Anda di halaman 1dari 1

Ekstra!

: 5 Februari 2008
Mudah cetak | E-mel
 
PANDUAN
KELUARAN KHAS LEARNING DISCOVERIES

CARA BERKESAN AJAR ANAK MEMBACA

MEMBACA boleh menjadi satu kegiatan menyeronokkan bagi kanak-kanak jika ia


disertai dengan cara penyampaian yang dapat menarik perhatian mereka.

Satu lagi cara berkesan mengajar anak-anak anda membaca dalam bahasa Inggeris
adalah dengan menggunakan kaedah fonik.

Kaedah ini mengajar kanak-kanak supaya mengenal huruf sebelum mengenali 'bunyi'
sesuatu huruf itu.

Selepas itu, kanakkanak akan dilatih menggabungkan dua huruf berlainan dan
kemudian menyebut huruf itu mengikut bunyinya yang betul.

Bagaimanapun, cara pembelajaran ini, walaupun menyeronokkan, tetap menimbulkan


rasa bosan di kalangan sesetengah kanak-kanak.

Untuk mengurangkan risiko ini berlaku, peranan guru amat penting.

Mereka mesti terlatih dalam cara penyampaian pembelajaran yang merangsang minat
kanakkanak.

Namun, sebelum anda mendaftarkan anak anda ke kelas membaca secara sistematik,
anda perlu tahu tahap kemampuan membaca anak-anak anda itu.

Hampir semua kelas menjalankan ujian membaca dalam menentukan kemampuan


seseorang kanak-kanak.

Kebanyakan kanakkanak yang mengikuti program pembacaan cara fonik biasanya


sudah mampu mengenali perkataan asas dan menyusun beberapa ayat mudah dalam
masa tiga hingga enam bulan.

Kaedah fonik telah digunakan di beberapa negara dan ia didapati memang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai