Anda di halaman 1dari 5

Definisi Pengurusan Sukan

Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk :


i. Pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana
wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan

ii. Pengurusan sukan merupakan satu program persediaan


akademik, profesional yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi
sebagai satu bidang yang wajib.

Definisi Pengurusan Sukan


Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan
mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam
organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan

Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan


sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan
dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan,
pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks
sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau
perkhidmatan berkaitan dengan sukan.

Pengurusan seperti yang didefinisikan oleh William,Charlie dan


Warren 1972,ialah satu proses menggunapakai peralatan dan
sumber manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

PERANCANGAN
Masa yang diperuntukkan
Jadual latihan, pra pertandingan dan pertandingan
Bilangan peserta
Belanjawan yang diberi
Menetapkan tempat latihan, pra pertandingan dan keperluan atlit
atau badan sukan.

PENGELOLAAN
Masa yang diperuntukkan
Masa latihan, prapertandingan dan pertandingan
Bilangan peserta
Jenis pertandingan
Belanjawan yang diberi
Menyenarai pegawai
Kemudahan tersedia
Kemudahan alatan yang tersedia

PENGARAHAN
Maklumat perancangan dan bentuk latihan atau pertandingan
Mengarahkan komponen kemahiran yang lain menjalankan tugas
mereka
Pemantauan dan pemerhatian ke atas perjalanan komponen
kemahiran yang lain

PENGAWALAN
Maklumat komponen lain dalam pengurusan sukan
Mengawal selia bidang tugas komponen kemahiran pengurusan
yang lain
Bersedia memberi bantu mula dan bantuan terapi kepada atlit yang
mengalami kecederaan semasa latihan atau pertandingan dengan
menyediakan fisioterapi dan pegawai perubatan

PENYEDIAAN BELANJAWAN
Kertas kerja program yang dirancangkan
Meneliti kertas kerja
Mendapatkan belanjawan daripada sektor/bahagian tertentu seperti
KBS
Mendapat tajaan daripada badan-badan korporat dan individu.

KEPIMPINAN
Maklumat daripada komponen perancangan dan pengelolaan
Merangka rancangan latihan
Mengaplikasi prinsip-prinsip dan kaedah latihan
Menetapkan ujian dan mendapatkan skor
Mengurus persediaan dan kebajikan peserta/atlit
Pemakanan atlit
PENILAIAN
Maklumat daripada semua komponen kemahiran yang lain
Menilai :
Perancangan
Kemajuan atlet
Interpretasi
Kemudahan perubatan/fisioterapi/bantu mula
Kemampuan kepimpinan jurulatih,pengurus pasukan dan pakar
pemakanan mengurus atlet
Sama ada kesemua komponen kemahiran bergerak di landasan
yang betul dan mencapai objektif yang telah ditetapkan pada setiap
yang dirancang.

Kemahiran dalam Pengurusan Sukan


Kemahiran Berkomunikasi
Mempunyai kemahiran untuk menghantar dan menerima maklumat
secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang
pengurus dapat mempengaruhi kakitangan

Kemahiran dalam Pengurusan Sukan


Kemahiran Teknikal
Menyediakan belanjawan
Merancang jadual pertandingan
Merancang dan menyelia latihan
Mengurus pejabat
Menilai program dan aspek keselamatan
Kemahiran dalam Pengurusan Sukan
Kemahiran Konseptual

Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea dan


memahami organisasi secara keseluruhan.

Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan


Perancangan
Berkemampuan memandang ke hadapan, mempunyai pemikiran
logik dan berkeupayaan dengan baik.
Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan
Pengendalian
Pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur.

Kakitangan
Pengambilan pekerja mengikut keperluan

Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan


Pengarahan
Bimbingan yang disediakan dan proses membuat keputusan
Koordinasi
Jalinan perhubungan antara kakitangan dalam penyelesaian
masalah.

Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan


Pelaporan
Proses menyediakan dan melaporkan kepada orang yang
bertanggungjawab.
Belanjawan
Pengawalan sumber kewangan dalam aktiviti organisasi.

Konsep utama Pengurusan Sukan


Autoriti
Kuasa yang diberi kepada seseorang untuk bertindak
Kuasa
Keupayaan untuk mengarah dan mengawal
Karisma
Keupayaan untuk merancang dan melakukan sesuatu di luar
kemampuan

Konsep utama Pengurusan Sukan


Penurunan Kuasa (Delegation)
Memberi autoriti kepada orang lain
Tanggungjawab
Kesanggupan untuk menjalankan tugas
Akauntabiliti
Akauntabiliti untuk melakukan tugas dengan jayanya

Jenis Pengurusan Sukan


Laissez-faire
Profil yang rendah dan membenarkan organisasi berjalan dengan
sendiri.
Autokratik
Pentadbir ialah ketua dan bukan pemimpin

Struktur dan Carta Organisasi Sukan


Struktur Formal
Ahli jawatankuasa yang telah ditetapkan dalam mesyuarat

Struktur Tidak Formal


Ahli-ahli sedia membantu di dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Carta Organisasi Sukan Sekolah
Contoh Organisasi Sukan Sekolah

Pengurusan Prasarana, Alatan dan Pasukan


Pengurusan prasarana
Peralatan-pembelian dan pengendalian
Penyimpanan
Penjagaan
Pembaikpulihan
Kekemasan Rekod
Pemilihan Pemain Melalui Uji Bakat
Jadual Latihan
Penyediaan Latihan
Pemilihan Staf
Penghargaan/Kebajikan