Anda di halaman 1dari 17

Perkembangan kanak-kanak melalui muzik

Oleh: HJ ZULKIPLY BIN HJ YAAKOB


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN
ONN, BATU PAHAT, JOHOR.

"Movement is as necessary to mental and


physical development as food."

-- Grace Nash
"Dance is an island in a sea of motion."
-- Rudolf Laban

“ If you can walk, you can dance. If you can talk, you can sing.”
—Zimbabwe Proverb

“ Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan
yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai
pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang
dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran
apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga” .

(Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam


Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Pengenalan:

Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya


estetika. Program yang terdapat dalam pendidikan muzik mengandungi program
nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon
kepada visual dan verbal bunyi-bunyian. Disamping itu muzik turut dapat
menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang
meliputi perkembangan intelek, emosi, social dan fizikal. Swanwick K and Talor
D.(1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial
dan merenggangkan emosi yang tegang.

Muzik juga telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat


Malaysia. Kanak-kanak secara semulajadinya cukup cepat terangsang kepada
bunyi muzik yang mereka dengari. Lazimnya juga kanak-kanak akan merasa
selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asas-
asas dalam pendidikan muzik.

Kenapa pendidikan muzik

Kanak-kanak pada umumnya sangat kreatif. Sepanjang mereka berada di


sekolah mereka bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran dan
perasaan melalui bahasa yang berkesan tetapi berkemampuan melahirkan
perasaan-perasaan yang mereka alami seperti bahagia, marah, sedih, takut,
kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraf serta muzik. Jika
diberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untuk
menunjukkan daya imaginative dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakan
pelbagai alatan dan bahan. Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawab
guru prasekolah untuk menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanak
prasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka dengan cara yang lebih
terkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan bergerak
mengikut rentak dan alunan muzik

1. Muzik dapat membantu kesan yang positif kepada perkembangan kanak-


kanak.

- Perkembangan kemahiran kognitif seperti peningkatan minda dan


boleh memberi sebab.
- Boleh memperkayakan persekitaran rangsangan seperti penggunaan
deria motor kanak-kanak
- Kajian menyatakan kanak-kanak yang aktif/ terlibata secara langsung
dalam muzik akan dapat:
o Membaca dan mathematik dengan baik apabila mula memasuki
alam persekolahan.
o Menumpukan perhatian dan boleh mengawal pergerakan motor.
o Bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan diri yang
tinggi.

2. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan diri dengan rakan


- Dengan menikmati muzik bersama rakan kanak-kanak akan
mempunyai sifat kepunyaan terhadap kumpulannya.
- Kanak-kanak akan hilang sifat malu apabila bersama dalam kumpulan.

3. Muzik membuatkan kanak-kanak berasa seronok.


- Kanak-kanak dapat meningkatkan pengalaman dan dapat merasa
seronok apabila belajar muzik

Definisi Muzik
Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang
mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan
persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya muzik
adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan
bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari
persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut
estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan
sesuatu budaya tertentu.

Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan
bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga.
Bahasa Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud
“kejuruteraan bunyi secara artistik” . Sebenarnya muzik ialah satu perkataan yang telah
diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani diberi nama sebagai
“Muses” yang bemaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetaoi pada hari ini
perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian .

Matlamat dan objektif

Matlamat
Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangakan potensi dan kualiti diri
individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke
arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara

Objektif
Dengan memahami muzik kanak-kanak akan dapat;

1. menikmati pelbagai pengalaman muzik


2. memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan ekspresi diri;
3. merasai dan mengenal konsep muzik
4. meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;
5. mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas
6. memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik
dengan gerakan dan permainan alat;
7. memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;
8. mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;
9. mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan
semasa yang sesuai;
10. mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan
11. menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.

Untuk menyediakan persekitaran pembelajaran muzik yang kondusif ia perlu


merangkumi,
• play..main
• permainan
• komunikasi
• gambaran imiginasi
• bercerita
• bekongsi refleksi dalam kehiduoan seharian
• penglibatan kumpulan dan individu dalam kehidupan
bermasyarakat.
• Sentiasa menggunakan latih tubi
• Kanak-kanak sentiasa mematuhi dan mengikut model.

Keupayaan muzik semula jadi kanak-kanak menjadi stabil apabila mereka


berumur sembilan tahun. Pada peringkat awal kanak-kanak, ia merupakan
tempoh kritikal untuk memahami dan menghasilkan muzik (Andress, B,
1980). Jadual dibawah menerangkan kemahiran muzikal yang dikuasai oleh
kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan tertentu.
AKTIVITI MUZIK:

Bidang Nyanyian

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,


pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble
vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan
seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama
diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui
lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia.
Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.
Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut;

a. Mari menyanyi
• Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi
-lagu berentak tradisional
-lagu pusingan dan
-lagu suara berlapis
• Menyanyi secara spontan dan hafalan
• Menyanyi dengan menggunakan skor muzik
b. Menyanyi secara muzikal
• Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan
kepada tekanan dan latihan sebutan berirama
• Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:
-pic, tempo,corak irama, melodi; dan
-ekspresi mengikut mud dan dinamik.

c. Teknik dan cara menyanyi


• Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel
dan warna ton
• Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan
dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada;
-pernafasan
-pengeluaran suara
-artikulasi
-sebutan, dan
-postur.

d. Meneroka dan mengenal muzik nyanyian


• Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti
monofoni dan polifoni.
• Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti
pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.
• Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;
-lirik
-melodi
-cara menyanyi, dan
-cara persembahan
• Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian
kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal
• Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar,
lagenda dan tokoh.
• Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri.
• Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional
dan lagu dari negara lain.

Muzik dengan gerakan

Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan
sebagi respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran
penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan
muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi.
Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut
perkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti
berikut:
• Gerakan mengikut lirik lagu
• Gerakan mengikut konsep muzik
• Interpretasi muzik dengan gerakan
• Gerakan bebas dengan muzik; dan
• Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik.

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu ;

• Imbangan berat badan


• Ruang
• Masa
• Daya/ aliran.

a. Imbangan berat badan.

Faktur ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan
pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan
tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas)
mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan
ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot.

b. Ruang

Pastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita boleh
menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan
“lingkungan pergerakan”. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:

• Dari jauh menuju ke pusat badan


• Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras
• Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu
pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat
pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya

Bila sahaja badan digerakan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan


boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah.
Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai.

c. Masa

Faktur ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu
pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang cepat
menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa.

Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya berterusan.


Had kederasanboleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan dengan
pergerakan kawal lambat atau serta merta.
Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan.
Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu
pergerakanserta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan.
d. Aliran

Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan
yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.

Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran pergerakan
dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus.
Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu.

Permainan alat Perkusi

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan
psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini
menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai aat muzik termasuk
pengunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini
memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan
kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi
melalui penglibatan mereka bermain alat muzik.

Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang
berlaku didalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang
ditegaskan didalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi.
Kebanyakkan alat muzik yang digunakan didalam permainan alat secara ensemble ini
iakah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan
yang didikirkan sesuai.

Aktiviti-aktiviti Muzik

• Konsep Muzik

1. Melodi/ Lagu – Pic ........tinggi


.........rendah
2. Irama (beat) rentak, meter, tekanan, tempo
3. Notasi muzik.
4. Harmoni ; Kod, arpeggio.
5. Ekspresi – lembut, kuat
6. Jalinan – monophonik (single melody line tanpa accom.)
Polyphony (parts)
Homophonik (one main melody & accom by chords)
7. Warna ton/ timbre
8. Persembahan – suara,
- alat muzik ---strings
---wood winds
--- brass
--- perkusi
9. Stail.. gaya 50an
Gaya 60an

• Permainan Muzik:

Tujuan :
1. memperkembangkan keyakinan murid terhadap rentak dan irama
2. memperkembangkan kepekaaan deria pendengaran.
3. memperkembangkan kemahiran diri seperti kordinasi dan kreativiti
4. memperkembangkan kemahiran sosial melalui aktiviti kumpulan dan
menghargai usaha dan sumbangan orang lain
5. memenuhi sebahagian ruang dalam sesuatu pelajaran muzik atau sebagai
suatu cara berehat daripada rutin harian
6. menyeronokkan.

Penunjuk Ajaib

Peralatan : Satu atau dua alat perkuzs

Cara bermain:
1. murid duduk disekitar lantai berjauhan antara satu sama lain.
2. guru bergerak disekitar mereka sambil bermain alat muzik. Minta murid-murid
tutup mata dan jari mereka tunjuk kearah guru (bunyi)
3. minta seorang murid seorang murid bergerak disekitar kelas sambil
bermainan alat.

Chopstick

Keperluan: kastenet/ chopstick


Cara bermain :
1. kanak-kanak duduk dalam bulatan, setiap seorang memgang kastenet/
chopstick
2. mainkan muzik (rentak 3/4 dalam 3 beat
* * * * * *
1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3
3. pada setiap beat 1 setiap murid serahkan kastenet/ chopstik pada rakan
sebelah kirinya.
3. mana-mana kanak-kanak yang mempounyai 2 atau tiada kastenet/ chopstick
dihadapannya dianggap kalah dan terkeluar dari permainan.

Patung

Keperluan : Rakaman muzik

Cara bermain:
1. mainkan lagu. Kanak-kanak berjalan disekitar kelas mengikut rentak muzik.
Seorang jadi ketua(didepan) yang lain mengikutinya.
2. galakkan mereka bergerak dalam pelbagai gaya, yang luar biasa,
mengundur, itek, ketam, katak dan sebagainya.
3. selepas beberpa ketika jerit perkataan “patung”. Kanak-kanak mesti kaku
dalam kedudukannya sehingga anda kata “jalan”
4. kanak-kanak yang bergerak ketika “patung”(walaupun sedikit) dianggap kalah
dan keluar dari permainan.
5. pastikan kanak-kanak bergerak mengikut rentak muzik.

Tiru macam saya

Keperluan: Tiada
Cara bermain:
1. Berlatih dengan seluruh kelas dahulu
Tepuk tangan 4 kali - kanak-kanak meniru
Tepuk bahu 4 kali - kanak-kanak meniru
Sentuh hidung.......
Hentak kaki.......
Tepuk paha......
2. buat rentak nseperti diatas mengikut sikuens. Tapi setiap kalai KK meniru,
anda tukar kepada sikuens berikutnya tanpa berhenti. Seperti streching,
bongkok, twist dsb.
3. gunakan lagi pelbagai cara / corak irama.

Barisan Bunyi

Keperluan : Muzik iringan, papan hitam/ white board


Cara bermain:
1. Tulis nombor 1 2 3 4 5 6 7 8 dipapan hitam. Tepuk dan kira 1 hingga 8
mengikut rentak muzik
2. minta seorang kk pilih mana-mana 5 nombor dan bulatkan.
3. Tepuk hanya pada beat yang dibulatkan berualang-ulang mengikut rentak
muzik
4. letakan barisn nombor kedua dan ulang proses tadi. Gunakan 3 barisan
nombor yang berlainan.
5. bahgikan kelas kepada 3 kumpulan, setiap kumpulan menepuk satu barisan
berlainan. Atau kumpulan berlainan menepuk paha/ alat perkusi.

Bermain alat muzik/ genderang

Kanak-kanak suka bermain muzik sambil menyanyi. Mula-mula beri peluang kanak-
kanak bermain bebas. Selepas itu guru boleh memainkan alat mengikut irama lagu yang
betul.

Caranya:

Bahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan. Tiap-tiap kumpulan diberi sejenis


alat muzik yang berbeza.
Contoh 3 Kumpulan:
Kumpulan 1 : tamborin/ kastenet
Kumpulan 2 : kerencing
Kumpulan 4 : kayu tik tok
Cara memainkan alat perkusi

Dengan memainkan semua alat di atas, kanak-kanak bermain sambil


a. Mengikut notasi atau lirik lagu.
b. Memainkan mengikut tanda masa muzik.
c. Mengikut tempo
d. Mengikut kehendak guru
e. mengikut gambar

Penggunaan kesan-kesan bunyi daripada alat-alat muzik genderang rekaan


sendiri.

Kesan bunyi mengambarkan suasana di kedai mainan


• bunyi detik jam 12 malam (loceng selinder , kerinceng)
• bunyi kotak alat amain pecah (bunyi berkerik)
• gambaran askarberkawad (gendang)
• gambaran anak patung (kerinceng)
• bunyi harimau (bunyi mengaum, xylophone, genta)
• bunyi enjin keretapi (bunyi suara melalui kadbod, kayu blok atau claves)
• bunyi kuda ( bunyi tapak kaki, ritma tempurug, genta)

Kesan bunyi menggambarkan suasana pekan


• bunyi manusia berjalan –(claves, kayu dan papan ritma, blok kertas pasir)
• kenderaan bergerak (blok kertas pasir)
• ambulan, kereta polis, bomba ( bunyi dengan mulut, tiub kadbod, loceng,
kerinceng, blok kertas pasir)

Kesan bunyi menggambarkan suasana perang


• tenteran berkumpul ( bunyi tapak kasut, papan ritma, gendang,blok kertas pasir)
• kenderaan tentera bergerak (blok kertas pasir, gendang, markas, shaker,
canang)

Kesan bunyi menggambar ribut/ taufan di laut


• angin bertiup kencang (meniup menerusi kertas bergulung atau kotak bulu
tangkis)
• ombak kian bergulung (gendang, kotak slither, kertas pasir, gendang jepun
• kilat, petir sabung menyabung (canang, papan ritma,bunyi ayunan rotan)
• hujan turun mencurah-curah ( marakas, rattles atau shaker, bunyi ronyokan
kertas plastik)

Latihan:

• suasana pembinaan sebuah bangunan berdekatan


• keadaan disebuah pasar malam
• suasana diperhatian keretapi
• keadaan semasa hari hujan( cuaca teruk)
• suasana disebuah ladang/ tempat ternakan haiwan
• kebakaran disebuah hutan
• kesibukan dilapangan terbang.
Contoh-contoh Lagu untuk Nyanyian :

Malaysia tanah airku

Malaysia tanah airku


Tanah tumpahnya darahku
Negara yang amat kucinta
Hidup kekal bahagia

Malaysia tanah yang subur


Sentosa aman dan makmur
Megahnya lagu negaraku
Kan ku sanjungnya selalu.

Deria
saya lihat dengan mata saya dengar dengan telinga,
macam-macam warna macam-macam bunyi
merah, kuning, hijau, biru tik-tok (2x) bum-bam (2x)
jingga dan unggu riuh bunyinya

saya sentuh dengan jari, saya rasa dengan lidah,


macam-macam benda, macam-macam benda,
keras, lembut, kasar, halus, masam, manis, pahit, masin
lain rasanya. Itu rasanya.

Saya hidu dengan hidung


Kalung bunga tanjung
Bau sedapnya harum wangi
Senangnya hati

Sayang kepada keluarga Waktu malam

Saya sayang pada bapa sungguh indah diwaktu malam


Pada ibu dan saudara sunyi sepi amannya alam
Saya sayang pada kakak ribuan bintang kelip-kelipan
Pada abang dan semua. Inilah ciptaatuhann

Merekalah berusaha cuba lihat bulan mengambang


Jaga saya sampai besar waktu malam terang benderang
Merekalah bantu saya oh sungguh cantik seluruh alam
Bersekolah untuk jaya. Inilah kuasa tuhan

Lagu Haiwan: TUPAI

ADA SEKO ANOK TUPA, ATAS JULAI MOKTE,


KUDUNG EKOR, PEROT LAPAR,
JALE CARI MAKE, JALE CARI MAKE

KEJADIAN TUHE, DIPANGGIL NAMA TUPA,


ASALNYA DALE HUTE, SEJENIS MAMALIA

KALAU PASAI JAKEH KOT DEHE, DIALAH YANG PALING PANDAI


JATUH JARE- JARE, KERANO DIA TOK SOBAR

PANDAI-PANDAI TUPA MELOPAK, JATUH TANAH JUGA


NAK WI KOBA ORANG JAHAT, JANGE TELAJAK MANGOT
JANGE TELAJAK MANGOT

ORANG ZAME ITU, PAKAT HAMBAK TUPAI


BIMBANG KAWOH KAYU, TAKOT TOK DEE BESAR

NYIOR DURIAN DUKU, KALAU DEE NYA KERIT TUPA


PENDEK TAHUN TU, NYIOR DURIAN TAK DE NAK JUAL

ORANG KAMPONG TUPAI SEKO, HAMBAK HARI-HARI


NYA PAKAT LENGKONG, NYA PAKAT PEKONG
TUPA TAK LEH LARI, TUPA TAK LEH LARI

TAKAT BEDIL ADO, TUPA HABIH MATI


HOK NILAH SAYA RASO, KITA SANGAT RUGI

KITA MANUSIO, TINGGI MANO PON KITA NGAJI


NAK WAT TUPA SEKO, TENTU SEKALI DAH TAK JADI

LA NI KAMPONG, ATAS PAGAR


JARE BOLEH TENGUK, BAPA TUPA, IBU TUPA
JALE BAWAK ANOK, JALE BAWAK ANOK

RASA KESIAN SUNGGOH, TENGOK SEKO ANOK TUPA


KERANA TELAJAK KURUH, SAMPAI TOK LEH
NAK MENITI PAGA

BULU-BULUH PUN HABIH LUROH, AIR MATA BERAI-BERAI


MARI DALE BAROH, BERKALI KENA RACUN TEBAKA

ADA SEKO ANOK TUPA, ATAS JULAI MOKTE,


KUDUNG EKOR, PEROT LAPAR,
JALE CARI MAKE, JALE CARI MAKE

Gembira Jumpa Ibu.

Hatiku gembira, bilaku bejumpa,


Dengan ibu tercinta yang rajin bekerja
Ibuku seorang ibu yang penyayang,
Mendidik mengasuhku tanpa rasa jemu
Oh ibu
Bila keluar kemana-mana
Ibu sentiasa menjaga anaknya,
Memakai tudung cantik sekali
Wajahnya pula sopan tak berseri
Riang rasa hatiu dapat ibu misali,
Mendidik mengasuhku, jadi insan berilmu,
Oh ibu.

Tugas Guru

Dari pagi sehingga ke petang


Tugas dijalankan penuh sabar
Tawa tangis rentak anak-anak
Jadi lagu riang dihatiku
Ibu bapa dan juga majikan
Amalan yang telah ku terima
Walau apa rtintangan yang datang
Akan ku hadapi dengan tenang.

Kasih sayang bahagi sama rata,


Tugas membentuk akhlak yang mulia
Kalau ada jangan sampai mendera
Ku berjaya Dengan rasa tabah.

Hajat kamipengasuh yang cemerlang


Hajat kamii pengasuh yang gemilang
Hajat kami Khidmat yang dipatuhi
Hajat kami semoga diberkati.

Alat muzik:
Latihan Tangan:

5.

4. 8.

3. 7.

2 6.

1
Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam
Muzik

P (piano) - lembut (soft)

F ( forte) - kuat (loud)

Solfa

Sekian. Selamat Berseminar.

RENUNGAN
Zulky54@yahoo.com
013-6086826