Anda di halaman 1dari 16

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan

yang telah diberikan. Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

warga pendidik SMKA Al Irshad terutamanya pengetua yang telah banyak berusaha

menyediakan kelengkapan kepada pelajar-pelajarnya. Tidak lupa juga kepada cikgu

matapelajaran Geografi Cikgu Mohd Radhi yang telah banyak berusaha memberi

tunjuk ajar kepada saya.

Yang keduanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu saya

Sarinah bt Ahmad dan bapa saya Zulkarnain b Mustapa kerana telah banyak memberi

sokongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya kepada rakan-rakan saya yang turut sama menolong saya

menyiapkan tugasan ini terutamanya pelajar tingkatan tiga.

Akhir sekali kepada pihak-pihak luar yang telah memberikan kerjasama yang

baik untuk memberikan maklumat yang tepat kepada saya. Tanpa kerjasama daripada

semua pihak mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan oleh saya.
Pendahuluan

Saya, Muhammad Faris Shafiq b Zulkarnain, murid kelas Tingkatan Tiga Ibnu

Khaldun, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al – Irshad, Kepala Batas, Pulau

Pinang. Rumah saya terletak kira – kira 20 kilometer dari SMKA Al – Irshad.

Saya telah diberi tugas oleh guru geografi saya untuk menjalankan Kajian

Geografi berdasarkan dua tajuk. Saya telah memilih tema yang berkaitan sumbangan

kegiatan ekonomi. Jesteru, saya menjalankan kajian tentang kegiatan ekonomi

penduduk di sekitar kawasan perumahan Taman Arowana. Kawasan tempat tinggal

saya yang mempunyai banyak kegiatan ekonomi merupakan faktor saya memilih

tema ini.

Melalui kajian yang saya lakukan selama 4 minggu, saya dapat mengenal pasti

jenis kegiatan ekonomi penduduk di sini, sumbangannya dan kesannya terhadap alam

sekitar.

Di samping itu saya telah melakukan perbandingan sumbangan kegiatan

ekonomi di kawasan saya dengan sumbangan kegiatan ekonomi di Thailand. Hasil

daripada maklumat yang diperolehi telah saya gunakan untuk melegkapkan kerja

kursus ini.
Objektif Kajian

Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:

1. Jenis – jenis kegiatan ekonomi yang dilakukan penduduk di kawasan Permatang

Pauh, Pulau Pinang dan dibandingkan dengan negara Thailand

2. Sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan Permatang Pauh, Pulau Pinang dan

dibandingkan dengan negara Thailand.

3. Kesan kegiatan ekonomi di kawasan Permatang Pauh terhadap alam sekitar

dan dibandingkan dengan negara Thailand.

4. Langkah – langkah penyelesaian yang dapat mengurangkan kesan negatif

kegiatan ekonomi di kawasan Permatang Pauh terhadap alam sekitar dan

dibandingkan dengan negara Thailand.


Kaedah Kajian

Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah yang telah

digunakan ialah :

1. Pemerhatian – saya telah melawat kawasan kajian bagi mengenal pasti kegiatan

ekonomi di kawasan tersebut.

2. Temu bual. - Saya juga sempat untuk menemu bual beberapa orang penduduk di

kawasan Permatang Pauh bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting.

3. Soal selidik. - Saya telah membuat soal selidik di kawasan perumahan saya serta

penduduk-penduduk kampung berdekatan.

4. Rujukan. - Saya telah membuat banyak rujukan pada buku teks Geografi tingkatan

3, contoh folio tingkatan tiga tahun lepas, internet, buku ilmiah dan sebagainya.
Kawasan Kajian

Saya telah memilih kawasan Permatang Pauh sebagai kawasan kajian saya kerana

kawasan ini merupakan tempat tinggal saya. Kawasan Permatang Pauh terletak di

Daerah Seberang Perai Tengah.Kawasan Permatang Pauh terletak berhampiran

Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Butterworth – Kulim. Di kawasan ini

terdapat ramai penduduk yang menjalankan perniagaan. Ada pelbagai jenis

perniagaan di sini contohnya:pasar raya,bengkel motor dan kereta, pusat

komputer,gerai makan, klinik kesihatan, dan banyak lagi. Berdekatannya juga ada tiga

buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, Sekolah Menengah

Kebangsaan Samagagah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Leaw Kew, balai polis

Permatang Pauh, balai bomba sukarela dan Pejabat Pos. Kawasan ini juga terdapat

kilang pembuatan mee dan penghasilan minyak masak. Selain itu, berdekatan dengan

balai bomba sukarela, terdapat tapak pasar malam. Pasar malam merupakan tempat

pengumpulan hasil-hasil untuk dijual. Contoh hasil yang dijual di sini ialah sayur-

sayuran dan buah-buahan dari petani atau peladang. Di samping itu, ada juga hasil

daripada perikanan iaitu melalui ikan-ikan yang ditangkap untuk dijual. Makanan dan

minuman turut dijual.


Jenis-jenis kegiatan ekonomi

Setelah selesai melakukan kajian tentang kegiatan ekonomi. Saya telah dapat

mengenal pasti beberapa jenis kegiatan ekonomi di kawasan Permatang Pauh.

Antaranya ialah :

1. Perkhidmatan - Kegiatan perkhidmatan yang wujud di Permatang Pauh ialah

berdasarkan perniagaan. Terdapat sederet kedai runcit di taman ini dan

bertujuan memudahkan penduduk bagi mendapat keperluan harian dalam

masa yang amat singkat. Selain itu, disediakan juga beberapa klinik bagi

penduduk-penduduk di kawasan ini. Hal ini dapat memudahkan penduduk jika

ditimpa kesakitan atau berlaku apa-apa kecemasan. Di samping itu

perkhidmatan pendidikan seperti sekolah, pusat tusyen, kolej dan tadika.

Antara sekolah yang terdapat di kawasn kajian saya ialah Sekolah Menengah

Samagagah, Sekolah Rendah Permatang Pauh dan Sekolah . Kolej yang

terdapat berhampiran rumah saya ialah Kolej Politeknik Seberang Perai.

Terdapat juga Pusat Tusyen Imtiaz dan tadika Graduan Kecil. Kemudahan-

kemudahan ini menjadi kebanggaan dan penduduk di kawasan ini amat

bersyukur kerana mempunyai pelbagai kemudahan.

2. Pertanian – Tanih aluvium yang subur juga menggalakkan penanaman padi.

Selain itu, terdapat juga penduduk yang mengusahakan kebun sayur-sayuran

secara kecil-kecilan. Kebun-kebun ini diwujudkan hanya berkonsepkan sara

diri bukannya untuk dagangan atau import.


3. Perindustrian – terdapat juga kegiatan perindustrian yang diusahakan oleh

penduduk di kawasan ini seperti industri pembuatan mee dan industri

menghasilkan minyak masak.

Berdasarkan 30 responden yang telah saya temu bual, jenis-jenis pekerjaan mereka

adalah seperti berikut:

Jenis pekerjaan Bilangan pekerja (orang )


Swasta 3
Sendiri 5
Kerajaan 12

Jenis-jenis pekerjaan penduduk

kawasan Permatang Pauh

Terdapat sedikit perbezaan di antara jenis – jenis kegiatan ekonomi di negara Thailand
dengan kawasan Permatang Pauh iaitu perniagaan di atas klong. Selain itu terdapat

juga kegiatan ekonomi pertanian iaitu menanam padi dan perkhidmatan sebagai

pegawai awam seperti doktor dan polis.

Sumbangan Kegiatan Ekonomi

Antara sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan Permatang Pauh ialah :


1. Peluang pekerjaan - Ia telah menyediakan peluang pekerjaan yang benyak

dalam sektor pertanian seperti pesawah padi dan juga pekebun. Di samping itu

ia juga menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perkidmatan kepada

sesiapa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi seperti guru, pegawai

polis, peniaga dan pekerja kilang.

2. Taraf hidup – kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan ini juga telah

membantu dalam meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan ini dengan

wujudnya peluang dalam industri perkhidmatan, pertanian dan perindustrian.

3. Kemudahan infranstuktur – Dengan kegiatan ekonomi yang terdapat di

kawasan ini, ia telah menyediakan pelbagai kemudahan infranstruktur bagi

memudahkan penduduk seperti sekolah, balai polis, pejabat pos, perpustakaan

desa dan banyak lagi.

Melalui kegiatan ekonomi yang terdapat di negara Thailand, beberapa sumbangan

telah dapat diperolehi iaitu dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat

Thailand melalui pertanian padi dan perniagaan di atas klong.Selain itu juga,

kemudahan infrastruktur seperti hospital, balai polis dan pusat kesihatan juga

disediakan.

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar


Antara kesan – kesan kegiatan ekonomi di kawasan Permatang Pauh terhadap

alam sekitar ialah :

1. Pencemaran - Kegunaan racun perosak serangga untuk di sawah padi, ladang-

ladang, dan kebun-kebun sayuran menyebabkan banyak bahan-bahan bahaya

terbebas ke udara. Disamping itu pebakaran jeramit padi menyebabkan

pencemaran udara. Ini berlaku apabila tiba musim menuai padi dijalankan.

Selain itu pencemaran udara juga berlaku apabila kilang – kilan melepaskan

asap beracun ke udara.

2. Penipisan ozon - Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan ozon. Ini

disebabkan kebocoran saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu

seperti di sekolah,pejabat pos dan sebagainya.

3. Kepupusan sumber. Penebangan hutan dijalankan untuk membangunkan

kawasan dalam sektor perkhidmatan seperti kilang – kilang, kawasan tapak

perniagaan dan rumah kedai menyebabkan kepupusan sumber berlaku.

Perbezaan di antara kesan – kesan kegiatan ekonomi di negara Thailand terhadap

alam sekitar ialah :

1. Pencemaran - Kegunaan racun perosak serangga yang banyak untuk pertanian

menyebabkan banyak sisa-sisa racun atau bahan kimia mengalir ke sungai.


Pertambahan kenderaan-kenderaan menyebabkan banyak asap di bebaskan ke

udara terutamanya asap hitam.

2. Pulau haba - Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak banggunan

pencakar langit menyebabkan berlakunya pulau haba.

3. Kepupusan sumber - Penebangan hutan yang dilakukan untuk pembinaan

kawasan pelancongan menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

4. Hakisan tanah - Penebangan pokok-pokok dikawasan tinggi menyebabkan

hakisan tanah berlaku.

Jadual Data Kajian

Jenis – jenis pencemaran yang terdapat di kawasan Permatang Pauh

Jenis – jenis pencemaran Bilangan responden (Berdasarkan 30


orang responden
Pencemaran Udara 11
Pencemaran Air 8
Penipisan Ozon 6
Kepupusan Sumber 5

Langkah – langkah penyelesaian bagi mengatasi kesan kegiatan ekonomi terhadap


alam sekitar di kawasan Permatang Pauh

1. Penguatkuasaan undang – undang - Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai

dasar undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Undang-undang bertujuan

mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkara-  perkara yang dapat

menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar

termasuk perlepasan asap tercemar dan bahan berasid kepada persekitaran.

2. Kempen - Penduduk di kawasan Permatang Pauh diingatkan tentang kepentingan

menjaga alam sekitar melalui kempen kesedaran oleh pihak yang

bertanggungjawab. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-

kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.


3. Pendidikan - Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada

penduduk kawasan Permatang Pauh tentang memelihara alam sekitar, kesedaran

ini diwujudkan melalui pendidikan diperingkat sekolah rendah (Kajian Tempatan)

dan sekolah menengah (Geografi dan Sains) 

4. Pemyelidikan dan Pembangunan - Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah

aktiviti menghasilkan teknologi yang baru atau lebih baik. Melalui P&P pelbagai

kaedah pengeluaran dicipta yang tidak mencemerkan alam sekitar. Teknik ini

dikenali sebagai teknologi mesra alam.

5. Penggunaan Baja Organik – kaedah ini memerlukan petani – petani menggunakan

baja organik daripada menggunakan baja kimia bagi mengelakkan lagi

pencemaran air dan pencemaran tanah.


Rumusan

Sesungguhnya kajian ini telah banyak memberikan kesan yang positif.Setelah

selesai melakukan kajian inisaya telah dapat mengenal pasti beberapa jenis

kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk kawasan Permatang Pauh

seperti pertanian, perkhidmatan dan perindustrian. Di samping itu saya telah

mengenal pasti sumbangan kegiatan ekonomi kepada penduduk di kawasan

Permatan Pauh seperti menambahkan peluang pekerjaan, menigkatkan taraf hidup

penduduk di sini dan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur kepada

penduduk di sini,. Saya juga telah mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi

terhadap alam sekitar seperti kesan rumah hijau, penipisan lapisan

ozon,kepupusan sumber dan pencemaran.

Akhir sekali saya juga telah mengenal pasti langkah-langkah untuk

mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti pengurangan

penggunaan racun perosak serangga, pembaikkan kebocoran penghawa dingin

serta alat-alat yang boleh menyebabkan pelepasan CFC dan pengharaman

pembakaran secara terbuka. Melalui kajian ini juga, saya telah memperolehi

pengalaman yang berguna dalam menambahkan lagi ilmu geografi saya.

Anda mungkin juga menyukai