Anda di halaman 1dari 8

Khutbah Aidil Adha 

1431H

‫ كالي ) هللاُ أَ ْكبَ ُر َكبِ ْيرًا و ال َح ْم ُد ِهللِ َكثِ ْيرًا‬2 ( ‫ كالي ) هللاُ أَ ْكبَ ُر‬3 ( ‫ كالي ) هللاُ أَ ْكبَ ُر‬3 ( ‫هللاُ أَ ْكبَ ُر‬
‫ َونَحْ َم ُدهُ َعلَى‬. َ ‫ ال َح ْم ُد هللِ الَّ ِذي َج َع َل يَوْ َم ِع ْي ِد األضْ َحى( أَ ْس َع َد األيا َّ ِم لنَا‬. ‫صيْال‬ ِ َ‫َو ُس ْب َحانَ هللاِ بُ ْك َرةً َوأ‬
ُ‫ َوأَ ْشهَ ُد أَ ْن الإِلهَ إِال هللاُ َوأَ ْشهَ ُد أَ َّن َسيِّ َدنَا ُم َح َّمدًا َع ْب ُده‬.‫َما أَوْ النَا َونَ ْش ُك ُرهُ َعلَى نِ َع ِم ِه الَّتِى بِهَا َواالنَا‬
‫ان إِلَى‬ ٍ ‫َلى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأَصْ َحابِ ِه َو َم ْن تَبِ َعهُ ْم بِإِحْ َس‬ َ ‫ار ْك ع‬ َ ‫َو َرسُوْ لُهُ اللّهُ َّم‬
ِ َ‫ص ِّل َو َسلِّ ْ(م َوب‬
َ‫َّاي بِتَ ْق َوى هللاِ فَقَ ْد فَازَ ال ُمتَّقُوْ ن‬
(َ ‫ص ْي ُك ْم َوإِي‬ ُ
ِ ْ‫ أَ َّما بَ ْعدُ…… فَيَا إِ ْخ َوانِ ْي ! اتَّقُوْ ا هللاَ َوأو‬. ‫يَوْ ِم ال ِّدي ِْن‬
‫ سورة األنعام‬80-79 ‫ فرمان هللا تعالى دالم أية‬:
َ َ‫ض َحنِيفًا ۖ َو َما أَنَا ِمنَ ْال ُم ْش ِر ِكينَ َو َحا َّجهُ قَوْ ُمهُ ۚ ق‬
‫ال‬ َ ْ‫ت َواأْل َر‬ ِ ‫ْت َوجْ ِه َي لِلَّ ِذي فَطَ َر ال َّس َما َوا‬ ُ ‫إِنِّي َو َّجه‬
‫أَتُ َحاجُّ ونِّي فِي هَّللا ِ َوقَ ْ(د هَدَا ِن ۚ َواَل أَخَافُ َما تُ ْش ِر ُكونَ بِ ِه إِاَّل أَ ْن يَ َشا َء َربِّي َش ْيئًا ۗ َو ِس َع َربِّي ُك َّل َش ْي ٍء‬
َ‫ِع ْل ًما ۗ أَفَاَل تَتَ َذ َّكرُون‬
Maksudnya : “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada
Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar
tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain)”. Dan dia (nabi Ibrahim) dibantah oleh
kaumnya lalu dia pun berkata: “Patutkah kamu membantahku mengenai
Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk
kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa
yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki
sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi
tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,


Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh
kaum muslimin dan muslimat. Semoga kedatangan Eidil Adha kali ini
lebih bermakna terutama dalam mencapai kebahagian hidup di dunia dan
akhirat berasaskan Islam. Yakinlah kita bahawa tiada cara dan sistem
hidup yang terbaik dalam mencapai kebahagian melainkan Islam. Setiap
kali menyambut hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan
tentang pengorbanan suci nabi Ibrahim sekeluarga dalam
mengembangkan Islam bermula daripada pembinaan keluarga yang taat
patuh kepada Allah. Al-Quran turut menceritakan bagaimana nabi
Ibrahim terpaksa berdepan dengan bapanya sendiri Azar yang bukan
sahaja seorang penyembah berhala malah pembuat patung berhala itu
sendiri seterusnya masyarakat sekeliling sehinggalah kepada raja
berkuasa. Di sini kita dapat melihat tentang kehebatan nabi Ibrahim
dalam berhujah dan berdakwah sehingga mengalahkan kesesatan.
Malangnya kekuatan hujah dilawan dengan kuasa sehingga nabi Ibrahim
dibakar di dalam unggun api yang marak membakar. Tindakan menolak
hujah kebenaran adalah lahir daripada sikap takabbur dalam diri Namrud
dan pengikutnya sehingga tidak mahu tunduk kepada kebenaran Islam.
Takabbur menjadi punca utama Iblis kufur kepada Allah dan juga betapa
ramai umat manusia yang dirosakkan oleh penyakit hati yang paling
merbahaya ini. Manusia biasanya menjadi takabbur apabila merasai dia
lebih daripada orang lain dalam beberapa perkara antaranya ialah : [1]
merasai ilmu lebih tinggi [2] amalan solehnya lebih banyak [3] rupa
parasnya lebih cantik [4] tenaganya lebih kuat [5] keturunannya lebih
baik [6] hartanya bertimbun [7] pangkatnya lebih hebat. Keadaan lebih
parah sekiranya penyakit takabbur ini dihidapi oleh golongan pemimpin
sehingga dia sanggup menggunakan kuasa yang ada dalam menyekat
kebenaran.
َ ِ ‫هللاُ أَ ْكبَرُ! هللاُ أَ ْكبَرُ! هللاُ أَ ْكبَ ُر وَهلِل‬
‫الح ْم ُد‬
Firman Allah dalam surah al-Kauthar :
َ
‫صلِّ لِ َربِّكَ َوا ْن َحرْ إِ َّن َشانِئَكَ ه َُو اأْل ْبتَ ُر‬َ َ‫ك ْال َكوْ ثَ َ(ر ف‬
َ ‫إِنَّا أَ ْعطَ ْينَا‬
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai
Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu,
kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah
korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau,
Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)
Ketika menyambut hari korban maka kita turut ingat tentang perintah
Allah melalui surah al-Kauthar agar kita menghidupkannya dengan solat
sunat hari raya dan juga ibadat korban yang begitu banyak kelebihannya.
Menyingkap kepada pengajaran penting surah yang sama iaitu bagaimana
nabi Muhammad s.a.w turut berdepan dengan manusia takabbur yang
menolak dakwah Islam sebagaimana nabi Ibrahim a.s. Malah nabi pernah
dituduh sebagai manusia yang putus keturunan atas alasan semua putera
baginda mati ketika masih kecil padahal bangsa arab terutamanya
menganggap bahawa anak lelakilah sebagai penerus keturunan sedangkan
anak perempuan hanya mengikut keturunan suaminya bila sudah
berkahwin. Tuduhan liar dan jahat kuffar dijawab oleh Allah bahawa
merekalah sebenarnya terputus nikmat di dunia apatah lagi di akhirat
nanti kerana Islam terus berkembang, dakwah nabi terus berjaya dan
diteruskan sedangkan amalan kuffar terus ditinggal dan dilupa
sebagaimana kita jarang mendengar walaupun daripada mulut orang kafir
sendiri bahawa mereka mengikut ajaran Firaun, Namrud, Abu Lahab dan
sebagainya. Sedangkan Islam walaupun nabi Muhammad s.a.w telah
meninggal kita lebih 1400 tahun yang lalu namun ia terus diperjuangkan
sehingga hari qiamat.
Oleh itu kita mesti menjadi umat yang sentiasa mendapat nikmat daripada
Allah di dunia dan akhirat dengan memahami dan melaksanakan Islam
dalam setiap aspek kehidupan bermula daripada diri sendiri diikuti
keluarga, masyarakat seterusnya negara.

Pastikan kaum lelaki menjadi bapa yang baik kerana bapa terbahagi
kepada tiga jenis iaitu
[1] bapa yang terlalu garang sehingga hilangnya rasa kasih sayang dalam
keluarga.

[2] bapa dayus yang membiarkan anak dan isteri derhaka pada Allah
seperti mendedah aurat, bergaul bebas sehingga kita begitu gerun dengan
suatu kajian yang dibuat 2 dekad yang lalu yang menunjukkan bagaimana
2 daripada 3 pelajar sekolah pernah berzina dan apa yang lebih malang
kebanyakan mereka berzina dalam rumah bukannya di luar.

[3] bapa yang penyayang sebagaimana yang disarankan oleh nabi melalui
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani :
: ‫َخ ْي ُر ُك ْم خَ ْي ُر ُك ْم ِألَ ْهلِ ِه َوأَنَا َخ ْي ُر ُك ْم ِألَ ْهلِ ْي‬
Maksudnya : Sebaik-baik orang diantara kamu ialah orang yang berbuat
baik kepada ahli keluarganya dan aku terbaik antara kamu sentiasa
berbuat baik kepada ahli keluargaku
Pastikan anak-anak kita dapat menjadi manusia yang berguna kepada
keluarga, agama dan negara semasa kita masih hidup dan bila kita sudah
menghembus nafas terakhir nanti dengan memberi didikan agama yang
sebaiknya. Didiklah anak supaya sentiasa berdoa untuk kedua ibubapanya
terutama selepas kematian keduanya. Ibarat kata syair arab bahawa
bukanlah dikira anak yatim semata-mata kematian ibubapa sebaliknya
anak yatim yang sebenar ialah anak yang mempunyai ibubapa namun
mereka lebih sibuk dengan urusan hidup sehingga mengabaikan perhatian
kasih sayang dan didikan sewajarnya terhadap anak.
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 1-4 surah al-Ghasiyah:
ً‫َاصبَةٌ تَصْ لَ ٰى نَارًا َحا ِميَة‬
ِ ‫َاشيَ ِة ُوجُوهٌ يَوْ َمئِ ٍذ خَا ِش َعةٌ عَا ِملَةٌ ن‬ ِ ‫يث ْالغ‬
ُ ‫هَلْ أَتَاكَ َح ِد‬
Maksudnya : Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal
hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka (orang-orang yang kafir)
pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka menjalankan kerja yang
berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran neraka yang
amat panas (membakar)
Jika para jemaah haji yang berkumpul di padang Arafah pada 9 Zulhijjah
sentiasa digambar tentang perhimpunan di padang Mahsyar nanti untuk
dihisab tentang segala amalan kita di dunia ini samada baik atau jahat
maka kita pada hari ini marilah sama-sama menghayati beberapa potong
ayat daripada surah al-Ghasiyah yang kerap dibaca oleh nabi Muhammad
s.a.w dalam solat Jumaat dan hariraya. Mengapakah surah berkaitan
qiamat menjadi pilihan nabi pada hariraya yang biasanya dikaitkan
dengan hari bergembira di mana di sana sepastinya ada hikmat tersendiri
terutama memastikan kita bersiap sedia untuk bergembira bukan setakat
di dunia malah yang lebih penting di akhirat nanti dengan menambah
amal ibadat serta menjauhi maksiat. Ketika bercakap tentang kaitan
qiamat dengan cuaca dan keadaan bumi pada hari ini yang semakin
berubah maka banyak telahan dan andaian telah dibuat. Bukan umat
Islam sahaja yang sememangnya wajib percaya kepada berlakunya
qiamat yang bercakap tentang dunia yang semakin kepada saat
kehancuran malah ahli sains turut mengakui bahawa bumi ini bakal
hancur akibat hentaman komet atau asteroid dan apabila berlakunya
perlanggaran antara galaksi. Begitu juga apabila plat-plat bumi bergerak
semakin pantas yang mengakibatkan pertembungan sesamanya di mana
plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri
seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan
penggerudian dasar laut.

Qiamat pasti datang dan ia semakin hari semakin hampir. Telah banyak
tanda-tanda qiamat yang sudah berlaku di depan mata kita. Bergantung
kepada kita samada mahu mengambil perhatian dengan meningkat amal
ibadat serta menjauhi maksiat ataupun sebaliknya. Jadilah manusia yang
pintar yang sentiasa bersedia dengan bekalan akhirat
َ ِ ‫هللاُ أَ ْكبَ ُر! هللاُ أَ ْكبَ ُر! هللاُ أَ ْكبَ ُر وَهلِل‬
‫الح ْم ُد‬
Bumi pada hari ini bagaikan tidak mesra dengan manusia akibat
kerakusan manusia sendiri yang merosakkan bumi atau melakukan
penderhakaan maksiat terhadap Allah. Malaysia sendiri mula merasa
ancaman gempa bumi walau pun berada di luar kawasan ‘Lingkaran Api
Pasifik’ sehingga terpaksa diadakan latihan kecemasan menghadapi
gempa bumi terutama kepada rakyat yang berada di bangunan tinggi
disamping syarat pembinaan bangunan tinggi ditambah agar mampu
tahan daripada gempa bumi. Tidak cukup sekadar persiapan keselamatan
fizikal dan material sahaja dibaiki sedangkan amalan rasuah, pecah
amanah disamping maksiat terus bertambah. Jika di Indonesia dan
beberapa negara yang lain banyak bangunan yang runtuh dan nyawa yang
terkorban akibat gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, gunung berapi
dan sebagainya tetapi di negara kita banyak binaan termasuk stadium,
makmal sekolah, jalan bertingkat, masjid , jambatan dan sebagainya
runtuh bukan disebabkan gempa bumi sebaliknya akibat amalan rasuah
dan pecah amanah dalam proses pembinaannya. Media massa hari ini
sibuk bercakap tentang integriti atau telus amanah dalam melaksanakan
tugas terutama selepas Laporan Audit negara yang mendedahkan
bagaimana 28 bilion wang negara hangus akibat pecah amanah dan
sebagainya. Benarlah amaran nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila amanah
diserahkan bukan kepada ahlinya maka tunggulah saat kehancuran.

Malah kedudukan dalam indeks rasuah terus jatuh di mana Malaysia


menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi
Rasuah (CPI) dunia 2009 berbanding tangga 47 tahun lepas. Amalan
rasuah yang begitu meluas menyebabkan rosaknya sistem kehakiman,
tergugatnya tahap keselamatan, terjejasnya sistem ekonomi, parahnya
masalah sosial. Bila rasuah dijadikan sumber rezeki maka kehancuran
yang diraih. Tidak cukup setakat anak bilis yang diberkas sedangkan bapa
jerung terus dibiar bebas. Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan kita
tentang fitnah akhir zaman termasuk amalan rasuah yang dijadikan
budaya dan keperluan hidup sebagaimana sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Thobrani dan Abu Nu’aim daripada Muaz bin Jabal:
َ ‫ ُخ ُذوْ ا ال َعطَا َء َمادَا َم َعطَا ًءا فَإِ َذا‬‫َار ِك ْي ِه‬ ْ
: ‫ار‬ َ ‫ص‬ ِ ‫قال الرسول َر ْش َوةً فِ ْى ال ِّدي ِْن فَالَ تَأ ُخ ُذوْ هُ َولَ ْستُْ(م بِت‬
َ ‫يَ ْمنَ ُع ُك ُم الفَ ْق ُر َو‬
ُ‫الحا َجة‬
Maksudnya : Ambillah oleh kamu akan suatu pemberian itu selama ia
masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam
pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun
kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana
kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya
‫ت َوال ِّذ ْك ِ(ر ال َح ِكي ِْم َوتَقَب ََّل ِمنِّي‬ِ ‫بَا َركَ هللاُ لِ ْي َولَ ُك ْم فِي القُرْ آ ِن ال َع ِظي ِْم َونَفَ َعنِي َوإِيَّا ُك ْم بِ َما فِ ْي ِه ِمنَ اآليَا‬
ِ ‫الوتَهُ إِنَّهُ هُ َو ال َّس ِم ْي ُع ال َعلِ ْي ُم َوا ْستَ ْغفِ ُ(ر هللاَ ال َع ِظ ْي َم لِ ْي َولَ ُك ْم َولِ َسائِ ِر الُ ْم ِسلِ ْمينَ َوال ُم ْسلِ َما‬
‫ت‬ َ ِ‫َو ِم ْن ُك ْم ت‬
َ‫ت فَا ْستَ ْغفِرُوْ هُ فَيَا فَوْ َ(ز ال ُم ْستَ ْغفِ ِر ْينَ َويَا ن ََجاةَ التَّائِبِ ْين‬(ِ ‫َوال ُم ْؤ ِمنِ ْينَ َوال ُم ْؤ ِمنَا‬

‫خطبة كدوا‬
َ ‫ كالي ) هللاُ أَ ْكبَ ُر َكبِ ْيرًا و‬3 ( ‫ كالي ) هللاُ أَ ْكبَ ُر‬3 ( ‫هللاُ أَ ْكبَ ُر‬
ً‫الح ْم ُد ِهللِ َكثِ ْيرًا َو ُسب َْحانَ هللاِ بُ ْك َرة‬
‫ أَ ْشهَ ُد أَ ْن‬. ُ‫اب َوحْ َده‬ َ َ‫َص َر َع ْب َدهُ َوأَ َع َّز ُج ْن َدهُ َوهَزَ َ(م األحْ ز‬ َ ‫ق َو ْع َدهُ َون‬ َ ‫ص َد‬َ ُ‫ ال َح ْم ُد ِهللِ َوحْ َده‬.‫صيْال‬ ِ َ‫َوأ‬
‫َلى َسيِّ ِدنَا‬ َ ‫ اللّهُ َّم‬, ُ‫ َوأَ ْشهَ ُ(د أَ َّن َسيِّ َدنَا ُم َح َّمدًا َع ْب ُدهُ َو َرسُوْ لُه‬, ُ‫ك لَه‬
َ ‫ص ِّل ع‬ َ ‫الإِلهَ إِال هللاُ َوحْ َدهُ ال َش ِر ْي‬
‫فَيَا أيُّهَا ال ُم ْسلِ ُموْ نَ اتقوْ ا هللاَ َوأ ِط ْيعُوْ هُ َوا ْعل ُموْ ا أ َّن‬.……‫ أ َّما بَ ْع ُد‬. َ‫صحْ بِ ِه أَجْ َم ِع ْين‬
َ َ َ ُ َّ َ َ َ ‫ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َو‬
‫سورة الصافات‬107-103 ‫ فرمان هللا تعالى دالم أية‬.… َ‫ هللاَ يُ ِحبُّ ال ُمتَّقِ ْين‬:
‫ص َّد ْقتَ الرُّ ْؤيَا( إِنَّا َك َذلِكَ نَجْ ِزي ْال ُمحْ ِسنِينَ إِ َّن هَ َذا‬ َ ‫فَلَ َّما أَ ْسلَ َما َوتَلَّهُ لِ ْل َجبِي ِن َونَا َد ْينَاهُ أَ ْن يَا إِ ْب َرا ِهي ُم قَ ْد‬
‫َظ ٍيم‬
ِ ‫ْح ع‬ٍ ‫لَهُ َو ْالبَالَ ُء ْال ُمبِينُ َوفَ َد ْينَاهُ بِ ِذب‬
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung
perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan
meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta
Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah
membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian
yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,


Ketika mengingati pengorbanan hebat nabi Ibrahim yang terpaksa
menyembelih anaknya nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi
benarnya maka kita ingat beberapa hadis nabi antaranya maksud sabda
Rasulullah SAW, “Mimpi itu tiga jenis, iaitu mimpi yang benar
berbentuk khabar gembira daripada Allah; mimpi sedih daripada syaitan
dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” (Hadis Imam
Muslim). Maksud sabda Nabi SAW , “Tiada lagi kenabian setelah aku
kecuali al-Mubasysyiraat (berita yang menggembirakan).” Sahabat
bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi,
“Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang soleh” (Hadis Imam al-
Bukhari).
Kita faham bahawa al-Mubasysyiraat atau mimpi benar adalah berupa
khabar gembira daripada Allah bagi hamba-Nya dengan memberi
gambaran perkara baik yang mungkin berlaku. Mimpi benar juga boleh
terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hambanya mengenai perkara
buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya
dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu
maksiat. Al-Mubasysyiraat bukan bertujuan untuk menggubal hukum
baru kerana segala ajaran mengenai Islam ini sudah sempurna sebelum
Rasulullah s.a.w wafat. Oleh itu sebarang ajaran sesat yang mendakwa
menerima wahyu atau hukum baru mestilah dijauhi. Dalami ilmu agama
supaya tidak mudah terkeliru dan terpesong

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,


Sempena berada pada hari raya korban juga kita mesti meningkatkan
tahap pengorbanan dalam memperjuangkan Islam dan membantu saudara
seagama. Penderitaan umat Islam yang sedang dibunuh di Selatan
Thailand, Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya menuntut
pembelaan sewajarnya daripada kita. Kita juga wajib memberi perhatian
terhadap usaha Kristian dalam memurtadkan mangsa gempa bumi
Padang, Indonesia. Semangat berkorban yang dihayati melalui kisah nabi
Ibrahim sekeluarga sepatutnya disuburkan sehingga umat Islam dapat
bangkit daripada terus menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman musuh.
Kembalilah kepada system Islam bukannya terus berpegang kepada
khurafat sesat bahawa ekonomi tidak maju tanpa riba, undang-undang
Islam pembawa kemunduran, Islam menyekat kebebasan manusia dan
sebagainya. Khurafat ini lebih merbahaya berbanding apa yang
dihebohkan ketika beberapa kejadian sejadah berdiri dan sebagainya
kerana rakyat sendiri mudah terpengaruh dengan benda mistik dan tahyul
akibat ditanam kepercayaan karut melalui tv dan majalah supaya takut
kepada hantu lebih daripada takutkan Allah serta percaya bahawa benda
pelik boleh mendatangkan manfaat dan mudhorat bukannya berpegang
bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa melakukan sesuatu. Islam telah
meletakkan manusia di tempat selayaknya bila system Islam dilaksana.
Sebaliknya apabila Islam diketepikan telah menjatuhkan manusia
bersikap seumpama binatang buas yang setiap hari berfikir bagaimana
mahu membaham mangsa apabila kepentingan diri didahulukan
walaupun terpaksa mengorbankan orang lain
َ ِ ‫هللاُ أَ ْكبَ ُر! هللاُ أَ ْكبَ ُر! هللاُ أَ ْكبَ ُر وَهلِل‬
‫الح ْم ُد‬
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil
Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
ِ ‫صحْ بِ ِه أَجْ َم ِع ْينَ اللّهُ َّم ا ْغفِرْ لِ ْل ُم ْسلِ ِم ْينَ َوال ُم ْسلِ َما‬
‫ت‬ َ ‫صلِّ عَل َى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َو‬ َ ‫اللّهُ َّم‬
‫ت‬
ِ ‫الحا َجا‬ َ ‫اض ْي‬ ِ َ‫ت َوق‬ ِ ‫ت إِنَّكَ َس ِم ْي ٌع قَ ِريْبٌ ُم ِجيْبُ ال َّدع ََوا‬ ِ ‫ت األحْ يَا ِء ِم ْنهُ ْم َواأل ْم َوا‬ ِ ‫َوال ُم ْؤ ِمنِي َ(ْن َوال ُم ْؤ ِمنَا‬
‫ط َعلَ ْينَا َم ْن‬ ْ ِّ‫ اللّهُ َّم ال تُ َسل‬, ‫ف بَ ْينَ قُلُوْ بِ ِه ْم َوأَصْ لِحْ َذاتَ بَ ْينِ ِه ْم َوا ْنصُرْ هُْ(م َعلَى َع ُدوِّكَ َو َع ُد ِّو ِه ْم‬ ْ ِّ‫َوأَل‬
, ‫ان‬ٍ ‫ُر ال ُم َجا ِه ِد ْينَ الَّ ِذ ْينَ يُ َجا ِه ُدوْ نَ فِ ْي َسبِ ْيلِكَ فِ ْي ُكلِّ زَ َما ٍن َو َم َك‬ ِ ‫ اللّهُ َّم ا ْنص‬,(‫ك َوال يَرْ َح ُمنَا‬ (َ ُ‫اليَخَاف‬
‫اللّهُ َّم ا ْنصُرْ إِ ْخ َوانِنَا ال ُم ْسلِ ِم ْينَ فِى ِع َراق َوفِى فَلَ ْس ِطين َوفِى( لبنان َوفِى سوريا( َوفِى َك ْش ِم ْير( َوفِى‬
(‫ب بِلِيِبين َوفِى إيندونيسيا وفى( تايلند َوفِى بَلَ ِدنَا ماليزيا‬ ِ ْ‫ال ِه ْند وفى( أفغانستا ِن َوفِى( ِش ْي َشان َوفِى( َجنُو‬
‫ك‬َ ‫ اللّهُ َّم َعلَ ْي‬,‫ب اِ ْه ِز ْمهُ ْم َوا ْنصُرْ نَا( َعلَ ْي ِه ْم‬ ِ ‫َاز َم األحْ َزا‬ ِ ‫ب َو يَاه‬ ِ ‫ي ال َّس َحا‬ َ ‫ب َو يَا ُمجْ ِر‬ ِ ‫اللّهُ َّم يَا ُم ْن ِز َل ال ِكتَا‬
‫ اللّهُ َّم‬,‫ اللّهُ َّم َعلَ ْيكَ بِالهُنَوْ ِ(د َو َم ْن َواالهُ ْم‬,‫صا َرى َو َم ْن َواالهُ ْم‬ َ َّ‫ك بِالن‬ َ ‫ اللّهُ َّم َعلَ ْي‬,‫بِاليَهُوْ ِد َو َم ْن َواالهُ ْم‬
َ‫ب ال ُم ْش ِر ِك ْين‬ ِ ‫ اللّهُ َّم َعلَ ْيكَ بِأَحْ َزا‬,‫بريطَان( َو َم ْن َواالهُ ْم‬ ِ ِ‫ك بِال‬ َ ‫ اللّهُ َّم َعلَ ْي‬,‫ير َكان َو َم ْن َواالهُ ْم‬ ِ ‫ك بِاأل ِم‬ َ ‫َعلَ ْي‬
‫ اللّهُ َّم َد ِّمرْ هُ ْم تَ ْد ِم ْيرًا َو تَبِّرْ هُ ْم تَ ْتبِ ْيرًا َواجْ َع ْلهُْ(م هَبَا ًء َم ْنثُوْ رًا اللّهُ َّم‬,‫اغ ْينَ الظَّالِ ِم ْينَ َو َم ْن َواالهُ ْم‬ ِ َّ‫الط‬
‫ك‬َ ْ‫ اللّهُ َّم أَ ِع َّز اإلسْال َم َوال ُم ْسلِ ِم ْينَ َوأَ ِّذ َّل ال ِّشر‬, ‫ك‬ َ َ‫اخ ُذلْ َم ْن َخ َذ َل ِد ْين‬ ْ ‫ك َو‬ َ َ‫َص َر ِد ْين‬َ ‫ا ْنصُرْ َم ْن ن‬
‫صالتَنَا َوقِيَا َمنَا( َو َج ِم ْي َع‬ َ ‫ اللّهُ َّم تَقَبَّلْ ِمنَّا‬. َ‫ك ال ُم ْؤ ِمنِ ْين‬ َ ‫َوال ُم ْش ِر ِك ْينَ َو َد ِّمرْ أَ ْعدَا َء ال ِّدي ِْن َوا ْنصُرْ ِعبَا َد‬
َ ‫ َربَّنَا آتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَةً َوفِي اآل ِخ َر ِة َح َسنَةً َوقِنَا َع َذ‬.‫ك ال َك ِريْم‬
‫اب‬ َ ‫صةً لِ َوجْ ِه‬ َ ِ‫َح َسنَاتِنَا َواجْ َع ْلهَا خَال‬
َ‫الح ْم ُد ِهللِ َربِّ ال َعالَ ِم ْين‬َ ‫ك اللّهُ َّم َوت َِحيَّتُهُْ(م فِ ْيهَا َسال ٌم َوآ ِخ ُر َد ْع َواهُ ْم أَ ِن‬ َ َ‫ سبُحْ اَن‬.‫ار‬ ِ َّ‫الن‬

Anda mungkin juga menyukai