Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISMA

GURU-GURU SEKOLAH RENDAH


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS
Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik Tahap
Kursus
Dua Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 4
2010
Topik Tempoh Masa
Masa 1 jam
Pn.Norzehan bt Md Hanafiah(SK JALAN SEMENYIH 1)-zon
Kajang
Personel
Cik Barathy Rangaraju(SK BANDAR BARU BANGI)-Zon
Bangi
A. Objektif

Pada akhir sesi ini ,


Murid dapat mengira tempoh masa daripada jadual dalm unit:
a. Minit
b. Jam
c. Jam dan Minit dalam satu hari dan dua hari yang berturutan.
B. Kandungan Kursus

1. Kepelbagaian pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Masa dan


Waktu sukatan Tahun 4 mengikut subtopik:
i. Tempoh masa
 Membaca danmenyatakan waktu mula dan waktu tamat
sesuatu peristiwa.
 Mengira tempoh masa, waktu mula dan waktu tamat
sesuatu peristiwa.

C. Kaedah

Pembelajaran kontekstual, aktiviti hands on dan minds on, ICT


D. Bahan Pengajaran

Nota , , aktiviti hands-on,

E. Alatan
Jam analogue, kertas A4
SET INDUKSI :
1. Murid dimaklumkan yang mereka akan ditayangkan dengan satu tayangan video
kartun.
2. Sebelum memulakan tayangan murid disoal pukul berapakah pada ketika itu,merukuk
pada jam dinding kelas tersebut.
3. Murid diminta mencatatkan waktu mula dan waktu tamat tayangan tersebut.
4. Guru mengulas jawapan murid melalui teknik penyoalan dan memperkenalkan tajuk
pelajaran hari ini. (Pembelajaran konstruktivism)

LANGKAH 1 :
1. Guru menerangkan maksud bagi tempoh masa iaitu panjang masa bagi sesuatu
aktiviti yang berlangsung.
2. Guru menggunakan garis masa untuk berbincang dengan murid bagaimana cara
mengira tempoh masa.
 Waktu mula : 5.15pm
 Waktu tamat : 5.45pm

30 minit
 0 5 10 15 20 25 30

5.15pm 5.20pm 5.25pm 5.30pm 5.35pm 5.40pm 5.45pm

3. Guru menerangkan jumlah masa yang dikira ialah 30 minit.

LANGKAH 2 :
1. Guru membahagikan murid kepada 3 orang dalam 1 kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberi satu jam analogue dan satu kertas A4 yang mengandungi

jadual beberapa aktiviti.

3. Murid perlu mencatat waktu mula dan waktu tamat bagi aktiviti tersebut.

Kemudian mengira tempoh masa bagi setiap aktiviti.

Aktiviti Waktu Waktu Tempoh


Mula Tamat masa

Berjalan mengelilingi gelanggang badminton.

Berjalan ke pajabat sekolah dan balik ke kelas.

Menulis jadual waktu kelas

4. Murid melakukan aktiviti itu dalam tempoh masa yang diberikan oleh guru.
5. Guru membimbing murid cara membaca waktu mula dan waktu tamat sesuatu
aktiviti dan cara mengira tempoh masa dengan bantuan jam analogue.
LANGKAH 3 :
1. Guru mengagihkan kertas A4 kepada setiap murid.
2. Murid diminta menyediakan jadual rancangan televisyen kegemaraan mereka.
3. Murid –murid perlu menyenaraikan 5 rancangan kegemaraan mereka dimana
mereke perlu menyatakan waktu mula,waktu tamat dan tempoh masa bagi setiap
rancangan tersebut.
4. Beberapa orang murid dipanggil secara rawak .
5. Mereka diminta menerangakan jadual yang mereka menyediakan.

LANGKAH 4 :
1. Murid-murid diminta menjawab lembaran kerja yang mengandungi soalan
berkaitan pengiraan berkaitan sama ada mencari waktu mula,waktu tamat atau
tempoh masa.

PENUTUP :
1. Guru merujuk pada jadual waktu kelas untuk bertanyakan tempoh masa bagi
sesuatu mata pelajaran pada hari yang tertentu.
2. Guru mengulas jawapan murid dan mengaitkan dengan kepentingan menghargai
masa.

Anda mungkin juga menyukai