Anda di halaman 1dari 14

CADANGAN DAN KESIMPULAN

 
Menurut Ahmad Jamil (1993), terdapat 7
punca kemalangan yang berlaku dalam bengkel
iaitu:
• Kurang pengetahuan
• Sikap dan tabiat kerja yang lemah
• Sikap tidak selamat
• Keadaan fizikal persekitaran dan mesin
• Susunatur tempat kerja
• Persekitaran
• Langkah keselamatan yang telah diambil
Pengetahuan
• In-house training oleh ketua panitia atau guru
yang berpengalaman mengajar terutamanya
kepada guru-guru yang baru mengajar atau
guru yang bukan opsyen
• Menghadiri ceramah yang dibuat oleh CIDB
dan juga dari Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (NOSH) untuk
menambahkan lagi pengetahuan tentang
keselamatan di bengkel KHB
Pengamalan
• Amalan 4M perlu bagi memastikan guru terus
mematuhi pengamalan peraturan
keselamatan bengkel iaitu :
Membersih
Menyusun atur
Menilai diri dan tempat kerja
mendisiplin
Pengurusan kualiti – 5 S
• SEIRI (sisih)
Contoh : mengasingkan paku-paku yang tidak
digunakan dan berkarat ke dalam bekas yang
dikhaskan
• SEITON (susun)
Contoh : susun barang yang diperlukan dan buat
pelabelan supaya mudah diambil. Guru harus
ingatkan pelajar supaya kemaskan alatan selepas
digunakan
• SEISO (sapu)
Contohnya : sapu habuk, sampah supaya dapat
memberikan pengudaraan yang baik dan selesa
• SEIKETSU (seragam)
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan
penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap
masa.
• SHITSUKE (sentiasa amal)
Contohnya : sentiasa melatih pelajar supaya
mengutamakan keselamatan dan mematuhi
peraturan bengkel
Hasil yang dijangka dari program 5S adalah :

Pengurangan Kos
• Mengurangkan inventori
• Menghalang salah letak peralatan dan perkakas
• Menghalang kebocoran minyak, tenaga, bahan mentah
dan lain-lain
Kecekapan
• Mengurangkan penggunaan kawasan/tempat
• Penghapusan pencarian peralatan dan pembaziran bahan
mentah
• Mempermudahkan kawalan
Penyelenggaraan
• Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan
mesin, peralatan dan kemudahan kemudahan
yang ada
• Mengurangkan pembaziran dan kadar
kerosakan barangan
Kualiti
• Meningkatkan produktiviti dan kualiti
barangan atau perkhidmatan
Keselamatan
• Menghapuskan keadaan yang merbhaya
• Memperbaiki keadaan tempat kerja
• Menghapuskan tempat kecedraan dan kemalangan
• Mengurangkan kesilapan dan kecuaian
• Mematuhi peraturan-peraturan
Motivasi
• Perhubungan yang baik antara kakitangan
• Membentuk disiplin yang baik
• Membentuk semangat kerjasama dan kerja
berkumpulan
Memotivasikan pekerja

• Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan


faktor manusia. Oleh itu motivasi adalah
faktor yang penting dalam menjalankan tugas.
• Beberapa kajian telah dilakukan untuk
meningkatkan prestasi pekerja. Antaranya
ialah :
Ujikaji Hawthorne yang mendapati bahawa produktiviti dan
kepakaran terhadap keselamatan, kualiti kerja dan faktor kerja yang
lain dapat dimanfaatkan dengan baik dan mengambil kira sikap, iaitu
sekiranya pekerja mendapat perhatian dan layanan yang baik
daripada majikan, kualiti kerja akan meningkat.
Teori maslow mendapati kualiti kerja akan meningkat jika perkara
yang berikut dilaksanakan :
• Menyediakan keperluan asas pekerja seperti makanan, minuman dan
tempat tinggal
• Menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja
• Menunjukkan perasaan prihatin terhadap pekerja
• Memberikan keyakinan diri, menghormati dan peluang kepada
pekerja untuk meningkatkan diri dan kedudukan
• Memberikan peluang menonjolkan diri seperti kreatif dalam
penghasilan kerja, pemikiran dan mengorientasikan diri
Teori Hertzberg (motivasi kebersihan)
• Teori ini memaparkan isu kebersihan persekitaran. Faktor seperti
kawasan, persekitaran tempat kerja, pendapatan pekerja, penyeliaan dan
dasar syarikat merupakan faktor yang dapat mengubah sikap dan
perlakuan pekerja. Beliau berpendapat untuk memastikan keselamatan
dan kesihatan terjamin, elemen seperti tanggungjawab individu dan
pengiktirafan kerja mestilah diambil kira dan bukan hanya persekitaran
tempat kerja yang menjadi tumpuan.
Teori McGregor (teori x dan Y)
• Teori x menegaskan bahawa manusia mahu dan perlu disuruh atau
diarah, dan akan mengelak daripada dipertanggungjawabkan serta tidak
mempunyai cita-cita tetapi mahu dijamin kedudukannya.
• Teori Y pula menegaskan bahawa pekerja akan bekerja dengan baik dan
jika diberi peluang autonomi (bebas melakukan kerja) dan dibenarkan
bekerja mengikut kadar dan beban tanggungjawab serta diiktiraf (diberi
peluang untuk mencapai kepuasan diri).
Strategi mengurangkan kemalangan

Menurut Azizi Ahmad (2007), terdapat beberapa strategi yang boleh


digunakan untuk mengurangkan kemalangan. Antaranya :
• Mengesan dan memeriksa kesan bahaya yang difikirkan boleh
menyebabkan kemalangan.
• Menilai dan mengawal bahaya
• Memeriksa dengan kerap keberkesanan kaedah menyelamat
• Mendapatkan latihan, arahan yang sempurna dan tepat tentang
penggunaan peralatan
• Memastikan ada peraturan dan prosedur di tempat kerja bagi
membuat laporan tentang kerosakan atau bahaya
• Memastikan semua pekerja tahu melakukan kerja dan tahu cara-
cara untuk mengatasi
Kesimpulan….
• Aspek 4M dan 5S ini jika dapat dilaksanakan dan diaplikasikan
terhadap pengurusan bengkel akan dapat mengelakkan
deripada berlakunya kecelakaan dan seterusnya mengurangkan
kos. Ini adalah kerana, kejadian kemalangan di bengkel
selalunya dikaitkan dengan kecuaian dalam perlaksanaan kerja
bengkel, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program-
program kesedaran dan latihan, tiadanya disiplin, kurangnya
komunikasi serta lain-lain gangguan luar yang meningkatkan
lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin
meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu, pengurusan
keselamatan haruslah diletakkan ditempat yang utama bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari terus berlaku.

Anda mungkin juga menyukai