Anda di halaman 1dari 2

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang

Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India dan

pelbagai lagi jenis perayaan tradisi kaum minoriti di negara kita. Ketika perayaan-

perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan pelbagai jenis hidangan

makanan. Semua rakyat negara ini pasti menantikan setiap perayaan dengan penuh

debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan jika sambutan

perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi

antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep

rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang

menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan

berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan

interaksi kaum seterusnya memupuk semangat kekitaan dalam kalangan semua kaum di

negara ini.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan

pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini

menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang

berbeza dalam sesuatu perkara dan yang jelas, kita sudah pastinya berbangga menjadi

rakyat Malaysia. Sikap bertoleransi dan faham-memahami antara semua kaum ini sudah

pasti tidak akan menimbulkan sebarang salah faham antara mereka. Maka, perayaan

mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain dan mampu
mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia

terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika

rakyatnya berbilang kaum pada kacamata masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia

mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini

menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di

negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah

seterusnya mengukuhkan semangat setia negara.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan perlu diamalkan oleh masyarakat di negara ini.

Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang

dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada

sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni, berusaha dan produktif akan wujud

menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga akan

dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai