Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL LISUT TERTUTUP DASKOH

SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN 2010

1. PERATURAN AM
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan terbaru.
Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan oleh pihak Jawatan Kuasa
Teknikal.
2. TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN
30 Mac 2010 (Selasa) – Bermula jam 8.00 pagi
3. TEMPAT PERTANDINGAN
Gelanggang Serbaguna Taman KSM/Daskoh, Kuala Krai Kelantan.
4. PENYERTAAN
Terbuka kepada semua belia Kawasan Rukun Tetangga Taman Guchil Jaya yang berumur 30 tahun
kebawah. Tiga pasukan jemputan dari sekitar kawasan Kuala Krai turut dijemput menyertai pertandingan
ini.
5. YURAN PENYERTAAN
RM 35.00 tunai untuk setiap pasukan.
6. KELAYAKAN PEMAIN
Belia KRT Taman Guchil Jaya (DASKOH) DAN Taman KSM yang berumur 30 tahun kebawah.
7. BILANGAN PEMAIN
Setiap pasukan mestilah mengandungi 7 orang pemain. (6 pemain termasuk penjaga gol dan satu pemain
simpanan)
8. PENGGANTIAN PEMAIN
Dalam pertandingan akan digunakan sistem ‘flying substitute’.
9. MASA PERLAWANAN
5 minit untuk setiap separuh masa. (5-1-5)
10. FORMAT PERTANDINGAN
Liga pada peringkat pusingan awal dan kalah mati pada peringkat seterusnya.
11. PENYUSUNAN JADUAL DAN PENEMPATAN KUMPULAN
Jawatan Kuasa Teknikal akan menguruskannya lebih awal untuk mempercepatkan perjalanan pertandingan
nanti. Jawatan Kuasa Teknikal akan mengambil kira segala keperluan bagi mengelakkan hal seperti
ketidakpuasan hati setiap pasukan. Maka cabutan undian akan dilakukan oleh setiap peserta untuk
menentukan wakil setiap ahli pasukan. Setiap peserta perlu akur dengan penyusunan yang dibuat oleh
Jawatan Kuasa Teknikal setelah cabutan undian dilakukan dan segala bantahan tentang
penyusunan pasukan serta jadual tidak akan dilayan. Setelah setiap peserta mendapat pasukan
masing-masing, mereka perlulah melantik seorang ketua bagi memudahkan urusan pertandingan
dan memberikan nama pasukan.
12. TAKLIMAT KETUA PASUKAN
Pada hari sebelum pertandingan berlangsung.

13. JERSI
Setiap pasukan hendaklah memakai jersi yang lengkap berserta nombor. Pasukan yang mempunyai warna
jersi yang lain digalakkan membawanya bersama. Sekiranya tidak ada Jawatankuasa Teknikal telah
menyediakan ‘Bit’ untuk memenuhi keperluan dan pasukan tersebut bolehlah membuat pinjaman.
14. PAKAIAN
Setiap pemain diwajibkan memakai pakaian sebagai pemain bola sepak yang lengkap. (termasuk
shin guard) SEKIRANYA ADA. Kasut yang dibenarkan adalah kasut yang tidak berstud atau kasut
sukan/getah. ( rubber shoe) ADALAH WAJIB.
15. KECEDERAAN PEMAIN
Pihak penganjur tidak akan menyediakan pegawai perubatan sepanjang pertandingan, dengan demikian
sebarang kecederaan yang berlaku adalah tanggung jawab setiap pasukan yang bertanding.
16. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH
Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan menarik diri atau enggan bermain.
17. PENGGANTUNGAN PEMAIN
Pemain yang menerima dua kad kuning akan digantung satu perlawanan dan satu kad merah akan
digantung 2 perlawanan.
18. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-Undang permainan hendaklah mengikut undang-undang Futsal yang berkuatkuasa sebagaimana
yang diputuskan oleh FIFA.
19. BANTAHAN
Sebarang bantahan terhadap keputusan penganjur dan pengadil atau soal pemain yang tidak layak mestilah
dihantar secara bertulis kepada Urusetia dalam masa 30 jam selepas perlawanan dengan disertakan wang
tunai sebanyak RM 80.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan berjaya atau pun tidak.
Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang dibuat oleh pengadil
di padang permainan.
20. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN
Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran
hendaklah diambil tindakan oleh Jawatan Kuasa Teknikal yang keputusannya adalah muktamad.

Disediakan oleh:
Penganjur /Jawatankuasa Teknikal FUTSAL 2010

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN FUTSAL LISUT TERTUTUP DASKOH SEMPENA
HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN 2010

NAMA PASUKAN :……………………………………………..


NAMA PENGURUS :……………………………………………..
NAMA PEMAIN NO. KP
1
2
3
4
5
6
7

…………………………………
Tanda Tangan Pengurus Pasukan
LOGO PASUKAN
 TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PENYERTAAN IALAH PADA
29 MAC 2010. (SEBELUM 6.30 PETANG)
 PENGURUS/KETUA PASUKAN DIMINTA MENELEFON NOMBOR DI BAWAH
UNTUK PENGESAHAN AWAL BAGI MEMUDAHKAN JAWATAN KUASA
MENYUSUN JADUAL PERTANDINGAN.
 SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
- EN. MOHAMMAD FAIZ B IBRAHIM – (013-2352931)
- EN. MOHD NOOR AZIM B IBRAHIM – (017-9554909)
- EN. FAIZ ZIYAN – PEMEGANG PIALA PUSINGAN (012-9840231)

PAPAN RUJUKAN

PASUKAN LAWAN MENANG SERI KALAH MATA


PERINGKAT PUSINGAN KEDUA
SUKU-SUKU/SEPARUH/FINALI

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA
TARIKH: 30 MAC 2010 (8.00PAGI)
TEMPAT: GELANGGANG SERBAGUNA TMN KSM/DASKOH
YURAN PENYERTAAN: RM5 SEORANG

HADIAH UTAMA:
JOHAN AKAN MENERIMA PIALA PUSINGAN DAN WANG
TUNAI RM 105
N.JOHAN AKAN MENERIMA WANG TUNAI RM 70
KETIGA AKAN MENERIMA WANG TUNAI RM 35

Anda mungkin juga menyukai