Anda di halaman 1dari 14

Ciri – ciri Usahawan Berjaya

Nama Usahawan :Haji Ramli B Mokni

Nama Pelajar : Muhammad Zulhilmi B


Zubir

Nomak : 09027

Kelas : 506 Actinium

Guru : Puan Hazlin Bt. Mohammed


Biodata

Haji Ramli B Mokni

Nama : Tuan Haji Ramli B Mokni

Tempat Lahir : Sekinchan, Selangor

Status : Berkahwin (Puan Hajjah Shala Siah Bt Abdul Manap

Syarikat : Ramly Food Processing Sdn. Bhd.


Pengenalan
Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah

menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah

didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah

menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk

Singapura.

Sejarah

Ramly Food Processsing

adalah industri bumiputera

yang terkenal dalam industri

pembuatan produk makanan

berasaskan daging lembu,

ayam dan hasilan laut


berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang

paling diminati.

Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah

Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang

halal, bersih dan bermutu.

Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian

Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur

dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke

pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan

bakal ke taraf antarabangsa.

Kualiti

Penubuhan Makma Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti

produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari

pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu,

makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk.

Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.


Produksi

Satu kajian penyelidikan dan pembangunan

produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan

kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya.

Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji

dalam memastikan produk kelihatan menarik

dan boleh dinikmati. Pengimplementasi

kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut

dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang

digunakan juga memastikan produktiviti produk.

Pengedaran

Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat

bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong

berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad.

Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras,

Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam

menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan

pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan

kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.


Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah

didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala

Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia

beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan

runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
Pencapaian Burger Ramly
Ciri – ciri Usahawan Berjaya

Untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan dan memperolehi kejayaan , anda

memerlukan daya minda seorang jutawan. Mnda jutawan adalah minda usahawan

berjaya. Disini saya kongsikan 10 ciri yang boleh anda diterapkan untuk menjadi

usahawan berjaya;

1. Suka bertanya soalan yang membina – Dalam mengatur langkah menuju kejayaan,

kita perlu selalu bertanya kepada mentor atau guru anda sekiranya ada perkara yang tidak

faham atau tidak pasti. Dengan bertanya, sifat menganggap sentiasa betul akan lupus.

Anda akan dapat yang terbaik!

2. Fokus kepada apa yang mereka inginkan – Untuk berjaya dalam perniagaan, anda

perlu fokus kepada perkara-perkara yang pelanggan anda inginkan. Fokus kepada

permintaan bukan pengeluaran.

3. Tindakan yang berkesan/mantap (massive action) – Bersungguh-sungguh ketika

melakukan sesuatu perniagaan dengan tindakan yang mantap bukan sambil lewa atau

melakukan dengan bersahaja.

4. Keinginan yang memuncak – Sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh

semangat dan harapan yang kental tanpa mudah mengalah dengan perasaan jemu.

5. Enjoy dalam segala aktiviti anda – Lakukan aktiviti anda dengan tanpa tekanan dan

gangguan emosi. Pastikan anda minat dan enjoy dengan apa yang lakukan tanpa paksaan.
6. Imej profesional – Jadi seorang yang pakar didalam bidang anda dan sentiasa bersedia

dalam apa jua keadaan.

7. Bertanggungjawab – Anda harus mempunyai sikap tanggungjawab yang tinngi

didalam segala urusan perniagaan anda. Terutama kepada para pelanggan anda.

8. Sentiasa ingin belajar - Walau siapa anda sekali pun anda harus terus belajar samaada

mendalami bidang yang sedang diceburi atau bidang yang lain. Anda harus memiliki

sikap ini.. ini sikap jutawan!

9. Bertutur dari hati – Lagi satu sikap yang anda perlu untuk berjaya. Setiap pertuturan

anda harus lah ikhlas dan jujur. Cakap dengan hati bukan cakap dalam hati ok.

10. Tunjukkan standard anda – Untuk pencapaian yang berterusan dan sentiasa maju

kehadapan, anda harus kawal imej dan tatatertib anda dengan kesemua pelanggan anda.

.
Rumusan

Kebanyakan daripada mereka bermula daripada peringkat bawah dahulu sebelum

berjaya sehingga hari ini. Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang

betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul

daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang

diperolehi akan dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki

pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. Sebagai seorang usahawan, seseorang

individu itu perlulah mempunyai kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk

menyelesaikan sesuatu kerja, mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam

menyelesaikan sesuatu kerja, kesanggupan membantu kakitangan demi untuk

menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan menunjukkan sikap

mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan dan sentiasa memastikan setiap

janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan

seperti yang telah dipersetujui .


Lampiran