Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
JASMANI DAN
KESIHATAN
KAWASAN PERMAINAN
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan
utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain
akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan
pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta
memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak
sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti
menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan
padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu
kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran
menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka
diantara satu sama lain agak jauh. Mengikut undang-undang dan
peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki
hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan
lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan
mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini.
Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak
membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki
yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf
adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas
padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa
gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air
atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.
KAYU HOKI
Kebiasaannya diperbuat daripada ash atau
mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan
bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan
kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian
kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud
dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya
digambarkan seperti berikut:-
# Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan
# Panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter
dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan
antara 510g hingga 794g untuk lelaki.
Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa
sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu
digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki
yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan
menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.
JANGKAMASA PERMAINAN
Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70
minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35
minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa
kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola
keluar atau pemain mengalami kecederaan.