Anda di halaman 1dari 3

FORMAT UCAPAN

Format ucapan tidak mempunyai satu format yang khusus dan seragam
bagi penulisan teks ucapan. Format ucapan merujuk kepada struktur teks yang
terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian permulaan atau pendahuluan, bahagian
isi, dan bahagian penutup. Secara umum, format teks ucapan bagi satu taraf hadirin
adalah sama dengan teks ucapan dua taraf hadirin, melainkan pada aspek protokol
dan salutasi bagi hadirin terdapat perbezaan, iaitu dengan melihat kehadiran tetamu
dalam majlis tersebut.

(i) Permulaan ucapan

Permulaan bagi ucapan biasanya dimulakan dengan rasa bersyukur kepada


Allah, diikuti dengan kata hormat dan salutasi mengikut protokol, iaitu peringkat
kedudukan tetamu atau hadirin yang hadir. Selain itu, orang yang menyampaikan
ucapan itu boleh juga menyatakan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pihak
penganjur kerana menjemputnya memberikan ucapan atau mengadakan majlis
tersebut bagi meraikannya. Susunan kata alu-aluan hendaklah menggunakan
panggilan hormat yang betul mengikut status pangkat atau taraf tetamu, bermula
dengan gelaran, nama, dan pangkat atau jawatan daripada yang tertinggi kepada
yang terendah. Panggilan hormat ialah panggilan yang wajar bagi memperkenalkan
atau menyebut tetamu-tetamu yang hadir dalam sesuatu majlis. Panggilan hormat
harus disebut dengan betul supaya tetamu tidak berkecil hati terhadap pihak
penganjur.

Antara panggilan hormat yang mengikut protokol adalah seperti jadual


berikut.
PANGGILAN JAWATAN

Tuan Yang Terutama • Tun , Datuk, Tuan, Yang Dipertua


Negeri, Pesuruhjaya Tinggi

Yang Amat Berhormat • Perdana Menteri, Timbalan


Perdana Menteri, Ketua Menteri,
Menteri Besar

Yang Berhormat • Yang Dipertua Dewan Negara,


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang
Dipertua Dewan Negeri, YB
Menteri, YB TimbalanMenteri, Ahli
Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara,
Ahli Dewan Undangan Negeri, YB
Pegawai Undang-Undang Negeri,
YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB
Pegawai Kewangan Negeri

Yang Berbahagia • Yg. Bhg. Tan Sri Datuk Prof Dr


Haji,Yg. Bhg. Tun Dr.

Yang Teramat Mulia • YTM Tengku, YTM Undang


Rembau Negeri Sembilan

Yang Amat Arif • Tuan Hakim Negara

Yang Arif • Tuan Hakim Besar

Yang Berusaha/ Yang Berbahagia/ Yang • Pengerusi Majlis, Ketua Jabatan,


Mulia Ketua Bahagian

Yang Mulia • Tengku Raja, Tunku, Engku, Ungku,


Datu

Yang Amat Berbahagia • Tun, Toh Puan


(ii) Isi ucapan

Isi kandungan ucapan bergantung pada sesuatu majlis. Isi ucapan


hendaklah sesuai dengan majlis seperti tajuk atau tema dan hal-hal yang berkaitan
dengan majlis. Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan,
nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin. Selain itu, isi biasa dimulakan
dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi
ucapan. Dalam bahagian isi juga, kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik
perhatian. Sebagai contoh, hadirin yang dihormati sekalian dan sebagainya.
Kebiasaanya juga, ucapan boleh juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau
peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.

Sebagai contoh, ucapan bagi penganjur majlis perpisahan hendaklah


menyebut tujuan serta objektif majlis itu diadakan. Selain itu, selitkan beberapa kisah
menarik mengenai orang yang diraikan. Orang yang berucap juga boleh
memberikan puji-pujian serta menyatakan kejayaan yang diperolehi oleh individu
tersebut.

Sebaliknya, ucapan bagi orang yang diraikan mempunyai isi yang berbeza
sama sekali. Perkara yang disampaikan hendaklah berfokus pada perkara yang
indah dan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak majikan yang
menerima khidmatnya.

(iii) Penutup ucapan

Bahagian penutup merumuskan keseluruhan tujuan ucapan tersebut. Pada


bahagian penutup ucapan, pengucap tidak perlu menyatakan lupa idea, tidak
bersedia berucap, memohon maaf berkali-kali atau membuka cerita baharu. Dalam
ucapan umum, ayat penanda yang biasa digunakan ialah ‘Akhir sekali saya...’, ‘Akhir
kata izinkan saya...’, dan ‘ Saya mengakhiri ucapan saya...’. Seterusnya, ucapan
diakhiri dengan penyudah bicara seperti ‘sekian,terima kasih’, ‘sekian’, atau
‘wasalam’. Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata indah.

Anda mungkin juga menyukai