Anda di halaman 1dari 42

PROSES DALAM KAUNSELING

 Pandangan dalam Kaunseling


 Langkah-langkah dalam
Kaunseling
 Strategi dalam Proses
Kaunseling
 Kaedah dalam Kaunseling
4.1 Pandangan Dalam
Kaunseling
4.1.1 Pandangan dalam
Kaunseling
• Merupakan sistem pelaksanaan terhadap
sesuatu perkhidmatan sesi kaunseling
yang dapat dilihat sejak dari awal
sampailah ke akhirnya.
• Proses berbeza-beza di antara seorang
dengan yang lain, mengikut kemampuan
klien-klien itu sendiri
4.1.2 Pandangan pakar
psikologi
Blocer (1966),
Sesuatu proses kaunseling itu mestilah
berupaya mempercepatkan seseorang
individu kliennya mempelajari keadaan
kendirinya dgn lebih mendalam lagi. Ianya
merupakan satu siri perancangan yang
sistematik baik tentang hidup dan
tujuannya.
Kell dan Mueller (1966),
Dlm proses yg sistematik, seseorang klien itu
dapat membina satu matlamat yang konkrit dari
segi pemikirannya kepada satu bentuk
perubahan intelektualnya. Biasanya perubahan
intelektual seseorang bergantung rapat kepada
perubahan tingkah laku.
4.1.3 Proses dan Tanggapan
Klien
• Perasaan klien boleh diukur melalui cara dan gaya dia
bertutur kata, contoh: Saya tak marah.

• Cara seseorang membuat tanggapan kendiri adalah


mengikut sebagaimana orang lain memandang kebenaran
seeorang yang lain itu (Patterson, 1980).

• Kelly (1976) mengatakan, Seseorang bertingkah laku


mengikut apa yang dipercayai benar.

• Kebolehan menghadapi sesuatu keadaan itu bergantung


kapada kemahiran seseorang dlm mengesan apakah dia
dapat menyelesaikan masalah dgn pemikirannya yg sedia
ada itu atau tidak (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1993).
KENDIRI Penilaian
Persepsi individu akan
individu persepsi
mengenai orang lain
dirinya terhadap
dirinya

Penilaian orang lain akan diri


individu itu
Proses kaunseling
• Ciri-ciri
 Suatu jangka masa utk membolehkan klien berubah
 Kaedah atau langkah sistematik menyediakan prasesi,
bina hubungan, teroka, analisis masalah, kenalpasti
masalah
 Wujud hubungan yang terbuka di antara klien dan
kaunselor
 Ilmu tentang manusia dan kejadiannya dalam
memberikan pertolongan atau bimbingan
contoh: pemahaman tentang permasalahan manusia,
motivasi, keperluan manusia, kaedah pembelajaran
Langkah-langkah dalam
proses kaunseling
Menyediakan
menamatkan sesi
prasesi

membina
mengambil hubungan
tindakan PROSES (melayan, mendgr,
KAUNSELING memahami)

meneroka,
membincang
menganalisa
alternatif
masalah

mengenalpasti
punca masalah
Menyediakan prasesi

Bagi klien yg datang dan membuat


temu janji, kaunselor perlu bersedia
untuk mengetahui sedikit tentang
profil klien demi memudahkan
kaunselor membentuk hubungan dan
memberikan pertolongan
Membina hubungan, melayan, mendengar &
memahami
• Hubungan baik kaunselor-klien:
 Tanpa lisan yang mesra
 Keinginan menolong
 Mendengar
 Mendengar luahan perasaan
 Mendengar dan faham perasaan dan erti yang tidak dinyatakan
 Tidak cepat membuat tanggapan/penilaian
 Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan klien
 Banyak mendengar dan memahami
Meneroka & menganalisa masalah

• Apakah yg menjadi masalah:


 Pemikirannya?
(memahami dunia dengan tidak rasional)
 Perasaannya?
(perasaan yang tidak selaras)
 Perlakuannya?
(mempelajari atau mengamalkan tingkahlaku yg tidak sesuai)
 Pengalamannya?
(pengalaman lama yg pahit dan mengganggu hingga kini)
…Meneroka & menganalisa masalah

• Kemahiran meneroka masalah


 Kebolehan memahami worldview klien
 Memfokus kepada masalah dasar
 Memandu ke arah halangan klien
 Memilih masalah yang dibincangkan dengan menggunakan
kemahiran-kemahiran asas seperti soalan terbuka, refleksi,
memparafrasa, mengerti & merumus
Mengenalpasti punca masalah

Diri sendiri

Punca masalah

Org lain takdir


…Mengenalpasti punca masalah

• Mencari punca masalah:


 Pastikan masalah sebenar
 Membimbing klien mengenalpasti masalah sebenar
 Menilai punca masalah berdasarkan pernyataan
masalah yang diberi
 Fokus usaha kepada punca yg dipersetujui
 Bersedia untuk bina matlamat
alternatif

• Dapatkan seberapa banyak alternatif klien


• Huraikan setiap alternatif
• Senaraikan buruk/baik setiap alternatif
• Tapis alternatif terbaik dan bersesuaian
dengan klien
• Menilai semula alternatif yg dipilih
Mengambil tindakan

Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu


disusuli dgn tindakan:
• Huraikan alternatif yang dipilih
• Bincangkan langkah yang perlu diambil
• Tentukan masa & langkah yang akan diambil
• Minta klien nyatakan semula keputusan yang telah
dipersetujui
• Beri peluang klien mendapatkan sokongan untuk
rujukan dan pertemuan berikutnya
Menamatkan sesi

Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Ini


dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu
permasalahan dapat diuruskan.
4.2 Langkah-langkah Dalam
Proses Kaunseling
 Permulaan dan persediaan
 Penetapan
 Menstruktur
 Bina hubungan
 Penerokaan masalah
 Pengukuhan
 Perancangan
 Penamatan
1. Permulaan dan persediaan

• Klien dalam perasaan berkecamuk


• Kaunselor mesti sedar tentang norma budaya
masyarakat
• Menimbulkan kepercayaan kepada klien
• Tempat
• Pakaian
• Hiasan bilik temu bual
• Kedudukan, Jarak kedudukan
• Kemesraan, keselesaan
• Pertuturan kata-kata yg lembut
2. Penetapan

• Langkah ini untuk penjelasan dan mencari


maklamat kaunseling yg diminta oleh klien.
• mempunyai 2 cara:-
 Jika klien mudah bercakap, kaunselor hanya memberi
landasan
 Jika klien sukar bercakap, kaunselor mengguna soalan
terbuka.
 Kaunselor juga harus mengamati dan menentukan
siapakah yg sebenarnya memiliki permasalahan
tersebut, supaya dapat dilihat beberapa alternatif ke
arah menyelesaikan masalah
3. Menstruktur
• Struktur atau merangka dikenali sebagai proses
tentang peranan, tanggungjawab dan
kemungkinan penglibatan antara kedua belah
pihak.
• Memudahkan membuat strategi dan alternatif
• Proses ‘kontrak’
4. Bina hubungan
• Peringkat ini adalah sambungan dan lanjutan
langkah- langkah terdahulu.
• Hubungan diperdalamkan lagi dengan
penglibatan klien secara meluas.
• Ada had
• Hubungan akan terbina dgn baik melalui
keyakinan dan rasa selamat
• Kualiti kaunselor
5. Penerokaan masalah
• Dengan cara penerokaan perasaan yang
terpendam
• Klien akan rasa lega dan lapang fikiran
• Kaunselor menghayati cerita
• Kaunselor lebih mengenali klien
• Proses pembelajaran sama ada tingkah laku,
perasaan, pemikiran kedua belah pihak
6. Pengukuhan
• Pemilihan beberapa alternatif.
• Pembinaan satu kerangka untuk mencuba
kemahiran baru
• Klien boleh membuat keputusan, contoh:
bertindak untuk berhenti dari sesi kaunseling
atau melibatkan diri sepenuhnya
• Peringkat di mana kaunselor membuat fokus
kepada sesuatu isu klien
• Membuat dorongan kepada sesuatu matlamat
• Penggunaan beberapa kaedah
7. Perancangan
• Menggunakan strategi
• Peringkat membuat tindakan
• Langkah penyelesaian kepada masalah
• membuat keputusan
• Kaunselor mendorong sahaja
8. Penamatan
• Membuat rumusan dan penutupan
• Penilaian secara umum ke atas apa yg telah
dihasilkan mengikut kehendak klien sendiri.
• Klien bertanggungjawab menunjukkan
kemampuannya membuat keputusan.
• Kaunselor menilai perkhidmatannya.
4.3 Strategi dalam Proses
Kaunseling

Muhd. Mansur dan Siti Nordinar


(1993),
Strategi boleh dianggap sebagai
perancangan untuk bertindak.
4.3.1 Strategi: Mengapa?

• Sebagai perancangan (kerangka) untuk bertindak.


• Dpt menyelamatkan kaunselor drpd terbabas atau
melencong jauh dari apa yg seharusnya dia lakukan dlm
proses kaunselingnya.
• Dpt membendung matlamat klien
• Menilai dan mengkaji baik buruknya sesuatu tindakan.
• Kaunselor perlu sentiasa bersedia untuk kliennya
• Kaunselor perlu menilai, mentafsir, menganalisis dan
kadang2 mengubahsuai strategi.
• Tujuan bagi mencapai matlamat klien yg ditolongnya
Strategi: Bagaimana?
• Kaunselor menggunakan beberapa teori kaunseling yg
mengandungi beberapa set teknik di dalamnya, cthnya:-
kaunselor menggunakan pengalaman lepas,
kepercayaan kendiri klien dlm menemukan kemahuan
dan matlamat klien agar sejajar dan selaras dgn
matlamat sendiri

• Strategi yg bakal dipilih oleh kaunselor biarlah sesuatu


yg bersesuaian dgn siapakah dan apakah jenis klien

• Strategi berkaitan rapat dgn bentuk pendekatan dan


tindakan rawatan
4.3.2 Biar banyak strategi
dalam proses
• Kaunselor harus menggunakan beberapa
kaedah dan strategi bagi suatu keadaan,
permasalahan, orang tertentu dan masa.

• Strategi yang bakal digunakan kpd klien biarlah


sesuatu yg mengurangkan sikap pergantungan
klien kpd kaunselor. Tugas kaunselor hanya
menyelia dan mengawasi.

• Tugas utama kaunselor untuk mencadangkan


berbagai2 strategi yg bakal dipilih oleh kliennya.
Okun (1976),
4 strategi yg harus diutamakan:-
1. Satu gambaran tentang pendekatan
rawatan yg ada kaitan dgn klien
2. Ada persefahaman pd tiap2 prosedur itu
3. Kemungkinan sesuatu keadaan bagi
tiap2 prosedur itu termasuklah kebaikan
dan risikonya sekali.
4. Waktu dan aktiviti terlibat pd setiap
strategi itu.
4.4 Kaedah dalam Kaunseling

• Kaedah yg baik adalah kaedah yg paling


bertepatan dgn kehendak klien, bersesuaian
dgn permasalahan, bentuk sesi dan
kecenderungan kemahuan kaunselor itu sendiri.

• 2 jenis kaedah:-
1. Kaedah Penyelesaian masalah (Problem-
Solving)
2. Kaedah Pengambilan keputusan (Decision
making)
Kaedah Pengambilan
keputusan (Decision making)
Bergland (1974),
6 langkah utama:-
1. Menentukan masalah/ Mengenal masalah
2. Menimbulkan pilihan
3. Mengumpulkan maklumat
4. Memproses keterangan dan maklumat
5. Merancang dan memilih maklumat
6. Melaksanakan dan menilai rancangan.
1. Menentukan masalah/ Mengenal
masalah

• Apa dia masalahnya? Bgmn mengelakkannya


dlm membuat keputusan? Bila dan dlm keadaan
bgmnkah permasalahan itu timbul? Soalan lain
mengenai permasalahan itu.
• Kaunselor cuba mencungkil lebih banyak
maklumat tentang masalah yg sebenar di
samping cuba mencari punca2nya.
• Memudahkan membina alternatif secara
bersama.
2. Menimbulkan pilihan

• Nilai klien diperiksa secara lebih mendalam


supaya keputusan yg bakal diambil nanti
selaras dgn kehendak dan nilai2 klien dlm
jangka panjang

3. Mengumpulkan maklumat
• Mengenali pilihan/ alternatif2 untuk kaunselor
bertindak
• Memeriksa alternatif2
4. Memproses keterangan dan
maklumat
• Kaunselor menetapkan sesuatu
keputusan yg bakal diambil
• Merancang dan memilih matlamat yg
paling sesuai untuk diri kaunselor itu
bertindak.

5. Merancang dan memilih


maklumat
• Bertindak terhadap keputusan yg telah
diambil dgn sebaik mungkin
6. Melaksanakan dan menilai
rancangan.
• Menilai kembali segala apa yg diputuskan adalah penting bagi
memperlihatkan validiti/ kesahan perancangan.

• Bolehkah keputusan untuk bertindak berjaya dilaksanakan atau


sebaliknya membahayakan klien?

Hackney dan Cromier (1979),


Kita sepatutnya memerhatikan perubahan yg berlaku kpd t/laku yg
ketara seperti kurang menghisap rokok, memperlihatkan mutu
komunikasi yg lancar dan bebas sesama pasangan,
memperbanyakkan ketegasan kemahiran, dan lain2.
Walaubgmnpun penilaian tidak bermakna tindakan persendirian
mahupun t/laku tidak ketara itu diketepikan begitu shj. Sebenarnya
perubahan pd t/laku juga termasuk perubahan2 dlm pemikiran dan
perasaan…
Kaedah Penyelesaian masalah
(Problem-Solving)
Hackney dan Cormier (1979),
1. Mengenal dan memperjelaskan masalah
2. Kemukakan keutamaan dlm memilih masalah yg
hendak dipusatkan perhatian.
3. Kemukakan matlamat yg boleh dilaksanakan.
4. Senaraikan pengertian yg boleh mencapai
matlamat itu.
5. Pilih pengertian yg paling berkesan yg boleh
mengemukakan matlamat.
6. Kemukakan kriteria untuk mengesankan lagi
program bertindak.
7. Pelaksanaan.
1. Mengenal dan
memperjelaskan masalah
• Klien mengemukakan masalah2 yg rencam

2. Kemukakan keutamaan dlm memilih


masalah yg hendak dipusatkan perhatian.
• Kaunselor meneroka dan mengenal pasti punca
permasalahan yg penting
• Hubungkaitkan dgn masalah pokok shj.Punca2 inilah
shj yg akan diambil dan diberikan sepenuh perhatian
sepanjang sesi kaunseling.
• Mengenal pasti matlamat
• Memilih alternatif (yg mana didahulukan) dan strategi
yg bakal dilaksanakan
3. Kemukakan matlamat yg boleh
dilaksanakan.

• Kaunselor mencari arah matlamat yg bakal


dilaksanakan oleh kliennya.
• Kaunselor cuba membanci erti2 yg dpt
digunakan sbg langkah menuju matlamat

4. Senaraikan pengertian yg boleh


mencapai matlamat itu.
• Makna2 ini biarlah seiring jalan dgn nilai2 klien
• Membantu klien bergerak dgn lebih sistematik
ke arah pencapaian matlamat
5. Pilih pengertian yg paling
berkesan yg boleh
mengemukakan matlamat.

• Membantu kaunselor dalam mendapatkan strategi.

6. Kemukakan kriteria untuk keberkesanan program


bertindak.
• Kaunselor memilih makna, kriteria yg membantu dan tindakan yg
dipilih, barulah mendpt memperjelaskan matlamat.

7. Pelaksanaan.
• Merupakan hasil daripada matlamat sebenar.

• Kaedah Penyelesaian Masalah merupakan satu putaran.


• Lebih menumpukan kepada masalah.

Anda mungkin juga menyukai