Anda di halaman 1dari 3

Getah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: navigasi, gelintar
Susu getah dikutip dari pokok getah yang ditoreh
Susu getah dikutip dari pokok getah yang ditoreh

Getah merupakan sejenis polimer hidrokarbon kenyal yang terhasil dari koloid (dikenali sebagai susu
getah atau lateks) dalam sap beberapa jenis pokok, antaranya adalah pokok Getah. Terdapat juga getah
tirun yang dihasilkan secara sintetik.
Mesin getah licin.
Mesin getah licin.
Mesin getah bunga.
Mesin getah bunga.
Senarai kandungan
[tutup]

* 1 Sejarah ringkas
* 2 Penanaman
o 2.1 Sistem ladang
o 2.2 Kebun kecil
* 3 Bentuk
* 4 Kegunaan
* 5 Masa depan
* 6 Lihat juga
* 7 Rujukan

[sunting] Sejarah ringkas

* 1496 Christhopher Columbus membawa balik cerita-cerita pelik seperti kisah sebiji bola yang boleh
melambung. Orang-orang di Pulau Haiti di Laut Carribean membuat bola permainan ini dari gam sejenis
pokok.

* Ahli kimia Inggeris bernama Joseph Priestley mendapati bahan ini boleh memadam tulisan dengan
cara menggosoknya . Perkataan Inggeris 'rub' telah ditukar kepada 'rubber' yang bermaksud pemadam.

* 1820 Thomas Hancock berbangsa Inggeris telah mencipta mesin yang dapat melembut , mencampur
dan membentuk getah. Akhirnya dapat membuat barang-barang pengguna . Kain yang disalut dengan
larutan getah boleh menjadi kain kedap air.

* 1823 kain berlapis getah pertama dicipta.

* 1839 Charles Goodyear secara tidak sengaja mencipta bahan volkanan getah. Akhirnya tayar kereta
tercipta daripada getah.

* 1850-an getah datang dari benua Amerika Selatan di mana pokok getah ditanam secara liar dengan
iklim yang panas dan lembab. Getah telah dimajukan untuk membuat hos, tali penyangkut , lapik lantai
dan kasut.

* 1876 Sir Henry Wickham diminta oleh Pejabat India untuk mengumpul dan mengirim 70,000 biji getah
liar dari Brazil ke Kew Garden di London. Biji getah ini disemai dalam rumah panas yang khas.

* 1877 sebahagian biji getah tadi ditanam di Sri Langka dan kemudian ke Malaysia dan Asia Tenggara
lain.

* 1888 Henry Nicholas Ridley dilantik sebagai Pengarah Kebun Botanik Singapura. Beliau menyimpan
biji getah di dalam poketnya dan diedarkan kepada orang ramai untuk ditanam.
* 1900 terdapat 2500 hektar kebun getah di Asia.

* Henry Ford mula membuat kereta dan permintaan terhadap tayar getah meningkat secara
mendadak.

* 1910 terdapat 500,000 hentar tanah yang ditanam pokok getah di Asia. Enam juta hektar pokok getah
masih belum mencukupi untuk menampung permintaan tayar getah.

[sunting] Penanaman

[sunting] Sistem ladang

Ladang dengan keluasan lebih 40 hektar dusahakan oleh majikan dari England, Perancis, Belanda dan
Australia. Rumah pekerja dibina dan pekerja dibawa dari Sri Langka dan India. British telah menjajah
India sejak sekian lama.

[sunting] Kebun kecil

* Kawasan kurang 40 hektar disebut kebun kecil. Lebih 40 hektar disebut ladang. Biasanya kebun kecil
getah hanya 1 hingga 5 hektar sahaja.
* Kira-kira 500,000 pekebun kecil memiliki 1,240,000 hektar kawasan getah. Iaitu 73.4 % dari jumlah
kawasan getah di Semenanjung Malaysia.

* 1984 Semenanjung Malaysia mengeluarkan 1,486,025 tan metrik getah. kira-kira 60 % dari keluaran
ini disumbangkan oleh sektor kebun kecil. Biasanya pekebun kecil tinggal berdekatan dengan kawasan
pokok getah. Setelah 6 tahun ditanam, pokok getah bolehlah ditoreh.

[sunting] Bentuk

Kepingan getah dijual kepada pembeli tempatan. Susu getah menjadi beku dengan mencampur asid
formik, digelek dalam mesin penggelek. Kepingan getah yang diasap di rumah asap dijadikan getah asap
keping berbunga .

Susu getah cair dipanggil lateks. Lateks dijual kepada Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia
(MARDEC), sebuah agensi kerajaan.

Agensi kerajaan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
menggalakkan pekebun kecil membangunkan kebun secara kelompok. Bantuan penanaman semula
diberikan. Kontraktor dilantik untuk membantu menanam getah di kawasan terbiar dan pokok getah tua.

[sunting] Kegunaan

Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap
cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri.

Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geselan. Jambatan di
kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di
pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar.

Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar
gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.

Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but
keselamatan juga diperbuat daripada getah.
Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul.
Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis barangan
dibuat daripada getah.

[sunting] Masa depan

Pada suatu masa, getah sintatik bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun, dengan
kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini
disebabkan di atas beberapa fakta.

* Harga getah sintatik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal.
* Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru
memerlukan masa untuk matang.
* Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini
menyebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat.

Anda mungkin juga menyukai