Anda di halaman 1dari 5

AUDIO DALAM PENDIDIKAN

 Mengapa perlu audio?

Hearing dan listening adalah dua proses yang berbeza. Hearing adalah proses fisiologi sementara listening
adalah proses psikologi. Hearing berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga,
menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam
(koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse) dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan.
Listening pula adalah berlaku secara psikologi, bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan
perhatian kepada sesuatu bunyi atau bentuk percakapan. Bunyi tersebut akan diterjemahkan dan difahami.
Proses pentafsiran denyutan saraf ke bentuk bunyi sehingga difahami ini adalah berasaskan kepada
pengalaman pembelajaran seseorang.

 Ciri-ciri media audio

 murah, boleh dipadam dan diguna semula


 mudah digunakan
 boleh digunakan secara individu atau kumpulan
 pelajar yang tidak boleh membaca juga dapat menggunakannya
 mempersembahkan imej verbal dengan lebih dramatik berbanding dengan media cetak
 mudah alih, boleh digunakan di merata tempat kerana boleh berfungsi dengan bateri mudah alih
yang murah
 kaset adalah sesuai untuk pembelajaran di rumah
 penyalinan mudah dilakukan dengan kuantiti yang banyak

 Limitasi

 Sesetengah pelajar tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada radio tanpa seseorang
bercakap dengannya secara bersemuka (face to face). Mereka mungkin hear rancangan tetapi tidak
listen untuk memahaminya.
 Penyediaan bahan audio akan memerlukan masa dan kemahiran
 Penyimpanan dan proses mendapatkan semula bahan audio juga kadang kala mempunyai sedikit
masalah.

Format audio

 Piring hitam (phonogram)


 Gelung terbuka (open reel)
 Pita kaset
 Katrij
 Cakera padat (cd)
 Kad audio
 Pita kaset mikro

 Pemilihan bahan audio 


Pemilihan sesuatu bahan audio untuk digunakan di dalam pengajaran pembelajaran haruslah memenuhi
beberapa kriteia tertentu supaya dapat dipastikan bahan tersebut memenuhi keperluan pengajaran
pembelajaran. Langkah-langkah berikut boleh digunakan apabila membuat pemilihan sesuatu bahan audio:

 
1. Boleh diperolehi dalam Pusat Sumber Sekolah?

----Jika tidak ada----

2. Semak dalam berbagai direktori bahan audio

 ----Jika ada----

3. Adakah bahan audio tersebut memenuhi ketepatan isi kandungan pelajaran yang akan diajar?

----Jika ya------

4. Adakah bahan audio tersebut mempunyai  kualiti bunyi?

-----Jika ya------

5. Adakah bahan audio tersebut menyediakan penglibatan murid?

-----Jika ya-----

6. Adakah bahan audio tersebut bersesuaian dengan aras minat murid?

-----Jika ya-----

7. Adakah bahan audio tersebut  mempunyai aras perbendaharaan kata yang sesuai untuk murid?

-----Jika ya-----

8. Bagaimana dengan nilai keseluruhan bahan audio tersebut?

-----Jika baik-----

9. Bahan audio tersebut diterima untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran.

 Kemudahan Peralatan Dan Kaedah

Untuk Penyediaan Bahan Audio


 

Jenis mikrofon

 Mikrofon berbeza berdasarkan ciri-ciri directionality. Ciri-ciri ini akan menentukan kepekaan sesuatu
mikrofon untuk mengesan bunyi atau pickup pattern. Terdapat dua jenis mikrofon yang digunakan dalam
pendidikan berdasarkan ciri-ciri ini.

1. Mikrofon unidirectionality atau cardiod

2. Mikrofon omnidirectional
  

Jenis-jenis mikrofon juga boleh dikelas berdasarkan sensitiviti dan kualiti penerimaan gelombang.

 Kristal (Crystal)

 harga murah
 ketahanan yang rendah
 penerimaan isyarat yang lemah
 sensitif kepada haba dan kelembapan
 digunakan untuk ucapan

Seramik

 sederhana dari segi harga


 penerimaan isyarat yang lemah
 lebih tahan dari kristal
 tidak sensitif kepada haba dan kelembapan

Dinamik

 kualiti tinggi
 fidelity yang tinggi
 tahan
 boleh dipercayai
 mahal

Kondenser (electret)

 penerimaan frekuensi yang baik


 sensitif kepada gerakan fizikal (gerakan mikrofon)
 sensitif kepada bunyi
 tidak sensitifi kepada gerakan mekanikal

 Penghasilan audio
 Unsur-unsur dalam penerbitan audio

 Paralatan yang perlu ada ialah;

 mikrofon
 alat perakam (perakam dan pemaian kaset)
 studio (tempat rakaman yang khusus)
 bilik kawalan (pilihan)
 kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
 muzik (sebagai muzik latar)

 Unsur-unsur teknikal dalam penerbitan audio ialah;

 akustik
 perspektif (contohnya: suara jauh, kedengaran perlahan)
 kesan bunyi
 muzik
 distortion/filter (pengubahsuaian bunyi)
 echo/gema
 suara (narrator)

 Muzik dan kesan bunyi

 Bukti dari penyelidikan menunjukkan muzik latar tidak diperlukan untuk komunikasi berkesan dengan
bahan audio visual. Tetapi untuk tujuan tertentu ia menolong menghasilkan mood yang diperlukan untuk
membina kesinambungan. Muzik sebagai latar untuk tajuk mambantu memulakan narration berikutnya.
Bila muzik digunakan semasa narration, ia mestilah perlahan dan tidak mengganggu tumpuan pendengar.
Pilih muzik yang sesuai. Muzik semi-klasikal yang mempunyai tempo perlahan lebih sesuai daripada pop
atau klasik. Jika bahan yang dihasilkan itu untuk diedarkan atau dijual, perlu kelulusan dari hakcipta muzik.
Untuk tujuan pendidikan, kelulusan tersebut tidak perlu diperolehi.

 Format rancangan audio

 Ceramah
 Majalah
 Rencana/dokumentari
 Forum/perbincangan
 Kuiz
 Drama

Format majalah mengandungi berberapa topik, penyambung. Ditujukan kepada satu sasaran atau umum.
Satu gaya dengan menggunakan seorang atau dua orang penyampai.

 Isi kandungan dan teknik persembahan audio

 Buat pengenalan kepada rancangan. Contohnya; ‘ini adalah rancangan....’


 Gunakan bahasa pertuturan (jangan seperti membaca buku).
 Perhatikan penggunaan tatabahasa yang betul.
 Bercakap dengan perakam seperti bercakap dengan kawan.
 Jangan bersyarah
 Perlu skrip yang terperinci seperti kemahiran menulis skrip dan kemahiran membaca skrip (lebih
natural jika tanpa skrip, tetapi perlu ada nota panduan).
 20 - 25 minit kepada orang dewasa/pelajar sekolah menengah atau kurang kepada pelajar sekolah
rendah.
 Libatkan pendengar dengan aktiviti yang bermakna.
 Sediakan panduan belajar atau lembaran kerja digunakan bersama pita audio yang mengandungi:

o tajuk
o objektif
o maklumat utama
o rajah
o visual
o soalan

 Beri peluang kepada pelajar mengambil nota


 Sekiranya dimasukkan aktiviti pelajar, sediakan masa untuk pendengar menyiapkan aktiviti.
 Senarai semak

 Kurangkan gangguan latar belakang.


 Tetapkan kekuatan suara.
 Kualiti suara dan kejelasan suara.
 Kejelasan penerangan.
 ‘Conversational tone’
 Penglibatan pendengar.
 isi kandungan jelas.
 Masa tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.

 Panduan menulis skrip audio

 Tentukan apa yang hendak disampaikan.


 Senaraikan isi mengikut susunan.
 Pembukaan yang menarik dan menjadi teras kepada isi.
 Gambarkan seolah-olah menulis kepada seseorang pendengar secara individu.
 Sebutkan apa yang hendak ditulis.
 Gunakan ‘signpost’ untuk menjelaskan struktur ceramah (iaitu dengan menutup satu bahagian dan
pergi ke bahagian lain, contohnya dari suasana kampung ke suasana bandar).
 Gunakan percakapan biasa.
 Gunakan ayat rangkai kata yang pendek.
 Gunakan tanda berhenti untuk memudahkan pembaca.
 Skrip hendaklah ditaip langkau dua, jeda-jeda yang besar dan para yang jelas.

 Panduan membaca skrip

 Faham apa yang dibaca.


 Bercerita, bukan membaca.
 Tandakan tempat berhenti.
 Berhenti pada tempat yang betul.
 Tekankan perkataan yang penting.
 Baca dahulu dan semak sebutan.
 Baca dengan lancar.
 Raptai.

Anda mungkin juga menyukai