Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM

JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM

6 MEI 2008

Tn. Hj. Zakaria Bin Hj. A. Shukor,


Pengarah,
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru,
JOHOR

Melalui ,

Encik Baharum Bin Sulman


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPTI

Tuan,

MEMOHON BEKALAN MAKANAN JAMUAN KECIL VIP

Dimaklumkan bahawa Biro Sukan JPP ke-43 telah mengadakan aktiviti latihan silat pada setiap hari Selasa
pada pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang.

2. Setelah bermesyuarat dengan jurulatih jemputan, kami ingin mengadakan Majlis Perasmian
Persatuan Silat Seni Gayong IPTI dan Majlis Adat untuk memberikan pengiktirafan penubuhan
persatuan ini dan sebagai salah satu adat penerimaan ahli silat gayong.

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon sedikit peruntukan untuk jamuan kecil VIP dan air mineral
untuk majlis tersebut itu. Berikut adalah dirujuk:
Bil. Perkara Kos seunit Kuantiti Jumlah
1. Jamuan Kecil RM 4.50 11 RM 49.50
2. Air Mineral RM 1.50 12 RM 18.00
Jumlah besar RM 67.50

4. Harapan kami agar permohonan kami diluluskan supaya mencapai objektif kami disamping
memperkenalkan IPTI di mata masyarakat.

Di atas kesudian tuan yang diberikan, kami mengucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………………
(MOHD ZAIRY FIRDAUS BIN MOHD A’SRI)
Pengerusi Aktiviti Silat Olahraga
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ke-43
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai