Anda di halaman 1dari 4

Syarat dan Peraturan

A. KRITERIA PENYERTAAN
1. Penyertaan dibuka kepada semua lapisan rakyat Malaysia yang dikategori sebagai rakyat
biasa yang mampu berkarya dan mempunyai daya kreativiti, mencipta inovasi produk
atau barangan mudah bagi menyelesaikan masalah teknikal dalam menjalankan
kehidupan harian.

2. Penyertaan terbuka kepada semua kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat
PROTON dan anak syarikatnya, SIRIM Berhad dan anak syarikatnya dan penaja-penaja
lain yang terlibat.

3. Inovasi yang dihasilkan adalah tanpa bantuan atau kerjasama teknikal dan/atau
kewangan dengan mana-mana institut penyelidikan, syarikat atau kepakaran
profesional. Inovasi tersebut antaranya boleh merangkumi produk pengguna dan
inovasi automotif.

4. Inovasi yang dihasilkan mestilah berfungsi dengan sempurna.

5. Hasil inovasi adalah sesuatu yang mudah dan boleh diterimapakai di peringkat akar
umbi.

6. Penyertaan ini terbuka kepada individu dan juga kumpulan. Bagi penyertaan kumpulan,
bilangan ahli adalah tidak melebihi 4 orang.

7. Penyertaan hendaklah mengandungi butiran berikut :

a) Nama Peserta/ Nombor IC


b) Alamat Penuh dan Nombor Telefon
c) Tajuk Inovasi
d) Masalah Teknikal yang dihadapi dan ingin diselesaikan
e) Ringkasan keupayaan inovasi dan ciri teknikal (tidak lebih 150 patah
perkataan)

8. Setiap peserta haruslah menyediakan sebuah model berfungsi (working model) atau
prototaip berukuran penuh bagi menggambarkan rupabentuk sebenar yang direka
untuk menyertai pertandingan ini.
B. SESI PENYARINGAN

1. Sesi pencarian inovasi akan diadakan di setiap zon yang telah ditetapkan.

2. Peserta hendaklah membawa maklumat konsep dan prototaip/model berfungsi inovasi


mereka sewaktu sesi penyaringan di peringkat zon.

3. Sewaktu sesi penyaringan dijalankan, peserta hendaklah mempamer dan mengadakan


demonstrasi inovasi masing-masing di hadapan panel hakim.

a) Sesi penyaringan adalah untuk menyaring penyertaan yang gagal memenuhi syarat
pertandingan; menyaring penyertaan yang tidak lengkap serta tidak menepati
maksud inovasi.
b) Mengenalpasti 24 inovasi terbaik untuk ke pertandingan peringkat seterusnya.

C. PROSES PERTANDINGAN

1. Dua puluh empat (24) penyertaan yang berjaya akan menjalani sesi khidmat
perundingan teknikal (consultation session) selama satu hari di bawah bimbingan
fasilitator dari SIRIM di empat (4) zon yang ditetapkan.

2. Setelah selesai khidmat perundingan teknikal dijalankan ke atas kesemua 24


penyertaan, maka peserta hendaklah meneruskan usaha menambahbaik protaip
tersebut.

3. 24 penyertaan yang telah mendapat khidmat rundingan ini kemudian akan ditempatkan
di SIRIM Berhad, Shah Alam bagi tujuan menambahbaik prototaip/model berfungsi
masing-masing.

4. Para peserta hendaklah menyiapkan prototaip/model berfungsi yang sedia dalam masa
3 hari dengan bantuan tenaga teknikal profesional yang ditugaskan untuk membantu
menghasilkan inovasi yang lengkap bagi pertandingan di peringkat separuh akhir.

5. Seterusnya, daripada keputusan di peringkat separuh akhir, hanya empat (4) inovasi
yang layak akan bertanding di peringkat akhir .
D. KEPUTUSAN HAKIM

1. Hakim pertandingan adalah terdiri daripada ahli profesional.

2. Semua keputusan yang dibuat oleh para hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan
terhadap keputusan hakim tidak akan dilayan.

3. Peserta bersetuju bahawa penganjur/penaja berhak pada bila-bila masa untuk meminda
syarat dan peraturan pertandingan untuk menyesuaikannya dengan keadaan semasa
pada hari sesi saringan dijalankan dengan menghebahkan makluman mengenainya di
laman sesawang www.1idea.com.my

E. HARTA INTELEK

1. Peserta adalah pereka cipta dan pemilik asal harta intelek kepada inovasi yang
dipertandingkan. Sebagai pereka cipta dan pemilik asal harta intelek, peserta dengan ini
bersetuju memberikan hak “right of first refusal” kepada peganjur/penaja sekiranya
penganjur/penaja berhasrat menggunakan inovasi atau sebahagian dari inovasi peserta
untuk segala bentuk penggunaan, termasuk kepada pelbagai bentuk eksploitasi, aktiviti
pengkomersialan dan lain-lain tertakluk kepada rundingan bersama di antara peserta
dan pihak penganjur/penaja. Oleh itu, peserta bersetuju tidak akan menawar,
memindahmilik, menyerahmilik dan melesen harta intelek kepada pihak ketiga tanpa
terlebih dahulu memperolehi kebenaran bertulis dari penganjur/penaja.

2. Sekiranya inovasi peserta dipilih untuk dipatenkan, peserta hendaklah memberikan


kerjasama penuh bagi urusan pendaftaran paten.

3. Sekiranya perlu dan difikirkan patut melalui rundingan bersama, peserta akan
memberikan kerjasama penuh kepada penganjur/penaja dengan menandatangani apa
bentuk instrumen atau dokumen, yang penganjur/penaja merasakan perlu untuk tujuan
eksploitasi harta intelek termasuk apa bentuk perjajian tertentu dan sebagainya.

4. SIRIM Berhad akan membiayai kos pendaftaran paten bagi 24 inovasi peserta yang
terpilih. Kos pendaftaran paten ini adalah untuk kali yang pertama sahaja.

5. SIRIM tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya pihak Perbadanan Harta Intelek


Malaysia (MYIPO) dalam melaksanakan budi bicaranya menolak permohonan
pendaftaran paten peserta.
F. HADIAH PERTANDINGAN

1. Pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai RM 30,000, tempat kedua RM
15,000, tempat ketiga RM 10,000, dan tempat keempat RM 5,000

2. Kesemua 24 pertandingan yang terpilih layak dipertimbangkan untuk memperolehi


geran bagi membangunkan inovasi mereka tertakluk kepada syarat dan peraturan yang
ditetapkan oleh pihak penganjur.

Anda mungkin juga menyukai