Anda di halaman 1dari 12

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan kepada saya sepanjang
tempoh menyiapkan kerja kursus Pendidikan Moral ini. Kerjasama dan bantuan anda
semua dalam menjayakan kerja kursus ini tidak akan lupa buat selamanya-lamanya.

Ribuan terima kasih yang ingin saya ucapkan kepada pensyarah Pendidikan
Moral saya iaitu Encik Kamaludin Bin Endol. Beliau telah banyak menolong saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Beliau juga banyak menghabiskan masa untuk
memberikan bimbingan dan penerangan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus
ini.

Selain itu, ucapan penghargaan juga ingin rujukan kepada kedua-dua ibu bapa
saya dan ahli keluarga saya. Walaupun mereka berada tempat yang jauh, mereka tetap
memberikan dorongan dan sokongan mental yang sepenuhnya kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas saya. Mereka telah banyak memberikan bantuan kepada saya dan kita
bersama-sama membincang tentang kerja kursus. Dengan kerjasama dan bantuan
mereka, barulah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang
ditetapkan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua.
Sekian, terima kasih.

1
Sosialisasi merupakan sebuah
proses seumur hidup bagaimana seorang
individu mempelajari kebiasaan-kebiasaan yang meliputi cara-cara hidup, nilai-nilai, dan
norma-norma sosial yang terdapat dalam masyarakat agar dapat diterima oleh
masyarakatnya. Menurut para ahli falsafah , iaitu Peter Berger mengatakan sosialisasi
adalah proses dimana seseorang menghayati serta memahami norma-norma dalam
masyarakat tempat tinggalnya sehingga akan membentuk kepribadiannya. Selain itu,
menurut ahli falsafah lain iaitu Paul B. Horton mengatakan Sosialisasi adalah suatu
proses di mana seseorang menghayati serta memahami norma-norma dalam
masyarakat tempat tinggalnya sehingga akan membentuk kepribadiannya. Proses
sosialisasi ini penting kerana ianya mempengaruhi pemikiran, emosi,dan tingkah laku
setiap individu. Melalui proses ini, seseorang individu itu akan belajar ‘skrip’ untuk
berfikir,mengawal perasaan dan bertindak selaras dengan jangkaan masyarakat
supaya dapat hidup dalam masyarakat itu.

Kawalan sosial merupakan satu cara yang digunakan oleh masyarakat atau
kelompok untuk mempengaruhi tingkah laku anggota-anggotanya supaya mereka
menghargai nilai-nilai serta mematuhi norma-norma, tradisi dan pola-pola tingkah laku
yang diterima oleh satu-satu masyarakat. Kawalan sosial boleh dibahagikan kepada
dua bentuk iaitu positif dan negatif serta bersifat formal atau tidak formal. Kawalan
sosial positif adalah berasaskan motivasi positif seseorang untuk mematuhinya.
Kawalan sosial negatif adalah berbentuk hukuman atau ketakutan terhadap hukuman.
Contohnya, seseorang pemandu kereta tidak mematuhi peraturan jalan raya akan
dikenakan hukuman sebanyak dua ratus ringgit. . Kawalan sosial yang formal
merupakan kawalan sosial yang melibat sistem kewibawaan seperti peraturan-
peraturan, undang-undang dan pelbagai badan tertentu melaksanakannya. Kawalan
sosial yang tak formal boleh merupakan pendapat umum mengenai satu-satu tingkah
laku.

2
Secara tuntasnya, isu kemoralan adalah berkaitan dengan proses sosialisasi
yang membincangkan beberapa konsep asas sosial dalam pendidikan moral. Agen-
agen sosialisasi yang memain peranan dalam pembinaan penaakulan moral, emosi
moral dan tingkah laku ialah keluarga, rakan sebaya, agama, institusi pendidikan, dan
media massa.

3
Keluarga merupakan agen sosialisasi yang paling utama dalam memainkan
peranan penting dalam proses sosialisasi. Keluarga sebagai lembaga pertama dan
utama yang memberikan pendidikan kepada individu secara lahir mahupun batin untuk
tumbuh dan berkembang hingga sang anak menginjak dewasa. keluarga merupakan
persekutuan hidup pada lingkungan keluarga tempat di mana ia menjadi diri pribadi
atau diri sendiri. Keluarga juga merupakan wadah bagi anak dalam konteks proses
belajarnya untuk mengembangkan dan membentuk diri dalam fungsi sosialnya. Di
samping itu, keluarga merupakan tempat belajar bagi anak dalam segala sikap untuk
berbakti kepada Tuhan sebagai perwujudan nilai hidup yang tertinggi.
Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak dan mendedahkan mereka
kepada tingkah laku masyarakat dan memberi maklumat tentang cara bergaul, norma
dan nilai masyarakat yang diperlukan sebagai anggota sesuatu masyarakat. Ibu bapa
telah banyak mengajar saya tentang cara bergaul, norma dan nilai-nilai murni sejak
kecil lagi, bak kata ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Contohnya, saya perlulah
bertegur sapa semasa menemui orang lain dengan senyuman yang manis dan sentiasa
bertunduk kepala semasa berlalu depan orang yang lebih tua untuk menghormati
mereka. Selain itu, saya juga diajar untuk mengamalkan sikap berharga diri supaya
tidak membuat perkara yang menjejaskan maruah sendiri. Contohnya, saya tidak boleh
melibatkan diri dalam gejala sosial seperti mencuri, berjudi dan lain-lain.
Di samping itu, ibu bapa juga mengajar saya perlulah sentiasa mempunyai hati
yang tabah semasa menghadapi segala cabaran. Dengan ada sokongan dan dorongan
daripada ibu bapa, saya dapat tabah menghadapi segala cabaran walaupun berada di
mana jua. Saya sentiasa dinasihati oleh ibu bapa supaya mengamalkan sikap tolong-
menolong dan bekerjasama semasa melakukan sesuatu perkara. Contohnya, saya dan
ahli keluarga sentiasa bekerjasama untuk menjalankan kerja rumah. Dengan itu,
hubungan antara saya dengan ahli keluarga semakin erat.

4
Ibu bapa juga mengajar saya untuk mengamalkan nilai kasih sayang supaya
menyayangi orang lain. Mereka sentiasa mendidik saya dengan sifat kasih sayang dan
mengajar saya supaya menghargai semua benda hidup yang berada di dunia ini.
Mereka sentiasa mendidik saya supaya saya menjadi seorang yang mempunyai sifat
kasih sayang dalam kehidupan. Tambahan pula, ibu bapa juga sentiasa mengajar saya
tentang sikap berdikari. Contohnya, saya perlulah membasuh baju dan kasut sekolah
setiap hari tanpa bergantung kepada ibu bapa.
Keluarga merupakan agen sosialisasi yang memainkan peranan yang penting
dalam membina akhlak dan moral yang tinggi.

5
Institut pendidikan juga merupakan salah satu agen sosialisasi yang memainkan
peranan yang penting. Selain daripada rumah sendiri,sekolah merupakan rumah kedua
bagi semua kanak-kanak. Hal ini kerana sekolah bukan saja menjadi tempat menuntut
ilmu bahkan warganya sudah pasti akan berinteraksi antara satu sama lain bagi
memenuhi tuntutan hidup.Di situ, mereka akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan
dan disosialiskan secara formal. Setiap institut pendidikan biasanya akan
melaksanakan peraturan yang ketat yang mesti dipatuhi oleh semua pelajar supaya
melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

Proses sosialisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara murid dengan murid di
sekolah. Ketika P&P di sekolah, saya akan digalakkan untuk membincangkan tajuk
yang diajar bersama rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan membuat
refleksi dan rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya. Aktiviti kokurikulum
adalah amat penting dijalankan di sekolah. Hal ini kerana melalui aktiviti ini, saya dapat
meluaskan persahabatannya bersama murid lain berasaskan minat dan bakat yang
sama. Selain daripada itu, saya juga dapat mempraktikkan konsep kepimpinan yang
dipelajarinya dalam bilik darjah. Saya telah dididik dan dilatih tentang pelbagai
kemahiran yang sesuai dan ciri-ciri perwatakan agar sikap yang universal ini diterima
oleh masyarakat. Saya dilatih untuk berdikari, berkerjasama, bertanggungjawab dan
lain-lain. Pelajar yang mempunyai nilai tersebut akan mendapat pencapaian yang
cemerlang dalam akademi dan kokurikulum.

Guru merupakan satu model yang baik yang patut dicontohi oleh pelajar.
Masyarakat juga yakin bahawa guru dapat mendidik anak-anak mereka dengan baik
dan menjadi eorang yang berguna. Bukan sekadar penyampai ilmu, malah guru
mempunyai tanggungjawab dalam perkembangan moral murid-murid dan memupuk
sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan
masyarakat. Guru akan memberikan peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan
tingkah laku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat.

6
Di samping itu, sekolah juga telah menyalurkan kebudayaan serta norma-norma
masyarakat, contohnya dalam mata pelajaran sejarah. Sejarah dapat memupuk
semangat patriotisme dan semangat cinta akan Negara dalam jiwa seseorang. Pelajar
dapat tahu bertapa susahnya untuk sesebuah itu merdeka. Penguasaan pelajaran itu
juga akan mengeratkan silaturahim antara pelajar, pelajar boleh berinteraksi antara satu
sama lain dengan baik. Norma-norma masyarakat seperti bertoleransi, berkerjasama,
amalan demokratik, dan keadilan dapat ditunjukkan dan ia akan membantu dalam
penghayatan nilai-nilai pada diri seseorang.

Kesimpulannya, sekolah sememangnya sebagai agen sosialisasi. Kewujudannya


pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup banyak kepada masyarakat
sekitarnya. Perlu difahami, sekolah bukan hanya tempat menuntut ilmu, bahkan adalah
satu institusi yang mampu membentuk masyarakat yang mapan melalui peranan yang
memainkan.

7
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti melayu,
cina, india dan lain. Setiap bangsa mempunyai kepercayan dan adat mereka masing-
masing. Sebagai anggota masyarakat majmuk, kita harus saling menghormati pelbagai
agama atau kepercayaan yang dianuti rakyat Malaysia. Agama atau kepercayaan
utama yang dianuti majoriti masyarakat kita ialah Islam, Buddha, Kristian, Hindu, dan
lain-lain. Agama telah mendedahkan penganut-penganutnya kepada amalan serta
tingkah laku yang betul dan berdasarkan ajaran agama itu.
Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang
sempurna. Didikan agama dan moral dapat menjamin keimanan remaja agar dapat
membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong
remaja mengawal tingkah laku mereka. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja
dapat memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai benteng pertahanan diri
yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa
tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah
keluarga.

Didikan agama telah banyak memberikan kebaikan kepada saya. Agama


mengajar supaya sentiasa menghormati orang yang lebih tua. Saya tidak boleh biadap
atau berkata kasar terhadap ibu bapa saya atau sesiapa sahaja. Saya tidak boleh
berlawan dengan ibu bapa. Mengikut ajaran Buddha, ‘Adanya Jalan Lapan Lapis Mulia’
iaitu jalan untuk menghapuskan penderitaan. Jalan Lapan Lapis Mulia ini mengajar
individu merenung kepentingan memikul tanggungjawab dengan apa yang dikatakan
dan dilakukan dalam kehidupan.

Melalui agama, nilai-nilai moral yang penting akan diterap masuk secara
langsung atau eksplisit kepada semua penganut. Dengan itu, seseorang individu akan
mengikuti segala ajaran, kepercayaan dan kewajipan yang diwarisi secara turun-
temurun. Mereka tidak akan terjatuh ke dalam gejala yang tidak betul dan dilarang oleh
ajaran mereka.

Agama sebenarnya banyak membantu seseorang individu itu untuk hidup secara
bermoral dan berakhlak.

8
Media massa juga merupakan salah satu agen sosialisasi yang penting dalam
pembinaan akhlak dan moral. Contoh media massa yang memainkan peranan sebagai
agen sosialisasi ialah akhbar, radio, television, serta filem. Media massa sangat penting
dalam memupuk nilai-nilai moral masyarakat. Media mempunyai fungsi yang unik iaitu
sebagai medium kepada penyebaran pengetahuan kepada manusia.

Dalam konteks pelajaran, media massa terutamanya televisyen mempengaruhi


sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Kita dapat lihat lebih banyak masa kanak-kanak
sekarang tertumpu kepada televisyen. Di tambah pula dengan adanya siaran berbayar
seperti Astro dan MiTV, kanak-kanak semestinya menghabiskan masa menonton
televisyen. Astro contohnya, memperuntukkan satu saluran khusus untuk rancangan
kartun semata-mata. Ini akan menghalakan pemikiran kanak-kanak lebih tertumpu
kepada televisyen daripada mengulang kaji pelajaran. Dengan itu, televisyen lebih
menarik minat mereka daripada pelajaran sekolah yang berbentuk formal dan
memerlukan mereka untuk berfikir dan melakukan aktiviti di dalam bilik darjah. Ini akan
membawa implikasi buruk yang menyebabkan mereka enggan berfikir atau berusaha
mengatasi atau mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Keadaan ini
mungkin terbawa-bawa ke sekolah dan guru perlu membuat P&P yang lebih menarik
bagi merangsang semula minat pelajar.

Di samping itu, masalah yang serius berkemungkinan akan ditimbul jika kanak-
kanak membaca atau menonton bahan dan program yang melibatkan keganasan. Hal
ini akan menyebabkan mereka menjejak kaki ke jalan yang salah. Kanak-kanak
sekarang mudah cenderung untuk mencontohi apa yang dilihat oleh mereka.

Oleh itu, apabila kanak-kanak didedahkan kepada unsur keganasan sejak kecil,
mereka akan cepat mencontohi tingkah laku sedemikian.Sesetengah program itu juga
mempunyai tema moral yang baik iaitu watak jahat sentiasa akan kalah manakala
watak baik akan mencapai kejayaan.Kanak-kanak sudah pasti mahu selalu mencapai
kejayaan.Dengan itu, mereka sudah pasti akan ikut jejak langkah watak baik untuk
capai kejayaan. Ini membantu untuk meningkatkan nilai kemoralan mereka.

9
Kesimpulannya, media massa adalah agen sosialisasi yang penting. Justeru itu,
kawalan perlu dilakukan bagi menghalang media menyebarkan contoh-contoh yang
tidak baik kepada masyarakat. Media massa boleh mempengaruhi kemoralan sesuatu
masyarakat dengan didedahkan masyarakat itu kepada norma dan nilai masyarakat
lain.

10
BIL SEBELUM SELEPAS
1. Selalu malas untuk mencuci, Menjadi lebih rajin untuk mencuci,
menggosok dan mengemas menggosok dan mengemas.

2. Tidak suka berkawan dengan orang Lebih suka berkawan dengan orang lain.
lain.

3. Tidak suka melibatkan diri dalam Lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti
aktiviti korikulum. kokurikulum.

4. Takut membuat keputusan sendiri. Lebih berani untuk membuat keputusan


sendiri.
5. Sentiasa bergantung kepada ibu Lebih berdikari. Tidak bergantung kepada
bapa. sesiapa.

6. Takut mengemukakan idea-idea Lebih berani mengemukakan idea-idea


sendiri. sendiri.

7. Tidak berani berhidupan Menjadi lebih tabah dan berani


perseorangan. berhidupan perseorangan.

11
BUKU RUJUKAN

- Koo Kee Peng, Tang Chee Yee,(1990),‘Pendidikan Moral’, Kumpulan Bidiman

Sdn.Bhd

- N.Rajendran, Ee Ah Meng(1994), ‘Pendidikan Moral(Dinamik Guru), Penerbitan Fajar

Bakti

- Ee Ah Meng, (1988), Pendidikan Moral Untuk Bakal Guru, Longman

INTERNET

- www.belia- Malaysia.blogspot.com.my
- www.scribd.com/doc/12445600/sekolah-dan-media-massa-sebagai-agen-
sosialisasi
- www.ajisje.blogspot.com.my

12

Anda mungkin juga menyukai