Anda di halaman 1dari 5

PENGHARGAAN

Syukur kepada Maha Esa kerana dengan izin-Nya. Akhirnya saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna sekali. Tanpa izin dan restun-Nya, saya
pasti tidak dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Saya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, En.Wahid Bin Ali Piah yang banyak membantu kami untuk menyiapkan
tugasan ini dengan baik. Beliau sentiasa memberi penjelasan tentang tugasan pada
bila-bila masa sahaja. Pada kesempatan ini, saya juga mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan yang memberi dorongan dan menolong saya dari segi bentuk
perkongsian bahan-bahan maklumat,buku,nota,pendapat dan nasihat yang sangat
berguna sekali. Di samping itu, saya juga rasa terhutang budi kepada ibu bapa yang
amat dihormati, yang membantu saya dengan memberikan bantuan serta sokongan
moral. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha untuk menjayakan tugasan ini
secara langsung dan tidak langsung.

Sekian, terima kasih.


PENGENALAN
Aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan ini diwujudkan
adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas
(ELEKTIF). Dalam aktiviti ini, pelajar perlu melaksanakan 20 jenis pergerakan yang
mengandungi kedua-dua pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti ini perlu
dilakukan secara individu dengan mengunakan beberapa alatan pendidikan jasmani
yang dibenarkan.

Aktiviti ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan lokomotor dan


bukan lokomotor seseorang individu dan ia juga dapat meningkatkan kemahiran
psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu. Selain itu,aktiviti ini juga dapat
meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas
yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Di samping itu, aktiviti
ini juga dapat memupuk kefahaman dan perbezaan yang terdapat diantara pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor.

Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi,


rohani,intelek, dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
1.0 Tajuk : Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan

2.0 Matlamat :

1) Membolehkan pelajar menguasai pergerakan lokomotor dan bukan


lokomotor dengan mengunakan alatan.

2) Mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam aktviti ini.

3) Murid-muird dapat membezakan pergerakan lokomotor dan bukan


lokomotor.

3.0 Objektif :

 Pelajar dapat meneroka cara-cara menjalankan kedua-dua pergerakan


lokomotor dan bukan lokomotor dengan mengunakan alatan yang
dibenarkan.

 Membangunkan aspek-aspek psikomotor, kognitif, dan efektif dalam


kalangan pelajar.

 Membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan lokomotor dan


bukan lokomotor mengikut kemampuan diri masing-masing.

 Menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk melakukan pergerakan


lokomotor dan bukan lokomotor.

 Membentuk sahsiah dan disiplin diri pelajar.

4.0 Tarikh :

5.0 Jangka Masa :

6.0 Tempat : Gimnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

7.0 Kumpulan sasaran :

8.0 Bilangan Peserta : 1 (Individu)


9.0 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi

9.1 Senarai Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor

1. Berjalan dengan gelung (Lokomotor)


2. Gelung pusing dengan tangan kanan sambil duduk (Bukan
Lokomotor)
3. Guling kehadapan dengan gelung (Lokomotor)
4. Buang gelung ke atas sambil berlari (Lokomotor)
5. Imbangan kehadapan dengan gelung (Bukan Lokomotor)
6. Berjalan di titi sambil pusing gelung di tangan kanan (Lokomotor)
7. Imbangan lutut dengan gelung dihadapan (Bukan Lokomotor)
8. Skipping dengan gelung (Lokomotor)
9. Imbangan badan melenting ke belakang dengan kaki diatas (Bukan
Lokomotor)
10. Ketinting sebelah kaki dengan gelung pusing di tangan (Lokomotor)
11. Imbangan atas perut dengan gelung di belakang (Bukan Lokomotor)
12. Grapevine dengan gelung di pinggang (Lokomotor)
13. Membongkok dan menegak kehadapan dengan gelung (Bukan
Lokomotor)
14. Merangkak dengan gelung (Lokomotor)
15. Imbangan dengan satu tapak sokongan dengan gelung (Bukan
Lokomotor)
16. Lontar gelung keatas, melompat tinggi dan menangkap gelung
(Lokomotor)
17. Imbangan atas punggung (Bukan Lokomotor)
18. Pusing gelung dengan kepala sambil berjalan (Lokomotor)
19. Imbangan sisi dengan gelung pusing di tangan (Bukan Lokomotor)
20. Pusing gelung di bawah dengan mengunakan jari sambil imbangan
ke hadapan.
9.2 Pelan Kedudukan Ujian Amali Pergerakan Asas
9.3 Senarai Peralatan Berat

1. Tilam
2. Bangku panjang
3. Papan anjal
4. Peti lombol

9.4 Senarai Peralatan Tangan


1. Gelung
9.5 Rumusan

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan sebuah aktiviti yang


praktikal dan mudah untuk dilaksanakan. Ia melibatkan seluruh kefungsian dalam tubuh
badan dalam merancang dan merabgka strategi bagi menjayakan aktiviti ini.
Kognitif,efektif,dan juga psikomotor akan digunakan secara keseluruhannya oleh
seseorang pelajar. Aktiviti ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor seseorang individu dan ia juga dapat meningkatkan
kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu. Selain itu,aktiviti ini juga
dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan
asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Di samping itu,
aktiviti ini juga dapat memupuk kefahaman dan perbezaan yang terdapat diantara
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi,


rohani,intelek, dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

Anda mungkin juga menyukai