Anda di halaman 1dari 34

Maktab Rendah Sains Mara

Kuala Terengganu

NoVEL RENYAh

Nama : Anis Suraiya Binti Mat Naji

Kelas : 4 Al-Hamdani

Nama Guru : En Saiful


SINOPSIS RENYAH
Novel ini mengisahkan kehidupan seorang tokoh korporat
terkemuka yang Berjaya dalam dunia niaga bernama Datuk Dolhi
tetapi sentiasa diburu kegelisahan oleh pelbagai karenah anak-
anak. Harapan untuk melihat anak-anak dapat mengambil alih
perniagaannya suat hari nanti hampa kerana anak-anaknya Hasnol,
Mukhlis, Ilham, Dani dan Amera langsung tidak menunjukkan minat
dalam bidang perniagaan. Hasnol lebih berminat menjadi pegawai
tadbir, Ilham dengan dengan dunia penulisan dan berjuang
mempertahankan alam sekitar, Mukhlis suka berdakwah, Amera
dengan profesion pergruan manakala Dani bercita-cita menjadi
bintang rock.

Datuk Dolhi berpendapat kerjaya Hasnol tidak mungkin


menjadi kaya raya tanpa rasuah. Aktiviti Ilham, Mukhlis dan Dani
pula hanya sia-sia dan tidak mendatangkan sebarang faedah. Satu
tamparan hebat buat Datuk Dolhi apabila anaknya Hasnol disyaki
terlibat dengan rasuah RM1 jut untuk meluluskan tender projek.
Dani pula ditangkap polis ketika berurusan mendapatkan dadah.
Ilham menjadi buruan polis di luuar negara kerana terlibat dengan
tunjuk perasaan menentang kemusnahan alam sekitar dan
bersekongkol membina ‘benteng manusia’ sewaktu tunjuk perasaan
di Sarawak.

Mukhlis pula menjadi tidak siuman, malah terlibat pula


dengan kemalangan akibat mengikut kumpulan pendakwah
songsang. Hal-hal tersebut cukup untuk memal dan menjatuhkan
imej Datuk Dolhi sebagai tokoh korporat bertaraf jutawan yang
terkenal. Albert Lee yangmenjadi sahabat dan juga rakan kongsi
sentiasa mencari peluang untuk mengukuhkan empayar
perniagaannya. Hasratnya untuk bermenantukan Hasnol dan Amera
tidak Berjaya kerana Hasnol mengahwini Linda dan Amera pula
berkahwin dengan YB Wahab.

Kegelisahan dan tekanan Datuk Dolhi terubat apabila satu-


satunya anak bernama Wahi hasil perkahwinan keduanya dengan
Mastura secara rahsia tidak mengecewakannya. Dibesarkan dengan
pelbagai cabaran yang menjadikannya lebih cekal, bijak, berkarisma
dan ada jati diri, Wahi muncul sebagai pegawai eksekutif paling
dikagumi di Dolhi-Albert Holding. Wahi menjadi orang kesayangan
dan paling dipercayai Datuk Dolhi untuk menggantikantempatnya
sebagai Pengarah Urusan.
Sekembalinya Wahi dari mengikuti kursus di Jepun, Datuk
Dolhi mengumumkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang dia
akan berundur dan tempatnya akan digantikan oleh Wahi. Berita itu
menimbulkan rasa tidak puas hati Albert yang selama ini bercita-
cita untk mengukuhkan kedudukannya, lalu bertindak keluar
daripada syarikat bersama anaknya Robert.

Kepulangan Wahi bersama isterinya Yuka disambut gembira


oleh Datin Tominah dan anak-anak yang lain walaupun sebelum ini
Datin Tominah bersikap dingin sebaik saja suaminya menceritakan
hal sebenar kedudukan Wahi dengan dirinya.

Datuk Dolhi mampu menarik nafas lega apabila dia mulai


dapat berehat, sementara Hasnol dibebaskan dengan jaminan,
Mukhlis hamper sembuh dan akan dirawat di pusat mental, Dani
pula akan dihantar ke pusat serenti selepas selesai perbicaraan.
Datuk Dolhi bercadang menunaikab haji bersama Datin Tominah.
TEMA
Tekanan perasaan seorang tokoh korporat dalam
berhadapan dengan pelbagai karenah anak-anak

1. Keengganan anak-anak Datuk Dolhi membantunya dalam


perniagaan

 Semua anak-anak Datuk Dolhi melainkan Wahi tidak


berminat dalam bidang perniagaan, malah langsung
enggan mencuba untuk membantu sehingga
merisaukan Datuk Dolhi sekiranya tiada anak-anak
yang menggantikan tempatnya kelak.

2. Sentiasa mengharapkan bantuan kewangan bapa

 Hasnol sentiasa meminjam wang ibu bapa kerana


inginkan gaya hidup mewah
 Ilham ada ijazah tetapi tiada pekerjaan tetap untuk
menampung keperluan dan mengharapkan
kewangan ibu bapa
 Mukhlis seorang pendakwah, tetapi tidak bekerja dan
mahukan bapanya membiayai jemaahnya ke India
untuk berdakwah

3. Terlibat dengan kes jenayah/kes polis


 Hasnol menerima rasuah ratusan ribu ringgit, Datuk
Dolhi terpaksa menjaminnya sementara menunggu
perbicaraan.
 Dani ditangkap ketika berurusan mendapatkan
bekalan dadah. Datuk Dolhi menjaminnya dan akan
dibicarakan serta ditempatkan di pusat serenti.
 Mukhlis menyerang tuk gurunya kerana marah
isterinya pulang ke pangkuan bekas suaminya ( tuk
guru ) dan lebih-lebih lagi apabila dibayar gaji lima
ringgit sehari ketika bekerja di kilang mi.
 Ilham pula menjadi buruan polis kerana terlibat
dengan tunjuk perasaan dan membina benteng
manusia di Sarawak.

4. Tiada masa depan dan hala tuju

 Mukhlis terikut-ikut ajaran songsang dan terpesong


dari landasan ajaran Islam sebenar. Berakhir dengan
kurang siuman dan ditimpa kemalangan.
 Ilham terlibat dengan kegiatan tidak berfaedah
dalam memperjuangkan keamanan sejagat tetapi
menganggur dan menyusahkan ibu bapa.
 Dani terkinja-kinja dengan muzik rock, berambut
panjang, tidak berdisiplin dan mengambil dadah.

5. Tidak bermoral

 Ilham cuuba memperkosa Inem, pembantu rumahnya


dengan cuba menceroboh masuk ke bilik beberapa
kali
PERSOALAN

Persoalan Huraian Contoh

Minat dan Setiap orang dilahirkan dengan Datuk Dolhi bagaikan


kecenderungan memiliki kemahiran dan bakat putus harapan untuk
seseorang yang berbeza. Contohnya, Amera membawa Amera keluar
tidak boleh lebih meminati profesion daripada bidang
dipaksa. perguruan. Jiwanya tetap ingin pendidikan yang amat
menjadi pendidik walaupun diminati oleh anaknya
dipelawa oleh bapanya supaya itu.
menceburi bidang perniagaan. (Hal. 78)
Begitu juga Dani yang suka bidang
nyanyian, Ilham pula berbakat
dalam penulisan dan puisi.

Rasuah dalam Kesempitan hidup adakala Tengku Munir memaksa


kalangan menjadikan seseorang tidak dapat supaya Hasnol
kakitangan berfikir dengan waras dan memberikan projek
kerajaan. akibatnya mudah terperangkap Jambatan Kota sebanyak
dengan rasuah untuk menikmati RM80 juta kepadanya
kesenangan melalui jalan singkat. dengan kesediaannya
Contohnya, akibat desakan hidup untuk memberi rasuah
Hasnol sanggup menerima RM500 sebanyak lima ratus ribu
000 wang suapan daripada Tengku ringgit kepada hasnol.
Munir kerana ingin hidup mewah (Hal. 146)
dan bergaya.

Perjuangan Isu pembalakan berleluasa Ilham dikatakan berada


menentang mendapat reaksi kurang senang di Sarawak untuk
pemusnahan dalam kalangan pencinta alam membentangkan kertas
alam sekitar. semula jadi. Contohnya, Ilham kerja berkaitan masalah
bersama aktivis lain hutan dan pembalakan
memperjuangkan hal ini menerusi (Hal. 104)
pelbagai aktiviti.

Wujudnya para Menggunakan agama dan aktiviti Mukhlis ditegur oleh


pendakwah dakwah atas kepentingan peribadi. bapanya supaya
yang Golongan sperti ini sering bekerja, merapikan
menyimpang mencemar dan menjatuhkan imej misaim dan janggut
daripada agama Islam itu sendiri. serta berpakaian segak
ajaran Islam Contohnya, Mukhlis tidak bekerja dan berpersonaliti.
sebenar. tetapi ingin berdakwah hingga ke (Hal. 74)
India, kotor dan tidak terurus. Ini
bukanlah ajaran Islam yang
sebenar yang dibawa oleh
Rasulullah SAW.

Persahabatan Persahabatan yang ikhlas tidak Albert Lee menasihati


tidak terbatas mengenal sempadan. Contohnya, anaknya Robert supaya
kepada keluarga Datuk Dolhi amat rapat memikat Amera agar
bangsa, agama dengan keluarga Albert Lee keluarga mereka
dan Negara. sehingga mewujudkan usaha sama bersatu dan dapat
perniagaan malah Albert Lee juga membina empayar niaga
menerima dengan hati terbuka malah tidak mengapa
sekiranya Robert Lee memeluk sekiranya anak cucu
Islam dan ketrunan mereka nanti mereka akan menjadi
menjadi melayu. Melayu.
(Hal. 154)

Dunia korporat Kehidupan ahli perniagaan Berjaya Datuk Dolhi sering


dan urusan memerlukan daya usaha yang berasa letih tetapi
perniagaan gigih serta kesanggupan untuk enggan melayan rasa
bekerja siang dan malam tanpa sakitnya itu, malah
mengenal erti jemu dan putus asa. sentiasa menguatkan
Contohnya, kejayaan Datuk Dolhi diri untuk bekerja keras.
dan Albert Lee dalam perniagaan Dia masih ke sana ke
mereka adalah kerana ketekunan mari memeriksa projek,
Datuk Dolhi berusaha dan mencari menghadiri seminar,
seberapa banyak peluang dan mencari peluang-
perniagaan yang ada. peluang niaga.
(Hal. 15-16)

Tidak bertegas Datuk Dolhi dan Datin Tominah


dengan anak- tidak mendidik anak-anak dengan
anak sempurna, malah diberi
kemewahan sehingga anak-
anaknya jauh terpesong dari
landasan yang sebenar.
Contohnya, Mukhlis cenderung
dalam keagamaan tetapi tidak
diberikan bimbingan yang betul,
Dani pula berminat dalam dunia
muzik tetapi tidak diberikan
pendididkan formal mengenai
muzik dan terlibat dengan
penggunaan dadah. Datuk Dolhi
hanya berharap dan mengimpikan
anak-anaknya membabitkan diri
dalam perniagaan tetapi hanya
Wahi yang dapat memenuhi
impiannya itu kerana Wahi dididik
dengan betul oleh nenek Wahi.
PLOT
1.Permulaan

o Memperkenalkan watak utama iaitu Datuk Dolhi seorang


tokoh korporat terkemuka dan isterinya Datin Tominah.
o Memperkenalkan anak-anak Datuk Dolhi bersama
isterinya yang memiliki minat yang berbeza. Hasnol
Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) tidak berminat
menceburi bidang perniagaan. Ilham penulis dan aktivis,
Mukhlis berdakwah, Amera pendidik dan Dani pula
penyanyi rock.

2.Perkembangan

o Cerita berkembang dengan beberapa peristiwa


antaranya Datuk Dolhi keluar joging bersama albert Lee
yang memperlihatkan hubungan rapat mereka berdua
sebagai ‘partner-niaga’.
o Seterusnya Datuk Dolhi pulang sebaik selesai memberi
ceramah dan seminar yang diadakan di beberapa
tempat dalam usaha berkongsi ilmu, menyuntik
semangat demi hasratnya mahu melihat lebih ramai
bangsa Melayu yang terlibat dalam dunia korporat yang
menjanjikan pulangan lumayan dan kekayaan.
o Ilham mencadangkan Dani menerbitkan lagu yang
mempunyai ilmu supaya dapat mengajak masyarakat
berfikir.
o Hasnol menegaskan pendiriannya mahu terus
berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.
o Mukhlis datang ke pejabat untuk meminjam wang
daripada ayahnya untuk berdakwah ke India. Datuk
Dolhi tidak memberinya.
o Amera memberitah yang dirinya terpilih sebagai Tokoh
Pendidik Cemerlang Negeri dan berharap ayahnya hadir
dalam majlis penyampaian anugerah tersebut.

3.Perumitan
o Konflik terjadi apabila Datuk Dolhi beranggapan aktiviti
anak-anaknya itu menyimpang dari landasan sebenar,
sia-sia serta tidak berfaedah. Kesemua mereka langsung
tidak mahu terlibat untuk membantu tenaga dalam
perniagaan bapa mereka melainkan hanya tahu
meminjam dan meminta wang sahaja kecuali Amera.
o Amera tertanya-tanya siapakah peminat misteri yang
mengiriminya kad dan jambangan bunga.
o Inem pembantu rumah Datuk Dolhi memaklumkan
mahu berhenti kerja secara tiba-tiba. Seminggu selepas
itu, Datin Tominah menerima surat daripada Inem
memberitahu Ilham telah beberapa kali cuba
menceroboh masuk ke biliknya.
o Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu anaknya Mukhlis
telah berkahwin secara senyap-senyap dengan bekas
isteri tuk gurunya. Anaknya itu kini dikatakan tinggal di
Kampung Sungai Bakau, tempat perkampungan jemaah
dakwahnya.
o Datuk Dolhi menjadi bertambah bimbang apabila
diberitahu oleh Albert bahawa Ilham ada bersama-sama
orang asli mahu membuat benteng manusia bertujuan
menghalang kerja-kerja pembalakan.
o Hasnol menemui Tengku Munir di Teratai Inn. Tengku
Munir mahu Hasnol mempengaruhi jabatan tender agar
meluluskan permohonannya untuk projek Jambatan
Kota. Sebagai imbuhannya, Hasnol bakal diberi sagu
hati sebanyak RM300 ribu yang akan dimasukkan ke
dalam akaun bank luar Negara.
o Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi merupakan
anak kandungnya daripada isteri keduanya. Berita
tersebut amat mengejutkan isteri dan anak-anak Datuk
Dolhi sehingga Datin Tominah bersifat dingin terhadap
suaminya.

4.Puncak Cerita

o Datuk Dolhi diberitahu oleh Ustaz Wahab mengenai


keadaan Mukhlis yang hidup menderita. Mukhlis tidak
siuman selepas menyerang tuk gurunya kerana marah
isterinya lari meninggalkannya dan kembali semula ke
pangkuan bekas suaminya(tuk guru).
o Hasnol yang melarikan diri ke London memberitahu
ibunya melalui telefon, bertemu Ilham di sana. Ilham
menjadi buruan polis akibat aktivis yang dilakukannya.
o Dani pula tiba-tiba gagal membuat persembahan
sulungnya kerana ‘ketagih’. Dia ditangkap polis ketika
sedang berurusan mendapatkan dadah.
o Mukhlis hamper gila, Ilham menjadi buruan pihak
berkuasa, manakala Hasnol dan Dani bakal dibicarakan
di mahkamah.

5.Pengakhiran
o Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarah bercuti
sehingga siasatan selesai.
o Datuk Dolhi terpaksa menjamin Dani dan bercadang
untuk memasukkannya ke pusat serenti.
o Mukhlis yang kemalangan ketika merayau-rayau
dimasukkan ke hospital dan dilaporkan semakin
sembuh. Datuk Dolhi bercadang untuk memasukkan
Mukhlis ke pusat rawatan mental.
o Wahi pulang berkursus dari Jepun bersama isterinya,
Yuka. Kepulangan mereka disambut mesra oleh semua
ahli keluarga Datuk Dolhi termasuk Datin Tominah.
o Pengumuman Datuk Dolhi bahawa Wahi akan
menggantikannya sebagai Pengarah Urusan, disambut
rasa syukur oleh semua ahli syarikat, kecuali Albert Lee
dan Robert Lee yang bertindak keluar dari syarikat.
o Hubungan Datuk Dolhi dengan Albert Lee mlai retak.
o Datuk Dolhi menarik nafas lega kerana masalah-
masalah yang dihadapi beransur pulih, beliau bercadang
untuk berehat dan ke Tanah Suci, Mekah bersama isteri.
TEKNIK PLOT
Teknik Maksud Contoh

1. Teknik pemeri/ Teknik yang menjelaskan Pengarang menggambarkan


penceritaan kepada pembaca tentang Datin Tominah berbual dan
latar, gambaran, ataupun menghubungi beberapa orang
pendirian watak dalam datin seperti Datin Atikah,
membincangkan sesuatu isu. Datin Salmah dan Syarifah
Wafa.(Hal.17)

2. Teknik dialog Dialog adalah perbualan di “Siapa yang akan


antara watak. menyambung perniagaan
abang, Tom?” Datuk Dolhi
mengeluh.(Hal.2)

3. Teknik Imbas Teknik yang digunakan untuk Datuk Dolhi teringat kembali
Kembali mengimbas kembali sesuatu ketika Hasnol lahir dia masih
peristiwa yang dialami watak. menjadi pegawai kerajaan
bertugas sebagai Pengarah
Jabatan. Ketika itu dia berdoa
agar suatu hari Hasnol akan
menjadi pegawai tadbir dan
diplomatik.(Hal.3)

Konflik merupakan
4. Teknik konflik pertentangan pendapat, idea, Datuk Dolhi beranggapan
sikap, fikiran dan emosi sama aktiviti anak-anaknya itu
ada sesama watak, dalam diri menyinggung dari
watak atau persekitarannya landasan sebenar, sia-sia
serta tidak berfaedah.
Kesemua mereka langsung
tidak mahu terlibat untuk
membantu tenaga dalam
perniagaan bapa mereka
melainkan hanya tahu
meminjam dan meminta
wang sahaja kecuali
Amera.(Hal.2)
Konflik yang berlaku
apabila sebelum Hasnol
pergi bercuti di London,
Tengku Munir memanggil
Hasnol ke pejabatnya
kerana tender yang
diperoleh hanya empat
daripada dua belas.
Tengku Munir mahu
kesemua permohonan
tendernya diperoleh.
Akibatnya, Hasnol tersepit
antara permintaan Tengku
Munir yang meminta
semua tender yang
disertainya diluluskan dan
isterinya yang tidak boleh
bertolak ansur untuk
segera pergi ke London.
(Hal.191)

5. Teknik Monolog Menggambarkan watak Datuk Dolhi bagaikan ingin


sedang berkata dengan diri menulis surat yang panjang
sendiri untuk meluahkan rasa lebar kepada anak-anaknya
gembira atau duka. untuk berpesan supaya
mereka meninggalkan kerja
mereka yang tiada jaminan
masa depan kepada dunia
perniagaan yang lebih
cemerlang.(Hal.107)

6. Teknik Monolog Menggambarkan sesuatu Datuk Dolhi tidak


Dalaman peristiwa atau pemikiran menyalahkan sesiapaa apatah
watak melalui pemaparan lagi kelima-lima anaknya
perkara yang difikirkan atau sendiri ‘buta niaga’ dan ‘buta
kata-kata di dalam hati watak. usaha’, namun dia
menganggap orang yang
positif tidak akan
menyalahkan orang lain.(Hal.
32)

7. Teknik imbas Pengarang memberikan Datuk Dolhi percaya Wahi


muka/hadapan bayang-bayang peristiwa yang diramalkan mampu menjadi
bakal berlaku kepada pengurus yang baik beberapa
pembaca. tahun yang akan datang.(Hal.
27)

8. Teknik Teknik ini digunakan bagi Hasnol menerima ugutan


saspens/ketegan menimbulkan tanda Tanya daripada Tengku Munir
gan pembaca tentang peristiwa supaya meluluskan
yang bakal berlaku permohonan tendernya
seterusnya. dengan balasan akan
diberi wang sebanyak tiga
ratus ribu ringgit.(Hal. 146)
Begitu juga rahsia Wahi
yang disimpan oleh Datuk
Dolhi, menimbulkan
kebimbangan sekiranya
Wahi enggan menerima
hakikat itu.(Hal. 108)

9. Teknik Teknik yang memberi kejutan Keputusan Albert Lee keluar


kejutan/surprise apabila berlaku peristiwa di daripada rakan kongsi
luar jangkaan. Syarikat Dolhi Albert Holding
bersama Robert sebaik saja
Datuk Dolhi mengumumkan
pelantikan Wahi sebagai
Pengarah Urusan
menggantikan beliau.(Hal.
213)

WATAK DAN PERWATAKAN


WATAK UTAMA
a. Datuk Dolhi

Berusia 60 tahun
Seorang tokoh korporat yang sangat cintakan bidang
perniagaan sehingga berhasrat agar anak-anaknya turut
mengikut jejak langkahnya
Memiliki rangkaian perniagaan yang luas sehingga ke
luar Negara
Syarikatnya diberi nama Dolhi-Albert Holding
Datuk Dolhi mempunyai 5 orang anak bersama isteri
pertamanya, Datin Tominah(Hasnol, Mukhlis, Ilham,
Amera, Dani) dan seorang anak lelaki bernama Wahi
bersama isteri keduanya, Mastura yang telah meninggal
dunia.
Datuk Dolhi seorang yang kaya raya dan bertaraf
jutawan.

Perwatakan Contoh

Bijak dalam Datuk Dolhi menghantar wahi belajar ke Jepun untuk


menguruskan bisnes mendapatkan pengetahuan tentang teknologi dan sistem
pengurusan Jepun.

Mengkagumi Dr Datuk Dolhi biasanya memulakan ucapannya dengan kata-


Mahathir Mohamad kata bernas daripada tokoh yang dikagumi terutamanya
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Banyak membaca Datuk Dolhi sering membaca buku yang ditulis James
P.Womack, Daniel T.Jones, Daniel Roos dan Robert
H.Schaffer lebih-lebih lagi sebelum menyampaikan
ceramah atau membentangkan kertas kerja.

Penyayang Datuk Dolhi begitu menyayangi kesemua anaknya dan dia


amat risau memikirkan masa depan mereka. Hal ini jelas
dapat digambarkan apabila Datuk Dolhi teringat kepada
sebuah buku yang bertajuk Surat-surat seorang usahawan
kepada puteranya. Ketika itulah Datuk Dolhi teringat akan
anak-anaknya.

Jujur dan amanah Datuk Dolhi tidak akan menggunakan duit syaikat untuk
kepentingan peribadi. Contohnya, ketika Mukhlis datang ke
pejabat Datuk Dolhi untuk meminjam wang, begitu juga
Hasnol pulang ke rumah untuk meminjam wang sebanyak
RM10 000, Datuk Dolhi tidak memberikan wang tersebut
kepada Mukhlis dan Hasnol.

Bersifat patriotic dan Datuk Dolhi menggunakan Limousin Saga serta memakai
cintai barangan batik Kelantan di majlis-majlis tertentu.
buatan Malaysia

b. Datin Tominah

Isteri Datuk Dolhi berumur dalam lingkungan 50-an.


Masanya banyak diisi dengan bertem dan berbual dengan
rakan-rakan “Datin” sehinggakan bercadang
menubuhkan Persatuan Datin-datin
Berminat untuk membuka kedai busana Islam tetapi
kurang mendapat galakan daripada suaminya

Perwatakan Contoh

Cemburu Beliau yang mencadangkan agar “Kelab Datin-datin” yang


ditubuhkan memastikan isteri muda tidak boleh memakai
gelaran datin.

Protes Memprotes Datuk Dolhi apabila Wahi diumumkan sebagai


anak kandung Datuk Dolhi.

Kurang memberikan
tumpuan kepada
anak-anak sehingga
anak-anaknya
mengikut haluan
masing-masing.

Sering menitiskan air


matamengenagkan
kerenah anak-anak

Mementingkan
kecantikan
c. Albert Lee

Rakan perniagaan Datuk Dolhi.


Syarikatnya diberi nama Dolhi-Albert Holding.
Mempunyai rangkaian perniagaan yang luas.
Akhirnya menarik diri daripada syarikat Dolhi-Albert
Holding kerana tidak bersetuju atas pelantikan Wahi
sebagai peneraju syarikat.

Perwatakan Contoh

Penyayang Walaupun sibuk bekerja beliau tetap meluangkan masa untuk


bermesra dengan isteri dan anak-anaknya.

Berpandanga Berhasrat memperteguh empayar perniagaan. Merancang


n jauh mengawinkan dua orang anak-anaknya dengan anak-anak Datuk
Dolhi; Hasnol dengan Elaine dan Amera dengan Robert Lee,
walaubagaimanapun anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat
terhadap cadangan tersebut.

d. Hasnol

Menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD)


Beliau lebih berminat bekerja sebagai kakitangan
kerajaan kerana mempunyai banyak masa lapang dan
berpencen
Mempunyai isteri bernama Linda.
Melarikan diri ke London.

Perwatakan Contoh
Keras hati Tidak mahu meceburi bidang perniagaan walaupun telah
dipelawa oleh Datuk Dolhi berkali-kali.

Tidak bersikap tegas Sebagai suami, hasnol tidak bersikap tegas kerana sering
tunduk dengan kemahuan isterinya.

Biadap Ada ketika Hasnol bersikap biadap terhadap ibunya.


Contohnya, dia menghempaskan telefon kerana marah
apabila ibun ya tidak dapat memberinya duit.

Boros Sering dihimpit masalah kewangan sehingga sering


meminjam wang ibu bapanya kerana terikut-ikut dengan
gaya hidup yang mewah.

Tidak berpandangan Berpelajaran tinggi tetapi tidak berpandangan jauh malah


jauh terjebak pula dengan kes rasuah jutaan ringgit.

e. Mukhlis

Berusia 30 tahun.
Tidak bekerja.
Berjanggut dan berjambang tetapi tidak terurus.
Mengahwini Hanisah(bekas isteri ketiga tuk gurunya).

Perwatakan Contoh

Jahil agama Terikut-ikut dengan golongan pendakwah songsang.

Berprasangka buruk Enggan bekerja di firma bapanya kerana menganggap


perniagaan bapanya dipenuhi riba dan bersifat secular.

Biadap Berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu


bapanya.

Gila Menjadi kurang siuman setelah isteri meninggalkannya


dan terlibat pula dengan kemalangan.

f. Ilham

Berkelulusan ijazah
Tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Melarikan diri ke London dan seterusnya menuju ke Paris.

Perwatakan Contoh

Berbakat/bijak Penyair dan penulis berbakat dan bijak mencipta


sajak.

Malas Sering mengharapkan kewangan ibu bapa.

Biadap Cuba melakukan perkara yang tidak baik terhadap


pembantu rumahnya, Inem.

Agresif/Tidak rasional Menjadi buruan polis kerana terlibat dengan tunjuk


perasaan dan membina benteng manusia dalam
usaha menentang pembalakan di hutan Sarawak.
Terlalu ghairah dengan perjuangan keselamatan
dunia dan alam sejagat.

g. Amera

Satu-satunya anak perempuan Datuk Dolhi dan Datin


Tominah.
Bertugas sebagai guru di sebuah sekolah terkemuka.
Berkahwin dengan YB Wahab iaitu seorang Timbalan
Menteri tugas-tugas Khas

Perwatakan Contoh

Berdedikasi dan Pernah menerima anugerah tokoh guru cemerlang negeri.


berkaliber

Sederhana Tidak berminat dalam bidang perniagaan malah tidak


pernah bercita-cita untuk menjadi kaya.

Penyayang Menganggap tugasnya sebagai pendidik ialah mendidik


anak bangsa supaya menjadi orang berguna.

Berakhlak Bimbang nama baiknya tercemar apabila Ilham


memberitahunya berita terkini di sebuah akhbar bahawa
seorang YB ada hubungan dengan seorang guru.

h. Dani

Bercita-cita menjadi penyanyi rock dan menerbitkan


album.
Berpakaian compang-camping.
Berambut panjang.

Perwatakan Contoh

Liar Bergaul dengan orang-orang yang telah rosak akhlaknya.

Mudah terpengaruh Terikut-ikut dengan budaya kuning.

Tidak Tidak memiliki ilmu mendalam.


berpandangan jauh Ditangkap polis kerana terlibat dengan dadah.

i. Wahi

Anak kandung Datuk Dolhi bersama isteri keduanya,


Mastura.
Dibesarkan oleh neneknya dengan pembiayaan Datuk
Dolhi.
Berkahwin dengan seorang gadis Jepun bernama Yuka.
Dilantik menjadi Pengarah Urusan menggantikan Datuk
Dolhi.

Perwatakan Contoh

Berbudi bahasa Menjadi orang kesayangan dan kepercayaan Datuk Dolhi


malah sikapnya yang bebudi bahasa, berhemah dan
berdiplomasi oleh orang lain.

Baik hati Tidak pernah berdendam kepada bapanya atas apa yang
pernah dilalui ibunya dahulu.

Rajin Minat membaca untuk meluaskan ilmu pengetahuan


Datuk Dolhi menghantarnya berkursus di Jepun dalam
usaha menerapkan nilai-nilai dan budaya pengurusan
kerja Jepun.

WATAK-WATAK SAMPINGAN

a. Emzita

Pegawai senior di Dolhi-Albert Holding.


Cekap bekerja tanpa mengira siang atau malam.
Cekal, tabah dan belum berumah tangga.

b. Rozie
Setiausaha kepada Datuk Dolhi.
Memiliki kelulusan Sains Kesetiausahaan ITM.
Cekap melaksanakan tugas.

c. Raj Hussein

Pegawai dari Raamalo Consultant.

d. Hanisah

Isteri kepada Mukhlis.


Merupakan bekas isteri kepada tuk guru yang
mempunyai tiga orang anak.
Hanisah bekas pelajar Maktab Pertanian dan fanatic
dalam ajaran Islam songsang.
Seorang yang tidak setia kepada suaminya yang dulu
walaupun pada ketika itu dia telah mempunyai suami.

e. Saiful Bahri

Rakan yang sama-sama berdakwah dengan Mukhlis.


Anak kepada Tan Sri Mokhtar Latib.
Bertanggungjawab menggalakkan Mukhlis mengambil
Hanisah sebagai isteri.

f. Tuk Guru

Pemimpin ajaran sesat.


Hidup mewah seperti sering bercuti ke luar negeri,
dengan alasan berdakwah.
Suka berkahwin dan bercerai sesuka hati tanpa
bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.

g. Tengku Munir

Bertubuh besar dan berkulit putih.


Walaupun tersenyum mukanya tampak bengis.
Merupakan seorang kerabat diraja.

h. YB Wahab Yahya

Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas.


Suami kepada Amera.
Berusia lingkungan 30-an dan merupakan duda yang
mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang
terdahulu.

i. Robert Lee

Anak lelaki kepada Albert Lee.


Bijak melakukan urusan perniagaan.
Kacak dan kaya.
Jatuh hati dengan Amera tetapi cintanya tidak berbalas.

j. Ustaz Wahab

Seorang sahabat lama Datuk Dolhi.


Pegawai di Jabatan Agama Islam.

LATAR
LATAR MASA

Latar Masa Peristiwa


Pada tahun Latar masa dalam novel ini tidak begitu jelas, tetapi oleh
1994 sebab karya ini memenangi Hadiah Penghargaan Kategori
novel Remaja pada tahun 1994, sudah tentulah novel ini
dihasilkan pada atau sebelum tarikh tersebut.
Oleh itu, penggunaan nama Perdana menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri bersesuaian
mengikut tarikh tersebut.

Pada waktu Datuk Dolhi dan Albert Lee bermain golf.


siang Percutian Datuk Dolhi ke Jepun.
Pertemuan Datin Tominah bersama rakan-rakannya.
Kedatangan Mukhlis ke pejabat bapanya.
Datuk Dolhi tiba tepat jam 6.15 pagi waktu tempatan. Hujan
renyai-renyai menyelubungi Lapangan Terbang Narita.

Pada waktu Pertemuan amera dengan YB Wahab di Kelab Mawar.


malam Majlis pertunjukkan pakaian busana islam di Hotel Merlin
yang dihadiri oleh Datuk Dolhi bersama-sama Datin
Tominah.

LATAR TEMPAT

Latar Tempat Peristiwa


Bukit Serakah Tempat Datuk Dolhi dan Albert Lee berjoging.
Sambil berjoging mereka berbual daripada perniagaan
kepada golf, daripada golf kepada anak-anak dan
daripada anak kepada kelab dan isteri.

Pejabat Dolhi-Albert Tempat Datuk Dolhi bekerja dan berlangsungnya


Holding mesyuarat syarikat.
Menerima kedatangan Mukhlis untuk meminjam wang
sebelum berangkat ke India.

Rumah Datuk Dolhi Tempat Datuk Dolhi dan Datin Tominah berbincang
mengenai karenah anak-anak.
Tempat anak-anak berkumpul.
Tempat berlangsungnya majlis pernikahan antara
Amera dengan YB Wahab.

Institute Tempat Datuk Dolhi menyampaikan ceramah kepada


Perdagangan sekumpulan pelajar perdagangan.
Kebangsaan

Dewan Jubli Intan Tempat diadakan majlis penganugerahan Tokoh


Pendidik Cemerlang Negeri yang dihadiri oleh Timbalan
Menteri. Pada majlis itu Amera dianugerahkan Tokoh
Pendidik Cemerlang Negeri.

Lapangan Terbang Datuk Dolhi mengambil keputusan berangkat ke Jepun


Antarabangsa bagi menenangkan fikiran.
Subang Beliau berlepas ke Tokyo pada pukul 10.45 malam.

Kampung Sungai Tempat tinggal Mukhlis selepas menyertai Jemaah.


Bakau Contohnya :

Datuk Dolhi mengatakan kepada Datin Tominah. Mukhlis


tinggal di Sungai Bakau.(Hal 103)

Kelab Mawar Tempat pertemuan Amera dengan peminatnya. Barulah


Amera mengetahui peminat setianya ialah YB Wahab.

Jepun Wahi yang dihantar oleh Datuk Dolhi di Negara tersebut


untuk melihat mendalami ilmu perniagaan.
Selain itu, Datuk Dolhi ke Jepun bagi menenagkan
fikirannya sambil bersiar-siar mengutip kenangan
ketika mudanya.

Teratai Inn Hasnol menemui Tengku Munir yang akhirnya Tengku


Munir Berjaya mempengaruhi Hasnol agar meluluskan
permohonannya bagi projek Jambatan Kota yang
bernilai RM 80 juta.

Sarawak Ilham cuba menghalang kegiatan pembalakan dengan


menghasut kaum peribumi supaya membuat benteng
manusia untuk menghalang kerja-kerja pembalakan.
LATAR MASYARAKAT

Latar Huraian
Masyarakat

Masyarakat Datuk Dolhi, Albert Lee, Wahi dan Robert.


korporat Mereka bekerja di Dolhi-Albert Holding.
Kecekapan dan kebijaksanaan menguruskan syarikat
menjadikan perniagaan mereka melebarkan sayap sehingga
ke luar negara.

Masyarakat Albert Lee, Robert, Elaine yang berketurunan Cina dan Raj
berbilang Hussein berketurunan India.
kaum Albert Lee sendiri sangat ingin menjodohkan anak-anak
mereka berdua, agar persahabatan mereka dipereratkan lagi
dengan ikatan kekeluargaan.

Masyarakat Mukhlis yang hidup dalam jemaah di perkampungan Sungai


pendakwah Bakau.
Mengamalkan cara hidup yang menyimpang dari ajaran Islam
sebenar seperti tidak bekerja, kawin-cerai, dan tidak
menguruskan diri dengan baik-baik.

Masyarakat Amera menjalankan tugas sebagai pendidik demi anak bangsa


pendidik sehingga beliau dianugerahi tokoh pendidik Cemerlang
Negeri.
Penganugerahan diberi berdasarkan kecemerlangan Amera
menjalankan tugas.

Masyarakat Dani yang asyik menyanyi lagu-lagu rock dan bercita-cita


artis merakamkan album.
Dani sering mengadakan persembahan yang diberi nama
‘Young Rock Band”.

Masyarakat Ilham yang bergiat dalam penulisan mengupas isu-isu


penulis/penyai keamanan manusia sejagat melalui rencana-rencana dan
r sajak-sajak.
Masyarakat Ilham juga terlibat dengan mengadakan pelbagai aktiviti
aktivis ceramah, demonstrasi dan tunjuk perasaan.
Beliau menghasut peribumi supaya membuat benteng
manusia supaya kegiatan pembalakan tidak dapat dijalankan.
Beliau lari ke luar negara apabila dikehendaki oleh pihak
berkuasa.

Masyarakat Mereka diperalatkan menjadi benteng manusia oleh pihak


peribumi di yang terlibat dalam usaha menentang aktiviti pembalakan di
Sarawak hutan Sarawak.

Masyarakat Yuka, gadis Jepun yang menjadi isteri Wahi, bersedia untuk
bangsa asing tinggal di Malaysia.
Bruno Manser pula adalah aktivis Barat, memperjuangkan
keselamatan alam sekitar daripada diancam oleh aktiviti
manusia.

Masyarakat ahli YB Wahab pula berjawatan Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas
politik yang akhirnya berkahwin dengan Amera.

Masyarakat Inem iaitu pembantu rumah Datin Tominah yang berasal dari
pekerja asing Indonesia.
GAYA BAHASA
Gaya Bahasa Contoh
Bahasa Inggeris.Contohnya:
Penggunaan bahasa
asing Rock of the year.(Hal.125)
Confirm(Hal.123)
Hard rock dan heavy metal.(Hal. 123)

Bahasa Jepun.Contohnya:

“Konbanwa!”
“O genki desu ka?”
“Genki desu…”
“Dozo…” (Hal. 113)
“Ohaiyo gozaimasu”(Hal. 128)
“Wakaretemo sukina hito”(Hal 138)

Bahasa Arab.Contohnya:

Ana, anta, assalamualaikum, astagfirullah, Insya-Allah,


Masya-Allah, rahmatullah.
.
Penggunaan Lembut gigi daripada lidah.(Hal.14)
peribahasa Kalau tak ada sebab takkan tempua bersarang
rendah.(Hal.63)
Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
(Hal.89)
Kalau guru kencing berdiri, anak-anak murid kencing
berlari.(Hal.89)
Hangat-hangat tahi ayam.(Hal. 99)
Ditatang bagai minyak yang penuh.(Hal.100)
Seperti bulan jatuh ke riba.(Hal.181)

Personafikasi …menggigit kulit(Hal.20)


…diperhatikan oleh matahari senja(Hal.21-22)
Neon di dalam kaca sudah mempamerkan wajahnya.
(Hal.24)
Jip warna hitam membelah senja yang kian kelabu.
(Hal.24)
…digigit oleh cuaca sejuk.(Hal.127)
…lopak-lopak menyambut kedatangan mereka.
(Hal.184)

Simile …macam budak-budak baru masuk universiti.(Hal.23)


Bibir tuanya seperti sagu pecah.(Hal.39)
Peluh seperti air mata yang keluar dari liang-liang
batu.(Hal.20)
Guru seperti lilin membakar diri.(Hal.89)

Bahasa puisi (Hal.50,55)

Metafora …memutarkan filem kenangan.(Hal.3)


…Rimba Fikiran.(Hal. 123)
…menerjang dinding fikiran.(Hal.196)

Sarkasme Perkataan kasar

“Tolol”(Hal.83)

Hiperbola …menjamu mata dengan kehijauan bukit bukau yang


saujana mata memandang.(Hal.19)
NILAI MURNI DAN
PENGAJARAN
Nilai Murni Pengajaran Contoh

Kasih Ibu bapa perlulah Datuk Dolhi sentiasa risau akan


sayang menyayangi dan mengambil kegiatan Mukhlis, Ilham dan Dani
berat tentang anak-anak. yang dirasa tidak ada masa
depan.

Berusaha Kita hendaklah berusaha Kegigihan Datuk Dolhi


gigih/rajin gigih agar memperoleh menguruskan perniagaan
berusaha kejayaan. menjadikannya seorang ahli
korporat yang Berjaya bertaraf
jutawan.

Jujur dan Kita perlu amanah dalam Datuk Dolhi tidak akan
amanah menjalankan tugas. menggunakan wang syarikat
untuk kepentingan peribadi,
walaupun syarikat tersebut
miliknya sendiri.

Cintai alam Kita haruslah memastikan Ilham terlibat dengan aktivis


sekitar alam sekitar terpelihara memperjuangkan kesejahteraan
demi kesejahteraan sejagat. alam sekitar terutama aktiviti
pembalakan.

Bertanggu Sebagai suami/ bapa wajib Datuk Dolhi membiayai


ngjawab bertanggungjawab terhadap perbelanjaan Wahi walaupun anak
keluarga. itu tidak tinggal bersama-
samanya kerana berlainan ibu.

Keagamaa Kita mestilah mempelajari Mukhlis terpengaruh dengan


n/keimana dan memahami ajaran Islam dakwah songsang kerana cetek
n sebenar agar tidak pengetahuan agamanya.
terpesong.

Berilmu Kita hendaklah menambah Datuk Dolhi sanggup mengikuti


pengetah lagi ilmu pengetahuan dan kursus pengucapan awam untuk
uan kemahiran yang dimiliki. membolehkan dia mampu
bercakap di khalayak ramai.
Dia juga sentiasa membaca buku-
buku pengetahuan terutama yang
berkaitan dengan motivasi dan
perniagaan.

Berdikari Kita mestilah boleh berdikari Wahi pandai berdikari dan bijak
dan tidak bergantung walaupun tidak dibesarkan oleh
kepada ibu bapa selama- ibu bapanya sejak kecil.
lamanya.