Anda di halaman 1dari 9

Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu
berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan
mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan
komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan
yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Kanak-Kanak Khas Lembab

Kanak-Kanak Khas Bijak Cerdas

Hubungkait Dengan Konsep ‘Impairment’, ‘Disability’ Dan ‘Handicap’

IMPAIRMENT DISABILITY

berhubungan dengan KANAK-KANAK berhubungan dengan


penyakit dan kelainan kekurangan/kesalahan
BERKEPERLUAN KHAS
pada saraf. fungsi atau tidak adanya
sesuatu bahagian tubuh
impairment is defined as tertentu.
an abnormality of a
structure or function Disability is the
(e.g., an abnormality of HANDICAP functional consequence
the ear or auditory of impairment (e.g.,
berhubungan dengan kelainan dan
system). inability to hear certain
ketidakmampuan yang dimiliki
seseorang bila berinteraksi dengan sounds or Inability to
lingkungan. speak clearly).

Handicap is the social


consequence of impairment (e.g.,
isolation, loss of job, or having to
make career changes as a result of
communication difficulties).
Faktor-Faktor Masalah Kanak-Kanak Khas

Kerencatan akal

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang


mempunyai daya pemikran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran.

Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh
berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakal mereka yang tidak begitu teruk hanya
mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri.

Kecatatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal atau anggota, penglihatan


dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kecacatan
akal.

Punca masalah kerencatan akal

30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan
genetic seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan
oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab
tertentu.

Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligent quotient) kurang daripada


50. Kebanyakkan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-
75) tiada punca yang menyebabkannya.

Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah


perinatal.

Ciri-ciri masalah kerencatan akal

- Sebilangan daripada kanak-kanak kerencatan akal akan dikenal pasti kerana


mengidap salah satu daripada punca-punca seperti sindrom down, masalah
perinatal atau meningitis.
- Sindrom downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenalpasti.
- Sebilangan besar kanak-kanak yang terencat akal akan dikesan semasa
pihak doktor membuat ujian perkembangan – developmental assessment.
Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak-kanak untuk siasatan
yang mendalam.

Masalah penglihatan

Maslah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang


memerlukan pendidikan kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian
pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan
kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian
mereka.

Punca masalah penglihatan

- Baka dan keturunan


- Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
- Rubella – rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang
boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh
seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan.
- Sifilis
- Kecederaan
- Penyakit

Ciri-ciri masalah penglihatan ;

1. Rupa
- Bebola mata yang selalu berputar-putar.
- Tidak bertindak balas dengan cahaya.
- Mata yang selalu bergerak-gerak.
2. Tingkah laku
- Selalu memusing kepala ke sebelah sehaja
- Kerap berkelip
- Kerap menggosok mata
3. Aduan
- Selalu mengadu sakit kepala
- Penglihatan yang kabur
- Nampak 2 imej pada 1 objek.

Masalah pendengaran
Maslah pendengaran adalah masalah yang menjejaskan komunikasi atau
memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

Punca masalah pendengaran :

- Jangkitan telinga kronik


- Faktor keturunan
- Kecacatan kongenital
- Sakit kuning yang teruk semasa bayi
- Penggunaan dadah ototoksik
- Jangkitan virus atau bakteria
- Proses penuaan dan tumor.

Ciri-ciri masalah pendengaran ;

- kanak-kanak kurang memberi perhatian dalam kelas


- Kelihatan selalu berkhayal
- Buitr-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal
- Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang
- Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi
- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur
- Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan.

Masalah tingkah laku emosi

Masalah tingkahlaku dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah keadaan yang
biasa terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja bermasalah, terutamanya mereka
yang mengalami masalah pembelajaran yang teruk.

Antara masalah tingkahlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja aalah seperti


berikut:

- Tingkahlaku ganas
- Menentang, tidak mahu menurut kata
- Sikap terlalu bergantung
- Sikap suka mengelak
- Tingkahlaku pasif

Punca2 masalah tingkah laku


- Kebanyakan daripada perangai/ kelakuan adalah dipelajari. Sebahagiannya
adalah akibat dari ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak dan
kekurangan fungsi luar kawal otak.
- Jika sesuatu tingkahlaku itu dianggap bermasalah, biasanya ia telah dipelajari
dari sesuatu situasi sebelumnya.
- Manakala jika berkaitan dengan kecacatan, kebanyakkan daripada mereka
mempunyai masalah tingkahlaku akibat daripada kesukaran secara umum
dalam kemahiran menyesuaikan diri seperti berkomunikasi, kemahiran
mengurus kehidupan seharian dan kemahiran mengawal emosi dan sosial.

Ciri2 masalah tingkahlaku

1. Kebanyakkannya akan mengalami gangguan dalam aspek berikut:


- Interaksi sosial (lebih suka bersendirian)
2. Komunikasi (lisan dan bukan lisan)
- Sukar untuk meluahkan keinginan sendiri
3. Minat dan aktiviti
- Suka membuat gerakan berulang-ulang yang aneh
4. Masalah dalam aktiviti motor/fizikal
- Menjadi terlalu aktif atau terlalu lembab.

MASALAH ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD) adalah satu kecelaruan


tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.

Ia melibatkan 3 jenis kepayahan:

- Kurang tumpuan
- Hiperaktif
- Menurut kata hati (impulsivity)

Ciri2 masalah ADHD

A. Kurang tumpuan
- Kanak-kanak sentiasa ;
o Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah
o Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
o Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
o Tidak dapat menyelesaikan tugasnya.
B. Hyperaktif
- Kanak-kanak sering :
o Mengoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah
di tempat duduknya.
o Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya dia duduk
disitu.
o Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-
kanak biasa)
o Bising waktu bermain.
C. Menurut kata hati (impulsivity)

Masalah autisme

Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangkaan masa


yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia
berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali
lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala-gejala ini selalunya berlaku
sebelum kanak-kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Punca-punca masalah autisme

Punca masalah ini tidak diketahui, namun teori yang terakhir mengatakan bahawa,
faktor genetik memainkan peranan penting yang menyebabkan berlakunya keadaan
austistik pada kanak-kanak. Pengaruh virus yang dihadapi oleh si ibu semasa
mengandung seperi virus rubera, toxo, herpes, keracunan makanan, pendarahan,
pemakanan yang kurang zat. Ini mempengaruhi perkembangan sel-sel otak bayi
semasa si ibu sedang mengandung.

Ciri2 kanak2 autisme

- Perlakuan yang bongkak


- Ketawa dengan tiba-tiba
- Tidak mengenali bahaya
- Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
- Tidak merasai kesakitan
- Menangis dan marah tanpa sebab
- Permainan yang luar biasa.

Masalah pembelajaran spesifik (disleksia)

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,


membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan
peluang budaya yang sempurna.

Sebenarnya masalahini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk
mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini
dapat dikurangkan.

Punca-punca disleksia

- Cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal.


- Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara
otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa.
- Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia.
- Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia
mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap
sindrom berkenaan.

Ciri2 disleksia

- Selalu dikesan pada peringkat awal persekolahan.


- Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
- Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
- Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya
‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
- Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja
hingga habis.

Disleksia boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu :

- Disleksia visual (penglihatan)


- Disleksia auditori (pendengaran)
- Disleksia visual-auditori.

Parsi serebral
Serebral palsi adalah gangguan terhadap pengendalian fungsi motor disebabkab
kerosakan pada otak yang sedang berkembang.

Serebral palsi adalah kecacatan yang memberi kesan terhadap:

- Bentuk muka
- Pergerakan
- Kemahiran motor

Jenis-jenis palsi serebral

1. Spastic
- Menyebabkan kesukaran dalam pergerakan dan tingkah laku, dimana ia
menjadi kaku.
2. Athetoid
- Tidak dapat mengawal pergerakan otot dan biasanya mereka mempunyai
bentuk tubuh yang pelik.
3. Ataxic
- Ia merupakan gangguan terhadap keseimbangan dan persepsi.

Punca masalah palsi serebral

- Kerosakan otak semasa kelahiran


- Kerosakan otak semasa mengandung
- Oksigen tak sampai ke otak janin
- Jangkitan kuman
- Masalah kesihatan maternal
- Perkembangan yang tak normal
- Bayi yang dilahirkan tak cukup bulan
- Meningitis bacteria.

Ciri-ciri masalah palsi serebral

- Perkembangan motor kasar dan motor halus yang lambat


- Tindakan yang sepatutnya hilang masih kekal
- Berjalan dengan menjinjit atau kaki diseret
- Ketidaknormalan bentuk otot
- Lekukan pada spinal “jawbone” atau kepala kecil
KANAK DISLEKSIA

http://www.scribd.com/doc/14907791/PENGENALAN-KEPADA-PENDIDIKAN-KHAS

http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/MasalahPembelajaran.pdf

http://www.fskb.ukm.my/penerbitan/sihat2008/Optometri/Sharanjet%20ms
%20148%20-%20152.pdf

http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179

Anda mungkin juga menyukai