Anda di halaman 1dari 21

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan.........................................................................................................2
2.0 Definisi .............................................................................................................2
3.0 Bahagian komunikasi...........................................................................................5
3.1 Bukan lisan..............................................................................................5
3.2 Lisan.......................................................................................................7
4.0 Elemen-elemen penting dalam komunikasi............................................................8
5.0 Halangan dalam komunikasi berkesan...................................................................10
5.1 Halangan fizikal......................................................................................10
5.2 Halangan bahasa......................................................................................10
5.3 Halangan sikap pengantar.........................................................................11
5.4 Halangan sikap penerima..........................................................................11
5.5 Halangan alam sekitar..............................................................................11
6.0 Kaedah-kaedah mengatasi halangan komunikasi...................................................13
6.1 Penggunaan bahasa yang mudah...............................................................13
6.2 Pendengaran aktif...................................................................................13
6.3 Pengawalan emosi dan tanggapan negatif...................................................14
6.4 Pengunaan bahasa tubuh..........................................................................14
7.0 Kesan halangan komunikasi................................................................................16
7.1 Maksud kesan haling komunikasi..............................................................16
7.2 Kesan daripada halangan proses komunikasi...............................................16
8.0 Rumusan..........................................................................................................18
9.0 Keberkesanan...........................................................................................................20
10.0 Rujukan............................................................................................................20

1
1.0 PENGENALAN
Setiap benda yang benyawa tidak lari daripada fitrah untuk berkomunikasi antara satu
dengan yang lain. Komunikasi atau proses interaksi antara manusia ataupun setiap makluk
yang bernyawa dapat disimpulkan sebagai satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak
(penghantar) kepada satu pihak yang lain (penerima). Di dalam komunikasi terdapat beberapa
elemen-elemen yeng penting yang dapat melengkapkan kosep komunikasi itu sendiri.
Walaubagaimanapun, dalam proses komunikasi juga terdapat banyak halangan yang
menghalang keberkesanan proses komunikasi dan mengakibatkan maklumat yang ingin
disampaikan tersasar maksudnya dari perkara dasar. Halangan-halangan ini akan
meninggalkan beberapa kesan kepada pengantar ataupun kepada penerima. Kesan-kesan
inilah yang menjadi duri dalam setiap individu dan seterusnya mengakibatkan pertelingkahan
dan pergaduhan sesama sendiri. Masalah-masalah seperti ini perlu dibendung agar
masyarakat kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni terutamanya dalam konteks
kehidupan masyarakat di Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, bangsa, dan etnik.

2.0 DEFINISI
Definisi bagi komunikasi menurut kamus dewan edisi ke-3 ialah perhubungan
langsung atau tidak langsung dengan perantaraan surat,radio, telefon dan alat-alat yang boleh
digunakan untuk berkomunikasi. Komunikasi juga bermaksud mengadakan perhubungan
seperti berbincang antara satu sama lain, bercakap-cakap, dan bertukar-tukar pendapat antara
satu pihak dengan pihak yang lain.

Kumunikasi menurut Johns (1996) ialah komunikasi sebagai proses pertukaran


maklumat di antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak.
Contoh : pembekal, pelanggan, pengurus karajaan dan lain-lain.

2
Manakala menurut Green Berg & Baron (1996) komunikasi ialah satu proses di mana
individu, kumpulan dan organisasi yang bertindak sebagai penyampai menyampai maklumat
kepada individu, kumpulan dan organisasi lain yang bertindak sebagai penerima mesej.

Dari segi bahasa pula, komunikasi berasal dari perkataan Inggeris iaitu
‘comunication’. Perkataan comunication berasal dari perkataan Latin iaitu communicare yang
bermaksud ‘to make common’ iaitu mewujudkan persamaan. Selain itu komunikasi
merupakan proses perkongsian atau menyampaikan sesuatu pengalaman dengan individu
lain.
contoh : guru berkongsi pengalaman dengan pelajar.

Seperti makhluk lain, manusia tidak lari dari fitrah untuk berkomunikasi. Jika haiwan
sekecil semut dapat berinteraksi antara sekumpulan mereka dengan menggunakan sesungut,
atau haiwan dalam hutan dapat berkomunikasi antara dengan yang lain untuk memastikan
proses kendiri atau ekologi hutan menjadi tenteram serta damai, apatah lagi manusia yang
merupakan satu ciptaan dari pencipta yang Esa iaitu makhluk yang komplek dan mempunyai
akal fikiran.

Dalam diri manusia, komunikasi berlaku dalam setiap perkara rutin iaitu komunikasi
dalam keluarga, komunikasi dalam organisasi, dan komunikasi dalam komuniti. Proses
komunikasi antara manusia menjadi lebih komplek dan canggih bila terciptanya teknologi-
teknologi baru seperti telefon mudah alih, internet jalur lebar dan satelit yang menjadikan
proses penyampaian maklumat menjadi lebih luas dan menjadikan dunia sekarang tanpa
sempadan. Sebenarnya, alat teknologi komunikasi ialah sebagai pelengkap kepada proses
komunikasi manusia itu sendiri.

Walaubagaimana sekalipun, fitrah manusia untuk berhubung secara manusiawi


dengan melibatkan hati, perasaan, jiwa, persahabatan, kasih sayang, benci dan sebagainya
tidak dapat dipisahkan. Justeru itu, selagi wujudnya makhluk yang bernama manusia, proses
komunikasi secara manusiawi tidak akan lupus atau ditenggelam zaman. Jika dilihat dalam
prospektif islam, komunikasi secara manusiawi yang fitrah itu tidak akan terputus di alam
mimpi, di alam kubur, dan juga di alam kebangkitan selepas mati.

3
Komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Manusia
berkomunikasi kerana ingin mempengaruhi pemahaman orang lain, sikap dan tindakan pihak
lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu. Komunikasi merupakan proses
dua hala yang mana anda bukan hanya bertindak sebagai penyampai maklumat, malah ia juga
merupakan sasaran kepada penyampai maklumat yang lain.

Dalam proses komunikasi, terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang


menyebabkan penyampaian maklumat daripada pengantar kepada penerima berbeza dan ini
mengakibatkan berlakunya salah faham antara satu sama lain. Banyak faktor halangan yang
menyebabkan proses komunikasi menjadi tidak berkesan.

Halangan dalam komunikasi merupakan salah satu sebab mengapa komunikasi


berkesan susah untuk dilaksanakan. Definisi halangan dalam kamus dewan edisi ke-3
membawa maksud aral rintangan yang menghalang sesuatu ataupun ganguan yang
menyebabkan matlamat asal tersasar. Halangan dalam segi bahasa juga bermaksud tegahan
atau rintangan dalam menjalankan pekerjaan atau melakukan sesuatu perbuatan.

Justeru itu, halangan dalam komunikasi perlulah diselesaikan dengan beberapa kaedah
yang boleh mengatasinya agar perinsip-perinsip komunikasi berkesan mencapai
matlamatnya. Definisi bagi kaedah ialah cara atau peraturan untuk membuat sesuatu perkara
terutamanya bersistem atau biasa samada kearah kebaikan atau keburukan. Halangan dan
rintangan dalam komunikasi perlu diatasi dengan kaedah-kaedah yang betul agar proses
komunikasi menjadi berkesan.

Halangan dalam komunikasi akan mengakibatkan tercetusnya beberapa kesan samada


kepada pengantar atau penerima. Kesan daripada halangan komunikasi memberi impak yang
besar dalam sesebuah institusi atau organisasi. Secara rasionalnya, impak ini akan berlarutan
kepada masyarakat dalam sesebuah negara dan seterusnya dapat menjatuhkan imej negara itu
sendiri.

Definisi kesan dalam halangan komunikasi ialah tanda baik atau buruk daripada
akibat komunikasi yang tidak berkesan serta kesudahannya kepada individu, keluarga,
organisasi, dan Negara.

4
3.0 Bahagian Komunikasi

Proses penghantaran, penerimaan dan pertukaran maklumat, pendapat atau idea


melalui tulisan atau percakapan merupakan proses komunikasi yang utama Secara umumnya
proses komunikasi terbahagi kepada dua iaitu komunikasi secara lisan atau komunikasi bukan
lisan. Penerangan selajutnyar ialah berkaitan dengan proses komunikasi.

KOMUNIKASI

Bukan lisan Lisan


(non-verbal) (verbal)

3.1 Komunikasi bukan lisan ialah satu proses yang merujuk kepada maklumat yang
disampaikan melalui memek muka, pergerakan tangan, posisi badan dan sentuhan yang
bukan berbentuk percakapan atau kata-kata. Ada banyak tafsiran tentang kamunikasi bukan
lisan ini. Antaranya melalui nada suara, ekspreasi muka, dan pergerakan tubuh, pandangan
mata dan sebagainyan. Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung
dalam suatu perkataan. Sesuatu perkataan yang disebut dengan nada suara yang berbeza akan
membawa erti yang berbeza. Contohnya perkataan sayang jika disebut dengan nada lembut
bererti sayang yang sebenar tetapi jika disebut dengan nada keras mungkin bemaksud marah.

5
Dalam erti ruang atau wilayah pula, ia bermaksud jarak antara individu dengan individu
lain.Contohnya jarak dekat dikatakan mempunyai perhubungan yang akrab, manakala jarak
jauh antara satu individu dengan individu yang lain melambangkan kurang kemesraan. Cara
menggunakan ruang fizikal menggambarkan personaliti individu itu serta apa pendekatan
yang diambil. Antara contohnya ialah susunan perabut dalam bilik tidur dapat
menggambarkan sikap dan personaliti tuan bilik. Tafsiran daripada suara-suara separa bahasa
yang membawa makna tersendiri seperti terbatuk, merungut, berbisik sendiri dan sebagainya
juga contoh kepada komunikasi bukan lisan

Tafsiran komuniksai seperti ekspresasi muka, pandangan mata dan pergerakan tubuh
badan pula member banyak maksud yang tersirat dan tersurat. Ekspreasi muka ialah
penglahiran rasa hati, emosi fikiran, penilaian dan keadaan diri individu. Ia merupakan hasil
kombinasi daripada pandangan mata, kedutan dahi, muka dan warna yang lahir dari muka
semasa interaksi. Sebagai contoh ekspreasi tidak sama dengan kata-kata (mulut tersenyum
tetapi nada suara mengejek) tidak sesuai dengan perasaan.

Selain itu, tafsiran dari pandangan mata ialah, mata berfungsi untuk memberi
perhatian, menunjukkan minat, tanda hormat, menimbulkan rasa penerimaan dan sebagai
tanda penghargaan satu pihak kepada pihak yang lain. Pandangan mata bukan bererti
pandang tepat pada mata, tetapi tumpuan pandangan ke arah muka. Ini bukan beerti
memandang tidak berhenti-henti atau berkelip-kelip. Cara pandangan berkesan ialah
pengantar hendaklah menjaga reaksi mata seperti tidak pejamkan mata semasa
berkomunikasi. Pandangan mata tidaklah terlalu tajam kerana jika berbuat kemudian ia akan
menjejaskan proses komunikasi berlaku. Pengantar juga tidak digalakkan memakai kaca mata
hitam. Selain daripada itu, pengantar hendaklah tidak melarikan pandangan mata dari
penerima dan perbuatan selalu melihat jam akan memburukakn lagi proses komunikasi.

Antara aspek yang paling diambil berat ialah pergerakan tubuh badan orang yang
menyampai. Pergerakan tubuh badan beerti cara duduk seseorang individu boleh
mengambarkan penerimaan kepada orang lain. Seseorang yang bersikap mesra akan duduk
condong ke arah orang yang bercakap dengannya. Manakala seseorang yang bersifat tidak
menerima lebih cenderung menyandar ke belakang. Antara cara duduk yang berkesan ialah
duduk dengan sopan seperti menyandar di kerusi. Perbuatan menggoyangkan kaki, silang
kaki, meletak tangan di tengkuk amatlah ditegah bila proses komunikasi sedang berlangsung.

6
Dalam pada itu juga, perbuatan kaku atau langsung tidak bergerak juga menjadikan proses
komunikasi terbantut. Pergerakan tangan yang sesuai dapat memudahkan komunikasi serta
member maksud tertentu. Misalnya berpeluk tubuh beerti penerima dan pengantar kurang
bersedia untuk berbincang. Antara contoh lain ialah tangan dalam kocek yang bermaksud
sembunyikan sesuatu perkara. Jika individu menggigit jari ketika berkomunikasi ia
menandakan perasaan cemas atau risau kepada keadaan yang berlaku. Perasaan marah juga
dapat dilihat dan difahamkan apabila seseorang individu menggengam tangan dengan erat.

3.2 Komunikasi lisan atau verbal ialah mesej yang melibatkan pertuturan dan tulisan serta
melibatkan keupayaaan melibatkan penggunaan bahasa atau perkataan. Setiap manusia
kecuali individu yang mengalami kecatatan dikurniakan dengan kobolehan bertutur dengan
menggunakan bahasa tertentu.Komunikasi lisan lebih kerap digunakan untuk menyampaikan
maklumat. Ia lebih mudah mendapat maklumbalas dan para penerima dapat bertindak dengan
kadar segera. Contoh maklumat lisani ialah bersemuka secara informal dengan seseorang atau
mengadakan perbualan berkumpulan seperti temuduga bersemuka. Perbualan dalam talefon,
pesanan suara, menulis dan membaca memo, laporan, artikel, surat, dan menganalisis data
juga termasuk dalam komunikasi lisan.

7
“Sesungguhnya hati-hati itu tempat bertanam,maka tanamkanlah padanya perkataan
yang bagus. Seandainya tidak tertumbuh semuanya, akan tertumbuh sebahagiannya.”
- Pesanan Luqman Al-Hakim

4.0 ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM PROSES


KOMUNIKASI

Dalam proses komunikasi, terdapat banyak elemen-elemen yang perlu ada supaya proses
komunikasi menjadi lengkap dan kompleks. Elemen pertama ialah penyampai mesej atau
pemberi iaitu dikenali sebagai enkod. Penyampai merupakan sumber permulaan maklumat
dan selaku orang yang memulakan proses komunikasi. Penyampai perlu memilih jenis
maklumat yang ingin disampaikan sama ada menerusi tulisan, lisan atau bahasa badan yang
difikirkan paling berkesan untuk menyampaikan malumat kepada penerima. Mesej yang telah
dihantar perlu dienkod dan disusun serta dipilih simbol-simbolnya sama ada lisan atau bukan
lisan supaya dapat difahami oleh penghantar dan penerima. Enkod yang digunakan oleh
penghantar perlu difahami oleh penerima, jika tidak proses komunikasi akan terhenti begitu
sahaja.

Elemen kedua ialah merujuk kepada penerima atau dalam istilah lain ialah dekod. Dekod
ialah individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai mesej atau
maklumat. Penerima maklumat mungkin datang dari dalam atau luar organisasi, atau pelbagai
pihak. Individu akan menerima mesej yang disampaikan oleh pengirim melalui saluran
komunikasi. Mesej yang diterima akan diterjemahkan mengikut interpretasi penerima itu
sendiri.

Elemen ketiga ialah mesej atau maklumat yang ingin disampaikan. Maklumat atau mesej
ialah isi kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim. Maksud atau fakta serta
niat yang dikirim hendaklah yang mudah difahami oleh penerima mesej. Mesej yang
disampaikan oleh pemberi boleh berbentuk sama ada lisan atau bukan lisan.

8
Element seterusnya ialah saluran. Saluran ialah alat yang digunakan untuk menyalurkan
mesej iaitu deria 5 pancaindera manusia atau media elektronik serta media masa. Ia
merupakan alat penghubung antara pengirim dengan penerima.Antara saluran yang
digunakan adalah seperti kata-kata, tulisan, lisan, tanpa lisan, buku dan sebagainya.

Maklumbalas ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai


tindakbalas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej. Antara elemen tambahan
yang perlu diambil kira ialah bergantung kepada konteks kebisingan atau ganguan.
Kebisingan atau ganguan ialah keadaan atau situasi penyampaian mesej dari pemberi mesej
kepada penerima mesej.

9
5.0 HALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN

Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi


tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza-beza, maklumat yang
tidak mencukupi atau lengkap, semantic iaitu perkataan yang berlapis atau berbagai makna
(selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai
seperti bising dan sebagainya, tidak focus serta leka memikirkan sesuatu yang lain, sekatan
emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma),
kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu
halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan
halangan alam sekitar.

5.1 Halangan fizikal

Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah
pihak.Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan,
latar belakang, pemahaman, pengalaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan
halangan yang sangat ketara dalam proses komunikasi. Terdapat sesetengah individu yang
biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Maka
ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi.
Ada juga individu yang kurang berkemahiran untuk berkomunikasi sejak kecil.

5.2 Halangan Bahasa

Perbezaan asal usul dan keturunan juga menyebabkan bahasa menjadi salah satu
halangankomunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, tahap bahasa yang
berbeza-beza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang
digunakandan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti
menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat

10
yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza
antara individu dengan individu yang lain mengikut interpretasi masing-masing.

5.3 Halangan Sikap Penghantar

Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran


dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana penerima akan menjadi pasif,
tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana
komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negatif. Penampilan
penghantar juga dilihat sangat penting dalam member keyakinan penerima untuk mendengar
apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan
bertanya secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah
telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi salah satu daripada halangan
komunikasi.

5.4 Halangan Sikap Penerima

Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang
hendak disampaikan adalah contoh-contoh kepada halangan daripada penerima. Ada
penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan
menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara
lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana menganggapnya
tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja.
Pekerja yang sering ditegur tentang kerjanya,
pada suatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar
dan menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang
diterima bercanggah dengan sangkaan awal akan menyebabkan halangan untuk penerima
tersebut untuk terus mendengar dan menerima mesej.

5.5 Halangan Alam Sekitar

11
Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut
mempengaruhi keberkesanan proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan
mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan.
Komunikasi juga tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang
tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas
dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petir dan banjir. Proses komunikasi sering
terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana
alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang
menyebabkan proses komunikasi tidak efektif.

Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau lebih
manusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya
penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing dalam
mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan prinsip-prinsip
komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi, akan membolehkan
komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala halangan dan kelemahan
dalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi
meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian.

12
6.0 Kaedah-kaedah mengatasi halangan komunikasi

Terdapat beberapa kaedah yang boleh mengatasi halangan komunikasi supaya


komunikasi yang dijalankan berkesan dan membawa manfaat terhadap kedua-dua belah
pihak. Antara kaedah-kaedah tersebut ialah penggunaan bahasa yang mudah, pendengaran
aktif, pengawalan emosi dan tanggapan negatif, serta penggunaan bahasa tubuh.

6.1 Penggunaan bahasa yang mudah

Penghantar perlulah menggunakan bahasa dan perkataan yang mudah dan senang
difahami supaya mesej yang disampaikan akan dapat difahami oleh penerima seterusnya
menjadikan komunikasi yang dihasilkan adalah berkesan. Ini kerana salah satu halangan yang
wujud dalam komunikasi berkesan adalah bahasa yang digunakan untuk berinteraksi antara
penghantar dan penerima ialah berlainan dan susah untuk difahami. Jika bahasa yang
digunakan adalah berlainan namun dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak, ia sudah
memadai untuk interaksi itu berlaku. Penghantar juga perlulah menggunakan perkataan yang
tepat, ringkas, dan juga tekanan suara yang lembut dan jelas. Apabila penghantar
menggunakan perkataan yang tepat dan ringkas, ia akan menarik minat pendengar kerana
mudah difahami dan tidak menggunakan masa yang panjang. Tekanan suara ataupun intonasi
suara yang lembut dan jelas juga salah satu faktor komunikasi yang dihasilkan menjadi
efektif. Ini kerana pendekatan yang lembut tetapi tegas yang terhasil daripada intonasi suara
akan menimbulkan impresi pertama yang penting di dalam sesebuah komunikasi.

6.2 Pendengaran aktif

13
Pendengaran aktif adalah satu situasi yang mana kedua-dua belah pihak menjadi
pendengar. Situasi ini berlaku apabila salah satu dari pihak yang terlibat menjadi penghantar,
satu pihak yang lain yang menjadi penerima hendaklah mendengar maklumat atau mesej
dengan baik. Inilah yang dinamakan mendengar secara aktif. Di dalam situasi ini, gangguan
bunyi hendaklah dikurangkan untuk mencapai tujuan komunikasi berkesan. Mendengar
secara aktif bukanlah semata-mata mendengar sahaja namun memberi respons terhadap apa
yang didengar untuk mendapat kefahaman yang baik. Terdapat beberapa ciri pendengar yang
baik. Antaranya ialah pendengar yang baik akan memberi respons yang terhadap apa yang
dikatakan oleh penghantar. Pendengar yang baik juga akan berhenti bercakap semasa
penyampai maklumat sedang bercakap. Ini membolehkan tumpuan dapat diberikan
sepenuhnya terhadap penyampai. Minat mendengar juga salah satu faktor di dalam
pendengaran aktif. Minat boleh mendorong seseorang itu untuk terus menerus melakukan
benda yang diminati. Jika individu tersebut minat untuk mendengar, maka dia boleh menjadi
pendengar yang baik serta dapat mengatasi halangan-halangan terhadap komunikasi.

6.3 Pengawalan emosi dan tanggapan negatif

Pengawalan emosi dan tanggapan negatif adalah penting di dalam mengatasi halangan
komunikasi kerana kewujudan kedua-dua ini boleh menghilangkan minat pendengar dan juga
penghantar itu sendiri. Jika penghantar itu beranggapan bahawa pendengar itu tidak
mendengar mesej atau maklumat yang diberinya, maka akan wujud suasana yang tidak
menyenangkan di dalam interaksi itu nanti. Begitu juga apabila pendengar itu menganggap
bahawa malumat yang disampaikan itu tidak penting dan tidak berguna, maka pendengar
tersebut akan menunjukkan sikap acuh tak acuh dan juga sikap yang tidak menyenangkan.
Ketika komunikasi berlaku, emosi negatif boleh menjejaskan isi kandungan maklumat. Maka,
kedua-dua pihak yakni pendengar dan juga penghantar hendaklah banyak bersabar dan
mengawal perasaan. Untuk mengelakkan masalah masa dan yang berkaitan dengannya,
penghantar hendaklah bijak mencari masa yang sesuai. Penghantar dan pendengar hendaklah
mengelak perkataan yang boleh menyinggung perasaan antara satu sama lain. Perbuatan ini
boleh mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh mengeruhkan hubungan masing-masing
lalu tidak mencapai matlamat komunikasi berkesan.

14
6.4 Penggunaan bahasa tubuh

Bahasa tubuh adalah salah satu bentuk komunikasi bukan lisan. Ia melibatkan
ekspresi wajah, gerak-geri individu dan seni percakapan. Maklumat akan lebih baik jika
disampaikan dengan menggunakan perkataan dan juga bahasa tubuh kerana hasil gabungan
daripada kedua-dua ini akan menghasilkan keyakinan pada maklumat itu kepada pihak yang
satu lagi iaitu pendengar. Contohnya, ekspresi wajah yang sedih boleh menerangkan bahawa
maklumat yang akan atau sedang disampaikan adalah mendukacitakan. Penggunaan bahasa
tubuh memerlukan pendengar dan penghantar maklumat itu bersemuka sama ada secara
elektronik atau secara berdepan. Setiap perkataan yang dikeluarkan hendaklah selari atau
sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek muka serta gerak-geri mata. Oleh itu,
kawalan mimik muka dan pergerakan diri adalah penting dalam bahasa tubuh. Satu lagi aspek
yang penting ialah “seni” percakapan. Seni percakapan walaupun bukan di dalam golongan
bahasa tubuh, namun ia berkaitan dengan bahasa tubuh seperti yang dinyatakan di atas tadi.
Seni percakapan ( The Art of Talking ) berkaitan dengan suara iaitu tekanan dan juga alunan
suara dan juga kecepatan percakapan. Tekanan dan alunan suara yang dikeluarkan oleh
penghantar boleh memberi pandangan awal terhadap individu tersebut. Contohnya, jika
suara yang dikeluarkan tinggi namun terkawal, ia boleh menunjukkan bahawa individu
tersebut adalah orang yang tegas dan boleh mengawal komunikasi atau interaksi dengan baik.
Apabila penghantar menyampaikan maklumat dengan cepat tetapi tidak difahami oleh
penerima, ia akan menyebabkan masalah di kemudian hari. Tambahan lagi jika penerima
telah salah faham di atas maklumat yang disampaikan, ini akan menambah masalah
penghantar itu sendiri. Maka, maklumat yang disampaikan mestilah disampaikan pada
kecepatan yang difahami oleh penerima untuk tindakan yang seterusnya.

15
7.0 Kesan halangan komunikasi

7.1 Maksud kesan halangan komunikasi

Kesan halangan komunikasi dapat dihuraikan dalam pelbagai definisi. Ia bertujuan


untuk memberi penerangan dan maksud yang mendalam dengan lebih jelas. Kesan halangan
komunikasi bermaksud maklumat dan perkara yang ingin disampai oleh pengirim kepada
penerima tidak kesampaian.

7.2 Kesan daripada halangan proses komunikasi

Kesan dari pengirim, misalnya mesej yang akan disampaikan belum jelas bagi
dirinya atau pengirim, hal ini dipengaruhi oleh perasaan atau situasi emosi. Contohnya,
apabila si pengirim mengalami masalah tekanan emosi, tindakan ataupun pertuturan si
pengirim itu akan menjadi tidak betul, hal ini dapat mengganggu proses komunikasi antara si
pengirim dan si penerima.

Selain kesan dari pengirim, Kesan dari simbol turut memberikan peranan dalam
halangan proses komunikasi, hal ini terjadi kerana bahasa yang digunakan tidak jelas
sehingga mempunyai makna lebih dari satu, simbol yang digunakan antara si pengirim dan
penerima tidak sama atau bahasa yang digunakan terlau sulit. Contohnya, apabila si penerima
mempunyai berlainan latar belakang daripada si pengirim, simbol yang digunakan oleh si
pengirim mungkin berbeza daripada si penerima dan ini akan menjejaskan proses komunikasi
antara si pengirim dan si penerima.

16
Kesan dari penerima pesanan, misalnya kurangnya perhatian pada saat menerima
atau mendengar pesanan, sikap salah faham yang keliru dan tidak mendapatkan informasi
lebih lanjut. Semua ini dapat menimbulkan salah tafsir kepada si penerima.

Kesan dalam memberikan respon. Respon yang diberikan tidak menggambarkan


apa yang sebenarnya tetapi memberikan interpretatif, tidak tepat waktu atau tidak jelas dan
sebagainya. Hal ini sangat berkaitan dengan kesan dari penerima pesanan seperti diatas.

Manakala kesan fizikal pula dapat mengganggu komunikasi yang efektif, keadaan
gangguan alat komunikasi dan lain-lain, misalnya gangguan kesihatan, gangguan alat
komunikasi dan sebagainya. Contohnya, apabila si penerima menggunakan alat
telekomunikasi seperti telefon bimbit untuk berhubung dengan si penerima, gangguan signal
yang ada pada telefon bimbit boleh mengganggu komunikasi antara si pengirim dan si
penerima.

Kesan semantik, kata-kata yang digunakan dalam komunikasi kadang-kadang


mempunyai makna yang berbeza, tidak jelas atau berbelit-belit antara pemberi pesanan dan
penerima. Bahasa yang dalam digunakan oleh pengirim akan menyebabkan kesukaran kepada
si penerima untuk memahami mesej yang dihantar oleh si pengirim.

Kesan psikologi dan sosial pula kadang-kadang mengganggu komunikasi, misalnya


perbezaan nilai-nilai serta harapan yang berbeza antara pengirim dan penerima.

17
8.0 Rumusan

Individu yang kurang berkemahiran untuk berfikir secara kretif dan inovatif akan
menyebabkan proses komunikasi menjadi tidak sempurna. Masyarakat yang kurang
pengetahuan pula seterusnya akan menyebabkan sesebuah negara menjadi mundur. Manakala
dalam sektor ekonomi negara pula, kesan daripada masalah komunikasi ini akan
menyebabkan ekonomi negara menjadi malap kerana tiada interaksi antara masyarakat dalam
dan luar Negara. Seterusnya pembangunan negara menjadi terbantut akibat tiadanya
pertukaran maklumat dan perhubungan dengan Negara luar. Seterusnya menyebabkan tahap
pengetahuan individu dalam sesebuah masyarakat menjadi cetek atau dengan kata lain
ketandusan ilmu. Akibat daripada komunikasi yang terhad ini, masyarakat mahupun negara
akan menghadapi masalah untuk melahirkan golongan intelektual dan pakar untuk masa
hadapan. Pendedahan ilmu dan kepakaran perlulah diajar serta dididik oleh masyarakat sejak
dari kecil lagi. Tumpuan yang lebih berat perlulah diberikan kepada pelajar-pelajar dari
peringkat sekolah utamanya.

Selain itu, kesan daripada komunikasi yang terbantut ini juga boleh menyebabkan
masyarakat dalam sesebuah negara tidak dapat membina satu negara bangsa yang bersatu
padu yang kukuh. Tanpa kesepaduan rakyat, kosep “Satu Malaysia” yang dibawa oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Abdul Razak tidak akan tercapai
matlamatnya. Penerangan kepada masyakat tentang konsep “Satu Malaysia” ini perlu
diperluaskan lagi agar rakyat Malaysia akan terus hidup dalam keadaan aman sentosa
didalam satu komuniti yang mempunyi pelbagai bangsa dan etnik. Tanpa pendekatan yang
bernas dan sesuai akan mengakibatkan wujudnya masyarakat yang hanya mementingkan hal
masing-masing dan seterusnya bersikap individualistik. Sesebuah institusi negara akan runtuh
jika terdapat huru-hara kerana pertengkaran atau tiada persefahaman antara kaum.

18
Semestinya kita tidak mahu peristiwa rusuhan kaum 13 Mei yang menjadi titik hitam dalam
sejarah Malaysia akan diulangi lagi pada masa akan datang. Hal ini juga disebabkan oleh
kelemahan individu untuk mengaplikasikan diri atau menyesuaikan diri dengan kemudahan
atau benda yang ada disekeliling mereka. Masyarakat yang menghadapi masalah ini juga
tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan sesuatu dan bagaimana untuk mendapatkannya
sama ada melalui kajian kimia mahupun biologi kerana kekurangan sistem komunikasi. Otak
manusia akan menjadi terhad jika tiada sebarang pendedahan diberikan. Pembangunan moral
dalam sesebuah masyarakat juga tidak dapat dibangunkan tanpa komunikasi yang berkesan.
Sebagai contohnya jenayah dan kes pembuangan bayi yang sering dilaporkan adalah kesan
daripada komunikasi yang tidak berkesan daripada pihak ibu bapa yang mendidik. Pemimpin
yang berlkaliber seperti sekarang juga tidak dapat dilahirkan tanpa komunikasi yang berkesan
pada masa akan datang.

Selain daripada itu, pergaduhan dan pertengkaran lidah antara ahli politik juga kesan
daripada komunikasi yang kurang berkesan. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi dalam
kalangan ahli politik kerana mereka merupakan tunjang utama pemimpin Negara yang dapat
mencorak rakyat Malaysia ke arah kemajuan yang lebih bertamadun. Sikap menunding jari
sesama sendiri haruslah dibuang agar nasib rakyat terbela dan seterusnya dapat
membangunkan Negara ke tahap yang lebih tinggi. Ini bertepatan dengan slogan “Satu
Malaysia” iaitu “Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan”. Kemahiran berkomunikasi
secara berkesan dalam kalangan pemimpin menjadi asas kepada pembangunan Negara sama
ada dari segi fizikal mahupun spiritual seterusnya dapat melahirkan lebih ramai modal insan
yang berkualiti.

Pengetahuan tentang asas-asas komunikasi seperti bahagian-bahagian komunikasi,


elemen-elemen penting, halangan, kaedah mengatasi serta kesan menjadi panduan penting
kepada setiap individu. Kepentingannya dapat disimpulkan daripada peranan komunikasi
berkesan itu sendiri serta kesan dan akibat daripada kurangnya keberkesanan dalam
komunikasi. Setiap individu haruslah didedahkan dengan kemahiran asas ini supaya
masyarakat kita dapat mengekalkan keharmonian yang sedia ada seterusnya melangkah
kehadapan untuk merealisasikan Wawasan 2020.

19
9.0Keberkesanan

1.Mempertingkatkan kemahiran komunikasi secara berterusan.

2.Memahami elemen-elemen penting dalam proses komunikasi.

3.Memberi pandangan dan rundingan terhadap proses komunikasi.

4.Memahami dan menyedari halangan-halangan dalam komunikasi serta kesan.

5.Mengetahui kaedah-kaedah untuk mengatasi halangan komunikasi.

10.0 Rujukan

Angriani. (2008). UBK KKT Halangan Komunikasi . Retrieved September 2010, from Unit Bimbingan
kaunseling Kolej Komuniti Tawau: http://angrianiworld.com/ubk/index.php?
option=com_content&task=view&id=77&Itemid=70

Halangan komunikasi berkesan. (n.d.). Retrieved Ogos 2010, from


http://www.scribd.com/doc/19188764/halangan-komunikasi-berkesan

Yaacob, H. F. (2001). Komunikasi antara Manusia. Johor Bahru: Penerbit UTM.

YEOP, R. (n.d.). Komunikasi Berkesan. Retrieved Ogos 2010, from Institut Tadbiran Awam Negara:
http://www.ciast.gov.my/bm/images/Nota/komunikasi%20berkesan.pdf

20
21

Anda mungkin juga menyukai