Anda di halaman 1dari 2

ebelum saya meneruskan bicara menutur kata-kata, izinkan saya mendefinisikan tajuk saya pada hari

ini.‘Disiplin Asas Kecemerlangan Diri’. Disiplin membawa maksud kepatuhan kepada peraturan. Asas
pula ialah tapak. Dasar merupakan satu permulaan. Manakala kecermelangan merupakan satu
kegemilangan diri seseorang. Jadi, kepatuhan kepada peraturan merupakan tapak permulaan kepada
kegemilangan diri seseorang.

Tanpa membuang masa merata-rata, izinkan saya rungkaikan beberapa misteri kecemerlangan dan
kegemilangan diri yang sememangnya cukup mudah dikecapi, jika apa yang akan saya perkatakan
sebentar lagi dipraktikkan dalam kehidupan.

Hadirin sekalian,

‘Akal yang cerdas terletak kepada tubuh badan yang sihat’. Tubuh yang sihat dan cergas memang
diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian. Antara salah satu faktor yang perlu diambil berat ialah
faktor kesihatan. Kesihatan dapat dijaga apabila pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan
perasa, bahan pengawet dan berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan safat otak berjalan lancar
kerana bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk menghafal
sesuatu. Makanan seperti ini juga boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti berlaku. Jika terjadi
sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk dijalankan. Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang
mencari-cari kecemerlangan diri dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga
pemakanan anda, ‘Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan’.

Peraturan semestinyanya ada di sekeliling kita. Hidup tanpa peraturan, mati. Factor yang akan saya
tegaskan sebentar lagi berdasarkan aspek mematuhi peraturan iaitu patuh kepada arahan. Jalan raya
trafik, rumah ibu bapa, sekolah guru, atau dimana sahaja kita berada pasti ada arahan dan peraturan
tersendirinya. Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya. Anak yang
soleh, meupakan anak yang mendengar arahan ibu bapanya. Dan pengguna jalan raya yang berhemat
adalah pengguna yang akur dengan arahan dan peraturan jalan rayanya. Kajian akal menunjukkan
individu yang cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan. Contohnya, guru menyuruh pelajar
mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah tetapi pelajar ini bukan seorang yang patuh
pada arahan dan pasti tidak diendahkan kata-kata guru tersebut. Bagaimana ingin cemerlang jika
berlaku sedimikan rupa? Ingat, patuh pada arahan, kecemerlangan dalam tangan!

Sidang dewan yang saya hormati sekalian,

Faktor terakhir yang ingin saya tegaskan pada hari ini adalah factor yang paling penting berkisarkan
aspek dalaman individu itu sendiri. ‘Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan’. ‘Hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih’. Penat saya menyusun kata, tapi iltizam, keinginan, daya usaha, daya saing sedikit
pun tidak terbit dalam hati, macam mana mahu cemerlang? Terletak pada individu, semangat juang
untuk berjaya, untuk cemerlang semestinya ditanam dalam diri masing-masing. Orang cemerlang, orang
punyai semangat juang. Datuk Azhar Mansor dan Datuk Sharifah Mazlina contohnya, keinginan yang
tinggi, kemahuan membuak-buak untuk mengharumkan nama negara inilah, resepi utama yang
membolehkan mereka mengecapi kemanisan kejayaan dan kecemerlangan. Lihatlah dunia, mana- mana
pemimpin yang berdisiplin, yang bersungguh-sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita tinggi pasti
disanjung masyarakat. ‘Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnyanya. Siapa yang bersungguh-sungguh
dia akan dapat kejayaannya.’

Anda mungkin juga menyukai