Anda di halaman 1dari 7

Bab 7 : Perjuangan Rakyat Tempatan mengembalikan Kedaulatan Bangsa

7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah

1. Latar belakang tokoh


i. Sultan Ahmad Tajuddin
ii. Dibantu oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin, Tunku Long, Tunku Muhammad Saat, Tok Mo Ris
dan Seikh Abdul Kadir.
2. Faktor perjuangan membebaskan Kedah daripada penjajahan Siam pada tahun 1821.
3. Peristiwa penentangan
i. 1823 – Tunku Abdullah menyerang melalui Seberang Perai tetapi gagal. British membantu
Siam.
ii. 1831 – Tunku Kudin menyerang Siam dari Melaka juga gagal. British membantu Siam.
iii. 1836 – Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang dari Bruas, Perak tetapi dapat dikesan
British.
iv. 1838 – Tunku Muhammad Saad serang dari Melaka juga gagal. Siam dibantu oleh British.
4. Kesan
i. 1842 – Tunku Daei dihantar ke Bangkok untuk berunding bagi mengembalikan takhta Kedah.
ii. Wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.

7.2 Dol Said Pahlawan Naning

1. Latar belakang tokoh


i. Dipimpin oleh Penghulu Naning, iaitu Dol Said.
ii. Pusat pentadbiran Naning terletak di Taboh.
2. Faktor perjuangan
i. British mendakwa Naning sebagai jajahan Melaka.
ii. Cukai sebanyak satu per sepuluh daripada hasil keluaran pertanian dikenakan.
iii. Menghalang Dol Said berbicara kes jenayah.
3. Peristiwa penentangan
i. 15 Julai 1831 – British menyerang dengan 150 sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie
ii. Dol Said menang kerana dibantu oleh tentera Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar
dengan dengan menggunakan taktik gerila.
iii. Serangan Kedua British (1832) diketuai oleh Kolonel Herbert pada bulan Mac dengan
bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau.
iv. Pusat pentadbiran Naning dibakar,Dol Said berundur ke Seri Mananti, dan akhirnya
menyerah diri.
4. Kesan
i. Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
ii. British mengalami kerugian sebanyak $100 100 paun sterling.
iii. Naning disatukan dengan Melaka

7.3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup Agi Ngelaban


1. Latar belakang tokoh
i. Nama sebenar ialah Libau. Rentap bernaksud penggoncang dunia
ii. Digelar juga Raja Darat dan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.
2. Faktor perjuangan
i. Brooke menganggap beliau dan orang Iban sebagai lanun.
ii. Brooke membina kubu di Nanga Skrang bagi mengawasi orang Iban
iii. Brooke menghapuskan petempatan bagi orang Iban di Sungai Skrang
3. Peristiwa penentangan
i. Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853 dan Allan Lee terbunuh
ii. Brooke manawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap pada
tahun 1854
iii. Kemudian Rentap dan pengikutnya membina kubu di Bukit Sadok
iv. Pada tahun 1857, Charles Brooke dihantar untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.
Beliau mempengaruhi orang Iban dan orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap
v. Charles Brooke gagal menewaskan Renrap kerana kubu pertahanannya yang kukuh
vi. Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai serangan di Bukit Sadok. Pertempuran sengit
berlaku selama sebulan dan Rentap dapat ditewaskan.
4. Kesan
i. Rentap berundur ke Entabai dan meninggal dunia di sana.
ii. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya membuktikan mereka bukan lanun tetapi pejuang
bangsa

7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak

1. Latar belakang tokoh


i. Pembesar Sarikei di Sungai Rajang
ii. Berpengaruh dalam kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai
Skrang
2. Faktor perjuangan
i. Sarikei terletak di bawah pentadbiran Brooke
ii. Pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British telah
menggugat kuasa beliau sebagai pembesar
iii. Menentang Brooke meluaskan kuasa di wilayahnya
3. Peristiwa penentangan
i. Pada tahun 1855, Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan
mengusir Pangeran Matusin dan menyokong perluasan kuasa James Brooke
ii. James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor
iii. Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir
keluar James Brooke dari Sarawak
iv. Pada tahun 1859, Sharif Masahor menyerang Kanowit.
v. Pada tahun 1860, Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari
Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching
vi. Pakatan ini diketahui oleh Charles Brooke dan dengan bantuan Belanda, Datu Patinggi Abdul
Ghapur ditahan dan dipenjarakan di Betawi
vii. Pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong. Kapal
dan perahu Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64 orang pengikutnya terbunuh.
Sharif Masahor berundur ke Mukah.
4. Kesan
i. Sharif Masahor ditahan dan dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1861
ii. Perjuangannya diteruskan oleh Banting dan Penghulu Asun

7.5 Dato’ Maharaja Lela Pejuang Perak

1. Latar belakang tokoh


i. Orang Besar Berlapan Perak
ii. Penghulu di Pasir Salak
2. Faktor perjuangan
i. Pegawai British mengambil hak mengutip cukai
ii. Memperkenalkan cukai baharu seperti cukai padi, atap, perahu, senjata dan bayaran permit
untuk membalak
iii. Mencabar ketuanan Melayu dengan mengambil alih kuasa sultan. Residen berkuasa melantik
hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu
iv. Mencabuli adat resam Melayu dengan mengharamkan amalan hamba tetapi Birch
menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya
3. Peristiwa penentangan
i. Sultan Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela mengadakan mesyuarat di Durian
Sebatang
ii. 2 November 1875 – Birch dibunuh semasa menyebarkan surat pengistiharan mengambil hak
memungut cukai
iii. British menyerang Pasir Salak berikutan pembunuhan Birch. British Berjaya dikalahkan dan
Kapten Innes terkorban
iv. British kemudiannya mendapat bantuan tentera dari India dan Hong Kong dan berjaya
mengalahkan pejuang Perak
4. Kesan
i. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai
mati
ii. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Sychelless, manakala Raja Ismail
dibuang negeri ke Johor

7.6 Yamtuan Antah mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti

1. Latar belakang tokoh


i. Berkuasa di Seri Menanti
ii. Wilayah kekuasaan di Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol
2. Faktor perjuangan
i. Yamtuan Antah tidak bersetuju Dato’ Kelana Sungai Ujong menandatangani surat perjanjian
dengan British dan beliau tidak mengiktiraf Dato Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
ii. Hubungan antara mereka semakin runcing kerana Dato’ Kelana mengistiharkan Terachi
sebagai wilayahnya
3. Peristiwa penentangan
i. P.J Murray, Residen British di Sungai Ujong telah menghantar tentera dan juruukur untuk
membuat siasatan
ii. Yamtuan Antah membantah tindakan British. Keadaan ini telah menyebabkan pertempuran
iii. Kegiatan Yamtuan Antah mendapat sokongan Dato’ Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin,
penduduk Rembau, Jelebu dan Johol
iv. Pada bulan Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina
kubu di situ. British berjaya menawan semula Paroi, Yamtuan Antah terpaksa berundur ke
Bukit Putus dan seterusnya ke Johor
v. Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati baginda supaya berdamai dengan pihak British
4. Kesan
i. Perundingan antara Yamtuan Antah dengan British diadakan pada bulan Mei 1876
ii. Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti
iii. British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan

7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

1. Latar belakang tokoh


i. Nama sebenar ialah Abdul Rahman bin Imam Noh
ii. Pembesar Temerloh
2. Faktor perjuangan
i. Hilang hak mengutip cukai
ii. Menentang E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berbincang
iii. British meminta sultan melucutkan gelaran Dato’ Bahaman
3. Peristiwa penentangan
i. 1891 – Dato’ Bahanan menyerang Balai Polis Lubuk Terua apabila tiga pengikutnya ditangkap
kerana mengutip hasil hutan
ii. Hugh Clifford dan 200 anggota tentera menyerang Dato’ Bahaman tetapi gagal
iii. British menubuhkan ‘Gerakan Sultan’ dan menawan 11 buah kubu di Bentong
iv. Dato’ Bahaman menawan semula Lubuk Terua pada tahun 1892
v. Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya tawan kubu British di Jeram Ampai
setelah mendapat semangat daripada ulama Tok Ku Paloh
vi. British berjaya menawan semula Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
4. Kesan
i. Dato’ Bahaman dan pejuang Pahang yang lain lari ke Kelantan dan Terengganu
ii. British menanggung hutang yang banyak

7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB

1. Latar belakang tokoh


i. Nama sebenar ialah Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu
ii. Pembesar di Sungai Sugut
iii. Dilahirkan di Inanam
2. Faktor perjuangan
i. Perjuangan jihad menentang SBUB
ii. Peraturan seperti buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu membebankan
iii. Perundingan dengan Gabenor Beuforf tentang cukai dan kekerasan pegawai SBUB gagal
3. Peristiwa penentangan
i. Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.
Pada bulan November 1897, Mat Salleh telah menyerang Ambong
ii. William Cowie telah menawarkan pedamaian dan pengampunan
iii. Pada bulan April 1898, rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal
iv. Mat Salleh dibenarkan mantadbir Tambunan
v. SBUB tidak menepati janji, Tambunan diambil semula
4. Kesan
i. Pada tahun 1900, Mat Salleh terbunuh dalam peperangan dengan SBUB
ii. Perjuangan diteruskan oleh Mat Sator dan Kamunta

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

1. Latar belakang tokoh


i. Nama sebenar ialah Ontoros anak lelaki Antanom
ii. Pemimpin orang Murut
2. Faktor perjuangan
i. Cukai yang membebankan contohnya cukai kepala, cukai memelihara anjing dan cukai
tangkapan ikan besar
ii. SBUB tidak dibenarkan membuka tanah baharu. Akibatnya kekurangan beras
iii. SBUB menceroboh kawasan hutan yang akan menganggu roh nenek moyang mereka
iv. SBUB memaksa orang Murut membina jalan dan memasang kawat telegraf tanpa upah
v. Menzalimi keluarga. Suami isteri dikehendaki tinggal berasingan di sebelah-menyebelah
tebing sungai. Dikenakan satu dolar bagi setiap kali kunjungan. Seorang anak dijadikan buruh
paksa sekiranya memiliki dua orang anak
3. Peristiwa penentangan
i. Antanom serang dan bakar Pensiangan pada bulan Febuari 1915 dan Rundum pada bulan
Mac 1915
ii. Membina kubu di Sungai Selangit dan pengikutnya meningkat seramai 900 orang
iii. SBUB menyerang kubu pertahanan Antanom di Sungai Selangit
4. Kesan
i. Antanom terkorban bersama 400 orang pengikutnya
ii. Orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan

7.10 Tok Janggit Pejuang Jihad

1. Latar belakang
i. Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
ii. Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah serta mahir bersilat
2. Faktor perjuangan
i. British mewajibkan petani bayar cukai tanah yang membebankan
ii. British memperkenalkan cukai baharu seperti cukai kelapa berbuah, sirih, pokok pinang dan
kerbau serta lembu
iii. Pembayaran cukai yang menyusahkan kerana pejabat bayaran terletak jauh di bandar
iv. Menyahut seruan jihad kerajaan Turki Uthmaniyah menentang British
3. Peristiwa penentangan
i. Pada 28 April 1915, Encil Abdul Latif menghantar Sarjan Che Wan menyaman Tok Janggut
kerana tidak membayar cukai dan dituduh penghasut. Sarjan Che Wan dibunuh
ii. Pada 29 April 1915, Tok Janggut, Penghulu Adam, Engku Besar Jeram dan Che Salak Merbol
mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Mereka menduduki pasir
Puteh selama tiga hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada cengkaman British
iii. British menawarkan 500 dolar untuk menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya
iv. Pada 23 Mei 1915, British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya. Tindakan ini
menyebabkan Tok Janggur menyerang Pasir Puteh
v. Pada 24 Mei 1915, British menyerang Tok Janggut di kubu Kampung Dalam Papuh, Saring
4. Kesan
i. Tok Janggut terkorban dan mayatnya diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu. Kemudiannya,
digantung songsang di Padang Balai Besar, Kata Bharu selama empat jam

7.11 Haji Abdul Rahman Pejuang Tani

1. Latar belakang
i. Nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid
ii. Guru agama
iii. Membela nasib kaum petani di Terengganu
2. Faktor Kebangkitan Tani
i. Pengenalan pas kebenaran membuka tanah, bercucuk tanam dan mengutip hasil hutan amat
membebankan petani
ii. Pengaruh pemimpin agama. Haji Rahman Limbong mengasaskan bahawa tanah adalah hak
Allah dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa membayar cukai kepada kerajaan. Haji Musa
Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan syariah Islam
iii. Peraturan pendaftaran tanah baharu
iv. Penguatkuasaan Undang-undang Binatang Buas. Undang-undang Kawalan Binatang Buas
pada tahun 1923 telah malarang penduduk memburu binatang liar. Mereka yang ingkar akan
dikenakan denda 500 dolar dan senapang turut dirampas
3. Peristiwa penentangan
i. Kebangkitan Tani 1922 – petani membuka tanah di Kuala Telemong tanpa pas kebenaran
ii. 43 orang petani ditangkap dan mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong
iii. Pada tahun 1925, Haji Abdul Rahman mengetuai 300 hingga 500 orang petani membersihkan
tanah Tengku Nik Maimunah dan tanah kerajaan
iv. British mendesak Sultan Sulaiman bertindak terhadap Haji Abdul Rahman
v. Pada tahun 1828, seramai 1 000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan
Kuala Berang. Mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang
vi. Pertempuran berlaku di Padang Kacong
4. Kesan
i. Seramai 12 orang petani terkorban dan Haji Abdul Rahman dibuang ke negeri Makkah.
Beliau meninggal dunia di Makkah pada tahun 1929
ii. Semangat dan keberanian pejuang Terengganu membangkitkan semangat kebangsaan
seterusnya

Anda mungkin juga menyukai