Anda di halaman 1dari 4

Indahnya Menjadi Seorang Wanita

Indahnya diciptakan sbg Seorang Wanita

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah
akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari
mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila
disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. . ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai pakaian menutup aurat di dunia ini dengan
istiqamah.♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
15 BALASAN DAN SEKSAAN ALLAH PADA ORANG YANG MERINGANKAN SOLAT 5 WAKTU.

5 seksaan di dunia :
1) Dicabut keberkatan umur.
2) Dihapuskan tanda-tanda orang soleh dari wajahnya.
3) Allah tidak memberi ganjaran pada setiap amalan yang dilakukannya.
4) Doanya tidak diangkat ke langit ( tidak diterima ).
5) Tidak mendapat bahagian dalam doa-doa orang soleh.

3 seksaan ketika meninggal dunia:


1) Mati dalam keadaan hina.
2) Mati dalam keadaan lapar.
3) Mati dalam keadaan dahaga.

3 seksaan ketika di dalam kubur:


1) Dihimpit di dalam kubur sehingga tulang-tulangnya patah-patah. Dan di palu siang dan malam.
2) Api dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akan dipanggang diatas bara api itu pada waktu siang dan malam.
3) Dilepaskan ular yang besar ( asyuja al-duqra ) keatasnya. Dan memukulnya kerana meninggalkan solat. Setiap
kali ular itu memukulnya, dia akan terbenam kedalam bumi sejauh 70 hasta. Diazab dikubur sehingga hari kiamat.

3 seksaan ketika dibangkitkan dari kubur pada hari Qiamat di padang Mahsyar:
1) Penghisabannya amat berat.
2) Dimurkai Allah. ( dihitamkan wajahnya. )
3) Dimasukkan ke dalam neraka.

Anda mungkin juga menyukai