Anda di halaman 1dari 64

1

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan senario secara umum yang menjadi latar kepada kajian ini.

Masalah latar yang merupakan penyebab kajian ini dijalankan dinyatakan di dalam

pernyataan masalah. Bab ini juga akan mengutarakan beberapa persoalan yang merujuk

kepada tajuk kajian. Kesignifikanan kajian menghuraikan dengan jelas kepentingan atau

justifikasi menjalankan kajian ini. Batasan kajian pula menghuraikan skop dapatan kajian.

Andaian-andaian atau kekangan-kekangan yang berkemungkinan mengimpak kepada

dapatan kajian juga turut disentuh dalam bab ini.

1.1 Latar Belakang

Kajian ini dikhususkan sebagai soroton tentang mengaplikasi pengetahuan sedia ada

Kalkulus Permulaan dalam menjawab soalan ‘Improper Integral’ yang melibatkan luas

dan isipadu di dalam Kalkulus Lanjutan. Selepas melalui pembelajaran dalam Kalkulus
2

Permulaan, pelajar seharusnya dapat memahami konsep asas fungsi serta beberapa teorem

yang berkaitan dengan unit ‘Improper Integral’ ini. Bermula di peringkat akar umbi lagi,

pelajar perlu menguasai asas kemahiran dalam ilmu Matematik. Ini kerana ilmu

Matematik merupakan ilmu yang berterusan hingga ke tahap tinggi. Penguasaan terhadap

kemahiran atau teknik-teknik tertentu dalam Matematik tidak akan sempurna tanpa proses

penyelesaian masalah terutamanya mengaplikasikan pengetahuan sedia ada.

Kursus Kalkulus Permulaan telah mendedahkan pelajar kepada konsep ‘Improper

Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu yang mempunyai kaitan dengan Kalkulus

Lanjutan. Pengamiran mempunyai kaitan yang rapat dengan luas di bawah graf dan boleh

dimanipulasikan dalam mencari isipadu. Justeru itu, pengetahuan tentang sifat dan fungsi

pengamiran, satu pembolehubah haruslah difahami dan dikuasai sepenuhnya sebelum kita

mulakan dengan pentakrifan beberapa konsep pengamiran dalam dimensi yang lebih

tinggi.

Pelajar diasuh untuk berfikir dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran serta

teknik-teknik yang betul dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam Matematik. Pelajar

perlu menguasai asas dalam Kalkulus Permulaan sebelum mempelajari ‘Improper

Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu di dalam Kalkulus Lanjutan. Sering kali

berlaku kesilapan di kalangan pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik yang

berkaitan dengan tajuk ‘Improper Integral’ kerana mereka kurang menguasai asas dalam

Kalkulus Permulaan. Faktor ini mungkin disebabkan oleh pelajar itu sendiri.
3

Selain itu, faktor pensyarah juga perlu diambil kira, terutamanya pendekatan yang

dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah perlu mengambil

inisiatif untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif bagi

meningkatkan kefahaman konsep dan asas dalam Kalkulus Permulaan.

1.2 Pernyataan Masalah

Cabang kalkulus dipenuhi teori dan aplikasi pengamiran. ‘Differential Calculus’

menfokuskan pada kadar perubahan, seperti kecerunan garis tangen dan halaju. ‘Integral

Calculus’ pula menekankan jumlah sesuatu nilai seperti panjang, luas kawasan dan

isipadu. Penguasaan pelajar dalam Kalkulus Permulaan di peringkat tinggi amat penting

bagi melangkah ke peringkat kalkulus yang lebih tinggi. Kesukaran pelajar dalam

penyelesaian masalah berkaitan kalkulus sering dikaitkan dengan pengetahuan asas yang

mereka miliki.

Ekoran daripada itu, kesukaran yang dihadapi akan menjejaskan penguasaan

pelajar terutamanya dalam menyelesaikan masalah ‘Improper Integral’ yang melibatkan

luas dan isipadu yang memerlukan lebih banyak penggunaan pengetahuan sedia ada

dalam Kalkulus Permulaan. Oleh yang demikian, pelajar yang tidak menguasai

pengetahuan asas dalam Kalkulus Permulaan yang secukupnya akan menghadapi masalah

yang boleh memberikan kesan yang berterusan. Pembelajaran Matematik khususnya

kalkulus tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang hanya belajar untuk lulus ujian

atau peperiksaan. Pendidikan Matematik pada peringkat universiti hendaklah


4

menekankan kepada konsep dan asas Matematik. Dari itu, pembelajaran Matematik ini

dapat dihubung kait dengan pembelajaran yang seterusnya.

Menurut Ng See Ngean (dalam Baharudin Moktar, 1991, m.s.2), Matematik

adalah satu mata pelajaran yang bersifat hierarki, iaitu pembelajaran secara berperingkat-

peringkat. Sehubungan itu, pelajar yang menghadapi masalah penguasaan bagi sesuatu

tajuk pada awal proses pembelajaran dan pengajaran akan menghadapi masalah pada

masa akan datang atau penguasaan pada bab yang mendatang. Hal ini perlu diberi

penekanan atau dijadikan fokus utama kepada pelajar yang bermasalah supaya proses

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Bruechener (dalam Idris Zainal Abidin, 1991, m.s.4) menegaskan bahawa semua

kesalahan yang terdapat di dalam kerja-kerja adalah sangat penting dianalisis. Melalui

penganalisisan kesalahan serta kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid kesahan ujian

diagnostik tersebut dapat ditentukan. Dengan erti kata lain, pelajar yang membuat

kesalahan yang terdapat dalam kerjanya adalah sangat penting dianalisis untuk

menentukan kesahan ujian pencapaian. Sehubungan itu, kesalahan yang berulang kali

dilakukan pelajar dapat dielak pada masa mendatang.

Pendapat ini juga disokong oleh West (dalam Idris Zainal Abidin, 1991, m.s.12)

yang menyebut kesalahan-kesalahan sebagai kesalahan konsep dan beliau percaya

bahawa diagnostik yang berkesan dan berhasil akan memperlihatkan pola-pola kesalahan
5

dan bukan kesalahan rawak. Beberapa aspek penting juga dapat dikenal pasti melalui

ujian ini.

Hujah yang jelas terhadap pernyataan masalah menggambarkan kajian ini

bertujuan untuk mengkaji pengetahuan sedia ada pelajar dalam menyelesaikan masalah

‘Improper Integral’ di dalam Kalkulus Lanjutan.

1.3 Soalan Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan di atas, kajian ini akan cuba menjawab

beberapa persoalan berikut:

i. Adakah pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada dalam Kalkulus Permulaan

untuk menyelesaikan permasalahan ‘Improper Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu

dalam Kalkulus Lanjutan?

ii. Adakah pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada dalam Kalkulus Permulaan

dengan betul?

1.4 Kesignifikanan Kajian

Secara umumnya, kajian ini diharap dapat membantu golongan pendidik untuk

mengetahui kepentingan asas dalam Kalkulus Permulaan sebelum pelajar mengambil

kursus kalkulus yang selanjutnya. Kajian ini hanya menekankan subtopik yang lebih kecil

dalam Kalkulus Lanjutan iaitu ‘Improper Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu.
6

Dapatan kajian ini nanti akan menjadi suatu garis panduan dalam melihat apakah asas-

asas yang perlu ditekankan oleh golongan pendidik agar pelajar mempunyai asas yang

kukuh dalam kalkulus.

Secara khususnya, kajian ini juga diharap dapat menambah baikkan teknik-teknik

pengajaran dan pembelajaran bagi subtopik yang dikaji. Di samping itu, golongan

pendidik juga dapat mengetahui kelemahan-kelemahan pelajar dalam penyelesaian

masalah Matematik agar mudah diatasi.

Bagi institusi pengajian tinggi, kajian ini diharap dapat membantu pihak

pengurusan akedemik untuk menyediakan satu bentuk kursus yang bermutu dan juga

berharap pihak yang terlibat dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

dalam mengukuhkan lagi pelajar dengan asas-asas dalam Kalkulus Permulaan sebelum

melangkah kepada Kalkulus Lanjuatan.

Penyelidik berharap kajian ini dapat juga membantu menyedarkan pelajar untuk

berusaha bersungguh-sungguh supaya meningkatkan penguasaan asas Kalkulus

Permulaan kerana Kalkulus Lanjutan merupakan kesinambungan daripada Kalkulus

Permulaan.
7

1.5 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai batasan yang tertentu. Antara batasan kajian tersebut

ialah:

a) Kajian ini hanya memfokuskan kepada skop yang agak kecil dalam pembelajaran

Kalkulus Lanjutan semester satu sesi 06/07 yang berkisar kepada konsep ‘Improper

Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu yang mempunyai kaitan dengan Kalkulus

Permulaan seperti teknik-teknik pengamiran dan had. Maka ujian pencapaian matematik

yang dijalankan adalah terbatas kepada tajuk ini.

b) Ujian diagnostik yang diduduki sampel terdiri daripada semua soalan subjektif

dan pelajar dikehendaki menjawab dalam masa 30 minit. Sehubungan itu, dapat

ditafsirkan bahawa semua aspek yang diuji adalah berpandukan soalan subjektif sahaja.

c) Ketepatan kajian banyak bergantung kepada kejujuran dan kesungguhan para

responden dalam menjawab soalan yang diberikan. Ini penting kerana hasilnya akan juga

melibatkan pelajar lain.

d) Hasil kajian ini hanya mengambarkan sampel yang dikaji pada semester

berkenaan sahaja. Hasil kajian mungkin berbeza sekiranya kajian dijalankan ke atas

pelajar Kalkulus Lanjutan pada semester yang berlainan.

e) Kajian ini merupakan kajian khusus tentang hubungan konsep asas kalkulus

dengan pencapaian kalkulus lanjutan. Pembolehubah lain seperti pengaruh ibu bapa,

pensyarah, rakan sebaya dan lain-lain tidak dikawal. Pencapaian Kalkulus Lanjutan

adalah berdasarkan keputusan ujian pencapaian.


8

1.6 Definisi Istilah

Pengetahuan adalah maklumat yang diketahui atau disedari oleh seseorang. Pengetahuan

tidak dibatasi pada deskripsi, hipotesis, konsep, teori, prinsip dan prosedur yang benar

atau berguna. Pengetahuan terdiri atas kepercayaan tentang kenyataan juga mungkin

diperoleh berdasarkan pengalaman. Cara lain untuk mendapat pengetahuan ialah dengan

pengamatan dan eksperimen.

Kalkulus adalah cabang matematik yang dikembangkan dari aljabar dan geometri.

Kalkulus umumya mempelajari laju perubahan (dalam fungsi), seperti halaju, lengkung,

dan isipadu. Perkembangan kalkulus awalnya didukung oleh Archimedes, Leibniz dan

Newton; juga Barrow, Descartes, de Fermat, Huygens, dan Wallis. Dasar dari kalkulus

adalah pengamiran, pembezaan dan had.

Luas adalah kuantiti fizik yang menyatakan ukuran suatu permukaan. Unit luas utama

menurut ‘Scale International’ (SI) adalah meter persegi sedangkan menurut sistem

Imperial adalah kaki persegi. Pengukuran luas untuk bentuk-bentuk sederhana boleh

dilakukan dengan menggunakan persamaan Matematik. Contohnya, untuk suatu

segiempat, luas adalah lebar darab tinggi.

‘Improper Integral’ adalah salah satu dari cabang pengamiran. Kamiran tak wajar ada dua

jenis. Jenis yang pertama ialah Kamiran Tak Wajar Jenis I dan jenis yang kedua ialah

Kamiran Tak Wajar Jenis II.


9

BAB 2

KAJIAN KEPERPUSTAKAAN

Bab ini menghuraikan empat literatur utama bagi tajuk yang dikaji. Pertamanya ialah

pengenalan yang mendefinisikan tajuk berdasarkan rujukan tertentu. Keduanya ialah

mengenai pengetahuan sedia ada. Ketiganya, penyelidik menjalankan kajian literatur

tentang kepentingan pengetahuan sedia ada. Keempatnya, penyelidik membuat kajian

literatur berdasarkan kajian-kajian lepas.

2.1 Pengenalan

Penyelidik ingin mendefinisikan tajuk kajian iaitu aplikasi pengetahuan sedia ada pelajar

Matematik Kalkulus Permulaan semester 1 sesi 06/07 UPSI dalam menjawab soalan

‘Improper Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu di dalam Kalkulus Lanjutan
10

secara umum. Berdasarkan tajuk di atas, penyelidik akan menerangkan kandungan yang

terdapat dalam sub topik ‘Improper Integral’ yang diajar dalam Kalkulus Permulaan.

‘Improper Integral’ ialah kamiran tak wajar. Ia mengandungi dua jenis. Jenis yang

pertama ialah Kamiran Tak Wajar Jenis I.

1. Jika f(x) selanjar dalam selang [a,∞) maka

2. Jika f(x) selanjar dalam selang (-∞,b] maka

3. Jika f(x) selanjar dalam selang (-∞,∞) maka

dengan c sebarang nombor nyata.

Dalam dua kes yang pertama, kamiran tak wajar dikatakan menumpu jika had wujud.

Sebaliknya, jika had tak wujud kamiran tak wajar dikatakan mencapah. Dalam kes ketiga

kamiran di sebelah kiri dikatakan mencapah jika salah satu atau kedua-dua kamiran tak

wajar di sebelah kanan mencapah.

Jenis yang kedua ialah Kamiran Tak Wajar Jenis II.


11

1. Jika f(x) selanjar dalam selang [a,b) dan mempunyai ketakselanjaran tak terhingga

di b, maka

2. Jika f(x) selanjar dalam selang (a,b] dan mempunyai ketakselanjaran tak terhingga

di a, maka

3. Jika f(x) selanjar dalam selang [a,b], kecuali di suatu titik c dalam (a,b) dan f(x)

mempunyai ketakselanjaran tak terhingga di c, maka

dengan c sebarang nombor nyata.

Dalam dua kes yang pertama, kamiran tak wajar dikatakan menumpu jika had wujud.

Sebaliknya, jika had tak wujud kamiran tak wajar dikatakan mencapah. Dalam kes ketiga

kamiran di sebelah kiri dikatakan mencapah jika salah satu atau kedua-dua kamiran tak

wajar di sebelah kanan mencapah.

Menurut Kantowski (dalam Anbarasi Raju, 1999, m.s.6) berpendapat bahawa

masalah akan wujud apabila pelajar menghadapi soalan Matematik yang tidak dapat

dijawab dalam masa yang singkat atau tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan
12

maklumat-maklumat yang ada padanya ketika itu. Masalah Matematik berbeza daripada

latihan Matematik kerana dalam menyelesaikan masalah tiada prosedur atau algoritma

tertentu yang menjamin penyelesaian masalah tersebut.

Pada pendapat Laster (dalam Anbarasi Raju, 1999, m.s.7), masalah akan wujud

apabila pelajar ingin melaksanakan sesuatu tugas tersebut. Menurut beliau, ciri penting

bagi definisi masalah Matematik ialah keinginan pelajar untuk mencari penyelesaian. Jika

ciri ini tidak wujud, maka situasi berkenaan tidak dianggap sebagai masalah. Masalah

Matematik pula terdiri daripada berbagai-bagai jenis seperti masalah perkataan, teka-teki,

pembuktian dan masalah kehidupan seharian.

Masalah akan wujud apabila terdapat perbezaan antara semesta (situasi

permulaan) dengan keadaan yang cuba dicapai (situasi matlamat), tetapi pelajar tidak

mengetahui cara perbezaan itu boleh dihapuskan (Hayes dalam Anbarasi Raju, 1999,

m.s.7), pula. Situasi matlamat yang perlu dicapai itu mungkin berbentuk konkrit atau

abstrak.

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa masalah Matematik ialah

keadaan atau teknik yang tidak dapat dikenal pasti dengan serta merta. Ia juga merupakan

satu situasi yang mempunyai tujuan yang jelas tetapi wujud halangan terhadap jalan untuk

mencapai tujuan tersebut.


13

2.2 Pengetahuan Sedia Ada

Secara umumnya, sebelum memasuki aras yang lebih tinggi, seseorang pelajar itu patut

memahami kesemua asas terlebih dahulu. Pengajaran dan pembelajaran Matematik telah

mengalami perubahan ketara bukan sahaja melibatkan perubahan sukatan bahkan dari

segi pendekatannya. Ini adalah dalam usaha untuk mewujudkan pembelajaran berkesan

dan penguasaan pemahaman konsep Matematik di kalangan pelajar. Pelajar perlu dibawa

keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap Matematik kepada bentuk yang

lebih praktikal dan analitik yang memerlukan pemahaman konsep. Dalam usaha ke arah

itu, pelajar perlu dikaji bukan sekadar tentang cara mereka belajar dan menjawab soalan

bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir serta berinteraksi dalam memahami sesuatu

konsep Matematik.

Menurut Biggs (1990), perbezaan ini berlaku kerana proses pembelajaran

melibatkan teknik yang kompleks, strategi dan pendekatan yang mana diarah oleh nilai

dan sikap yang relevan. Elemen-elemen yang terdapat dalam proses belajar merangkumi

motif, matlamat, sumber, kekangan, maklumat kemaskini, kebolehan, strategi

pemantauan dan ‘finalising’. Kesemua elemen ini memaparkan satu jaringan kerja yang

kompleks yang mana ia akan membawa kepada pendekatan pembelajaran yang berbeza

bagi individu. Suasana pengajaran yang sistematik dan harmoni juga merupakan salah

satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran. Ini

dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam Matematik.


14

Pelajar Major Matematik di UPSI dikehendaki mengambil Kalkulus Permulaan

dahulu sebelum mengambil kursus Kalkulus Lanjutan. Objektifnya adalah untuk

menyediakan asas kalkulus untuk membolehkan pelajar mengikuti kursus yang lebih

tinggi dalam bidang ini dan bidang yang berkaitan. Kursus ini menekankan pembinaan

konsep dalam kalkulus satu pembolehubah dan memperkenalkan pelajar kepada konsep-

konsep set dan fungsi sebagai asas yang diperlukan untuk memahami idea-idea mengenai

keselanjaran dan terbitan fungsi.

Penekanan kursus ini adalah mengenai pembezaan dan teorem-teorem yang

berkaitan dan kamiran sebagai proses anti-pembezaan juga dipelajari. Teorem-teorem dan

teknik-teknik kamiran dan pembezaan dibincangkan di akhir kursus. Antara topik-topik

yang diajar dalam Kalkulus Permulaan ialah pengenalan dan perbincangan mendalam

tentang set dan fungsi, had dan keselanjaran bagi fungsi pembezaan. Pembezaan bagi

hasil tambah, hasil bahagi dan pendaraban serta penggunaannya. Selain itu, fungsi-fungsi

menokok dan menyusut, bentuk tak tentu, petua L'Hospital, pengenalan dan perbincangan

tentang anti-pembezaan dan kamiran. Teorem Asasi Kalkulus dan permasalahan-

permasalahan yang berkaitan, teknik-teknik pengamiran bersama fungsi-fungsi logaritma

dan eksponen juga diajar semasa pelajar Mengambil Kalkulus Permulaan.

Sementara di peringkat Kalkulus Lanjutan pelajar dilengkapkan dengan

pengetahuan peringkat lanjutan dalam bidang kalkulus. Di antara topik-topik dalam

kursus ini adalah teknik pengamiran peringkat tinggi, kamiran tak wajar, jujukan dan siri,
15

ujian penumpuan, termasuk ujian kamiran, siri selang-seli, fungsi jujukan menumpu dan

sebagainya. Dalam kajian ini, pengetahuan sedia ada yang patut ada pada pelajar dalam

menjawab ujian pencapaian ialah lakaran graf bagi fungsi yang diberi, lorekan mengikut

batasan, rumus luas kawasan batasan atas dan bawah, operasi fungsi, teknik pengamiran,

pengamiran fungsi salingan, ‘finite’ atau ‘infinite’ bagi luas, rumus isipadu, batasan atas

dan bawah bagi isipadu dan ‘finite’ atau ‘infinite’ bagi isipadu.

2.3 Kepentingan pengetahuan sedia ada

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan

bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat Matematik secara

tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.

Pengetahuan sedia ada sering dikaitkan dengan konstruktivisme. Konstruktivisme adalah

satu fahaman yang mencadangkan pelajar belajar sesuatu dengan membina pemahaman

sendiri.

Dalam menilai keupayaan pelajar terhadap pengetahuan sedia ada bukan sahaja

aspek kognitif diambil kira tetapi aspek afektif juga perlu dipertimbangkan. Penilaian

terhadap pengetahuan sedia ada tidak seperti penilaian kertas dan pensel kerana ia

merupakan satu proses yang kompleks dan tingkah laku penyelesaian masalah itu

dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Ia berfokus kepada proses penyelesaian masalah dan

bukan kepada hasil atau jawapan semata-mata. Pemarkahan untuk menilai pengetahuan

sedia ada boleh dijalankan secara analitik. Markah atau skor diperuntukkan bagi setiap
16

langkah penyelesaian masalah, iaitu memahami masalah, merancang strategi, melaksana

strategi penyelesaian, dan menyemak semula. Skim pemarkahan adaptasi Charles &

Lester dan Woods, RECSAM 1996 berikut boleh dijadikan panduan.

Memahami masalah

0: Tidak ada jawapan langsung

1: Salah tafsir masalah

2: Salah tafsir sebahagian besar masalah

3: Salah tafsir sebahagian kecil masalah

4: Memahami masalah dengan baik

Merancang strategi

0: Tidak ada jawapan langsung

1: Rancangan yang langsung tidak betul

2: Prosedur yang ada kesilapan besar

3: Prosedur yang ada kesilapan kecil

4: Rancangan yang boleh mendapat jawapan betul

Melaksana strategi

0: Tidak ada jawapan atau jawapan yang salah

1: Kesilapan mengira; sebahagian jawapan sahaja yang betul

2: Penyelesaian yang betul

Berdasarkan skema ini markah penuh ialah 10 markah. Untuk proses memahami masalah

4, proses merancang strategi 4 dan proses melaksana strategi 2. Teknik ini sangat sesuai

bagi pengkaji mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar tentang pengetahuan sedia

ada yang ada padanya. Ia boleh digunakan sebagai alat diagnostik untuk mengesan
17

kekuatan dan kelemahan pelajar dalam langkah-langkah penyelesaian masalah dan

kemudian membuat tindakan susulan untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam asas

pengetahuan sedia ada.

2.4 Kajian Lepas

Daripada kajian-kajian lepas, penyelidik mencadangkan bahawa pengetahuan sedia ada

adalah penting bagi menyelesaikan masalah dalam Matematik kerana pengetahuan yang

baru dibina daripada pengetahuan yang lalu. Kalkulus memainkan peranan penting dalam

pelbagai bidang seperti Matematik, Sains dan Kejuruteraan. Oleh yang demikian terdapat

banyak kajian yang dijalankan bagi mengkaji kefahaman pelajar dalam pengajian

kalkulus. Kajian-kajian ini mendapati bahawa pengetahuan konsep penting dalam

memahami sesuatu pelajaran.

‘The most commonly used methods for teaching mathematics are


presentation of information to the class by chalkboard or
overhead projector and assignment of individual work’
( Roulet, 1998, m.s. 3 )

Realiti yang berlaku dalam pelaksanaan pengajaran di Malaysia turut dialami oleh

beberapa negara lain. Pernyataan di atas dipetik daripada laporan Kementerian

Pendidikan Ontario di dalam kajiannya terhadap pelaksanaan proses pengajaran

pembelajaran di beberapa buah sekolah di sana. Kajian tersebut melibatkan pengetua-

pengetua sekolah, guru-guru, dan para pelajar. Dalam penyeliaan di bilik darjah di dapati

bahawa aktiviti pengajaran pembelajaran lebih berpusatkan kepada guru di mana para

pelajar lebih banyak menyelesaikan latihan secara individu. Konsep-konsep baru

disampaikan kepada pelajar dalam bentuk penerangan secara kelas. Ini akan
18

mengurangkan asas pelajar terhadap sesuatu cabang ilmu yang akan melemahkan mereka

untuk pergi ke aras yang lebih tinggi.

“… without a sound understanding of concepts, skills may be


used mechanically and easily forgotten… student must
understand the underlying concepts and if they cannot do the
skills, they cannot be expected to understand concepts and
cannot progress too higher-level course work.”
(Kulm, 1988, m.s.18)

Petikan di atas menjelaskan bahawa pengetahuan konsep dan pemahaman konsep

penting dalam menyelesaikan masalah Matematik. Tanpa pengetahuan sedia ada, pelajar

tidak akan memahami konsep dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah Matematik

pada peringkat yang lebih tinggi.

Ginsburg & Baron (1992) dalam kajian lepas dalam bidang ini menunjukkan

bahawa konsep-konsep di atas dapat menolong kanak-kanak mempelajari Matematik

dengan lebih berkesan. Tambahan pula, mereka juga dapat mengaplikasikan kemahiran

yang mereka perolehi kepada keadaan yang baru. Beliau membuat kesimpulan bahawa

pelajar-pelajar perlu mempunyai kefahaman yang kukuh terhadap konsep-konsep

Matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat

yang lebih tinggi.

Ng See Ngean (1991,ms 13) menyatakan bahawa pelajar kerapkali membuat

kesilapan dalam aritmetik. Mereka tidak mempelajari dengan lengkap teknik-teknik

pengiraan dan memberi jawapan yang salah. Jika kesilapan ini tidak dibetulkan dari awal

maka ia akan menjadi halangan kepada pembelajaran Matematik di masa hadapan. Pada
19

masa itu, masalah ini akan menjadi lebih sukar lagi. Kadangkala seseorang pelajar tidak

dapat menyelesaikan masalah bukan kerana dia tidak mempunyai pengetahuan dan

kemahiran yang diperlukan untuk masalah itu, tetapi dia tidak memahami masalah

berkenaan. Pelajar harus menyedari bahawa kesilapan dan kesalahan mungkin berlaku

dan guru harus membantu pelajar melihat mengapa kesilapan atau kesalahan wujud

supaya pelajar dapat mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang sama.

Menurut Starkey, (1992) perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal

Matematik atau dalam mengenali angka dan membilang bukan berdasarkan konsep

"semua" atau "tiada langsung" tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan

beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih

mendalam, tentang angka dan konsep-konsep pengiraan. Kanak-kanak belajar tentang

nombor berdasarkan kepada pengalaman mereka. Ramai pengkaji mencadangkan

kemahiran menyatakan bilangan kuantiti sesuatu objek dan membilang angka adalah

kemahiran asas kanak-kanak yang dipelajari dan dibina oleh kanak-kanak semasa

berumur 5 ke 6 tahun mendapati dalam kajiannya bahawa kanak-kanak pada peringkat

pra-sekolah lagi telah mempunyai pengetahuan yang baik tentang kuantiti dalam bentuk

angka dan membilang objek dengan tepat. Beliau juga menyimpulkan bahawa belajar

membilang adalah asas kepada kemahiran menggunakan angka bagi kanak-kanak

Ini menyentuh tentang kepentingan tentang pengetahuan sedia ada, tahap

penggunaan sedia ada yang digunakan oleh pelajar dan sejauh manakah pelajar

menumpukan perhatian terhadap pengetahuan yang sedia ada ini. Keseluruhannya,


20

perkara yang perlu diutamakan dalam pembelajaran pelajar ialah pengetahuan konsep-

konsep yang penting terutamanya dalam subjek kalkulus. Asas-asas dalam subjek

Kalkulus Permulaan perlu dikuasai. Sekiranya pelajar tidak menguasai asas-asas tersebut,

pelajar akan menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah Matematik berkait

dengan subtopik ‘Improper Integral’.

Wiersma (1995) menyatakan perbezaan Matematik dengan mata

pelajaran lain ialah dari segi penekanan terhadap kaedah pengajaran

yang disampaikan dan sistem pembelajaran yang berlaku. Tiga aspek

penting yang dinyatakan ialah pengetahuan dan kefahaman ,

penggunaan konsep dan penyelesaian masalah. Dengan adanya

ketiga-tiga aspek tersebut maka pembelajaran Matematik akan

menjadi lebih mudah. Oleh itu perlunya ada gaya belajar yang

tersendiri bagi meningkatkan pencapaian Matematik.


21

BAB 3

METODOLOGI

Bab ini menjelaskan tentang lima tajuk utama secara terperinci. Pertamanya ialah tentang

reka bentuk kajian. Keduanya adalah mengenai populasi dan sampel. Ketiganya tentang

instrumen kajian. Keempatnya menyentuh prosedur kajian. Kelimanya berkaitan dengan

analisis data yang digunakan dalam kajian.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif. Reka bentuk kajian secara kuantitatif

yang dijalankan adalah berdasarkan kepada ujian pencapaian yang diberi. Soalan

pencapaian ‘Improper Integral’ ini melibatkan luas dan isipadu yang diberikan kepada

pelajar Matematik semester 3 (Semester 1 06/07) UPSI bagi mengenal pasti pengetahuan

sedia ada mereka. Soalan yang diberikan mengandungi 11 pengetahuan sedia ada dalam

Kalkulus Pemulaan. 11 pengetahuan sedia ada ini akan dikenal pasti oleh
22

penyelidik sesudah pelajar habis menjawab soalan. Data akan dikumpul pada minggu

terakhir kursus Kalkulus Lanjutan bagi memastikan masa tidak mempengaruhi data kajian

ini.

3.2 Populasi dan Sampel

Populasi kajian terdiri daripada pelajar Matematik semester 3 (Semester 1 06/07) yang

telah mengambil kursus Kalkulus Permulaan. Populasi yang dipilih terdiri daripada

pelajar lelaki dan perempuan pelbagai latar belakang dan tahap pencapaian Matematik

yang dipilih secara rawak.

Dalam menentukan saiz sampel, isu yang paling penting ialah isu mengenai

perwakilan dan kecukupan (Ary, 1990). Oleh itu, kajian ini melakukan pemilihan pelajar

berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.

3.3 Instrumen Kajian

Ujian pencapaian untuk mengenal pasti penggunaan pengetahuan sedia ada pelajar dalam

kalkulus. Penyelidik menilai jawapan sampel berdasarkan jawapan yang diberikan secara

bertulis. Ujian pencapaian ini terdiri daripada bahagian dalam teknik-teknik pengamiran

dan had. Sampel perlu menguasai teknik-teknik asas pengamiran dalam Kalkulus

Permulaan kerana tajuk tersebut akan diaplikasikan dalam kursus Kalkulus Lanjutan.
23

Selain itu, penggunaan pelajar terhadap pengetahuan sedia ada oleh pelajar akan

dipastikan betul atau tidak akan dikenal pasti di mana kesilapannya.

3.4 Prosedur Kajian

Sebelum penyelidik memulakan kajian, penyelidik perlu membuat jalinan perhubungan

dengan pihak yang berkaitan terutamanya pihak institusi tersebut. Kemudian, penyelidik

pergi ke institusi tersebut dan berbincang dengan pihak Fakulti Sains dan Teknologi bagi

mendapat maklumat dan memohon kebenaran menjalankan kajian di institusi berkenaan.

Selepas itu, penyelidik berjumpa dan berbincang serta meminta bantuan pensyarah yang

terlibat untuk memulakan kajian.

Pensyarah tersebut memberi salinan soalan Kalkulus Lanjutan yang mempunyai

kesinambungan daripada Kalkulus Permulaan kepada pengkaji. Berdasarkan kepada

soalan tersebut, penelitian terhadap sub topik ‘Improper Integral’ dibuat untuk

mendapatkan satu set soalan kajian yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian.

Untuk memastikan kesesuaian ujian pencapaian kepada sampel, ujian rintis

dilakukan terlebih dahulu terhadap 8 orang pelajar yang berbeza ciri dan pencapaian

Matematik. Daripada ujian yang dilakukan seorang pelajar mempunyai 10 pengetahuan

sedia ada iaitu pencapaian tertinggi dan yang paling rendah iaitu seorang yang hanya

mempunyai 1 pengetahuan sedia ada. 8 pelajar lain mempunyai pengetahuan sedia ada di

antara 1 hingga 10 pengetahuan sedia ada. Cronbach's Alpha yang diperolehi adalah
24

0.922 yang membuktikan bahawa ujian yang dibuat mempunyai kesahan yang tinggi.

Objektif setiap unit soalan adalah seperti berikut:

No. Item Objektif

1 a Mengenal pasti pengetahuan sedia ada


pelajar dalam melakar graf bagi fungsi yang
diberi.

b Mengenal pasti pengetahuan sedia ada


pelajar dalam lorekan mengikut batasan

c Mengenal pasti pengetahuan sedia ada


pelajar dalam menyelesaikan soalan luas
kawasan, batasan atas dan bawah bagi luas,
operasi fungsi, teknik pengamiran dan
‘Finite’ and ‘Infinite’ bagi luas

d Mengenal pasti pengetahuan sedia ada


pelajar dalam penggunaan rumus isipadu,
batasan atas dan bawah bagi isipadu dan
‘Finite’ dan ‘Infinite’ bagi isipadu

3.5 Analisis Data

Setelah jawapan daripada pelajar diperolehi, jawapan akan diperiksa dan pengetahuan

sedia ada setiap pelajar dimasukkan ke dalam satu borang (Lampiran C). Untuk melihat

pengetahuan sedia ada bagi keseluruhan pelajar, maklumat daripada data dalam Lampiran

C dimasukkan ke dalam satu kotak (Lampiran D). Data bagi pengetahuan sedia ada akan
25

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial

Science 12.0 for Windows (SPSS). SPSS digunakan bagi mandapatkan maklumat

secara diskriptif tentang penggunaan pengetahuan sedia ada dalam subtopik ‘Improper

Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu. Penyelidik amat berhati-hati ketika

memproses maklumat dari data yang didapati kerana keberkesanan kajian ini bergantung

kepada kebolehan penyelidik memilih dan menganalisis dokumen yang sahih dan sesuai.

Penyelidik menetapkan alat ukur yang yang digunakan bagi menkategorikan tahap

lemah, sederhana dan baik dengan berpandukan kepada peratus yang diperolehi bagi

setiap pengetahuan sedia ada. Bagi pengaplikasian pengetahuan yang mendapat 50% ke

bawah, penyelidik menkategorikan sebagai pengetahuan pelajar berada pada tahap lemah,

50-70% sederhana dan 70-100% pada tahap baik.

Bagi kajian ini, iaitu kajian kuantitatif, rekabentuk penyelidikan adalah berbentuk

tetap dan ia memerlukan ujian statistik. Semasa kerja lapangan, proses analisis data dibuat

serentak dengan pungutan data.


26

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

Bab ini akan membincangkan secara khusus hasil kajian yang telah

diperolehi. Tumpuan diberi kepada analisis data-data yang diperolehi

daripada ujian pencapaian. Analisis dibuat 100% ke atas ujian

pencapaian yang diberikan. Data-data yang diperolehi diproses dengan

menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science 12.0

for Windows (SPSS) untuk mendapatkan nilai-nilai dalam bentuk

frekuensi, peratusan, varian dan min.

4.1 Pengenalan

Di bahagian ini akan dibincangkan mengenai dapatan-dapatan yang

diperolehi dari sekolah yang dijadikan subjek kajian melalui

penganalisisan data. Ia merupakan penghuraian keputusan statistik


27

hasil daripada penganalisisan data kajian yang telah dilakukan. Analisis

yang dijalankan adalah untuk mengetahui adakah pelajar

menggunakan pengetahuan sedia ada dalam Kalkulus Permulaan untuk

menyelesaikan
28

permasalahan ‘Improper Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu

dalam Kalkulus Lanjutan. Ia juga bertujuan untuk mengetahui adakah

pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada dalam Kalkulus

Permulaan dengan betul. Ini akan menjawab persoalan kajian yang

dikemukakan. Penganalisisan dapatan ini adalah berdasarkan kepada

data-data yang terdapat di Lampiran D.

4.2 Andaian Kajian

Sebagai prosedur kajian andaian berikut disenaraikan sebagai rujukan

terhadap hasil dapatan kajian;

1. Semua responden dipilih secara rawak

2. Responden menjawab soal selidik dengan suka rela.

4.3 Analisis aplikasi pengetahuan sedia ada Kalkulus

Permulaan pelajar Matematik Semester 3 dalam menjawab

soalan ‘ Improper Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu

dalam Kalkulus Lanjutan.

Jadual di bawah menggambarkan frekuensi, min, dan peratus dari

setiap item yang diperolehi dari ujian pencapaian. Jadual di bawah juga

menyatakan aplikasi pengetahuan sedia ada pelajar bagi setiap 11

pengetahuan sedia ada Kalkulus Permulaan.


29

Jadual 4.1

Lakaran Graf Bagi Fungsi Yang DiBeri

Pengetahuan 1 Frekuensi Peratus Min

Ada 24 40

Tiada 36 60

Jumlah 60 100 1.60

Nota: Pengetahuan 1 = Lakaran Graf Bagi Fungsi Yang DiBeri

Jadual 4.1 di atas menunjukkan 40% atau 24 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada ‘Lakaran Graf Bagi Fungsi Yang DiBeri’. Seramai 36 pelajar

tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul yang merupakan soalan

kedua peratusan tertinggi salah. Min bagi soalan ini ialah 1.60 iaitu

menghampiri kepada 2.00 yang menunjukkan lebih ramai yang

menjawab salah daripada betul. Ini menunjukkan pengaplikasian

pelajar tentang pengetahuan 1 ini berada pada tahap lemah.

Jadual 4.2

Lorekan Mengikut Batasan


30

Pengetahuan 2 Frekuensi Peratus

Min

Ada 42 70

Tiada 18 30

Jumlah 60 100 1.30

Nota: Pengetahuan 2 = Lorekan Mengikut Batasan

Jadual 4.2 di atas menunjukkan 70% atau 42 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada ‘Lorekan Mengikut Batasan’. Min bagi soalan ini iaitu 1.30

menunjukkan lebih ramai pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia

ada mereka daripada yang tidak dapat menjawab soalan ini. Seramai

24 pelajar masih mempunyai pengetahuan 2 walaupun soalan

pengetahuan 1 mereka silap. Ini kerana mereka melorek kawasan yang

diberi mengikut batasan yang diberikan walaupun lakaran graf mereka

tidak berapa tepat. Bagi soalan ini, pelajar menggunakan

pengaplikasian pengetahuan sedia ada namun tidak tepat.

Jadual 4.3

Rumus Luas Kawasan

Pengetahuan 3 Frekuensi Peratus

Min

Ada 44 73.3
31

Tiada 16 26.7

Jumlah 60 100 1.27

Nota: Pengetahuan 3 = Rumus Luas Kawasan

Jadual 4.3 di atas menunjukkan 73.3% atau 44 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada ‘Rumus Luas Kawasan’. Bagi soalan ini, secara

keseluruhannya soalan kedua yang paling ramai pelajar menjawab

dengan betul. Min bagi soalan ini, 1.27 yang hampir kepada 1

menunjukkan secara keseluruhan ramai pelajar mengaplikasian

pengetahuan ‘Rumus Luas Kawasan’ dalam Kalkulus Permulaan bagi

soalan ini. Ini juga kerana pengetahuan 3 ini tidak berkait dengan

pengetahuan 1 dan 2. Dapatan bagi soalan ini menunjukkan

kebanyakan pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada 3 ini dengan

betul.

Jadual 4.4

Batasan Atas Dan Bawah Bagi Luas

Pengetahuan 4 Frekuensi Peratus

Min

Ada 35 58.3

Tiada 25 41.7

Jumlah 60 100 1.42


32

Nota: Pengetahuan 4= Batasan Atas Dan Bawah Bagi Luas

Jadual 4.4 di atas menunjukkan 58.3% atau 35 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada ‘Batasan Atas Dan Bawah Bagi Luas’. Min 1.42 menunjukkan

lebih daripada separuh pelajar menjawab soalan yang mempunyai

pengetahuan 4 dengan betul. Kebanyakan pelajar silap meletakkan

batasan atas bagi luas bagi soalan ini yang sepatutnya ‘Infinite’( ∞ ). Ini

menjawab kepada persoalan kajian 1 dan 2 iaitu pelajar

meneggunakan pengetahuan 4 ini bagi menyelesaikan persoalan yang

melibatkan luas dan isipadu namun hanya 58.3% menggunakannya

dengan betul.

Jadual 4.5

Operasi Fungsi

Pengetahuan 5 Frekuensi Peratus

Min

Ada 42 70

Tiada 18 30

Jumlah 60 100 1.30


33

Nota: Pengetahuan 5 = Operasi Fungsi

Jadual 4.5 di atas menunjukkan 70% atau 42 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada ‘Operasi Fungsi’. Operasi fungsi ini adalah berdasarkan

kepada penolakan atau penambahan dua fungsi. Soalan meminta

pelajar menjalankan operasi fungsi samaada proses penambahan atau

penolakan. Apabila pelajar tidak mempunyai pengetahuan sedia ada 5

ini, mereka tidak dapat menguasai atau memahami pengetahuan sedia

ada 6. Min yang diperolehi bagi soalan pengetahuan sedia ada 5 ini

ialah 1.30.

Jadual 4.6

Teknik Pengamiran

Pengetahuan 6 Frekuensi Peratus

Min

Ada 35 58.3

Tiada 25 41.7

Jumlah 60 100 1.42

Nota: Pengetahuan 6 = Teknik Pengamiran

Jadual 4.6 di atas menunjukkan 58.3% atau 35 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada Teknik Pengamiran. Teknik pengamiran ini ialah cara-cara


34

mengamir persamaan Matematik yang asas. Min 1.42 meghampiri 1.00

menyatakan lebih separuh pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada

6 ini. Seramai 35 daripada 60 pelajar telah menggunakan pengetahuan

sedia ada 6 dalam ujian yang diberikan dengan betul.

Jadual 4.7

Pengamiran Fungsi Salingan

Pengetahuan 7 Frekuensi Peratus

Min

Ada 36 60

Tiada 24 40

Jumlah 60 100 1.40

Nota: Pengetahuan 7 = Pengamiran Fungsi Salingan

Jadual 4.7 di atas menunjukkan 60% atau 36 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada ‘Pengamiran Fungsi Salingan’. Soalan ini melihat pelajar

mengamir fungsi salingan. Ini adalah asas yang telah dipelajari semasa

berada dalam kursus Kalkulus Permulaan. Min yang diperolehi iaitu

1.40 menunjukkan lebih ramai pelajar yang mempunyai pengetahuan

sedia ada 7 ini. Tidak ada seorang pun pelajar yang tidak mempunyai

pengetahuan sedia ada 7 ini yang berjaya menjawab soalan yang


35

mengandungi pengetahuan sedia ada 8 (Lampiran D). Ini menunjukkan

kedua-dua soalan ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Jadual 4.8

‘Finite’ @ ‘Infinite’ Bagi Luas

Pengetahuan 8 Frekuensi Peratus

Min

Ada 29 48.3

Tiada 31 51.7

Jumlah 60 100 1.52

Nota: Pengetahuan 8 = ‘Finite @ Infinite Bagi Luas’

Jadual 4.8 di atas menunjukkan 48.3% atau 29 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada ‘Finite @ Infinite Bagi Luas’. Lebih daripada separuh pelajar

dengan min 1.52 yang tidak mempunyai pengetahuan 8 daripada

soalan yang diberikan. Pengetahuan 8 ini amat berkait rapat dengan

pengetahuan 3, 4, 5. 6 dan7. ‘Finite @ Infinite Bagi Luas’ ini diperolehi

apabila jawapan yang diperolehi ∞ = ‘Infinite’ dan ‘Finite’ selain

daripada ∞ .

Jadual 4.9

Rumus Isipadu
36

Pengetahuan 9 Frekuensi Peratus

Min

Ada 50 83.3

Tiada 10 16.7

Jumlah 60 100 1.17

Nota: Pengetahuan 9 = Rumus Isipadu

Jadual 4.9 di atas menunjukkan 83.3% atau 50 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada ‘Rumus Isipadu’. Pengetahuan sedia ada iaitu ‘Rumus

Isipadu’ ini paling banyak diaplikasikan pelajar. Min yang diperolehi

iaitu 1.17 paling menghampiri 1.00 berbanding 10 soalan pengetahuan

sedia ada yang lain. Hanya seorang pelajar yang tidak mempunyai

pengetahuan sedia ada bagi soalan ini yang dapat menjawab dengan

betul soalan pengetahuan sedia ada 9 dan 10 (Lampiran D). Ini

menunjukkan pengetahuan sedia ada ‘Rumus Isipadu’ amat diperlukan

bagi menjawab soalan pengetahuan sedia ada 9 dan 10.

Jadual 4.10

Batasan Atas Dan Bawah Bagi Isipadu

Pengetahuan 10 Frekuensi Peratus

Min

Ada 30 50
37

Tiada 30 50

Jumlah 60 100 1.50

Nota: Pengetahuan 10 = Batasan Atas Dan Bawah Bagi Isipadu

Jadual 4.10 di atas menunjukkan 50% atau 30 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada ‘Batasan Atas Dan Bawah Bagi Isipadu’. Separuh daripada

pelajar menjawab soalan dengan betul manakala separuh sebaliknya.

Min yang diperolehi juga 1.50 iaitu nilai yang berada di tengah di

antara 1.00 dan 2.00. Pengetahuan daripada soalan ini berkait dengan

pengetahuan 9. Hanya seorang yang tidak mempunyai pengetahuan

sedia ada 9 mempunyai pengetahuan sedia ada 10 ini berdasarkan

jawapan yang diberikan.

Jadual 4.11

Finite @ Infine Bagi Isipadu

Pengetahuan 11 Frekuensi Peratus

Min

Ada 19 31.7

Tiada 41 68.3

Jumlah 60 100 1.68

Nota: Pengetahuan 11 = ‘Finite @ Infinite Isipadu.


38

Jadual 4.11 di atas menunjukkan 31.7% atau 19 orang pelajar yang

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka bagi pengetahuan

sedia ada ‘Lorekan Mengikut Batasan’. Soalan ini yang mengandungi

pengetahuan sedia Kalkulus Permulaan ‘Lorekan Mengikut Batasan’

adalah yang paling sedikit pengaplikasiannya di kalangan pelajar.

Disebabkan tidak mempunyai asas pada pengetahuan 9 dan 10

kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul. Min

yang diperolehi pada soalan yang mengandungi pengetahuan ‘Finite @

Infine Bagi Isipadu’ ini ialah 1.68 iaitu yang paling tinggi di antara 11

soalan pengetahuan sedia ada Kalkulus Permulaan. Boleh dikatakan

kebanyakan pelajar tidak menggunakan pengetahuan 11 ini dalam

Kalkulus Permulaan untuk menyelesaikan permasalahan ‘Improper

Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu dalam Kalkulus Lanjutan

dan terdapat pelajar yang tidak menggunakannya dengan betul.

4.3 Dapatan Kajian Lepas

Kember (1996) mencadangkan agar pelajar menggabungkan kaedah kefahaman

dan hafalan untuk mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan. Kefahaman terhadap

tugasan sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan gred yang baik.

Forsten (1992) menyatakan bahawa adalah lebih berkesan bagi murid-murid

mempelajari konsep Matematik melalui pengalaman konkrit. Tugas guru menyediakan


39

alat-alat bantu mengajar untuk membekalkan pelbagai pengalaman konkrit kepada murid-

murid. Kesimpulannya, penyampaian konsep amatlah penting kepada murid-murid agar

murid-murid betul-betul faham satu-satu tajuk yang hendak disampaikan oleh guru.

Dalam memahami soalan matematik pula, melalui kajian tindakannya mendapati bahawa

masalah pengajaran dan pembelajaran (P&P) boleh ditangani sekiranya guru dapat

mengenal pasti sesuatu masalah P&P dengan terperinci dan tepat serta merancang dan

melaksanakan tindakan dengan teratur.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1995) pula berpendapat, proses hafalan juga

penting untuk memahami proses Matematik yang kompleks. Mereka membahagikan dua

kategori teknik hafalan. Kategori pertama pelajar hanya menghafal konsep Matematik

tanpa memahami jalan penyelesaian masalah Matematik. Kategori kedua mereka

menghafal jalan penyelesaian Matematik setelah mereka memahami konsep tersebut.

Teknik kategori pertama merupakan pendekatan permukaan manakala kategori kedua

adalah pendekatan dalaman. Mereka mendapati untuk mempelajari Matematik dengan

lebih berkesan, pelajar mesti menggabungkan kedua-dua pendekatan. Mereka perlu

memahami pengetahuan dan menghafal maklumat tersebut bagi memudahkan proses

menjawab soalan Matematik secara berkesan.


40
41

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian dalam konteks tujuan

kajian ini dijalankan serta selari dengan soalan-soalan penyelidikan di

dalam kajian tentang aplikasi pengetahuan sedia ada Kalkulus

Permulaan dalam menjawab soalan ‘Improper Integral’ yang

melibatkan luas dan isipadu bagi subjek Kalkulus Lanjutan yang telah

dijalankan sebelum ini. Di dalam bab ini juga, penyelidik akan

membuat rumusan keseluruhan dapatan kajian ini serta

mengemukakan beberapa cadangan yang diharapkan akan

menyumbang kepada peningkatan tahap penerimaan dan persediaan

pelajar dan pensyarah ke arah memantapkan asas Kalkulus pada

peringkat rendah lagi. Cadangan penyelidikan lanjutan juga akan

dikemukakan pada akhir bab ini.


42
43

5.1 Kesimpulan

Dapatan kajian tentang aplikasi pengetahuan sedia ada Kalkulus

Permulaan dalam menjawab soalan ‘Improper Integral’ yang

melibatkan luas dan isipadu dalam Kalkulus Lanjutan menunjukkan

pada kadar sederhana bagi setiap pengetahuan sedia ada. Namun jika

dianalisis secara individu seramai 6 orang tidak dapat semua soalan

dengan betul. Ini menunjukkan tahap pengaplikasian mereka di tahap

sifar jika faktor-faktor luar tidak diambil kira. Mungkin beberapa faktor

boleh dikaitkan dengan situasi ini, misalnya menghafal sebelum

menghadapi ujian dan menghafal untuk seketika sahaja. Pelajar

mungkin berasa terpaksa untuk menghafal dan bukan kerana proses

pemahaman dan pembinaan pengetahuan.

Sikap positif yang lebih tinggi terhadap pemahaman dan

penggunaan komputer membayangkan asas dan komitmen yang tinggi

di kalangan pelajar yang bukan sekadar belajar untuk ujian namun

belajar dengan cara yang betul dan sistematik. Akan tetapi pada masa

yang sama, keseluruhan responden masih merasa kurang yakin akan

pengetahuan dan kecekapan mereka mengaplikasikan pengetahuan

sedia ada mereka khususnya di dalam menjawab ujian pencapaian

yang diberikan. Ini berdasarkan kepada kebanyakan daripada mereka

sudah mengetahui formula dengan betul namun cara dan

pengaplikasian mereka yang silap. Keadaan ini mungkin disebabkan


44

oleh sebahagian daripada responden yang kurang atau tidak cekap

dalam menggunakan pengetahuan sedia ada, kurang latihan dan

hanya menghafal rumus.

Adalah menjadi harapan penyelidik agar segala dapatan dan

cadangan di dalam kajian ini akan dapat menyumbang kepada

peningkatan tahap persediaan di kalangan golongan pelajar di

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) khususnya pelajar major

Matematik ke arah mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan sedia

ada Kalkulus Permulaan ke dalam proses pembelajaran yang

seterusnya dalam Kalkulus Lanjutan.

5.2 Cadangan

Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah yang

dikenal pasti melalui kajian ini. Pertama, dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa aspek aplikasi pengetahuan dan kecekapan

pelajar dalam menjawab soalan Kalkulus Permulaan masih lagi pada

peringkat sederhana keseluruhannya dalam beberapa asas

pengetahuan sedia ada Kalkulus Permulaan. Oleh yang demikian,

adalah dicadangkan agar usaha untuk memberi pengetahuan dan

meningkatkan pengetahuan sedia ada di kalangan pelajar perlu

diperbanyakkan dan diperluaskan ke semua peringkat melalui siri


45

kursus dan tutorial secara konsisten dan memberi penekanan kepada

aspek penilaian pengetahuan dan kemahiran.

Kedua, untuk menarik minat dan meningkatkan komitmen

pensyarah terhadap program latihan yang diadakan, perancangan dan

pembangunan modul latihan yang lebih menekankan asas dan konsep

haruslah diutamakan dengan mengaitkan aspek aplikasi dan

praktikaliti pengetahuan sedia ada dengan matlamat dan bahan

pengajaran yang digunakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran semasa. Saranan ini sekaligus memerlukan pihak-pihak

yang berkenaan khususnya untuk merangka dasar, membangun dan

memantau perkembangan program dan model rujukan yang mampu

mengintergrasikan pengetahuan sedia ada Kalkulus Permulaan dengan

Kalkulus Lanjutan di UPSI.

Ketiga, di samping usaha peningkatan pengetahuan dan

kecekapan melalui siri latihan tutorial, aspek pembudayaan pembinaan

formula secara efektif harus diberikan penekanan dalam perancangan

dan pelaksanaan matlamat kursus di UPSI ini. Pembudayaan ini dapat

dilakukan melalui pengagihan kerja yang melibatkan keseluruhan

pelajar secara lebih sistemetik dengan bantuan para pengajar bagi

meningkatkan kadar kebolehcapaian dan pemahaman asas Kalkulus

yang lebih mantap dan mapan di kalangan pelajar.


46

Keempat, pada waktu yang sama, prasarana dan kemudahan

bagi membolehkan pelajar mendapatkan sumber dan rujukan tentang

Kalkulus harus dipertingkatkan khususnya di perpustakaan UPSI.

Selain itu, usaha memperbanyakkan bengkel tentang asas

Matematik khususnya Kalkulus di samping ringkasan tentang asas-asas

dan konsep-konsep serta formula Kalkulus yang disediakan oleh

pensyarah perlu bagi memudahkan pelajar mengetahui yang mana

penting dan sebaliknya. Penggunaan pengetahuan sedia ada Kalkulus

di kalangan pelajar boleh dilaksanakan juga melalui pendekatan

individualization dalam latihan perkembangan individu di samping

memberikan lebih perhatian kepada perkembangan pencapaian

mereka dari semasa ke semasa.

Bagi memastikan perkembangan dan pelaksanaan memantapkan pengetahuan asas

sedia ada Kalkulus dapat dilaksanakan, pengkaji ingin membuat beberapa cadangan:

a) Mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran

Dalam memastikan pelajar sentiasa memahami apa yang hendak disampaikan kepada

mereka, guru haruslah merancang pelbagai kaedah yang dirasakan berkesan dan bermutu

yang membuatkan pelajar ingat apa yang diajar. Di samping dapat membantu pelajar

memahami apa yang diajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga akan membantu
47

merangsang pemikiran pelajar, menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran

lebih bermakna dan juga mewujudkan suasana yang seronok dan ceria.

b) Mengadakan Bengkel di Peringkat Jabatan

Sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap penerangan, pengelolaan dan

pelaksanaan program kursus Matematik, mereka hendaklah mengambil inisiatif mengatur

satu program bengkel di peringkat jabatan khususnya. Melalui program ini, semua tenaga

pengajar akan didedahkan dengan pendekatan baru dalam pengajaran dan berbincang

mengenai masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah pengajaran serta mencari

penyelesaian kepada masalah tersebut.

c) Penyeliaan Yang Berterusan

Penyeliaan adalah aspek yang terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan

pendidikan. Tujuan utama penyeliaan adalah untuk mempertingkatkan daya

profesionalisme tenaga pengajar dalam melaksanakan kurikulum melalui proses

pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem

pendidikan di UPSI. Pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran juga adalah salah

satu cara menilai keberkesanan kepenggunaan kedua-dua kaedah tersebut.

d) Peranan Mentor
48

Mentor juga perlulah mengetahui tahap perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar di

bawah seliannya. Tugas mentor adalah menasihat dan memantau pelajar dari segi sahsiah

dan akedemik, dan memastikan segala masalah pelajar diselesaikan dengan sebaiknya.

5.3 Cadangan Penyelidikan Lanjutan

Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat

deskriptif bagi mengenal pasti aspek penggunaan pengetahuan sedia

ada Kalkulus Permulaan untuk menyelesaikan permasalahan ‘Improper

Integral’ yang melibatkan luas dan isipadu dalam Kalkulus Lanjutan

dan sejauh mana ketepatan pelajar menggunakan pengetahuan sedia

ada itu. Kajian tentang aplikasi pengetahuan ini dikaitkan dengan

beberapa faktor seperti proses penghafalan dan sikap pelajar yang

tidak bersungguh-sungguh menjawab ujian pencapaian. Kajian ini juga

tidak melihat secara lebih menyeluruh terhadap amalan penggunaan

pengetahuan sedia ada kursus Kalkulus Permulaan. Oleh yang

demikian, adalah dicadangkan agar aspek-aspek berikut dapat

diberikan pertimbangan untuk dijadikan sebagai bahan kajian lanjutan

berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan ini pada masa akan

datang:

Mengkaji lebih lanjut gaya dan amalan penggunaan komputer di

kalangan. Pelajar-pelajar di universiti yang berlainan untuk


49

mengenalpasti persamaan dari perbezaan dari dapatan di dalam kajian

ini.

5.4 Penutup

Kajian ini menunjukkan bahawa pada umumnya asas amat penting dalam membina

sesuatu yang baru. Akan tetapi untuk memudahkan pelajar mencapai tahap kemahiran dan

pengaplikasian yang setinggi mungkin beberapa kekangan perlu diatasi. Selagi kekangan-

kekangan ini wujud, usaha untuk memperbaiki cara pembelajaran pelajar masa kini

mungkin akan terjejas. Kebanyakan pelajar kini hanya menghafal setiap subtopik

pelajaran dan ramai yang tidak memahami konsepnya. Penyelidik juga menyarankan

kepada para pengajar supaya menerapkan pelbagai pendekatan pembelajaran dalaman

semasa berada di bilik kuliah. Gaya pengajaran seseorang pengajar amat mempengaruhi

pendekatan pembelajaran seseorang pelajar. Sebagai contoh, apabila pengajar mengajar

sesuatu konsep Matematik yang sukar, kebanyakan mereka menyuruh pelajar menghafal

dan meluahkan apa yang dihafal semasa peperiksaan.

Seseorang pengajar yang kreatif harus memilih cara penyampaian dan kaedah

yang sesuai agar pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan berdasarkan objektif dan

pelajar dapat memahami konsep pada akhir pengajaran.

Di samping itu, pengajar tidak hanya memberikan soalan-soalan berbentuk latih

tubi semata-mata tetapi memberikan soalan yang dapat menguji kefahaman pelajar. Hasil-
50

hasil kajian pendidikan telah menunjukkan bahawa satu cara pengajaran yang lebih

konsisten dan sesuai diperlukan untuk tiap-tiap pelajar agar perbezaan pencapaian

akademik di kalangan pelajar dapat diminimumkan. Ini adalah selaras dengan kajian

Bonham (1988) bahawa prestasi pelajar akan menjadi lebih baik sekiranya kaedah

pengajaran disesuaikan dengan mod pembelajaran yang disukai pelajar.

RUJUKAN

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1995). Kepintaran daya cipta dan kemahiran berfikir.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn, Bhd.

Anbarasi Raju (1999). Learning progress. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributor
Sdn. Bhd

Ary, D. (1990). Introduction to research in education. USA: Holt, Rinchart and


Winston, Inc.
51

Baharudin Moktar (1991). Pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Biggs, J. B. (1999). Teaching for quality learning. Buckingham: SHRE and Open
University Press.

Bonham, L. Adrianne. (1988). Learning style use: In need of perspective. Lifelong


Learning: An Omnibus of Practice and Research, 11(5), 14-17, 19.

Crow L. D. and Crow L. (1983). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka.

Dewey, J. (1990). The school and society. The Universiti of Chicago Press: America.

Forsten, C. (1992). Teaching thinking and problem solving in math. New York: Scholastid
Professional Books

Ginsburg, H. P. & Baron, J (1992) Cognition: young children’s construction. In Jensen


(ed.) Research ideas for the classroom. early childhood mathematics. New York
NY: Macmillan.

Hille, E. and Salas. S. (1978) .Calculus: one and several variable with analytical
geometry. 3rd. ed. New York : Wiley.

Idris Zainal Abidin (1991). Kesilapan dalam matematik. Kuala Lumpur: Darul Fikir

Kalkulus.(1995) diperoleh Januari 5, 2007 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Kalkulus

Kember, D. (1996). The intention to both memorise and understand: Another approach to 
learning? Higher Education, 31, 341­354.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). pukal latihan kbsm, falsafah pendidikan


negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Konstruktivisme.(1996) Diperoleh Oktober 1,2006 daripada


http://www.ppk.kpm.my/html/FAQ/faq_saimat.html

Kulm, J (1988). Teaching and strategies. New York: Prenice Hall.

Luas.(1995) diperoleh Januari 5, 2007 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Luas

Ng See Ngean (1991). Pembelajaran penyelesaian masalah matematik. Berita


Matematik,38.
52

Pengetahuan.(1995) diperoleh Januari 5, 2007 daripada


http://id.wikipedia.org/wiki/Pengetahuan

Roulet, R. G. (1998). Exemplary Mathematics teachers: Subject Conceptions and


Instructional Practices. Doctoral dissertation, Ontario Institute: Education of the
University of Toronto.

Starkey, P.(1995). The development of subitizing in young children. British Journal of


Developmental Psychology, 13, 399

Wiersma, W. (1995). Research methods in education : An intriduction


Ed. Ke 6,
Massachusetts: Allyn and Bacon.

LAMPIRAN A

Pengetahuan 1
53

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid ada 24 40.0 40.0 40.0
tiada 36 60.0 60.0 100.0
Total 60 100.0 100.0
70

60

50

40

30

20

10
Percent

0
ada tiada

pengetahuan sedia ada

Pengetahuan 2
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid ada 42 70.0 70.0 70.0
tiada 18 30.0 30.0 100.0
Total 60 100.0 100.0
80

60

40

20
Percent

0
ada tiada

pengetahuan sedia ada

Pengetahuan 3
80

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
60
Valid ada 44 73.3 73.3 73.3
tiada 16 26.7 26.7 100.0
40
Total 60 100.0 100.0
20
Percent

0
ada tiada

pengetahuan sedia ada


54

Pengetahuan 4
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid ada 35 58.3 58.3 58.3
tiada 25 41.7 41.7 100.0
Total 60 100.0 100.0
60

50

40

30

20

10
Percent

0
ada tiada

pengetahuan sedia ada

Pengetahuan 5
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid ada 42 70.0 70.0 70.0
tiada 18 30.0 30.0 100.0
Total 60 100.0 100.0

Pengetahuan 6
60

Cumulative
50
Frequency Percent Valid Percent Percent
40 Valid ada 35 58.3 58.3 58.3
30
tiada 25 41.7 41.7 100.0
Total 60 100.0 100.0
20

10
Percent

0
ada tiada

pengetahuan sedia ada


55

Pengetahuan 7
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid ada 36 60.0 60.0 60.0
tiada 24 40.0 40.0 100.0
Total 60 100.0 100.0
70

60

50

40

30

20

10
Percent

0
ada tiada

pengetahuan sedia ada

Penegetahuan 8
60

50
Cumulative
40 Frequency Percent Valid Percent Percent
30
Valid ada 29 48.3 48.3 48.3
20
tiada 31 51.7 51.7 100.0
Total 60 100.0 100.0
Percent

10

0
ada tiada

pengetahuan sedi a ada

Pengetahuan 9
56

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid ada 50 83.3 83.3 83.3
tiada 10 16.7 16.7 100.0
Total 60 100.0 100.0
100

80

60

40

20
Percent

0
ada tiada

pengetahuan sedia ada

Pengetahuan 10

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid ada 30 50.0 50.0 50.0
tiada 30 50.0 50.0 100.0
Total 60 100.0 100.0
60

50

40

30

20

10
Percent

0
ada tiada

pengetahuan sedia ada

Pengetahuan 11
57

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid ada 19 31.7 31.7 31.7
tiada 41 68.3 68.3 100.0
Total 60 100.0 100.0
80

70

60

50

40

30

20
Percent

10

0
ada tiada

pengetahuan sedia ada

LAMPIRAN B

Soalan Dan Jawapan Ujian Pencapaian


30 minit
1 1
1) a. Sketch the graph of y  x  and y  x  for x  1.
x2 x2
58

y Graph y Against x
5.5

4.5
1
4
y  x
x2
3.5
3

2.5
2

1.5 S
1
1 y  x
x2
0.5
x
-0.5 0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5 5 5.5
-0.5

b) Shade the area enclosed between them and name by S .


59

c. Is the area of S finite or infinite? If finite, find the area.

 1   1 
Shaded area, A    x  2   x  2  dx
1
 x   x 

 2
 dx
1 x2

 1
 2 dx
1 x2

b 1
By definition, shaded area  2 lim  2
dx
b  1 x

b
 1
 2 lim   
b 
 x 1

 1 
 2 lim     1 
b 
 b 

 2 (Finite)
60

d. Now suppose we rotate S around the x-axis. Is the volume of


the resulting solid finite or infinite? If finite, find the volume.

2 2
  1   1 
V   1 

x 
x 2 

 

x 
x 2 

dx

  2 1   2 2 1 
   x     x   4  dx
2
1
 x x4   x x 

 4
  1 x
dx

b 1
 4 lim
b   1 x
dx

b
 4 lim  ln x  1
b 

 4 lim  ln b  ln 1 
b 

 4  ln   0

  (infinite)
61

LAMPIRAN C

Nama :

Gred Kalkulus Permulaan :

NO PENGETAHUAN SEDIA ADA ADA/TIADA

1 LAKARAN GRAF BAGI FUNGSI YANG DIBERI

2 LOREKAN MENGIKUT BATASAN

3 RUMUS LUAS KAWASAN

4 BATASAN ATAS DAN BAWAH BAGI LUAS

5 OPERASI FUNGSI

6 TEKNIK PENGAMIRAN

7 PENGAMIRAN FUNGSI SALINGAN

8 ‘FINITE’@ ‘INFINITE’ BAGI LUAS

9 RUMUS ISIPADU

10 BATASAN ATAS DAN BAWAH BAGI ISIPADU

11 ‘FINITE’ @ ‘INFINITE’ BAGI ISIPADU


62

Lampiran D : Pencapaian Pelajar Bagi Setiap Item Dalam Ujian Pencapaian

Jumlah
Pelajar Item
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
1 x / x x x x x x x x x 1
2 / / / / / / / x / / x 9
3 / / / x / / / x / / / 9
4 x / x x x x x x / x x 2
5 x / / / / / / x / / x 8
6 / / / / / / / / / / x 10
7 x / / / / / / / / / x 9
8 x / / / / / / / / / / 10
9 x / / / / / / / / / / 10
10 / / / / / / / / / / / 11
11 x x x x x x x x x x x 0
12 / / / / / / / / / / / 11
13 x x / x x x x x x x x 1
14 / x / / / / / / / x x 8
15 / / / / / / / / / / / 11
16 / / / / / / / / / / x 10
17 x x x x x x x x x x x 0
18 x / / / / / / / / / x 9
19 / x / / / / / / / x x 8
20 x / / / / / / / / / / 10
21 x / / / / / / / / / x 9
22 / / / x / / / x / x / 8
23 x / x x x x x x x x x 1
63

24 x / / / / / / / / / x 9
25 x x / x / x x x / x x 2
26 x x x x x x x x / x x 1
27 x / / x / / x x / x x 5
28 / / / / / / / / / / / 11
29 x / / / / / / / / / / 10
30 x / / / / / / / / / x 9
31 x x x x x x x x x x x 0
32 x x x x x x x x x x x 0
33 x / x x x x x x / / x 8
34 x / / / / / / x / / x 8
35 x x / / / / / / x / / 8
36 / / / x x x x x / x x 4
37 / / / / / x x x / / x 7
38 x / / / / / / / / / x 9
39 x / x x x x x x / x x 2
40 / / / / / / / x / / x 9
41 x / / / / / / / / / x 9
42 x / / / / / / / / x x 8
43 / x / / / / / / / x x 8
44 x / / / / / / / / / / 10
45 x x x x x x x x / x x 1
46 x / x x x x x x / x x 2
47 / x x x x x x / / x x 3
48 / / / / / / / / / / x 10
49 x / / / / / / / / / x 9
50 x x / x x x x x / x x 2
51 / / / / / x / / x x x 7
52 x x / / / x x x / / x 5
53 x / x x x x x x / x x 2
64

54 x x / x / x x x / x x 3
55 / / / x / x x x / x / 6
56 / / / / / / / x / / / 10
57 / / / x / / / x x x / 7
58 x / / / / / / / / / / 10
59 / / / / / x / x x x x 6
60 / x / / / / / / x x x 7
Jumlah
24 42 44 35 42 35 36 29 50 30 19
betul
Jumlah
36 18 16 25 18 25 24 31 10 30 41
salah

Anda mungkin juga menyukai