Anda di halaman 1dari 4

4.

1 : Masyarakat Arab Jahiliah

 jahiliah dari perkattan arab jahala yang bermaksud :

jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan

 masyarakat arab jahiliah ialah masyarakat yang tinggal di Semenanjung Tanah

Arab , dalam jangka masa runtuhnya Empangan Maarib , Sabak sehingga

turunnya wahyu allah kepada Nabi Muhammad S.A.W ( 300 M – 610 M )

 menyembah berhala dan kebanyakannya animisme

 kehidupan kucar-kacir kerana ketiadaan nabi atau rasul dan kitab suci sebagai

panduan hidup
4.2 : Ciri ciri Masyarakat Arab Jahiliah

 Agama

- agama samawi ( Kristian dan Yahudi )

- agama wathani ( menyembah berhala )

- agama hanif ( agama Nabi Ibrahim )

- animisme ( menyembah alam )

 Sosial

- berjudi

- berzina

- minum arak

- bayi perempuan ditanam hidup hidup

- perkahwinan tanpa peraturan

 Ekonomi

- perniagaan berasaskan riba

- penindasan

- mementingkan keuntungan

- merompak sebagai sumber pendapatan

 Politik

- amalan hidup berpuak-puak

- mengamalkan semangat assabiah ( berpuak-puak )

- mengamalkan system kabilah


4.3 : Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W Sebelum Dilantik Menjadi Rasul

 Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah ( Qusai bin Kilab ). Keturunan

Nabi Muhammad s.a.w merupakan pentadbir kota Makkah pada zaman jahiliah

dan menguasai telaga zamzam.

 Nama penuh baginda Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibu baginda

Aminah binti Wahab.

 Baginda lahir pada 570 M ( 20 April ) bersamaan 12 Rabiulawal tahun Gajah

 Bapanya meninggal ketika didalam kandungan ibunya. Pernah dijaga oleh

Halimatus Sa’diyah. 6 tahun kemudian ibunya meninggal dunia.

 Baginda dijaga oleh datuk dan bapa saudara baginda. Sewaktu kecil , pernah

mengambil upah menjaga kambing. Semasa 12 tahun, mengikut rombongan

perniagaan bapa saudara baginda ke Syam .

 Sewaktu berumur 20 tahun , baginda berdagang secara berseorangan dan

berkongsi dengan teman-teman.

 Menjalankan perniagaan dengan Khadijah binti Khuwailid dan ketika berumur 25

tahun berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang ketika itu berumur 40

tahun.

Anda mungkin juga menyukai