Anda di halaman 1dari 4

Islam sebagai al din (cara hidup)

TAJUK : ISLAM SEBAGAI AD-DIN

1.1 Manusia dan Agama

Pendahuluan
Menurut Islam manusia merupakan makliluk Allah yang mulia dan sempurna serta indah kejadiannya.
Allah meciptakan manusia pertama di-syurga dan seterusnya menempatkan kehidupannya di muka
bumi hingga ke hari kiamat. Fakta ini dapat kita ketahui melalui ayat-ayat al-Quran seperti surah al-
Tin:4, Surah al-Baqarah;30, dan lain-lain.

Manakala agama dustilahkan sebagai ad-deen bagi sebutan yang tepat sebagai cara hidup yang diredai
oleh Allah. Pertunjuk mengenainya boleh ditemui dengan meneliti firman Allah dalam surah al-
Baqarah: 285, surah Ali Imran;19, surah Ali Imran:85, surah al- Maidah: 3, surah al-Taubah: 33 dan
lainnya.

Dalam konteks hubungan, manusia dan agama tidak dapat dipisahkan. Sejarah manusia telah
mencatatkan bahawa manusia dari sejak mula diciptakan telah memberikan fokus utama dan terpenting
kepada agama atau kepercayaan. Cuma yang membezakan adalah, samaada manusia berjaya dalam
pencarian agama yang benar dan haq atau kecundang dalam usahanya disebabkan faktor-faktor yang
melingkungi kehidupan.

1.1.1. Manusia dan unsur kejadiannya


Manusia berasal dari diri yang satu iaitu dari nabi Adam as. Manusia diciptakan terdiri daripada dua
unsur iaitu unsur jasad dan unsur roh. Jasad Adam as. diciptakan daripada unsur tanah, manakala
hakikat diri Adam terdiri daripada unsur roh, seperti mana yang diceritakan oleh Allah s.w.t. melalui
firman yang bermaksud: Dia (Allah) lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia menjadikan
kamu (berasal) daripada tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui pelbagai peringkat
dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih
daripada dosa). Dialah sahaja lebih mengetahui akan orang yang bertaqwa.

Pelbagai istilah diberikan dalam rangka kejadian Adam. Mengenai jasadnya al- Quran menyebutkan
seperti: Air, al-Turab, pati tanah, Tin yang liat dan sebati, tanah yang panas berbau, tanah yang panas
seperti tembikar, tanah bumi, dan berbentuk (rupa).

Manakala pada unsur roh Adam, Allah s.w.t. Mengungkapkan: (Surah al-Hijr:29)

Manusia pertama ini tiada beribu dan tiada berbapa. la diciptakan dengan Qudrah dan Iradah Allah
yang menghendaki ia berlaku. Sehinggakan malaikat pun tidak mengetahui kenapa makhluk manusia
ini diciptakan.

Unsur roh ini tidak ada sesiapa pun yang mengetahuinya, malah Rasululllah s.a.w. Sendiri diajar oleh
Allah supaya memulangkan persoalan roh sebagai persoalan Tuhan. Allah mengajarkan pesuruhNya
dengan berfirman: (Surah al-Isra7:85)

Manakala keturunan Adam as. seterusnya terdiri daripada unsur yang sama iaitu unsur jasad dan unsur
roh. Pelbagai istilah juga dijelaskan mengenainya dalam perinkat-peringkat tertentu seperti; nutfah,
alaqah, mudghah, izam dan lahm, dan nafkhurruh. Penjelasan dari Allah amatjelas melalui firmanNya
dalam surah-surah seperti; al-Insan:2, al-Mukminun:14 al-Alaq:2, al-Hjj:5, al-Hijr: 29 dan lain-lain.

Selain daripada itu Allah juga mengumiakan kepada manusia hati, akal dan nafs yang unik
penciptaannya dan amat penting fungsinya kepada manusia dalam melaksanakan kehidupan.

Berdasarkan fakta daripada al-Quran amat jelas bahawa Allahlah yang menciptakan manusia dan Allah
amat mengetahui tentang ciptaannya. Hal ini dapat dirakamkan melalui jawapan Allah kepada malaikat
apabila dipersoalkan tentang penciptaan Adam as. FirmanNya: (Surah al-Baqarah: 30)

Berdasarkan kepada logik, Allah yang mencipta manusia, maka hanya Dia sahaja yang mengetahui
tentang hakikat kejadian diri manusia (Mohd Sulaiman Yasin). Firmannya lagi: (Surah al-Mulk: 14)

1.1.2 Pengertian agama dan fahaman masyarakat terhadapnya

Menurut Kamus Dewan, agama secara umum bermaksud kepercayaan kepada tuhan. Manakala agama
dinisbahkan kepada Islam, ia membawa erti kepercayaan kepada Tuhan Allah dan sifat-sifat serta
kekuasaanNya, disertakan dengan penerimaan ajaran dan perintahNya. Pemeluk Islam yang
mempunyai kepercayaan kepada Allah disebut mukmin. Islam dikategorikan sebagai agama langit dan
bukan agama ciptaan manusia (Kamus Dewan: 2002:12).

Kamus Dewan juga memberikan maksud agama; Kepercayaan kepada sesuatu yang dipuja dan
dianggap berkuasa seperti dewa dan lain-lain. Ini berpunca daripada perkataan agama yang ada dalam
bahasa Melayu itu berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud; Warisan tertulis yang diturunkan
dari generasi ke satu generasi yang lain. Istilah agama ini digunakan oleh orang Hindu bagi merujuk
kepada kitab-kitab Vedik iaitu kitab suci Hindu (al-Atas : 2005 : 3).

Istilah bahasa Inggeris yang sering diterjemahkan sebagai agama ialah religion, namun pemahaman
Barat terhadapnya sebagai suatu sistem kepercayaan dan amalan dianggap sebagai sebahagian daripada
budaya semata-mata. Ia berdasarkan kepada kenyataan bahawa agama Nasrani Kristian di Eropah telah
berkurun-kurun lamanya, hanya menjadi sebahagian daripada kehidupan budaya dan sosial masyarakat
Eropah.

Terdapat pelbagai pengertian agama dari sudut bahasa (Amin Amat: 1989:56), antaranya:
a. Anti kerusakan
b. Bukan benda
c. Tata cara hubungan manusia dengan raja atau pemerintah
d. Peraturan hubungan manusia sesama manusia
e. Upacara hubungan manusia dengan dewa-dewa
f. Kepercayaan atau keyakinan terhadap ketuhanan

Menurut Kamus bahasa Arab, perkataan agama disebut sebagai deen, ia mempunyai pelbagai makna
dan pengertian. Kadang kala pengertiannya bertentangan antara satu sama lain. Manakala ad-Deen
(dalam bentuk marifah) bermaksud cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah. Walaubagaimana pun
perkataan deen (dalam bentuk nakirah), apabila dihubungkan dengan perkatan Allah, al-Haq maka ia
bermaksud agama yang benar (A. Akhili:6).

Menurut al-Quran istilah agama mengandungai empat ciri utama (Mohd. Sulaiman Yasin:18) iaitu:
i. Kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak dan tertinggi
ii. Kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan yang mutlak
iii. Sistem atau peraturan yang berbentuk teori dan amali yang digubal oleh kekuasaan dan kehakiman
tertinggi
iv. Pembalasan akhirat yang diberikan oleh kekuasaan tertinggi kepada sesiapa yang taat dan patuh
kepada sistem, atau balasan siksa kepada setiap yang ingkar atau durhaka.

Al-Quran sebagai sumber ajaran Islam yang otentik telah menisbahkan agama kepada dua bahagian,
iaitu:
i. Agama yang disifatkan sebagai sesat
Ia ditunjukkan melalui firman Allah s.w.t. Yang berbunyi: (Surah al-Kafirun: 6)

ii. Agama yang diakui sebagai benar


Allah s.w.t. Berfirman: (Surah al-Tawbah:33)

Agama yang haq itulah agama Allah, lurus dan teguh serta diperakui oleh Allah dengan nama al-Islam.
Allah s.w.t. berfirman: (Surah Alilmran: 19)

Agama yang dimaksudkan itu sudah pasti agama yang sempuma dan cukup sebagai nimat bagi seluruh
alam dan diredhai oleh Allah s.w.t. FirmanNya: (Surah al-Maidah:3)

Dalam peristilahan bahasa Melayu perkataan agama boleh dimaksudkan kepada ad-Deen. Manakala
ad-Deen yang dustilahkan sebagai cara hidup yang sempuma dan menyeluruh itu adalah Islam. Maka
apabila dikatakan Islam sebagai ad-deen, ia bermaksud Islam sebagai cara hidup bagi mereka yang
tunduk dan patuh kepada Allah, dan pengertian inilah yang dikehendaki oleh Syara (A. Akhili: 6).
Kebiasaannya apabila orang Melayu berkata; "Kamu tidak beragama", ini bermakna; orang yang
dimaksudkan tidak menghayati Islam sebagai cara hidup. Islam menyeru supaya menghayati agama
dengan sepenuhnya. Alllah s.w.t. Berfirman: (Surah al-Baqarah: 208)

1.1.3 Keperluan manusia kepada agama

Banyak faktor yang menebabkan manusia amat perlu kepada agama. Antara yang banyak dibincangkan
oleh para cendikiawan dan para ulamak antaranya adalah:

i. Fitrah manusia yang telah diciptakan oleh Allah memiliki naluri beragama.
ii. Kejahilan manusia mengenai diri dan persoalan persekitaran hidupnya.
iii. Kecenderungan manusia hidup menurut sesuatu peraturan
iv. Kelemahan akal manusia untuk mentafsir alam disebalik alam nyata ini (Surah al-Araf: 172-173,
Surah Luqman: 25, Surah al-Zumar: 38, Surah Zukhruf: 9, Surah al-Araf: 174 dan lain-lain)

1.1.4 Penyelewengan masyarakat daripada cara hidup Islam


Penyelewengan masyarakat daripada cara hidup Islam telah menjadi topik nasional pada hari ini.
Fenomena ini berlaku berkemungkinan besar disebabkan beberapa faktor yang boleh dikategorikan
kepada dua bahagian, iaitu faktur luaran dan faktor dalaman umat Islam sendiri:
i. Serangan dari musuh Islam
- Mereka menggunakan pelbagai cara dan kaedah yang cukup berkesan untuk memesongkan umat
Islam dari menghayati cara hidup Islam yang mumi
- Melalui media massa dengan hiburan yang melalaikan dan merosakkan pemikiran
- Melalui budaya dan cara hidup selesa dan penuh dengan keseronokan
- Menanamkan falsafah songsang; hidup hanya sekali. Oleh itu dunia adalah segala-galanya sebagai
distinasi awal dan akhir hidup manusia.
- Menanam dan menyuburkan sikap individualistik dan materialistik di kalangan umat Islam yang
menggoyahkan pertahanan danjati diri umat Islam

ii. Kelalaian dan kelemahan umat Islam


- Umat Islam sebahagiannya masih jahil tentang Islam dan cara hidup Islam
- Kurang upaya merealisasikan saranan al-Quran
- Lalai dalam menjadikan Sunnah Rasulullah sebagai ikutan yang baik
- Kurang jati diri dalam mempertahankan nilai-nilai mumi
- Mudah lupa dan alpa terhadap tipu muslihat musuh Islam
- Suka meniru perkara/nilai yang datang dari luar Islam, walaupun sedar ia boleh merosakkan diri
sendiri

Kesimpulan
Manusia dan agama tidak dapat dipisah. la telah dibuktikan kebenarannya disepanjang perjalanan
sejarah manusia. Tanpa agama, manusia rugi, dan tidak mampu untuk melakar kegemilangan tamadun
dan kesempumaan roh, jiwa, jasad dan peradaban hidupnya. Oleh itu kembali kepada penghayatan
agama Islam yang murni merupakan jihad ditntut.

Anda mungkin juga menyukai