sebagai alat untuk
memilih dan mengasing pelajar sahaja. Padahal terdapat pelbagai tujuan lain penilaian yang
lebih penting daripada itu yang perlu mereka tahu dan titik beratkan.

Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau
takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Konsep penilaian adalah untuk
mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar, menentukan hasil
pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrument penilaian,
melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor
dan membuat tindakan susulan disamping dapat memastikan perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Dalam penilaian kurikulum, biasanya ada tiga tujuan penilaian. Tujuan pertama ialah
untuk mengenal pasti jawapan kepada soalan-soalan awal. Contohnya menilai keupayaan
awal pelajar-pelajar, kelemahan dan kebaikan kurikulum yang ada, permintaan masyarakat
dewasa ini, latar belakang pelajar-pelajar, dan lain-lain lagi. Persoalan ini penting dijawab
terlebih dahulu dalam proses pembentukan kurikulum, kerana jawapan yang diperolehi itu
penting untuk digunakan sebagai asas kepada proses pembentukan kurikulum seterusnya.
Biasanya aktiviti penilaian yang terlibat ditahap ini dipanggil kajian status dan kadang-kadang
dipanggil kajian diagnostik yakni mengenal pasti keadaan sebenarnya di peringkat awal, di
samping mengenal pasti semua kelemahan dan kebaikan yang terdapat dan juga mengenal
pasti punca-puncanya.

Sungguhpun sesetengah pihak yang terlibat membentuk kurikulum tidak


mementingkan penilaian di peringkat ini, tetapi perkara ini merupakan satu perkara yang
kurang sihat kerana ia akan mengurangkan keberkesanan aspek-aspek kurikulum yang akan
dibentuk seterusnya. Sepatutnya kajian penilaian awal ini perlu dilakukan terlebih dahulu
kerana maklumat yang diperolehi sudah tentu boleh membantu meningkatkan lagi
keberkesanan proses pembentukan kurikulum seterusnya.

Seterusnya, tujuan penilaian dalam kurikulum ialah untuk memperbaiki mana-mana


aspek dalam proses pembentukan dan perkembangan kurikulum itu. Oleh kerana proses

2
perkembangan kurikulum bukanlah pada keseluruhannya, merupakan suatu proses yang
mudah dan clear-cut tetapi sebaliknya ia merupakan suatu proses yang agak rumit
disebabkan banyak faktor yang perlu diberi pertimbangan, maka sudah tentulah akan terdapat
pelbagai ketidakseimbangan, ketinggalan dan lain-lain lagi semasa proses tersebut. Oleh
sebab itu proses dan hasil tersebut patutlah dibuat penilaian secara berterusan. Kemudian
perlulah diubah sewajarnya supaya hasil akhirnya dapat mencerminkan pencapaian objektif
yang telah ditentukan. Biasanya penilaian yang begini dipanggil penilaian berterusan,
penilaian pembaikan atau penilaian formatif.

Sebagai sebuah organisasi formal dan berhierarki, sistem penilaian perlu dilakukan di
sekolah dari semasa ke semasa. Tujuan penilaian guru antaranya ialah untuk meningkatkan
kualiti pengajaran bukan untuk menilai prestasi guru. Dengan ini ia merupakan harapan atau
matlamat sekolah. Guru mempunyai harapan untuk meningkatkan gaji, jaminan pekerjaan dan
juga layanan adil. Oleh itu mereka mengharapkan penilaian yang berkesan. Dari segi sosial,
ialah untuk menjalinkan hubungan yang mesra, menghasilkan perkembangan kendiri dan
pengekalan minat guru terhadap pekerjaan. Memberi komen sekiranya terdapat kelemahan
dalam menjalankan tugas.

Definisi Penilaian

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah


proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang
perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program
pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan
seseorang membuat keputusan.

Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau

3
keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza
dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu
yang lebih bersifat kuantitatif.

Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai


satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian
pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil progam
pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian,
adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam
keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui
ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut
dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan.

Proses penilaian adalah satu proses sistematik yang melibatkan pengumpulan,


penganalisaan dan penginterpretasian keterangan tentang setakat mana guru telah mencapai
objektif pengajarannya. Ia melibatkan satu proses mengukur dan membuat pertimbangan
tentang kebolehan dan keupayaan guru tersebut berdasarkan objektif yang telah ditetapkan
(Mohd Najib Ghafar, 1997).

Penilaian bloeh didefinisikan sebagai suatu proses untuk membuat keputusan


mengenai keberkesanan sesuatu program atau aktiviti. Di antara aktiviti yang terlibat dalam
proses penilaian ialah mengenal pasti sebab atau rasional dan tujuan penilaian tersebut, aspek
atau aspek-aspek yang hendak dinilai, bila hendak dinilai, siapa yang hendak dinilai,
bagaimana hendak mengumpul maklumat, disamping mengenal pasti halangan dan
sumbangan terhadap proses penilaian , juga mengenal pasti bagaimana hendak menganalisa
data, membuat interpretasi tentang penemuan dan akhirnya membuat keputusan tertentu
mengenai keberkesanan program atau aktiviti atau sesuatu yang dinilai itu.

Definisi di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa penilaian dan proses
mengenainya merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai aktiviti dan bukan satu atau
dua sahaja. Ada sesetengah pihak mendefinisikan penilaian sebagai pengukuran. Definisi ini
tidak tepat kerana pengukuran tidak terlibat atau mempunyai pelbagai aktiviti seperti yang
telah dinyatakan dalam definisi penilaian di atas. Pengukuran adalah lebih kepada aspek-
aspek pengumpulan maklumat atau data dengan demikian ia sebenarnya adalah ‘subsum’ di

4
bawah konsep penilaian yang jauh lebih besar atau meluas daripada hanya terlibat dengan
aspek-aspek pengumpulan maklumat atau data sahaja.

Tujuan Penilaian

Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses
pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang
dijalankan sepatutnya memberi manfaat besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa, malah
kepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri. Antara tujuan utama penilaian
ialah sebagai:

 Untuk mengetahui secara kasar keupayaan, kemahiran atau pengetahuan sedia ada
pada murid pada awal tahun melalui diagnostic test. Tahap pengajaran selanjutnya
bolehlah diperolehi berdasarkan hasil daripada ujian tersebut.

 Untuk membantu guru-guru bagi mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka


telah dapat menguasai atau mempelajari apa yang akan disampaikan. Dengan kata
lain, guru-guru dapat melihat sejauh mana pengajaran itu berhasil.

 Untuk menilai prestasi pelajar dengan membandingkan pencapaian seseorang pelajar


dengan rakan-rakan sekelas atau peringkat kelas yang sama di sekolah.

 Mencerminkan matlamat sukatan.

 Mencerminkan keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis.

 Berupaya memperoleh dan menyampaikan maklumat, idea dan perasaan.

Prinsip Penilaian
5
Penilaian yang baik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut iaitu kesahan,
kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran, keberkesanan, dan kepositifan dan
kekonstruktifan. Kesahan ialah merujuk kepada tujuan dan dapat mengukur item-item yang
dinilai dan bukan perkara lain dan tujuan penilaian ini pula sejajar dengan sukatan pelajaran.

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan dan mencerminkan keupayaan sebenar


murid serta tidak mengandungi unsur-unsur diskriminasi baik dari segi jantina, budaya,
bangsa dan sebagainya. Keobjektifan pula merujuk kepada kelancaran pentadbiran sesuatu
ujian dan pemarkahannya tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti jantina, kaum,
paras rupa, latar belakang sosio ekonomi.

Keberkesanan ialah kebolehan penilaian yang dapat membezakan tahap pencapaian


murid. Manakala, kepositifan dan kekonstruktifan ialah mengenal pasti kelemahan atau
kekuatan, cara belajar, keperluan, minat, sikap dan usaha murid.

6
BAB II

PENILAIAN PENGAJARAN GURU

Dijalankan bagi mengetahui sama ada konsep atau kemahiran yang diajar dapat
disampaikan dengan baik atau tidak. Adakah objektif yang dinyatakan pada peringkat
permulaan kelas dapat dicapai oleh pelajar. Sekiranya keputusan yang diperolehi tidak
memuaskan, maka kemungkinan besar pengajaran yang dijalankan adalah lemah. Oleh itu
guru harus memperbaiki pengajaran beliau pada masa akan datang dan mengambil langkah
sewajarnya menangani kelemahan tersebut.

Untuk membantu guru-guru bagi mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka


telah dapat menguasai atau mempelajari apa yang akan disampaikan. Dengan kata lain, guru-
guru dapat melihat sejauh mana pengajaran itu berhasil. Di samping untuk menilai prestasi
pelajar dengan membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan rakan-rakan sekelas
atau peringkat kelas yang sama di sekolah.

Isaacson (1999) menyatakan bahawa sebilangan besar guru tidak menggunakan


sepenuhnya maklumat daripada pentaksiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah untuk memantau pembelajaran pelajar, menilai keberkesanan pelbagai kaedah
pengajaran guru dan sebagai panduan membuat keputusan-keputusan berkenaan pengajaran.
Menurut Abu Bakar Nordin (1986), implikasi yang dahsyat daripada budaya ini ialah pelajar
yang lemah akan terus tertinggal atau terus diketepikan, kelemahan pengajaran guru tidak
diperbaiki dan guru lebih cenderung untuk meletakkan kesalahan pada bahu pelajar semata-
mata apabila keputusan peperiksaan kurang memuaskan.

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan
maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan
kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas
tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal
pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan,
7
sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang
dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat atau cerdas, yang memerlukan
aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga
perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih
bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi
yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan


memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar
secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi
pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan
dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan
menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk
mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah
yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus
menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

Penilaian kendiri

Disamping penilaian guru, dalam situasi yang tertentu, murid juga boleh menilai
dirinya sendiri dan rakan sebayanya. Guru boleh menggunakan maklumat daripada penilaian
yang dilakukan oleh murid untuk membantunya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
pengajaran dan pembelajaran murid untuk tindakan susulan.

Murid hendaklah sentiasa digalakkan melakukan penilaian kendiri. Dalam penilaian


kendiri, murid dapat menilai kekuatan dan kelemahannya dalam pembelajaran, sikap, amalan
dan sebagainya. Melalui penilaian kendiri, murid dapat dilatih untuk mengesan tahap
kebolehan atau masalah pembelajarannya. Di samping itu, murid dapat membuat penilaian
terhadap perkembangan dan kemajuannya secara berterusan dan tidak semata-mata
bergantung kepada maklum balas yang diberi oleh guru melalui ujian ataupun latihan.

8
Murid hendaklah dilatih untuk sentiasa mengawasi kemajuan pelajarannya dengan
menggunakan format penilaian kendiri yang dirancang bersama guru atau yang disediakan
olehnya sendiri. Beberapa aspek pembelajaran boleh diuji oleh murid sendiri dan ini akan
melatihnya supaya peka terhadap pembelajarannya. Maklum balas penilaian kendiri murid
akan membolehkan guru menentukan sama ada semua objektif pengajaran dan pembelajaran
tercapai.

Aspek-aspek penilaian

Semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang meliputi semua aspek perkembangan diri
murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani hendaklah dinilai. Penekanan kepada aspek
ini perlu mengikut objektif pembelajaran bagi setiap mata pelajaran. Antara perkara-perkara
utama yang perlu dinilai ialah:

 Penguasaan pengetahuan.
 Pemahaman konsep.
 Penguasaan kemahiran bahasa.
 Penguasaan kemahiran berfikir.
 Penglahiran emosi dan perasaan.
 Penguasaan kemahiran sosial.
 Penguasaan kemahiran manipulatif.
 Penguasaan kemahiran amali.
 Perlakuan murid.
 Penguasaan kemahiran pergerakan.
 Taraf kesihatan dan kecergasan.
 Perkembangan minat.
 Perkembangan bakat.
 Amalan nilai positif.
 Amalan tingkah laku yang baik.
 Perubahan sikap.

9
 Perkembangan daya kreatif.

Beberapa perkara diatas merupakan perkara umum yang perlu dinilai dan direntasi
dalam semua mata pelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara khusus
yang perlu dinilai dalam mata pelajaran tertentu sahaja. Cara merekod dan melapor bagi
perkara yang dinilai bergantung kepada penekanan yang telah ditentukan oleh guru dalam
setiap mata pelajaran. Penilaian perkara yang disenaraikan itu hendaklah menggunakan
kriteria berdasarkan objektif pembelajaran.

Penilaian hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar murid berkenaan, kerana
guru itulah yang lebih mengenali murid tersebut. Dengan itu, guru dapat membuat penilaian
yang tepat. Walau bagaimanapun pihak lain seperti guru lain, rakan sebaya murid dan murid
itu sendiri juga dapat membuat penilaian agar maklumat yang diperoleh boleh membantu
guru.

10
BAB III

PENILAIAN BAHAN PENGAJARAN

“…guru hendaklah sentiasa bersedia mengemaskinikan pengetahuan dan menguasai


kemahiran terkini selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama, pemudahcara
dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar”.

(Datin Asariah Mior Shaharuddin, 2009)

Peranan guru kini telah beralih dari seorang penyampai maklumat kepada seorang
pemudahcara dalam proses P&P. Justeru, saranan agar guru terus mengemaskini ilmu
pengetahuannya adalah wajar terutamanya dalam bidang kepakarannya. Dalam usaha
menangani cabaran ini, guru harus bersikap keterbukaan untuk membolehkan perubahan dan
penyesuaian berlaku dalam sistem pendidikan di sekolah (Wan Mohd Zahid bin Mohd
Nordin, 1993). Maka, sebagai guru perlulah peka dengan keperluan bahan pengajaran yang
akan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan.

Bahan pengajaran meliputi semua bahan yang diperlukan untuk mengumpul maklumat
dan membolehkan penilaian dijalankan. Bahan-bahan ini termasuklah soalan lisan, soalan
bertulis yang berbentuk latihan harian, soalan ujian dan soalan peperiksaan serta borang-
borang pemerhatian yang berbentuk senarai semak, borang rekod anekdot, skala kadar dan
lembaran penilaian kendiri.

Bahan penilaian diperlukan untuk memudahkan guru menjalankan penilaian dengan


berkesan dan adil dan megumpul maklumat secara bersistem dan objektif. Penilaian pelajar
boleh dilakukan dengan ujian. Penilaian berdasarkan ujian ini boleh dibahagikan kepada dua
jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian Formatif
11
Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-
murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang
terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab dalam buku teks. Keputusan yang diperoleh
digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk memberi gred atau kedudukan
dalam kelas.objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan
pembelajaran murid-murid. Dengan itu, kaedah serta isi pengajaran boleh disediakan.
Sekiranya terdapat sejumlah besar murid gagal dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan di
ajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan.

Sebaliknya, kaedah perseorangan digunakan sekiranya terdapat sebilangan kecil murid


yang gagal. Kaedah perseorangan mungkin merupakan pengajaran terancang atau tugasan
membaca bahan yang lebih mudah. Penilaian di peringkat ini dilakukan semasa kurikulum
masih dalam proses perkembangannya dan tujuan penilaian itu dilaksanakan adalah untuk
memperbaiki mana-mana aspek kurikulum itu dalam proses perkembangannya. Seperti juga
dengan penilaian awal yang telah disebutkan pada awal tadi, penilaian di peringkat formatif
ini juga adalah penting dilaksanakan. Kalau penilaian tidak diadakan di peringkat formatif ini,
kita tidak tahu sama ada proses yang sedang dilalui itu adakah betul atau sebaliknya.

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus.
Tujuannya ialah untuk memberikan gred-gred tertentu serta juga sijil-sijil. Ujian sumatif
adalah luas bidangnya dan ia sentiasa mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran
yang ditentukan dalam pengajaran. Di samping pemberian gred. Ujian sumatif juga
membekalkan maklumat untuk menilai kesan pengajaran.

Antara penilaian sumatif yang nyata ialah peperiksaan akhir tahun di kelas KBSR dan
KBSM, UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Jadual 1.1 menunjukkan menyenaraikan perbezaan di
antara ujian formatif dan ujian sumatif.
12
  Ujian formatif Ujian sumatif

Fungsi Menghasilkan maklumat balik kepada Pensijilan atau penggredan


murid
murid dan guru tentang kemajuan di akhir kursus.
murid. Dapat mengesan punca-punca
kelemahan untuk kegunaan dalam
pendidikan pemulihan.

Di akhir satu-satu unit atau


Masa diberi Sepanjang pengajaran.
kursus.

Tekanan dalam Tingkah laku kognitif, psikomotor Tingkah laku kognitif


penilaian dan afektif.

Fokus Satu-satu segmen. Objektif kursus.


pengukuran

Sifat Terhad kepada tugasan Beraneka jenis.


sampelan pembelajaran.

Semua peringkat, ada yang


Kesukaran item Berubah-ubah mengikut
sangat
segmen. senang dan ada pula yang sangat
susah.

Jenis alat Alat pengukur formatif yang Peperisaan akhir tahun.


dibentuk khas

Skor Ujian rujukan kriteria. Biasanya ujian rujukan norma,


tetapi boleh merupakan ujian
rujukan kriteria.

Cara melapor Skor gagal atau lulus. Jumlah skor.


skor

Contoh Ujian bulanan lembaran kerja. UPSR, PMR, SPM, peperiksaan


Sijil Perguruan, peperiksaan
akhir
tahun.
     

13
JADUAL 1.1
Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif

Penilaian Diagnostik

Terdapat satu lagi jenis penilaian itu penilaian diagnostik. Peniaian ini selalu
dijalankan sebelum pengajaran berlangsung atau awal persekolahan bagi meninjau minat,
pengetahuan sedia ada, murid. Penilaian boleh berlangsung secara lisan, tulisan mahupun
pemerhatian. Maklum balas penilaian dapat membantu guru merancang pengajaran.

14
BAB IV

PENILAIAN PERALATAN DAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN

Penilaian Peralatan adalah penilaian yang dilakukan oleh guru ke atas peralatan yang
digunakan dalam proses pembelajaran. Ianya dilaksanakan bagi memastikan sama ada
peralatan yang ada berada dalam keadaan baik dan mencukupi. Peralatan yang perlu untuk
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran. Contoh peralatan asas bagi bilik kuliah ialah meja dan
kerusi pelajar, meja dan kerusi guru dan papan putih.

Penilaian yang berterusan dirancang dan dijalankan oleh guru dalam pebagai situasi ke
atas pelajar. Guru mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dari segi pembinaan
alat, kemudahan alat bantu mengajar, bahan dan pengurusan masa. Guru bebas menentukan
cara dan teknik menilai dengan tujuan mendapatkan maklumat bagi membantu pelajar
meningkatkan pembelajaran. Peralatan yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian
pembelajaran. Guru haruslah bijak menggunakan alat-alat bantu mengajar yang sebenarnya
bagi menjelaskan butiran-butiran pengajaran. Adakah alat yang disediakan itu sesuai bagi
membantu guru menerangkan konsep dan isi bagi mencapai objektif pengajaran? Inilah yang
perlu dinilai bagi seorang guru yang mementingkan pemahaman pelajar dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

Dalam menjalankan penilaian, alat penilaian bertulis atau dengan cara lain diperlukan.
Alat penilaian adalah alat yang dibina untuk membolehkan penilai mendapatkan maklumat
tentang prestasi pembelajaran seseorang murid. Oleh itu guru haruslah menggunakan sumber
pembelajaran yang sesuai dengan objektif, tajuk dan isi pelajaran, mempelbagaikan
penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran serta pandai mengaplikasikan
kemudahan pembelajaran yang disediakan.

15
BAB V

PENILAIAN PRESTASI GURU

Perkhidmatan pendidikan adalah satu industri berorientasikan pekerja atau manusia


iaitu guru. Penilaian prestasi merupakan fokus utama dalam usaha untuk menilai hasil kerja
seseorang guru berdasarkan standard piawaian yang telah ditetapkan. Justeru itu, sistem ini
digunakan bagi memastikan setiap guru memiliki kemahiran untuk mendidik murid. Hasil
laporan penilaian pretasi ini digunakan untuk pengesahan jawatan, peningkatan kerjaya, dan
penentuan gaji merit. Guru-guru yang mempunyai komitmen tinggi berkhidmat dalam
organisasi sekolah, sistem penilaian prestasi adalah satu proses berterusan, pengembangan
dan peningkatan profesionalisme keguruan .

Menurut Powney (1991), penilaian prestasi di United Kingdom mempunyai dua tujuan
utama iaitu :

i) Menggalakkan perkembangan profesional keguruan individu guru itu sendiri.

ii) Meninggalkan kesan kepada peningkatan prestasi institusi pendidikan


terutamanya organisasi sekolah tempat guru itu bertugas.

Menurut hasil kajian oleh Kuligoski (1993) pula, penilaian prestasi berdasarkan
kepada kriteria-kriteria seperti pengurusan masa, pengurusan kelas, dan kemahiran
mempersembahkan pengajaran di dalam kelas. Selain itu, penilaian kemajuan pelajar,
penerangan pengajaran, penglibatan pelajar, hubungan interpersonal, ciri-ciri peribadi, output
pelajar, komunikasi asas, tanggungjawab profesional, perkembangan profesional, dan
kepimpinan profesional adalah kriteria-kriteria sampingan penilaian prestasi .

Pada pandangan Omardin Ashaari (1996), penilaian prestasi guru dapat memperbaiki
prestasi dan mengukur kejayaan sendiri, menyediakan peluang untuk pembangunan diri,
menyedari kejayaan yang mereka perolehi, dan menyediakan suasana perhubungan yang

16
mesra dengan Pengetua atau Guru Besar dari mula mereka bekerja hingga mencapai umur
bersara mandatori.

Mengikut pengurusan organisasi sekolah di Malaysia, tujuan utama sistem penilaian


prestasi ini adalah untuk pembangunan manusia di sekolah dan usaha mencapai integrasi
antara minat guru dengan organisasi sekolah. Selain itu, penilaian prestasi dapat
meningkatkan kualiti pendidikan di samping menyumbangkan kemahiran pengajaran dengan
lebih efektif. Pengetua atau Guru Besar dan pemegang kepentingan sekolah “stakeholders”
bertanggungjawab menilai prestasi kerja guru agar tidak terkeluar daripada sasaran kerja yang
telah ditetapkan.

Mengikut Robiah Sidin (1994) dalam buku Pendidikan di Malaysia, penilaian boleh
diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat untuk digunakan sebagai asas membuat
keputusan atau tindakan selanjutnya. Dalam menilai sesuatu, kita mesti membezakan definisi
dan jenis penilaian seperti guru, murid, sistem peperiksaan, program kurikulum, proses dan
tujuan kita menilai. Konklusinya ialah terdapatnya unsur seperti Who, what, for, whom, how
dan why. Contohnya adalah seperti berikut:

 Siapa: Guru biasa, guru baru dan murid.

 Apa yang hendak dinilai: tingkah laku, program bacaan, kurikulum, alat
pandang dengar dan lain-lain.

 Untuk siapa: untuk Guru Besar, Pengetua, nazir, dan tindakan pejabat.

 Tujuan: Untuk sekolah, untuk kemajuan kakitangan dan sebagainya.

Ini kerana sesetengah guru bekerja atas dasar kepentingan dan ganjaran untuk dirinya
sendiri. Manakala sesetengah guru yang lain pula, berusaha untuk maju dan berkemampuan
dalam mengendalikan kerjaya demi mencapai aspirasi organisasi sekolah. Oleh yang
demikian, impikasi yang kita perolehi daripada sistem penilaian prestasi ialah:

i) Sumbangan daripada individu guru dalam sistem pendidikan.

ii) Ganjaran dalam bentuk moral dan kebendaan yang diberikan kepada guru oleh
sistem pendidikan .

17
Proses penilaian ke atas pelajar tidak dilakukan secara kertas pensel semata-mata.
Penilaian secara global dilakukan melalui kombinasi kaedah penilaian seperti pemerhatian,
interaksi dua hala, percambahan minda dan hasil kerja projek. Hal ini memungkinkan untuk
menilai pelajar secara lebih adil dan tepat. Semasa sesi pengajaran, penilaian secara formatif
hendaklah selalu dijalankan bagi menguji kefahaman serta tahap penguasaan mereka untuk
mengesan pelajar yang tercicir dan membuat tindakan susulan.

Secara kesimpulannya, Pengetua atau Guru Besar menilai hasil kerja guru berterusan
untuk menjaga hubungan guru dengan organisasi sekolah dan mewujudkan pengurusan
sekolah yang berkesan dalam usaha mencapai matlamat dasar pendidikan iaitu Pelan Induk
Pembangunan Negara(PIPP) .

18
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, tujuan penilaian secara keseluruhannya ialah untuk


meningkatkan pengajaran yang berkualiti, mengenalpasti kelemahan, melindungi pelajar
daripada menerima pengajaran yang tidak bermutu, melindungi guru daripada tindakan yang
tidak profesional oleh pentadbir dan mengutip maklumat supaya sistem pendidikan dapat
diubah suai secara tersusun. Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah.
Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu
membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran dan pembelajaran.
Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan
kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak
seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

19

Anda mungkin juga menyukai