Anda di halaman 1dari 12

ISU HEGEMONI DAN KESAN KE ATAS DUNIA

Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran barat.


Konsep itu merujuk kepada satu penguasaan menyeluruh (domination) ataupun
kepimpinan satu negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas negara ataupun
kumpulan yang lain ( New Penguin English Dictionary 2000:647). Perkataan
hegemoni adalah perkataan bahasa Inggeris yang pada asalnya dipinjam daripada
bahasa Yunani (Greek). Perkataan bahasa Yunani tersebut, hegemonia, datangnya
daripada kata hegemon yang bermakna pemimpin, dan hegemon pula datangnya
daripada kata hegeisthai untuk memberi maksud pemimpin.

Secara amnya, istilah “Barat” dianggap sebagai masyarakat Barat dan


tamadun barat. Masyarakat barat terdiri daripada pelbagai kumpulan manusia yang
menetap pada mulanya di Eropah dan selepas itu berhijrah ke merata – rata tempat
di dunia ini. Jika dilihat daripada perkembangan sejarah Eropah, akan didapati
bahawa negara Eropah sentiasa berubah – ubah, sama ada berpecah atau
bergabung hinggalah ke hari ini. Peristiwa perpecahan dan kemunculan negara baru
yang terakhir berpunca daripada kejatuhan kuasa kerajaan komunis USSR(United
Soviet Socialist Republic) sekitar tahun 1990. Peristiwa penggabungan negara –
negara Eropah masih sedang berjalan dengan pembentukan EU (European Union).

Masyarakat Eropah juga telah berhijrah keluar dari Eropah untuk membentuk
tanah jajahan (colony) mereka di merata – rata tempat di dunia ini. Sekarang ini
tanah – tanah jajahan ini sudah pun menjadi negara – negara merdeka seperti
Kanada dan Amerika Syarikat di benua Amerika Utara, Mexico di Amerika Tengah,
Brazil dan Argentina di Amerika Selatan, dan juga Australia dan new Zealand di
benua Australasia. Selain daripada tanah jajahan mereka, terdapat juga negara –
negara yang satu masa dahulu dikuasai oleh kuasa – kuasa barat melalui tawanan
ataupun perjanjian dan selepas itu diberi kebebasan untuk membentuk negara
merdeka. Antara negara tersebut adalah India, Pakistan, Filipina, Malaysia,
Singapura dan Brunei.

1
Hegemoni Barat boleh dikatakan satu keadaan di mana pengaruh pemikiran
masyarakat Barat dalam hampir semua perkara yang dilakukan dalam kehidupan
seharian yang begitu ketara. Kita menerima pemikiran barat sebagai satu kebiasaan.
Jikalau kita bekerja, kita selalunya, bekerja dari pukul 9 sehingga pukul 5 setiap hari
dari hari Isnin hingga Jumaat. Apabila diperhatikan dengan rapi, kita bekerja 8 jam
sehari. Kita tidur 8 jam dan kita beriadah atau melakukan kerja lain selama 8 jam
yang lebihnya pada tiap – tiap hari.

Pembahagian waktu sedemikian merupakan etika kerja Prostestan


(Protestant Work Ethic). Mengikut pemikiran barat, pekerjaan sepenuh masa
merupakan pekerjaan yang memakan masa selama 40 jam seminggu. Masa lebih
40 jam dianggap sebagai overtime. Ahad pula merupakan hari untuk melakukan
ibadat mengikut kepercayaan agama Kristian. Perubahan yang kita lakukan kepada
sistem pemikiran ini hanyalah dengan mengubah waktu pekerjaan hari Jumaat
supaya terdapat cukup masa untuk orang Islam melakukan ibadat solat Jumaat.
Apabila kita mengikut sistem ini secara langsung kita dipengaruhi oleh masyarakat
Barat.

Kita juga mengikuti kepimpinan masyarakat barat dalam perkara – perkara


yang dianggap penting oleh mereka. Antaranya ialah cara perniagaan yang tertentu.
Sistem – sistem melaksanakan perniagaan bayak dipengaruhi oleh masyarakat
Barat. Kita menerima cara bagaimana sesebuah syarikat ditubuhkan, diselaraskan,
dan berfungsi mengikut cara masyarakat Barat, sungguhpun terdapat beberapa
perubahan kecil yang disesuaikan dengan keadaan pasaran tempatan. Kita juga
mengikut cara berpakaian yang tertib untuk syarikat – syarikat besar bertaraf
antarabangsa mengikut cara Barat. Seluar panjang, baju berlengan panjang dengan
tali leher, dan jaket berwarna gelap merupakan pakaian biasa bagi seorang
pengurus. Perkara – perkara kecil ini menunjukkan hegemoni barat.

Secara umumnya hegemoni barat melibatkan semua perkara dalam


kehidupan kita yang dilakukan mengikut kebiasaan masyarakat barat tanpa disedari.
Hegemoni ini boleh kelihatan dalam pelbagai perkara yang tidak dilakukan secara
tradisional di rumah atau dengan masyarakat sekeliling, sebaliknya merupakan
perbuatan masyarakat. Sebenarnya penggunaan bahasa pengantar juga secara
tidak langsung menunjukkan hegemoni Barat.
2
Penguasaan bahasa Inggeris menjadi begitu penting di Malaysia sehingga
kerajaan sanggup melaksanakan Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah supaya para pelajar dapat
menguasai bahasa Inggeris dengan baik lantas membolehkan kita berinteraksi
dengan masyarakat barat.

Kita perlu dengan terperinci untuk memastikan sama ada sesuatu yang kita
lakukan dipengaruhi oleh masyarakat barat atau tidak. Kelakuan kita di tempat kerja
dan lain – lain di luar rumah atau kampung berkemungkinan besar merupakan
kelakuan yang menunjukkan hegemoni barat. Nilai – nilai budaya Barat yang kita
gunakan hasil hegemoni Barat amat sukar kita asingkan daripada nilai budaya
tempatan. Nilai yang dikaitkan dengan budaya korporat selalunya merupakan
sebahagian nilai kebudayaan barat dalam melaksanakan perniagaan. Istilah budaya
yang digunakan ini berbeza daripada kebudayaan. Budaya selalunya merujuk
kepada satu ahli kumpulan nilai yang tidak lengkap atau menyeluruh. Ia tidak
mampu untuk menerangkan dunia sekeliling kita. Kebudayaan merujuk kepada satu
kumpulan nilai yang lengkap dan mampu menerangkan dunia sekeliling kita dari
zaman sebelum kita dilahirkan sehinggalah zaman selepas kita meninggal dunia.

Kita perlu memahami bahawa terdapat satu kaitan yang penting antara
hegemoni Barat dengan globalisasi. Kedua – dua perkara ini sebenarnya dimulakan
ataupun dicipta oleh masyarakat barat. Sungguhpun globalisasi dan hegemoni Barat
mungkin tidak diwujudkan secara sengaja oleh masyarakat Barat, ia memainkan
peranan penting dalam pembentukan dunia moden dan pengekalan kuasa
masyarakat Barat di dunia pada hari ini.

Hegemoni Barat merujuk kepada kepimpinan masyarakat barat dalam


pelbagai perkara di dunia pada waktu sekarang. Hegemoni ini muncul akibat
peranan masyarakat Barat dalam mewujudkan negara – negara dan sistem – sistem
pentadbiran negara pada mulanya. Tujuan asal masyarakat apabila membentuk
sistem – sistem ini adalah untuk mengekalkan kekuatan Barat itu sendiri dalam
persaingan kuasa – kuasa barat untuk merebut kuasa dan tanah jajahan.
Persaingan antara kuasa Barat merupakan satu perkara biasa yang berlaku beribu –
ribu tahun lagi. Peperangan juga telah menjadi kebiasaan di benua Eropah.

3
Apabila masyarakat Eropah mampu keluar dari benuanya, mereka berkejar
untuk merebut tanah jajahan di seluruh pelosok dunia. Peperangan antara kuasa
Eropah pun berpindah tempat dari benua Eropah ke kawasan yang lain. Mereka
mendirikan kerajaan penjajahan di tempat – tempat yang penting untuk mengaut
kekayaan dari kawasan sekeliling tanah jajahan mereka. Kekayaan ini dibawa balik
ke Eropah untuk meningkatkan cara penghidupan masyarakatnya. Tanah jajahan
mereka sekadar rangkaian luas mereka untuk mendapatkan kekayaan demi
mengekalkan cara kehidupan Eropah.

Dunia moden ciptaan masyarakat barat yang kita alami pada hari ini asasnya
mencerminkan nilai – nilai masyarakat barat. Apabila tanah – tanah jajahan Eropah
diberi kemerdekaan, kita dapati bahawa negara – negara yang baru merdeka
mengekalkan sistem pentadbiran yang diajar kepada mereka oleh masyarakat barat.
Sering kali sistem politik demokrasi diperkenalkan kepada masyarakat tempatan.
Sejurus sebelum mereka diberikan kemerdekaan. Nilai – nilai kewarganegaraan dan
hak – hak individu cuba diterapkan oleh kerajaan penjajah kepada masyarakat
tempatan dalam masa yang begitu singkat. Nilai – nilai ini merupakan nilai
masyarakat Barat dan kerap kali bercanggah dengan nilai masyarakat tempatan.

Selain diberikan kemerdekaan, negara – negara baru ini juga dimasukkan


sebagai ahli pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu ( dan juga commonwealth, jika
pernah dijajah oleh Great Britain). Kemasukan ke dalam kumpulan negara – negara
dunia sedemikian memastikan sesebuah negara itu dimasukkan dalam sistem
rangkaian global yang ada pada masa kini. Negara – negara yang tidak mengikuti
peraturan sistem negara global yang sedia ada diasingkan dan diberi sekatan –
sekatan tertentu untuk menghindari kemajuan negara tersebut.

Untuk memahami hegemoni Barat, kita perlu memahami beberapa nilai dan
pemikiran Barat yang masih lagi mempengaruhi pemikiran kita hingga ke hari ini.
Selalunya nilai – nilai ini telah cuba diterapkan kepada masyarakat tempatan
sesebuah negara sebelum diberikan kemerdekaan. Masyarakat Barat selalunya
mempunyai tanggapan bahawa nilai – nilai penting untuk pembentukan sesebuah
masyarakat yang bertamadun. Masyarakat Barat juga beranggapan bahawa nilai
dan cara penyelesaian masyarakat barat sahaja yang akan memastikan sesebuah
masyarakat itu mencapai tahap tamadun.
4
Pemikiran terhadap agama Kristian. Terdapat banyak pemikiran yang
berbeza tentang ajaran agama Kristian yang sebenarnya. Dua aliran yang besar
dalam agama Kristian adalah Katholik Rom dan Protestan. Mubaligh – mubaligh
Kristian sentiasa akan berhubung dengan kumpulan manusia yang baru ditemui
(atau yang tinggal di kawasan pedalaman yang terpencil) untuk mempelajari cara
kehidupan mereka dan seterusnya menyebarkan agama Kristian. Matlamat agama
Kristian adalah untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan. Masih terdapat
sebahagian daripada masyarakat Barat yang berpendapat bahawa agama Kristian
merupakan agama terbaik yang akan menyelamatkan manusia daripada
kehancuran.

Pemikiran terhadap kebebasan. Masyarakat Barat memberikan perhatian


berat terhadap konsep kebebasan individu. Pemikiran ini timbul daripada sejarah
perkembangan aliran Kristian Protestan yang cuba mencari satu jalan keluar
daripada penindasan yang dilakukan oleh gereja Katholik Rom terhadap ahli – ahli
mereka. Pada suatu masa dahulu, gereja Katholik Rom mempunyai kuasa yang
begitu kuat sehinggakan mereka menindas dan membunuh sesiapa yang
menentang ajarannya. Daripada pengalaman tentang penindasan yang berlaku,
aliran Protestan banyak mempengaruhi pemikiran terhadap kepentingan kebebasan
individu daripada dipaksa mengikut mana – mana kumpulan. Kebebasan individu
menjadi perkara paling penting dalam pemikiran masyarakat barat.

Pemikiran terhadap Sains. Pemikiran moden terhadap sains bermula


apabila beberapa orang ahli sains mula mempersoalkan jawapan – jawapan kepada
kehidupan seperti diterangkan oleh gereja Katholik Rom. Ekoran peristiwa –
peristiwa lain yang berlaku di Eropah pada waktu itu,termasuk penindasan aliran
Protestan oleh gereja Katholik Rom, muncul pemikiran positivitik yang menolak
pemikiran dogmatic (percaya dan ikut tanpa menyoal) seperti yang disarankan oleh
gereja Katholik Rom. Pemikiran positivitik cuba mencari jawapan – jawapan dan
hukum – hukum umum tentang kehidupan dan dunia melalui kajian – kajian yang
membuat sukatan mutlak.

Pemikiran ini akhirnya menjadi pemikiran model sains yang wujud pada hari ini.
Pada hari ini masyarakat barat menolak pemikiran dogmatic sebagai tidak sah, dan
hanya menerima pemikiran yang berdasarkan kajian – kajian saintifik.
5
Pemikiran terhadap dunia sekeliling mereka. Pemikiran masyarakat Barat
yang mengikuti agama Kristian aliran Protestan adalah bahawa dunia ini dijadikan
oleh tuhan untuk digunakan oleh manusia. Manusia mempunyai hak untuk
melakukan apa – apa sahaja demi mengaut keuntungan dari dunia ini. Hak ini
dianggap sebagai sesuatu yang dianugerahkan oleh tuhan dan tidak boleh diambil
atau disekat oleh manusia lain. Pemikiran ini berkait dengan pemikiran terhadap
ekonomi pasaran bebas di mana hak manusia yang dianugerahkan oleh tuhan itu
penting. Apabila kebebasan ini disekat, secara tidak langsung sebahagian daripada
hak manusia dihalang. Tanggungjawab individu terhadap manusia lain atau dunia
sekelilingnya tidak dibangkitkan. Penekanan terhadap hak – hak individu menjadi
perkara penting dalam pemikiran Barat yang menganggap dunia sekeliling mereka
sebagai sesuatu yang menjadi hak mereka untuk digunakan demi mencapai
kekayaan.

Pemikiran terhadap manusia lain. Dalam pemikiran Barat, manusia lain


tidak memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka, asalkan hak – hak
individu mereka tidak dihalang. Jika kita lihat kepada peranan Amerika Syarikat
dalam memastikan kepentingan hak – hak individu dijaga, kita akan mendapati
bahawa Amerika Syarikat membezakan antara hak – hak individu warganegaranya
dengan hak – hak individu rakyat asing. Perkara ini berlaku oleh sebab falsafah
kewujudan kerajaan Amerika Syarikat yang dipilih oleh rakyat Amerika untuk rakyat
Amerika. Ia hanya untuk rakyat Amerika Syarikat. Salah satu peranan penting
kerajaan Amerika Syarikat adalah untuk memastikan hak – hak individu rakyatnya
dijaga. Oleh yang demikian, hak – hak individu menjadi perkara penting dalam
masyarakat Barat, tetapi hak – hak individu negara lain kurang penting berbanding
negaranya sendiri.

Apabila kita terpaksa mengikut sistem – sistem yang dibentuk oleh


masyarakat barat, secara langsung kita dipengaruhi oleh hegemoni Barat. Perkara
ini menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita pada hari ini, terutamanya apabila kita
berinteraksi dalam dunia global. Penguasaan masyarakat Barat terhadap
masyarakat dunia secara umumnya dan masyarakat Malaysia secara khususnya
akan dilihat melalui penguasaan mereka terhadap media, ekonomi, politik,sosial,
dan hak asasi manusia.

6
Penguasaan media merupakan satu perkara yang penting dalam
pengekalan hegemoni Barat. Media massa merupakan tempat di mana masyarakat
awam mendapat pelbagai maklumat tentang dunia sekeliling mereka. Melalui media
massa juga masyarakat awam boleh mendapatkan beberapa bentuk hiburan yang
mengisi masa lapang mereka.

Media massa memainkan peranan penting dalam pembentukan minda dan


persepsi masyarakat awam. Masyarakat Barat mempunyai hampir kuasa penuh
terhadap media massa dan penyebaran maklumat. Penyebaran maklumat melalui
media massa pada waktu ini kebanyakannya dilakukan melalui 3 cara, siaran
televisyen dan radio, internet dan media cetak.

Maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah bentuk berita


terkini, isu – isu semasa, dan ilmu pengetahuan umum. Apabila kita menonton
siaran warta berita, kita harus memahami bahawa berita dari luar negara
kebanyakannya datang daripada CNN (Cable News Network) yang berpusat di
Amerika Syarikat dan BBC (British Broadcasting Corporation) yang berpusat di
Great Britain. Kedua – dua kumpulan media ini sememangnya memaparkan berita
yang isi kandungannya lebih menyebelahi Amerika Syarikat dan Britain. Selain
saluran gergasi CNN dan BBC News, terdapat beberapa saluran berita lain.
Antaranya adalah Sky News (Great Britain) dan Al – Jazeera.

Selain maklumat, salah satu kegunaan penting media massa adalah untuk
hiburan. Hiburan dalam bentuk wayang gambar, cerita bersiri, rancangan realiti TV,
muzik dan sukan menjadi satu penting dalam kehidupan masa kini. Rancangan –
rancangan hiburan memainkan peranan penting dalam pemasaran barangan
perniagaan. Hal ini kerana sebahagian besar daripada masyarakat dunia cuba
mencari hiburan melalui siaran televisyen.

Permainan sukan menjadi hiburan yang menarik perhatian penonton.


Selalunya sukan dianggap suatu realiti yang tulen, seperti bola sepak dan
badminton. Setiap rancangan sukan juga mempunyai banyak penaja utama. Lebih
ramai penonton sesuatu sukan lebih tinggi yuran yang dikenakan oleh penaja untuk
membeli waktu bagi mengiklankan barangan mereka. Namun demikian, terdapat
sukan yang menggabungkan hiburan ke dalam aspek sukan tersebut, iaitu World

7
Restling entertainment (WWE) yang cuba menggabungkan cerita bersiri dalam
perlawanan gusti untuk menarik perhatian penonton.

Pengiklanan juga memainkan peranan penting dalam media internet dan


media cetak. Maklumat dan hiburan yang disalurkan kepada penonton memerlukan
kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Penaja – penaja membayar sebahagian
daripada kos ini apabila mereka membeli masa atau tempat untuk menonjolkan
barangan mereka. Kita dapati bahawa produk – produk maklumat dan hiburan yang
mampu menarik penonton pada waktu yang sama mampu mengenakan bayaran
yang tinggi untuk iklan yang dikuasai oleh barat. Penguasaan barat memastikan nilai
– nilai tertentu tentang produk maklumat dan hiburan serta barangan yang dijual
dipilih oleh masyarakat barat.

Malangnya, Barat telah menggunakan media untuk menyebarkan keburukan


agama Islam dan penganutnya. Umat Islam sering digambarkan sebagai
pemberontak dan golongan yang sering menimbulkan kekecohan. Sekiranya berlaku
peperangan antara sesebuah negara Barat dengan negara Islam, negara Islam itu
akan menjadi mangsa mahkamah media yang sentiasa menjatuhkan hukuman salah
kepada negara Islam tersebut.

Apabila kita membincangkan ekonomi, kita perlu memahami bahawa sistem


ekonomi yang dibicarakan dalam buku teks hanya membincangkan sistem ekonomi
barat. Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi komunis,
semuanya hasil pemikiran bijak barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis
ataupun pasaran bebas. Sistem ekonomi pasaran bebas juga berasal dari barat.

Kita perlu memahami bahawa terdapat banyak sistem ekonomi yang


bukannya hasil ciptaan masyarakat barat. Sungguhpun demikian, semua sistem
ekonomi yang lain telah pupus akibat penggunaan sistem ekonomi pasaran bebas
ciptaan barat telah berjaya dilaksanakan di seluruh dunia.

Sistem ekonomi pasaran bebas merupakan satu usaha masyarakat Eropah


untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman
kebangkitan semula (renaissance) Eropah. Sistem ekonomi feudal berkait rapat
dengan sistem politik feudal dan kepercayaan masyarakat Eropah pada waktu itu

8
terhadap agama Kristian Katholik Rom. Sistem ekonomi ini hancur apabila orang
ramai keluar daripada sistem ini untuk menyertai sistem ekonomi pasaran bebas.

Satu sistem ekonomi alternatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia


adalah sistem perbankan Islam. Kita perlu memahami bahawa sistem perbankan
Islam bukanlah sebenarnya sistem ekonomi yang lengkap, ia merupakan permulaan
pengwujudan satu sistem ekonomi Islam yang lengkap.

Walau bagaimanapun, pola dominasi ekonomi seperti International Monetary


Fund (IMF), Bank Dunia, serta World Trade Organization (WTO) mencorakkan
ekonomi dunia bagi memenuhi kehendak mereka sebagai negara perindustrian
manakala kebajikan negara miskin diabaikan. Hasil kepada proses globalisasi
menyebabkan ekonomi sesebuah negara akan segera mempengaruhi ekonomi di
sekitarnya melalui apa yang disebut jangkitan. (Abd. Rahman Embong 1998). Oleh
sebab itu, kelembapan ekonomi yang melanda negara kita adalah disebabkan
kelembapan ekonomi global yang ditunjangi oleh Barat.

Politik merujuk kepada kuasa yang terdapat dalam kehidupan sesebuah


kumpulan manusia dan bagaimana kuasa tersebut di susun, dibahagikan, dan
digunakan. Terdapat pelbagai cara bagaimana kuasa ini boleh disusun.. setiap
penyusunan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Politik sebenarnya merujuk kepada kuasa memilih yang dimiliki oleh sesuatu
kumpulan. Setiap kumpulan perlu membuat pilihan terhadap perkara – perkara yang
mempengaruhi mas hadapan mereka. Individu atau kumpulan kecil yang
mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berikut dianggap sebagai mempunyai
kuasa politik. Kita memilih wakil untuk mewakili dan memimpin kita berdasarkan
sistem demokrasi. Demokrasi mula digunakan oleh Plato dalam bukunya The
Republic, tetapi sistem demokrasi yang di cadangkan oleh beliau amat berbeza
daripada bentuk – bentuk demokrasi yang wujud pada hari ini.

Dua sistem demokrasi hari ini yang penting untuk tujuan kursus ini adalah sistem
demokrasi di Amerika syarikat dan great Britain. Sistem demokrasi Amerika syarikat
merupakan sistem yang paling tertua diamalkan. Sistem demokrasi Great Britain
pula telah banyak mempengaruhi sistem demokrasi yang wujud di Malaysia pada
hari ini.
9
Sistem politik di Malaysia merupakan gabungan sistem politik barat dengan
sistem politik tradisional. Sebahagian besarnya dari Great Britain yang telah
berkembang dalam janka masa yang agak lama. Sistem kerajaan feudal absolute
monarchy bermula pada zaman pertengahan di England. Pengurangan kuasa
mutlak raja menuju kepada sistem raja berperlembagaan (constitution monarchy)
bermula dengan piagam perundangan Magna Carta pada 1215. Pada tahun 1258
pula, satu lagi piagam mengurangkan kuasa mutlak raja, Provisions of Oxford,
mewujudkan parlimen buat pertama kalinya di England. Selepas itu banyak lagi
perubahan yang di lakukan oleh parlimen Great Britain sehinggalah terbentuknya
kerajaan seperti hari ini di mana kerajaan sistem raja berperlembagaan di Great
Britain masih kekal dan menjadi contoh kepada pembentukan sistem politik raja
berperlembagaan di Malaysia. .

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu (PBB) yang


ditubuhkan menjadi seolah – olah kuda tunggangan Barat (Amerika Syarikat) dalam
usaha mereka mencapai objektif – objektifnya

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sosial? Terdapat banyak


makna bagi perkataan ini. Sebenarnya, apabila kita membincangkan sosial dalam
konteks kursus ini, kita lebih melihat sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan
dalam bidang pengajian sosiologi. Pada asalnya sosial merupakan satu perkataan
yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, social. Terdapat 2 makna umum bagi
penggunaan biasa perkataan sosial, iaitu social atau sociable. Dalam kebudayaan
masyarakat Inggeris, sociable membawa maksud seseorang yang cuba membuat
baik dan membuat kawan dengan sesiapa sahaja. Orang tersebut dianggap baik
dalam masyarakat Inggeris. Akan tetapi, perbuatan ini mempunyai nilai yang
berbeza dalam masyarakat Melayu yang menganggap orang yang sosial selalunya
melampaui batasan – batasan kebudayaan.

Menurut Osman Bakar (1997), menerusi kolonialisme Barat berjaya


membentuk satu persepsi ‘cultural superiority’ di kalangan masyarakat dunia. Gaya
hidup Barat yang mengamalkan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan,
hubungan seks rambang serta songsang melibatkan hubungan sesama jenis turut
meresap ke dalam kehidupan anak muda di seluruh dunia. Budaya kehidupan
sedemikian sebenarnya menyeleweng daripada tatasusila kehidupan manusia
10
normal tetapi ia semakin kuat mempengaruhi generasi muda sekarang sehingga
budaya tempatan yang lebih sopan ditinggalkan.

Selain itu, masyarakat dunia lebih mengenali nama – nama seperti Coca –
cola, Pepsi, Mc Donald dan sebagainya sehingga boleh diingat oleh kanak – kanak.
Anak muda pula semakin ghairah mengikuti perkembangan fesyen seperti Versace
dan Bonia yang tidak lagi melambangkan budaya timur yang penuh kesopanan dan
ketatasusilaan.

Pemikiran hak asasi manusia bermula dari barat akibat daripada


penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik, dan agama oleh golongan
diraja dan Gereja Katholik Rom pada suatu masa dahulu. Selepas zaman
kebangkitan semula (renaissance) masyarakat Eropah, timbul pendapat berbeza
untuk memahami keadaan manusia dan peranannya di dunia ini. Sebahagian
daripada ahli cendekiawan Eropah menolak ajaran Gereja Katholik Rom dan cuba
membuat tafsiran baru terhadap kitab Injil berkenaan perkara tersebut.

Tafsiran – tafsiran baru terhadap kitab Injil dilakukan untuk memastikan


penindasan terhadap masyarakat Eropah tidak berulang lagi. salah satu tafsiran
yang masih digunakan oleh masyarakat barat pada hari ini boleh dilihat pada
dokumen Pengisytiharan Kemerdekaan (Declaration of Independence) yang dibuat
oleh rakyat Amerika Syarikat :

…we hold these truths to be self-evident: That all men are created equal; that they
are endowed by their Creator with certain unalienable rights; that among these are
life, liberty, and the pursuit of happiness;…

Kita perlu memahami bahawa pengikut pemikiran masyarakat Amerika


Syarikat, 3 hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan
mengejar kebahagiaan. hak – hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka
dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan. Manusia lain
(termasuk kerajaan) tidak boleh mengambil hak ini daripada mereka tanpa
persetujuan daripada mereka.

Pemikiran terhadap hak asasi manusia merupakan banyak dipengaruhi oleh


dokumen Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat. Pada waktu yang sama
sebahagian besar masyarakat barat menganggap diri mereka sebagai lebih
11
mengetahui perkara – perkara ini dan menganggap bahawa nilai – nilai ini penting
dan sama bagi semua kumpulan manusia di dunia ini.

Jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara
bagaimana agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat
serangan daripada musuh. Malangnya jihad kurang difahami oleh masyarakat Barat.
Apabila berhadapan dengan kesanggupan orang Islam untuk mati demi agama,
masyarakat Eropah menganggap perkara ini tidak masuk akal. Mereka menganggap
jihad sebagai perbuatan pengganas yang cuba mendapatkan sesuatu yang
bertentangan dengan undang – undang sedia ada melalui cara menimbulkan
ketakutan orang ramai yang tidak bersalah.

Masyarakat Barat juga tidak dapat menerima pemikiran agama Islam yang
bersifat dogmatic (percaya kepada sesuatu dan mengikut kepercayaan itu tanpa
menyoalkan kebenarannya). Kesanggupan berjihad merupakan satu kesanggupan
yang berdasarkan kepercayaan tanpa bukti yang nyata. Masyarakat barat kini lebih
senang menerima falsafah sains di mana mereka hanya percaya kepada perkara
yang boleh dibuktikan dengan nyata.

Terrorism atau keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas


peristiwa serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di New
York pada 11 September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh
berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya.
Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan
yang mencemar agama Islam dan pelbagai propaganda yang melampaui batasan.

12

Anda mungkin juga menyukai