SEKOLAH
PENDAHULUAN
• Pengetua sebagai peneraju utama
membangunkan modal insan di sekolah.
• Kepimpinan yang ditunjukkan Rasullullah SAW
merupakan langkah yang terbaik bagi
membina generasi manusia.
• Kepimpinannya yang yang sentiasa
menghubungkan diri dengan ALLAH
merupakan model Kepimpinan Rabbani dan
menjadi contoh kepada umat Islam.
• Kebijaksanaan pengetua menggunakan
pertimbangan berasaskan rabbani dapat
memimpin orang lain menggerakkan program
pendidikan dan membangkitkan budaya
pembelajaran untuk mendapatkan keredhaan
ALLAH SWT.
DEFINISI KEPIMPINAN
• Satu proses mempengaruhi kegiatan-kegiatan
individu atau kumpulan dalam usaha
mencapai matlamat dalam sesuatu keadaan.
• Kepimpinan berbeza dengan pengurusan
kerana pengurusan adalah satu bentuk
kepimpinan yang mementingkan matlamat
organisasi.
• Dalam dunia Islam, kepimpinan diberi
perhatian sejak zaman Rasulullah SAW.
• Baginda menganjurkan agar dilantik seorang
pemimpin walau dalam kumpulan kecil
sekalipun.
• Sabda Rasullah SAW yang bermaksud
“ Apabila tiga orang keluar bermusafir,
maka dilantik seorang daripadanya sebagai
ketua”
KONSEP KEPIMPINAN RABBANI
• Rabbani bermaksud manusia yang mempunyai
hubungan yang erat dengan ALLAH SWT.
• Rabbani sebagai orang yang mempunyai ilmu
yang sempurna dan diamalkannya.
• Rabbani juga ialah sebagai orang yang bijak
mentadbir segala urusan manusia.
Rabbani dipecahkan kepada:
1) Manusia yang menyembah ALLAH SWT
2) Manusia yang memiliki dan memahami ilmu
ketuhanan.
3) Manusia yang berilmu dalam ilmu agama dan
ilmu dunia
4) Orang yang berilmu, beramal dengan ilmunya
dan mengajarnya kepada orang lain.
5) Manusia yang meletakkan matlamat dan hala tuju
kehidupannya adalah semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan ALLAH SWT yang
menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai
Panduan
Peranan Manusia Sepanjang Hayat
• Hamba ALLAH SWT
• Khalifah ALLAH SWT
• Menerima hakikat kehidupan di dunia sebagai
ujian.
• Melakukan amalan yang terbaik dan disertai
dengan niat yang ikhlas menjadi faktor untuk
mendapat keredhaan ALLAH SWT
• Sesuatu kebaikan menjadi lebih bermakna jika
diamalkan secara bersama/ berjemaah.
– Cth. solat berjemaah
ASAS PERTIMBANGAN DALAM
KEPIMPINAN RABBANI
• Pengetua menyelidik kekuatan dan kelemahan
sekolah yang dipimpinnya
• Pertimbangan yang betul mendorong pengetua
memainkan peranan melakukan usaha-usaha
penambahbaikan di sekolah
• Pemimpin yang ada asas rabbani punyai landasan
aqidah yang utuh dan punyai pertimbangan setiap
tutur kata, tingkah laku, dan niat amalannya.
• Kepimpinan Islam hendaklah dirujuk kepada al-
Quran dan sunnah
ASAS PERTIMBANGAN PEGANGAN