Anda di halaman 1dari 4

BAB 2

HUKUM ADAT, PERATURAN, DAN UNDANG-UNDANG

Pengenalan
1. Adat ditakrifkan sebagai amalan sesuatu masyarakat secara turun-temurun dan merupakan
satu peraturan yang harus dipatuhi. Ianya disampaikan secara lisan daripada satu genarasi
kepada satu generasi yang lain.
2. Hukum adat adalah merupakan peraturan-peraturan yang dibuat atau diadakan oleh
pemerintah untuk diamalkan dan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Hukum adat
merupakan peraturan-peraturan yang dibuat secara lisan dan diamalkan secara turun-temurun
berdasarkan adat dan kepercayaan lama.
3. Terdapat dua jenis adat utama yang diamalkan di negeri-negeri Melayu iaitu Adat Perpatih
dan Adat Temenggung.

2.1 Adat Perpatih


1. Adat Perpatih yang dibawa oleh orang Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang, Sumatera
mula diamalkan di Tanah Melayu pada abad ke-17. Adat ini diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan
Sebatang yang berasal dari Minangkabau, Sumatera. Diperturunkan dari satu generasi ke satu
generasi yang lain.
2. Diamalkan di Negeri Sembilan, Naning, dan Alor Gajah.
3. Adat Perpatih lebih mengutamakan kaum wanita dalam pembahagian harta. Dari segi
keturunan, jurai keturunan sebelah nasab ibu (matrilineal) lebih diutamakan terutama dalam
soal pembahagian harta pusaka (harta carian, harta dapatan dan harta pembawaan).
4. Aspek perkahwinan – mengamalkan eksogami, iaitu tidak membenarkan perkahwinan
sesama suku kerana dipercayai mempunyai pertalian darah. Seorang lelaki juga tidak
dibenarkan berkahwin dengan dua orang perempuan yang sesama suku
5. Suami digelar ‘orang semenda’. Walau bagaimanapun, suami tetap menjadi ketua keluarga.
Jika berlaku penceraian, atau kematian isteri, anak-anak akan diserahkan kepada keluarga
sebelah ibunya kerana bapa tidak mempunyai hak ke atas anak-anaknya.
6. Aspek pemerintahan – dianggap lebih demokrasi kerana pemerintah, iaitu Yang di-Pertuan
Besar dipilih oleh Undang secara permuafakatan. Undang dipilih oleh Lembaga, Lembaga
dipilih oleh Buapak, dan Buapak dipilih oleh Perut.
7. Undang-undang jenayah Adat Perpatih dianggap lebih bertimbang rasa dan
berperikemanusiaan. Ini kerana Adat Perpatih percaya bahawa orang yang melakukan jenayah
boleh berubah menjadi baik.
8. Masyarakat Minangkabau sentiasa bermuafakat untuk melakukan sesuatu atau
menyelesaikan masalah.
9. Adat Perpatih tidak diserap dengan pengaruh atau unsur-unsur luar.

2.2 Adat Temenggung


1. Adat Temenggung diamalkan di semua negeri Melayu, kecuali Negeri Sembilan.
Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan adat ini dan kemudiannya mewariskannya kepada
negeri-negeri Melayu yang lain.
2. Adat Temenggung dikenali dengan pelbagai nama, antaranya Undang-Undang Melaka,
Undang-Undang Pahang, Undang-Undang 99 Perak, Undang-undang Johor, dan Undang-
Undang Kedah.
3. Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan (abang tiri kepada Datuk Perpatih) yang
berasal dari Sumatera.
4. Adat Temenggung menerima pengaruh luar iaitu unsur-unsur agama Hindu dan Islam.
Selepas kedatangan Islam, adat ini berpandukan kepada hukum syarak terutama dalam soal
pembahagian harta dan perkahwinan.

1
5. Adat ini merangkumi undang-undang jenayah, pembahagian harta dan undang-undang
perlembagaan.
6. Bersifat autokrasi, iaitu kuasa mutlak terletak di tangan sultan atau raja dalam hal
pentadbiran, ketua agama, simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat. Jawatan raja diwarisi turun
temurun.
7. Semua sumber dalam sesebuah negara adalah hak raja.
8. Aspek kekeluargaan – mengutamakan nasab sebelah ayah (patrilineal) dalam semua hal.
Kaum lelaki menjadi ketua keluarga kerana mengikut hukum syarak.
9. Pembahagian harta – memihak kepada kaum lelaki kerana dianggap pemimpin keluarga.
10. Aspek perkahwinan – membenarkan anggotanya berkahwin kpd sesiapa asalkan tidak
bercanggah dengan hukum syarak. Isteri akan ikut suami selepas kahwin.
11. Pelaksanaan undang-undang lebih tegas dan keras. Hukuman bersifat menghukum untuk
memberi pengajaran dan amaran kpd orang lain.
12. Undang-undang dalam Adat Temenggung lebih memihak kepada golongan atasan atau
pemerintah. Undang-undang di tangan sultan atau pembesar daerah.

2.3 Undang-undang Adat Sabah dan Sarawak


1. Masyarakat Sabah mengamalkan Adat Dusun, Adat Tenom, dan Timogun. Hukum adat ini
dilaksanakan oleh Orang Tua.
2. Masyarakat Sarawak mengamalkan Adat Tunggu (denda dan kesalahan) dan Undang-
Undang Mahkamah Melayu. Hukum adat dilaksanakan oleh Ketua Kampung atau Majlis Orang
Tua-Tua.
3. Hukum adat mengawal soal bertanam padi dan tempat kediaman orang Iban.
4. Antara kesalahan yang akan dikenakan hukuman denda ialah gagal melaporkan sebarang
bencana, kecemasan, tidak bekerjasama dalam sesuatu tindakan yg telah dipersetujui.

2.4 Undang-undang di Negeri-Negeri Melayu


1. Undang-undang ialah peraturan yang digubal oleh pemerintah yang berfungsi pengawalan
masyarakat atau golongan yang diperintah demi untuk memelihara keamanan. Undang-undang
termaktub dalam bentuk bertulis.
2. Antara undang-undang tersebut ialah Undang-undang Melaka, Undang-undang Pahang,
Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah.

A. Undang-undang Melaka
1. Merupakan undang-undang Melayu yang tertua yang digubal untuk dijadikan
panduan semasa raja dan pembesar menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negara.
2. Disusun oleh pembesar-pembesar semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
3. Terbahagi kepada dua:
a. Hukum Kanun Melaka – digubal untuk menjadi panduan untuk mentadbir
Kerajaan Melaka. Dipengaruhu oleh unsur-unsur agama Hindu dan Islam.
b. Undang-undang Laut Melaka – merangkumi perkara-perkara yang
berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jual beli di atas kapal, bidang
kuasa nakhoda dan tanggungjawab pelbagai pengawal kapal seperti kiwi, maula kiwi,
malim, tukang gantung, jurubatu, dan serang.

B. Undang-undang Pahang
1. Disusun pada tahun 1596 untuk Sultan Abdul Ghaffur Mahayuddin
Shah (Sultan Pahang ke-12).
2. Dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka kerana Pahang ada
hubungan dengan Kesultanan Melaka sejak abad ke-16.
3. Turut dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Islam.
4. Terbahagi kepada tiga bahagian:

2
i. Adat lembaga negeri – menerangkan tentang keistimewaan
golongan raja dan pembesar, larangan diraja, dan tugas pembesar.
ii. Undang-undang Jenayah – hukuman yang dikenakan untuk
setiap kesalahan adalah keras.
iii. Undang-undang Awam yang merangkumi tanah dan
perumahan.

C. Undang-undang 99 Perak
1. Dinamakan Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 buah undang-undang. Berasal
dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke-17.
2. Antara perkara yang terkandung ialah:
i. Tugas dan tanggungjawab pemerintah, iaitu raja dan pembesar-pembesar.
ii. Peraturan adat istiadat menghadap dan melantik raja
iii. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah spt mencederakan, membunuh, mencuri
dsbnya.
iv. Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan spt perkahwinan, penceraian,
pembahagian harta dsbnya.

D. Undang-undang Johor
1. Digubal oleh pemerintah Johor berlandaskan Hukum Kanun Melaka. Digunapakai semasa
pemerintahan Sultan Mahmud dan Sultan Sulaiman Syah Ibn almarhum Sultan Abdul Jalil
Rahmat Syah.
2. Perkara-perkara yang terkandung:
i. Asal usul raja-raja, yang meliputi adat, bahasa, pantang-larang
ii. Kuasa raja dan pembesar
iii. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah spt membunuh
iv. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kekeluargaan spt pertunangan, perkahwinan,
berzina, bersunat, bertindik dsb.
v. Perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi spt. tanah, kebun, harta sepencarian
dsbnya.

E. Undang-undang Kedah
1. Tidak bertarikh tetapi dipercayai digunakan sejak zaman pemerintahan
Sultan Rijaluddin Mohemad yang memerintah 1053 H – 1062 H (1625 – 1652 M).
2. Digubal bertujuan mewujudkan garis panduan pemerintah dalam urusan
pemerintahan, mewujudkan masyarakat harmoni yang patuh pada peraturan dan mencegah
rakyatnya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kerosakan dalam
hidup bermasyarakat.
3. Meliputi empat perkara iaitu Undang-undang Pelabuhan, Undang-undang
Seri Paduka Tuan atau Tambera Dato’ Seri Paduka Tuan, Hukum Kanun Dato’ Kota Setar
dan Undang-undang adat.

2.5 Mahkamah Anak Negeri Sarawak


1. Diperkenalkan oleh Orang Dayak yang digubal berdasarkan kepercayaan dan adat resam
kaum Dayak.
2. Ditubuhkan untuk menjaga dan melindungi hal ehwal masyarkat peribumi Sarawak yang
pelbagai kaum.
3. Mengadili perkara-perkara berkaitan peraturan kekeluargaan, pemerintahan dan
pentadbiran, jenayah, perayaan dsbnya.
4. Ketua Mahkamah Anak Negeri digelar Orang Kaya Pemenca atau Penghulu yang akan
mengadili kes-kes berat spt hukuman mati.
5. Kes-kes kecil diadili oleh Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.

3
2.6 Mahkamah Anak Negeri Sabah
1. Ditubuhkan untuk mengendalikan undang-undang adat di Sabah. Ahli-ahlinya terdiri
daripada Ketua Rumah Panjang dan Orang Tua.
2. Bentuk hukuman: cth: kesalahan membunuh dan perbuatan sumbang – hukuman bunuh atau
buang daerah.
3. Bg kesalahan jenayah lain diminta bayar ganti rugi kpd mangsa atau keluarga mangsa: cth:
kesalahan bergaduh (babas), merosakkan harta benda atau mencederakan sso (sogit), dan
perkara sumbang atau berzina (kepanasan).

2.7 Peranan Adat, Peraturan, Dan Undang-undang Dalam Masyarakat Melayu


1. Bertujuan untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan
kesejahteraan hidup.
2. Pelanggar adat akan dikenakan hukuman berbentuk fizikal (kesakitan, penyeksaan ke atas
tubuh dan ketidakselesaan fizikal) dan hukuman moral (mendapat malu, berasa tersisih,
terpencil dan terpulau drp masyarakat).
3. Digunakan untuk menyelesaikan pelbagai konflik dan kekecohan dalam masyarakat.
4. Menjadi garis panduan bg setiap orang utk melakukan sst perkara.
5. Penting dalam membentuk ikatan erat antara anggota masyarakat. Ini mendorong amalan
gotong-royong dan bekerjasama, tolong-menolong, bermuafakat dan bertolak ansur spt yg
diamalkan oleh masyarakat Minangkabau dalam Adat Perpatih.
6. Adat memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian sesebuah masyarakat
dari segi politik, ekonomi, dan sosial.
7. Digunakan untuk menjaga dan mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah iaitu raja dan
pembesar. Contoh: Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Pahang dan Undang-undang Johor
dinyatakan dengan jelas keistimewaan raja dan larangan-larangan kpd rakyat jelata.
8. Dalam Adat Temenggung, dinyatakan jawatan sultan diwarisi secara turun-temurun dan
sultan mempunyai kuasa mutlak. Rakyat menerima ini tanpa ragu-ragu dan rakyat
bertanggungjawab untuk taat setia kpd pemerintah.
9. Undang-undang dan adat dapat menentukan tanggungjawab dan hak setiap anggota
masyarakat dalam masyarakat. Contoh: Undang-undang Laut Melaka – dinyatakan dengan
jelas bidang tugas dan tanggungjawab nakhoda, jurumudi, jurubatu, malim, dan kiwi.
10. Apabila semua lapisan masyarakat faham akan hak dan tanggungjawab mereka, maka
keamanan dan kemakmuran akan terjamin berkekalan.