Anda di halaman 1dari 1

Lihatlah Aku

Lihatlah sebelum diperlihatkan


Geraklah sebelum digerakkan
Datanglah padaNya sebelum didatangkan
Tanpa rindu dan haruman
Tapi gelisah dan kejijikan
Lihatlah dengan mata hati
Sebelum ia dimatikan dan dipateri
Sujudlah dengan ketakutan
Sebelum Tajalli Saq diperlihatkan
Yang mengeraskan tulang belakang pada hari itu
Memalukan mereka yang ingkar
Kerana tiada lagi skrin penutup
Semoga hari itu datang dengan haruman
Bersama mereka yang muqarrabin
Dan bersama mereka yang muhsinin
Serta mereka yang mukhlisin
Ditemankan teman yang muttaqin
Bermula dengan mula melihat kebesaranNya
Mewarwarkan keagunganNya
Berjaja kesyukuran pada nikmatNya pada manusia
Supaya perasaan perasan yang telah jamin selamat menghindar
Hanya harapan itu bersama ketakutan
Dan mengharap agar Habibullah S.A.W tidak berpaling
Kerana diri masih mengagungkan sunnah nasara yahudi dan majusi
Teruslah diri mendirikan solah dengan cara Habibullah S.A.W
Di rumah Rabb ku
Wahai hati bersihlah dari selainNya
Ikhlas dan khuduâ
Wahai kaki berjalanlah di permukaan bumi
Di jalanNya walau ia mujahadah
Dengan imtihan untuk mereka yang bersamaku
Wahai Rabb ku terimalah walau haqiqatnya tidak ada sebesar hama pun
Diri menyukakan mu semasa hidup

Anda mungkin juga menyukai