Anda di halaman 1dari 3

“Aku tetap akan pergi!!,” kata Fitri .

Dia sedang duduk di anjung rumah bersama ibu


bapanya.Fitri seorang jejaka berumur antara 30an yang berwajah tipikal Melayu.Dia seorang
graduan dari Universiti Malaya yang memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang undang-
undang.Bertubuh sasa dan berperangai baik,Fitri gigih mengusahakan tanah milik bapanya di
kampung.Dia menjadi idaman ramai anak dara di kampungnya,kerana dia seorang anak yang
patuh kepada ibu bapanya,tetapi dia memang terkenal dengan sikap panas barannya. “Jangan
Fitri,kamu tidak perlu melalui semua itu,”kata ibunya. “Mah,biarkan dia,ini kehidupannya,dia
sudah besar sekarang,bagilah dia membuat keputusannya sendiri,”kata ayahnya.

Dua hari yang lepas,sepucuk surat telah sampai di kediaman Fitri.Surat itu merupakan
punca suasana dalam keluarganya bertukar menjadi kacau-bilau.Keluarga Fitri melingkungi ibu
bapanya,dua orang adik perempuan dan seorang adik lelaki.Keluarganya yang sebelum ini
sentiasa riang dan gembira,kini muram seolah-olah suatu kematian telah berlaku.Pergaulan
antara ahli keluarganya berkurang.Kenyataannya,surat itu adalah daripada Angkatan Tentera
Darat Malaysia.

Sejak kecil lagi,Fitri sangat terpengaruh dengan filem-filem aksi yang ditayangkan pada
kaca televisyen.Dia bertekad untuk menyertai angkatan tentera.Ketika di universiti,Fitri
berkenalan dengan beberapa orang rakan yang berkongsi satu cita-cita dengannya.Pada suatu
pagi,tanpa memberitahu sesiapa,mereka keluar dari kampus untuk menghadiri temu duga untuk
menyertai Angkatan Tentera Darat Malaysia,di Markas Tentera Darat di Jalan Padang
Tembak,Kuala Lumpur.Mereka menghadapi ujian-ujian yang mencabar selama tiga hari
berturut-turut.Mereka diuji dari segi mental dan fizikal.Ukuran paras dada diambil.Berat badan
dinilai.Penampilan diri turut dinilai.Pada hari terakhir mereka di sana,mereka diberi ceramah
terakhir dan dibenarkan balik.Mereka juga diberitahu bahawa keputusan temu duga mereka itu
akan sampai di rumah masing-masing.Sejak itu,hampir setiap lima kali bersembahyang sama
ada,subuh,zohor,asar,maghrib atau isyak,dia bersungguh-sungguh berdoa agar dia diterima
masuk ke dalam Angkatan Tentera Darat Malaysia.

Tanggal 17 September 1989,sepucuk surat sampai ke tangan Fitri,menyatakan dia terpilih


sebagai kadet dalam Angkatan Tentera Darat Malaysia.Fitri tidak dapat menahan
gembira.Hatinya berdebar-debar.Dia menuju ke dapur.Ibunya yang sudah mencecah umur 61
tahun,sedang menggoreng ikan pada ketika itu.Buat seketika kehadirannya di situ tidak disedari
oleh ibunya.Fitri memecahkan kesunyian dengan memulakan bicara kata.Ibunya terkejut buat
seketika.Fitri meluahkan isi hatinya untuk menyertai Angkatan Tentera Darat Malaysia.Ibunya
tergamam buat seketika.Fitri sudah dapat menjangkakan jawapan ibunya daripada ekspresi wajah
beliau.Tidak lama selepas itu,suatu perbincangan diadakan untuk mencapai kata putus tentang
masa depan Fitri.Suasana di sekeliling meja bulat sangat sunyi.Masing-masing menunjukkan
wajah yang kurang senang.
Bapa Fitri segera balik dari kerja.Beliau memecahkan kesunyian.Surat yang diterima
daripada Angkatan Tentera Darat Malaysia dibaca kuat.Setelah itu,perbincangan dimulakan di
mana majoriti ahli keluarganya membangkang keputusan Fitri.Fitri yang merupakan seorang
yang tabah,tidak dapat mengawal emosinya.Dia mempertahankan keputusannya dengan pelbagai
alasan.Hakikatnya,dia gilakan cita-citanya itu.Selama satu jam perbincangan,bapanya hanya
berdiam diri.Beliau seolah-olah sedang memikirkan sesuatu secara mendalam.Kini,setelah
semuanya kembali tenang,beliau bersuara, “Fitri,renungkan seketika.Adakah ini yang kamu
mahu dalam kehidupan ini?”. “Ya,ayah,Fitri pasti,”jawab Fitri.Bapanya sangat terpegun dengan
telatah anak sulungnya itu.Beliau tidak dapat berkata apa-apa.Akhirnya,beliau berkata, “Fitri,hari
ini,saya sebagai seorang bapa,mengingatkan kamu,kamu sudah bersedia untuk turun ke medan
perang demi kesejahteraan ibu pertiwi,jangan sesekali kamu melangkah ke belakang walau
dalam apajua keadaan pun,jagalah nama baik keluarga kita apabila berada di perantauan,tetapi
ayah merestui keinginan kamu dengan hati yang berat.”

20 September 1989,Fitri keluar dari rumahnya menuju ke pangkalan tentera di mana dia
ditugaskan.Tidak terbayang di matanya kesukaran yang akan dilaluinya.Hanya kata-kata
bapanya dan kepuasan bahawa dapat berkhidmat untuk negara bermain di dalam kotak
fikirannya.Selama tiga bulan berturut-turut,pelbagai latihan dan kemahiran dipelajari oleh
Fitri.Tidak ada satu pun yang mudah.Semuanya memang sesuai buat seorang wira.Setiap cabaran
dan dugaan yang dilemparkan terhadapnya dihadapi dengan tekun.Segalanya berjalan lancar
sehingga tibanya hari itu.Hari yang paling bermakna bagi Fitri.Hari yang akan menukarkan
segala-galanya selepas ini.Hari itu adalah hari di mana Fitri dipanggil untuk menyertai operasi
menghapuskan pengganas di Hutan Tanah Hitam,Perak.

Pada pagi yang cerah,gerakan dimulakan.Fitri sangat peka dengan perubahan


sekelilingnya.Hatinya panas apabila membayangkan mereka yang bergelar pengganas yang
sengaja menimbulkan kacau-bilau untuk menjejaskan keharmoniannya tanah airnya.Setelah
hampir beberapa jam berjalan,platun Fitri sampai ke destinasi yang diharapkan,pengganas-
pengganas kelihatan tengah bersedia untuk meninggalkan kem mereka.Inilah masanya untuk
bertindak.Tanpa berfikir panjang Fitri beraksi berdasarkan perancangan yang dibuat.Satu per
satu pengganas meninggalkan bumi menuju ke neraka apabila peluru menikam dada mereka
yang berdosa itu.Setelah berjam-jam hujan peluru berterusan akhirnya platun Fitri berjaya
menumpaskan kumpulan pengganas tersebut.

Setelah itu,Fitri dinaikkan pangkat atas keberanian yang ditunjukkannya.Sejak hari


itu,Fitri terus meraih kemenangan satu demi satu sehingga akhirnya dia menjadi seorang anggota
tentera yang dipandang tinggi.Tidak dapat dinilai kegembiraan yang terpapar di muka kedua ibu
bapanya apabila dia pulang ke rumah setiap pagi Hari Raya Aidilfitri.
(808 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai